Anda di halaman 1dari 1

Latihan Pra Ujian Prestasi 1

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) duduk
(ii) penduduk
(iii) terduduk
(iv) kedudukan
(v) pendudukan
(vi) menduduki

(b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama asa ayat tersebut berpolakan Frasa Nama +
Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama +Frasa kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif
(FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

(i) Baju sutera ini untuk ibu.


(ii) Kuda putih itu berlari pantas.
(iii) Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.
(iv) Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
(v) Penduduk kampung akan bergotong- royong pada hujung minggu ini.
(vi) Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Kebanyakkan penduduk kawasan pedalaman telah didapati kemudahan asas seperti air
dan elektrik pada masa sekarang.
ii) Semasa masak lauk tersebut ibu telah memasukkan pelbagai bahan bagi menyedapkan
hidangan makan tengahari kami.
iii) Perundingan yang diadakan itu akhirnya membawa kemakmoran dalam kalangan negara
yang terlibat

(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Penggunaan kredit kad yang tidak berhemah menyebabkan banyak pengguna dikatakan
muflis.
(ii) Perjanjian di antara kedua-dua buah negara itu sudah dipersetujui semalam
(iii) Bukan Pak Karim sahaja yang dermawan dan prihatin akan kepahitan hidup penduduk
kampung kerana anak lelakinya juga pemurah.

Anda mungkin juga menyukai