Anda di halaman 1dari 4

Jauhi Makanan Segera

Makanan segera ataupun "fast food" sebenarnya lebih banyak keburukan dari kebaikan.
Jadi tak salah lah kalo makanan segera digelar makanan remeh. Memandangkan hakikat
inilah syarikat-syarikat makanan membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atas iklan,
penajaan dan promosi untuk meyakinkan orang ramai perkara sebaiknya. Tempat-tempat
perniagaan (restoran) mereka didakwa menjadi tempat hiburan untuk kanak-kanak dan
keluarga, mengikut aliran semasa dan kita diberitahu makanan itu selamat dimakan dan
berkhasiat. 

Dalam hal ni bukan semua makanan segera ni remeh .Ia sememangnya makanan tetapi
mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Biasanya kalo kite bukannya pengemar
makanan segera ia tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kesihatan kite tapi bagi yang
gemarkan makanan ini awaslah anda sekarang diburu oleh beberapa penyakit, mula-mula
kerosakan gigi, sembelit, tubuh menggeleber, kegemukan... diikuti oleh tekanan darah
tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.

Nak tahu apa yang terdapat dalam makanan segera kegemaran anda mari kita lihat.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan
makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging (1/2 paun) boleh mengandungi 2 oz lemak tulen. Ia membekalkan protein,


zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng: Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperolehi dari lemak). Banyak
garam. Ia membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya
mengandungi MSG dan pewarna kimia. 

Kentang goreng: Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak
dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan. 

Milk Shake: 5 oz susu di dalam 10 oz shake, bercampur udara dan air. Proses ini
memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemulsi. Ia juga mengandungi perisa
dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium, dan lapan sudu teh gula di
dalam bekas yang sederhana besarnya. 

Cola: Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula). Pewarna kimia
dan kafein. Nilai makanan: kosong. 

Satu sajian makanan segera membekalkan anda separuh kalori dan dua pertiga lemak serta
protein yang anda perlukan sepanjang hari. Tetapi jika anda mengambil sajian makanan ini
sebagai makanan ringan, di antara sajian tetap anda, anda akan mendapat lebih banyak
kalori, protein, lemak daripada yang diperlukan tubuh. Anda akan kekurangan sesetengah
zat makanan perlu yang membentuk diet lengkap dan seimbang.

Lemak

Sebiji burger boleh mengandungi sebanyak 35% (atau mungkin lebih) lemak. Kentang
goreng dikatakan lebih baik (dari segi khasiat) daripada ban yang diperbuat daripada
tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu, yang
menggalakkan penyakit jantung. Lebih buruk, ia biasanya disediakan separa masak di
dalam lemak dan kemudian dimasak sekali lagi sebelum dihidangkan. Jumlah berganda di
dalam satu hidangan ini boleh mengandungi di antara 11 dan 16 g lemak.

Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia
bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemulsi,
asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain.

Jangan menyangka ayam dan ikan kurang lemak. Ia juga digoreng dengan menggunakan
banyak minyak di mana kebanyakkannya sama buruknya.

Kandungan daging

Anda mungkin menyangka sebiji burger hanyalah daging cincang. Namun definisi daging
bagi industri makanan segera tidak sama dengan apa yang anda sangkakan. Tanpa
mengambil kira bahagian lemak, daging itu tidak semestinya daging semata-mata. "Daging
tanpa lemak" boleh (secara haram) termasuk tulang, kulit, rawan dan urat, lidah, usus dan
organ-organ lain serta ekor yang dikisar. Ia juga boleh termasuk daging yang diperolehi
dengan menggunakan mesin: diperbuat daripada sisa-sisa yang dipotong dan lemak yang
dikikis daripada haiwan sembelihan oleh mesin. Bahan-bahan ini kemudiannya dikisar dan
diadun menjadi adunan cair dengan menggunakan pengemulsi dan pemekat.

Sebiji burger boleh mengandungi daripada 50% hingga serendah 25% "daging tanpa
lemak" sedemikian. Burger lain dicampurkan lemak dan ramuan-ramuan bukan daging
seperti biskut garing (rusk) dan tepung kacang soya serta serbuk bawang. Campuran itu
disebatikan dengan pengemulsi/pemekat (seperti selulos atau palpa kapas, rumput laut
atau gam pokok), menjadikannya kelihatan menarik dan lazat dengan pewarna tiruan
seperti Tartrazine, gula, perisa kimia, MSG dan garam.

Pada 1989, CAP menguji 9 contoh burger beku dari pasar raya dan mendapati sejumlah
besar lemak dicampurkan. Jumlah ini dalam lingkungan 11- 24% (iaitu 9 hingga 18 g lemak
tepu tulen di dalam sebiji burger sederhana saiznya kira-kira 75 g), berbanding dengan
protein yang terdiri daripada 12 - 18%. Yang lain merupakan isi bukan daging, biasanya
roti yang sudah berkulat.

Garam

Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada 5 g atau satu sudu teh sehari.
Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian
oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji Big Mac boleh mengandungi 2 hingga 3 g garam,
sementara tiga ketul ayam goreng Kentucky boleh mengandungi 3 hingga 4 kg.

Gula

Kebanyakan makanan segera amat manis. Malah bahan makanan yang tidak manis
mengandungi gula kerana banyak pengeluar menggunakan gula untuk menyedapkannya.

Serat

Serat terkandung di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang


memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit, atau
baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di
dalam darah. Ia juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser
terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses, ia hampir tidak mengandungi
serta diet. Tidak terdapat di dalam burger, ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika
ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad
seperti makanan seimbang kepada pelanggan.

Vitamin dan zat galian

Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan
segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi
memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang
sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan milkshake,
vitamin C di dalam kentang goreng. Namun dalam sehari, anda perlu mengunyah empat
burger seberat suku paun tiap satu untuk mendapatkan cukup zat besi, 15 paket kentang
goreng untuk mendapatkan cukup vitamin C dan menyedut 10 shake bagi mendapatkan
kalsium secukupnya.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan zat secukupnya daripada makanan segera, anda


mungkin menjadi terlalu gemuk hingga sukar duduk di atas kerusi plastik restoran
McDonald's! malah mungkin juga di KFC atau Pizza Hut.

Anda mungkin juga menyukai