Anda di halaman 1dari 2

UJIAN SETARA 1 (MAC 2014) BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

NAMA:. Arahan : Jawab semua soalan . Soalan 1 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) bangunan (ii) pembangunan (iii) membangunkan (iv) paparan (v) terpapar (vi) memaparkan [6 markah] (b) Gabungkan ayat-ayat dalam perenggan di bawah kepada tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya. Muzium Sarawak terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg. Muzium berkenaan merupakan salah sebuah muzium yang terbaik di Asia. Muzium ini menempatkan koleksi warisan etnologi Kepulauan Borneo. Muzium ini menempatkan koleksi warisan arkeologi Kepulauan Borneo. Muzium ini dibuka pada setiap hari. Muzium ini ditutup pada hari Jumaat dan cuti umum. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Patriotisma dalam konteks global berbawa maksud dan pengertian yang sangat luas. KELAS:..

(ii) Pulau Langkawi memiliki keindahan pantai yang keputihan di samping kisah Mahsuri yang telah menjadi lagenda. (iii) Ibu bapa tidak seharusnya melepaskan tanggung jawab mendidik anak-anak mereka hanya kepada guru semata-mata atas alasan menyibukkan kerja. [6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilahdan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Semua guru tingkatan diarahkan agar menghantar senarai nama-nama murid yang terlibat dalam majlis Larian Satu Murid Satu Sukan dengan segera. (ii) Orang ramai diingatkan agar berhemah dalam penggunaan tenaga elektrik kerana sumber tenaga seperti petroleum dan lain-lain sumber semakin berkurangan. (iii) Program Latihan Khidmat Negara tidak bertujuan untuk mendera gulungan remaja, tetapi atas dasar untuk mengukuhkan jati diri mereka sebagai bakal pewaris negara pada masa akan datang. [6 markah] (e) Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai. Anak muda yang tebal jati dirinya tidak akan tergamak untuk terlibat dalam gejala sosial. Hal ini disebabkan mereka sedar akan peranan yang perlu dipikul oleh mereka sebagai peneraju negara pada masa hadapan kerana .(i) Selain itu, mereka juga perlu bersaing dan setanding dengan rakan-rakan mereka di peringkat global supaya dapat .(ii). Oleh itu, mereka disarankan agar memupuk amalan perkongsian dan kerjasama dalam pelbagai bidang, bak kata peribahasa .(iii).. [6 markah]

Anda mungkin juga menyukai