Anda di halaman 1dari 3

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah untuk menunjukan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) pelbagai kaum julung-julung nilai rasional menjejakkan kaki pembelajaran yang inovatif berkuat kuasa (6 markah)

(b)

Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya. Sungai adalah anugerah Tuhan. Sungai perlu dipelihara untuk kebaikan bersama-sama. Kini banyak sungai yang sudah tercemar. Sisa perkilangan dan najis-najis binatang dibuang ke dalam sungai sesuka hati. Pelbagai langkah perlu dilakukan segera untuk menjaga kebersihan sungai. Tindakan yang tegas hendaklah dikenakan terhadap mereka yang melakukan pencemaran sungai ini. (6 markah)

(c)

Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Kenaikan harga barang-barang keperluan bepunca daripada permintaan yang tinggi dan berlaku peningkatan kus akibat kenaikan harga bahan api. Sikap pemborong yang menyuruk barangbarang untuk mendapat keuntungan yang lebih menyebab

barangan dalam pasaran tidak mencukupi dan mereka ini boleh diibaratkan lintah darat yang mementingkan diri sendiri. Kerajaan perlu melakukan tindakan segara melalui Kementerian Hal Ehwal Pengguna dengan melakukan permantauan dari semasa ke semasa. (6 markah)

(d)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Banjir yang melanda beberapa negeri-negeri di negara ini berlaku pada bila-bila masa dan tidak lagi mengikut musim seperti musim ketujuh. Juru-juru bina itu sedang membaik pulih bangunan lama untuk membina sebuah muzium bagi menempatkan arkitek-arkitek yang dimiliki oleh masyarakat prasejarah. Pencemaran alam yang disebabkan kerana gas kloroflorokarbon (CFC) menyebabkan berlakunya pemanasan global yang akan mencairkan air pada kawasan Artik dan Antartika. (6 markah)

(ii)

(iii)

(e)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang berlainan maksud bagi menggambarkan situasi dalam petikan tersebut. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia melancong kerana boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Di samping itu, kerajaan juga menjalankan pelbagai usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelancongan yang menarik. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang kaya adat dan budaya pelbagai kaum. Adat dan budaya pelbagai kaum ini diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Perpaduan juga amat penting bagi menjadikan Malaysia sebuah negara pelancongan. Kerjasama dan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat menjamin usaha kerajaan ini berjaya. Negara ini akan terus maju jika rakyatnya hidup bersatu padu. (6 markah)

Anda mungkin juga menyukai