Anda di halaman 1dari 2

Bahagian A

[30 markah]
[Masa dicadangkan : 30 minit]

Kemahiran SP 2.2.1 Membaca,mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat


dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan sumber primer.

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
memartabatkan sukan dan manfaat sukan kepada masyarakat. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Apabila kita menganjurkan sukan berprestij di dunia termasuklah Formula One, Le


Tour De Langkawi, dan Sukan Komanwel, pencapaian Malaysia sebagai penganjur tidak
dapat dinafikan kehebatannya. Namun begitu, pencapaian Malaysia sendiri sebagai peserta
dalam sukan amatlah mengecewakan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha harus
dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan. Justeru, organisasi khas
harus ditubuhkan untuk menjaga kebajikan atlet negara bagi memastikan atlet memiliki
semangat juang yang tinggi agar mutu sukan negara dapat ditingkatkan.

Dalam usaha membentuk atlet, pendedahan haruslah dimulakan dari peringkat kanak-
kanak. Sekolah sukan harus dibina di setiap daerah atau di setiap negeri pada peringkat
sekolah rendah lagi. Subjek sukan juga dimasukkan sebagai subjek penting dan diuji, sama
seperti ujian bagi mata pelajaran lain. Pada peringkat sekolah pula, pelbagai aktiviti
kesukanan haruslah diadakan dan hadiah yang menarik pula perlulah ditawarkan sebagai
ganjaran. Selain itu, perlawanan persahabatan dalam sukan serta perlawanan peringkat
sekolah haruslah ditingkatkan untuk mencungkil bakat terpendam para pelajar yang
seharusnya menjadi pelapis atlet sedia ada. Pada masa yang sama, kemudahan sukan dan
peruntukan untuk membeli peralatan sukan haruslah disediakan agar atlet mendapat latihan
yang secukupnya.

Namun begitu, senario atlet sukan negara yang mekar hanya seketika dalam bidang
sukan amat membimbangkan pelbagai pihak. Punca utama atlet negara kita tidak bergiat
lama dalam bidang ini kerana tiada jaminan masa depan untuk mereka. Mereka juga bimbang
tiada peluang pekerjaan khususnya selepas mereka bersara daripada bidang sukan.
Tambahan pula, jika berlaku kecederaan kepada diri atlet negara dikhuatiri nasib mereka tidak
terbela. Justeru, pihak kerajaan haruslah giat menjalankan kajian tentang jaminan masa
depan atlet untuk jangka masa panjang mereka agar semangat kesukanan menebal dalam
diri atlet negara. Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan
merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Sewajarnya
barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-
muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk
memajukan mutu sukan negara.

Tuntasnya, semua pihak harus bekerjasama untuk memajukan lagi sukan di negera
kita.Ibu bapa pula seharusnya memberikan bimbingan dan galakan kepada anak yang
berkecenderungan terhadap bidang sukan. Kemorosotan mutu sukan negara tidak
seharusnya dibiarkan berlanjutan kerana hal ini sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah
negara kita pada peringkat antarabangsa.Semoga slogan Majulah Sukan Untuk Negara
dapat diimplementasikan dengan jayanya.

1
Bahagian B
Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[Masa dicadangkan : 30 minit]
Jawab semua soalan.

Kemahiran : 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata,
istilah, maksud rangkai kata, dan ungkapan dengan betul mengikut konteks.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i. antikarat
ii. dwitahunan
iii. jurusolek
iv. mahasiswa
v. prasekolah
vi. tatasusila
vii. kakitangan
viii. sukarela
[8 markah]

Kemahiran : SP 3.6.1 - Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam


pelbagai teks

(b) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Beberapa orang arkitek termashur telah terlibat dalam mereka bentuk Istana Negara
yang menjadi lambang memegahkan negara.

(ii) Untuk mengatasi masalah banjir yang merosakkan infra struktur pihak berkuasa
tempatan telah dalamkan longkang dan membina tebatan.

(iii) Kementerian Kesihatan Malaysia disyorkan kepada semua pengusaha kefeteria supaya
sentiasa menitikberatkan tahap kebersihan premis masing-masing.

(iv) Terdapat beberapa faktor yang berpotensi mewujudkan stress, seperti tekanan di
tempat kerja yang disebabkan oleh faktor individu, organisasi dan sekitaran.

(v) Resepi perpaduan dan asas pembentukkan negara yang merdeka dan berdaulat
mestilah dilakukan oleh remaja atau generasi pada masa ini.

(vi) Melalui Internet, kemudahan seperti menghantar surat melalui emel dan bertukar
pendapat melalui sembang siber dapat melaksanakan.
[12 markah]

Anda mungkin juga menyukai