Anda di halaman 1dari 5

CONTOH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang
menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-kesanya.Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan pelbagai persoalan tentang
mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya terus
berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama
kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan
tanah air supaya mencapai taraf dunia.
Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak. Paling
ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan
pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari
keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia.
Mereka sering menunding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila punca
kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan
dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai perancang
pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu
meningkatkan mutu sukan.
Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara tidak
mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih
mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan
kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena
ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-
pelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.
Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau dilema
atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah apabila
menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang keyakinan di samping
kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha
untuk menigkatkan prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang sanggup
untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet tidak berdisiplin dan menjadi
keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan, ekoran sudah tidak ada atlet lain
yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan sukar ditegur ini masalah kepada jurulatih
untuk menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan sahaja
memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat demi mewujudkan sukan
sebagai suatu budaya kehidupan.

Contoh Jawapan Lemah

Petikan membincangkan faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan di negara kita dan
langkah-langkahnya.
Salah satu faktor yang menghalang pembangunan sukan ialah sikap tidak profesional pegawai
yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Sesetengahnya pula
menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi. Kegagalan atlet pula sering
dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan sendiri. Pengkritik sukan berpendapat
bahawa sistem pendidikan lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan ibu bapa juga
mementingkan pelajar anak-anak mereka. Di samping itu,moral atlet kita dikatakan rendah dan
mengaku kalah.
Kesan yang dialami ialah kemerosotan mutu sukan di peringkat negara dan juga antarabangsa.
Kerajaan juga telah mengalami kerugian kerana telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk
memajukan tanah air.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah menangani masalah ini dengan segera.
[123 patah perkataan]

Ulasan Pemeriksa
1. Pelajar mengemukakan pendahuluan tanpa mengubah arahan atau kata kunci pertama.

2. Isi tersurat
-Pelajar hanya mengemukakan 5 isi yang memberi 10 markah.Sewajarnya pelajar
mesti mengemukakan satu lagi isi tersurat
3. Isi tersirat
-Pelajar gagal mengemukakan 2 isi tersirat.Isi tersirat kedua merupakan isi tersurat. Sewajarnya pelajar
menulis sekurang-sekurangnya dua isi tersirat untuk memperoleh 4 markah.

4. Kesimpulan yang di tulis oleh pelajar tidak lengkap kerana tidak menggabungkan ayat berbentuk
cadangan dengan ayat berbentuk harapan seperti yang disarankan di samping tidak ada kata hubung
agar/supaya.

Jawapan Yang Dibaiki

Petikan membincangkan punca-punca yang membantutkan pembangunan sukan negara.

Antara puncanya ialah sikap profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih
dalam menentukan pemilihan pemain[S1] di samping sikap mereka yang menjadikan persatuan sukan
sebagai tempat mencari keuntungan peribadi.[S2] Selain itu, mereka menuding jari kepada pihak lain
daripada mengakui kelemahan diri.[S3] Mereka harus menyedari bahawa kegagalan atlet dikaitkan
dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan[S4] di samping sikap mereka sebagai perencang
sukan tidak mempunyai visi.[S5] Seperkara lagi, sistem pendidikan mementingkan kecemerlangan
akademik membataskan murid-murid daripada menyertai sukan.[S6]
Antara kesannya ialah mutu sukan semakin merosot di peringkat negara dan
antarabangsa.[T1] Selain itu, atlet tidak dapat menjalani latihan intensif sama ada di dalam ataupun di
luar negara kerana persatuan tidak mempuyai kos untuk membiayai mereka.[T2]
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menanganinya supaya mutu sukan akan
terus meningkat maju.
[124 Patah Perkataan]
Tips Tulis Contoh Ulasan PT3 Terbaik

1) Jangan sesekali anda buat dalam satu perenggan sahaja.

2) Penanda wacana jangan dibiarkan sampai terlupa untuk digunakan dalam perenggan
karangan anda

3) Anda perlu tulis berapa patah perkataan pada bahagian bawah selepas kanan. Ramai yang
terlepas pandang dan terlupa untuk menulisnya

4) Anda perlu gabungkan isi tersurat dan isi tersiri dalam satu perenggan yang sama dan bentuk
penulisan isi yang padat dalam bahasa yang mudah

5) Kesalahan tatabahasa dan ejaan yang tidak sepertinya berlaku perlu dielakkan.

Di bawah ini kami kongsikan 4 contoh terbaik melibatkan 4 tajuk seperti yang anda semak
pada pautan-pautan yang dikongsikan pada jadual di bawah ini:

TEKNIK RUMUSAN

PERATURAN MERUMUS

i. Perlu mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan


ii. Asingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti
iii. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120pp
iv. Jumlah isi tersurat dan tersirat adalah antara 2 - 8 isi dan boleh ditulis lebih asalkan tidak
melebihi jumlah patah kata
v. Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus. Tukar dengan
perkataan lain / tukarkan penanda wacana
vi. Rumusan mesti ditulis dalam 4 peranggan iaitu peranggan pendahuluan, isi tersurat, isi
tersirat dan kesimpulan

CONTOH PENDAHULUAN

1. Menulis frasa pendahuluan


CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/ menyatakan...

2. Tukarkan arahan 1 dengan sinonim


CONTOH: Petikan membincangkan punca-punca/ sebab- sebab penderaan pembantu
rumah...

3. Letakkan penambahan sedikit pada hujung ayat yang menggambarkan keseluruhan


petikan seperti di negara kita/ pada masa ini / dalam kalangan ...
CONTOH: Petikan membincangkan perkara-perkara yang mendorong majikan mendera
pembantu rumah mereka di negara ini.

CONTOH ISI TERSURAT

I: Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara langsung dalam petikan memenuhi arahan
soalan / tugasan pertama.
II, Jika arahan soalan ialah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.
III. Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti
menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal
IV. Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.

CONTOH ISI TERSIRAT

I. Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas kedua
dalam arahan soalan
II. Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka pelajar
hendaklah menulis kesan yang munasabah.
Contoh :
Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan

CONTOH PENUTUP

I. Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul /
merumus petikan
II. Unsur pertama - menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan
dengan kata... mestilah/ haruslah / hendaklah.
III. Unsur kedua - menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini
ditandakan dengan kata ... agar / supaya

Contoh :
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah
dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi.

FORMULA: 4 PERENGGAN ( PSTK )

Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci )........................

Antara ( Kata tugasan S ) ialah/ adalah......... S1................... ( dan )......... S2 ................ .


Selain itu, ……… S3………… serta ……… S4………… Di samping itu, ………………..
S5…………. dan ………… S6……………………

Antara ( kata tugasan T ) ialah/ adalah………………T1……………….................


(dan)……………............. T2 ................................................

Kesimpulannya, pihak ... mestilah/ haruslah .... supaya/ agar ...( 120 patah kata )

CONTOH JAWAPAN RUMUSAN


Soalan: Punca kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran KOMSAS dan langkah
mengatasinya

Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor kekaburan pelajar terhadap mata


pelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) di negara kita.
Antara puncanya ialah sesetengah guru yang mengajar KOMSAS dalam Bahasa Melayu
masih kabur dengan kaedah pengajaran mereka dan sesi ceramah yang diadakan dengan
tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak menepati kehendak para guru. Selain itu, masa
yang diperuntukkan tidak mencukupi serta guru sastera mengajar komsas melebihi sukatan.
Di samping itu, banyak pelajar yang kurang berminat membaca dan sesetengah guru
mengambil sikap sambalewa dalam hal ini.

Antara langkahnya ialah para guru Bahasa Melayu perlu diberi ceramah oleh penceramah
yang pakar dalam bidang Komsas dan guru-guru tidak seharusnya menganggap pangajaran
KOMSAS sebagai satu beban.

Kesimpulannya, guru perlu lebih kreatif dalam pengajaran KOMSAS agar para pelajar
tertarik dengan pengajaran tersebut.

(120 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai