Anda di halaman 1dari 34

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011

CAKUPAN: RINGKASAN PEMAHAMAN KARANGAN NOVEL

EN SAZALI BIN IBRAHIM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LALOH KUALA KRAI
@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

Bahagian A (i) Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga seperti berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari dan sebagainya. Aktiviti ini dilakukan sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk menyihatkan badan atau riadah. Sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Individu yang mempunyai disiplin yang tinggi, mampu mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disiplin juga membentuk seseorang agar berkelakuan baik. Murid akan mematuhi arahan dan akur pada nasihat ibu bapa seperti menghormati orang yang lebih tua, bersopan santun dan taat pada agama. Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar. Biasanya, murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majlis Sukan Negara (MSN) sedar bahawa sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, MSN memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil. Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, seseorang harus berfikiran positif dan mempunyai keyakinan diri. Di samping itu, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Hal ini demikian kerana mereka akan berfikiran rasional untuk membuat keputusan dengan baik. Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi. Mereka sering berganding bahu untuk membantu pasukan menempa kejayaan. Murid yang aktif bersukan juga akan mempunyai semangat juang yang kental. Mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan.
@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

SKEMA PEMARKAHAN 1. Sukan dapat meningkatkan disiplin murid. 2. 3. yang Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Murid-murid inilah yang akan memberikan sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. perhatian

4. Sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental.

@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

5. 6.

Aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi.

7. Murid yang aktif bersukan juga akan mempunyai semangat juang yang kental. 8. Mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan.

PERINGATAN 1. Calon menulis dalam bentuk perenggan. Periksa seperti biasa. Markah Maksim um Bahasa =6 Markah Maksim um Bahasa =5 Markah Maksim um Bahasa =4 Markah Isi ditolak 50% Markah Maksim um Bahasa =2

2. Calon menulis jawapan dalam bentuk CATATAN (poin)

3.

Calon menyalin semua isi dalam petikan SECARA TERPILIH Calon menyalin semua isi dalam petikan SECARA TERPILIH dan menulis dalam bentuk CATATAN (poin)

4.

Calon menyalin keseluruhan daripada petikan ATAU menyalin 5. keseluruhan daripada mana-mana perenggan

TEKNIK MENJAWAB
@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

1.

Penanda wacana yang mesti digunakan. Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Lagipun, Tambahan pula, Akhir sekali.

2.

Prosedur jawapan: i. Ayat 1 : Tugasan soalan + Isi Pertama Kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid.

@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

ii.

Ayat 2 : Penanda Wacana + Isi 2 Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Ayat 3 : Penanda Wacana + Isi 3 Di samping itu, sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Ayat 4 : Penanda Wacana + Isi 4 Seterusnya, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Ayat 5 : Penanda Wacana + Isi 5 Tambahan pula, sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi. Bilang jumlah perkataan. Jika masih di bawah 70 patah perkataan, bina ayat yang ke-6. Contoh: Ayat 1 Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 Jumlah 12 16 13 12 9 6 (Teruskan dengan membina 2 ayat ke-6) Ayat 6 : Penanda Wacana + Isi 6 Akhir sekali, mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan 62 + (Ayat 6 15 patah perkataan) = 77 patah perkataan. : : : : : :

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

vii.

Contoh penulisan ringkasan yang lengkap. Kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Di samping itu, sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Seterusnya, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Tambahan pula, sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi. Akhir sekali, mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila

kecundang dalam sesuatu pertandingan.

(77 patah perkataan)

Bahagian A (ii) Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Soalan 1: Maksud rangkai kata 1. [2 markah] Berikan maksud berganding bahu dalam petikan.

Skem a: Maksud berganding bahu: - Bekerjasama/bantu-membantu/tolong-menolong/saling membantu/saling menolong/ berpadu tenaga/bergabung tenaga/bersatu tenaga/menggembleng tenaga/ bersama-sama melakukan Catata n: - saling bekerjasama (0 markah) - ada huraian (0 markah) Contoh Jawapan: Maksud berganding bahu dalam petikan ialah bekerjasama. Soalan Analisis Petikan 2. 2:

Bagaimanakah Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan membantu dalam mempertingkatkan pencapaian sukan dalam kalangan murid? [4 markah]

PANDUA N: a. Jawapan kepada soalan ini terdapat dalam petikan. b. Jawapan kepada soalan ini juga tidak bertindih dengan isi ringkasan. RUJUK PETIKAN:

Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar. Biasanya, murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majlis Sukan Negara (MSN) sedar bahawa sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, MSN memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil.

SKEM A: Majlis Sukan Negara memberikan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijalankan di sekolah. sokongan yang kepada kegiatan

Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil. CONTOH JAWAPAN. Majlis Sukan Negara membantu dalam mempertingkatkan pencapaian sukan dalam kalangan murid dengan cara memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil. Soalan KBKK 3. 3:

Sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? [4

markah] SKEMA: - Menganggap aktiviti sukan sebagai membuang masa - Takut akan berlaku kecederaan kepada anak-anak mereka. - Bimbang akan menjejaskan pembelajaran anak-anak. - Melibatkan kos yang tinggi untuk membiayai pembelian alat-alat sukan - Mereka tidak memahami faedah bersukan - Bimbang anak mereka mengalami masalah kesihatan (terima isi lain yang sesuai) Nota: Kalau calon tulis sesetengah keluarga, berikan 0 markah Contoh Jawapan:

Pada pendapat saya, sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan kerana menganggap aktiviti sukan sebagai membuang masa. Selain itu, sesetengah ibu bapa takut akan berlaku kecederaan kepada anak-anak mereka.

Bahagia nB Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [20 markah] Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan kegiatan pembalakan secara tidak terkawal. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

KEMUSNA HAN FLORA DAN FAUNA

PENCEMA RAN SUNGAI

KESAN KEGIATAN PEMBALAKAN SECARA TIDAK TERKAWAL

KEJADIAN TANAH RUNTUH

KEJADI AN BANJI R

Teknik Menjawab: Pendahuluan: Ayat 1 : Tema Mutakhir, isu ................(TEMA)..................... saban waktu diwara-warakan dalam media perdana di negara kita. Ayat 2: Tugasan Persoalannya, apakah .............. (TUGASAN)...............................................................? Contoh Ayat: Mutakhir, isu pembalakan saban waktu diwara-warakan dalam media perdana di negara kita. Persoalannya, apakah kesan-kesan kegiatan pembalakan secara tidak terkawal? Isi Pertama: Ayat 1 : GAPO IDEA UTAMA/ISI? Pada pendapat saya, antara ...........TUGASAN..................nya ialah .............ISI............. Ayat 2 : BAKPO? Jelaskan sebab-sebab Hal ini demikian kerana ..................ISI.......... + ......................SEBAB............................. Contoh Ayat: Pada pendapat saya, antara kesannya ialah kemusnahan flora dan fauna. Hal ini demikian kerana flora dan fauna terancam apabila habitat mereka dimusnahkan oleh kegiatan pembalakan secara tidak terkawal. Isi Kedua: Ayat 1 : GAPO IDEA UTAMA/ISI? Penanda wacana + ...........ISI..................juga merupakan .............TUGASAN............. Ayat 2 : BAKPO? Jelaskan sebab-sebab Saya berpendapat demikian kerana ..................ISI.......... + ......................SEBAB................

Contoh Ayat: Selain itu, pencemaran sungai juga merupakan impak kepada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal. Saya berpendapat demikian kerana sungai-sungai menjadi keruh dan cetek akibat kawasan tadahan air terganggu.

Isi Ketiga: Ayat 1 : GAPO IDEA UTAMA/ISI? ...........TUGASAN................ yang berikutnya .ialah .............ISI............. Ayat 2 : LAGU MANA? Nyatakan contoh Tamsilnya, ........................Nyatakan contoh ........................................ Implikasi kegiatan pembalakan secara tidak terkawal yang berikutnya ialah kejadian tanah runtuh. Tamsilnya. tanah-tanih di kawasan bercerun mudah runtuh akibat strukturnya yang tidak stabil akibat pembalakan. Penutup: Ayat 1 : SARANAN Natijahnya semua pihak mestilah...............MENGATASI/MENINGKATKAN......... + TEMA Ayat 2 : HARAPAN + PERIBAHASA supaya ........................Nyatakan harapan ............................ + Peribahasa Natijahnya, semua pihak mestilah mengatasi kegiatan pembalakan secara tidak terkawal supaya anugerah Tuhan ini dapat dimanfaatkan secara bijak sebelum nasi menjadi bubur. Contoh Karangan Lengkap: Mutakhir, isu pembalakan saban waktu diwara-warakan dalam media perdana di negara kita. Persoalannya, apakah kesan-kesan kegiatan pembalakan secara tidak terkawal? Pada pendapat saya, antara kesannya ialah kemusnahan flora dan fauna. Hal ini demikian kerana flora dan fauna terancam apabila habitat mereka dimusnahkan oleh kegiatan pembalakan secara tidak terkawal. Selain itu, pencemaran sungai juga merupakan impak kepada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal. Saya berpendapat demikian kerana sungai-sungai menjadi keruh dan cetek akibat kawasan tadahan air terganggu.

Implikasi kegiatan pembalakan secara tidak terkawal yang berikutnya ialah kejadian tanah runtuh. Tamsilnya. tanahtanih di kawasan bercerun mudah runtuh akibat strukturnya yang tidak stabil akibat pembalakan. Natijahnya, semua pihak mestilah mengatasi kegiatan pembalakan secara tidak terkawal supaya anugerah Tuhan ini dapat dimanfaatkan secara bijak sebelum nasi menjadi bubur. 120 patah perkataan

KARANGAN RESPONS TERBUKA BAHAGIAN C Kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen dalam usaha menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam. Isi 1: Mengurangkan kesesakan jalan raya Isi 2: Mengurangkan kadar kemalangan Isi 3: Menjimatkan kos Tema Tugasan awam. : : Pengangkutan awam kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan

MENULIS PENDAHULUAN Ayat 1: (TEMA) Kait dengan Akhir-akhir semasa ini, Pada masa ini, Belakanga n ini, Mutakhir, Tema isu berkaitan/gejala/masalah.....................(sebutkan tema) kalangan pelajar Sasaran dalam dalam kalangan remaja dalam Prioriti sering mendapat liputan yang meluas dalam media massa (P) sering diwara-warakan dalam media arus perdana (P) saban hari menjadi topik perbincangan hangat (P) menjadi Lokasi di Malaysia/di negara kita Ayat 2: Wacana (TUJUAN) Justeru, (P) Sehubungan dengan itu, (N) Menyedari Saranan (Positif) hakikatpihak mestilah komited dan beriltizam untuk semua ini, (N) Saranan (Negatif) Semua pihak janganlah hanya memejamkan mata dan memekakkan Saranan (Negatif) telinga pihak janganlah hanya memejamkan semua malah bestilah berusaha secara kolektif untuk mata dan memekakkan telinga malah mestilah bertindak secara kolektif untuk

Tujuan (Tema positif) Tujuan (Tema negatif)

meningkatkan ..(tema)sehingga mencapai objektifnya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. ke akar umbi menangani gejala/masalah ini sehingga sebelum nasi menjadi bubur.

Ayat 3:

(TUGASAN)

Persoalan + Tugasan Persoalannya, apakah...( salin selepas perkataan tentang dalam soalan) dan berakhir dengan tanda soal (?) Bina perenggan pendahuluan yang lengkap: Marcapada, isu berkaitan pengangkutan awam saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam sehingga mencapai objektifnya kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Persoalannya, apakah kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam? MENULIS PERENGGAN ISI ISI PERTAMA Tugasan: kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita Mengurangkan MENYATAKAN IDEA UTAMA antara............

Isi 1: kesesakan jalan raya Ayat 1: (GAPO)

Pada pandangan saya, (TUGASAN).........ialah.......(IDEA UTAMA).....

Pada pandangan saya, antara kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita ialah mengurangkan kesesakan jalan raya. Ayat 2: TEMA MENERANGKAN KAITAN IDEA UTAMA DAN (BAKPO)

Hal ini demikian kerana kesesakan jalan raya dapat dikurangkan di negara kita apabila masyarakat memilih menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian. Ayat 3: MENYATAKAN BUKTI MENYOKONG IDEA

UTAMA

(LAGU MANA)

Sebagai contoh + (bukti untuk menyokong idea) Sebagai contoh, penggunaan pengangkutan awam seperti bas, LRT dan komuter dalam kalangan warga kota untuk ke tempat kerja sudah pasti akan berupaya mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang menjadi duri dalam daging kepada pengguna jalan raya.terutama pada waktu puncak.

Ayat MENGESAHKAN KERELEVANAN (YO LO KO 4: IDEA UTAMA NI) Tegasnya, penggunaan pengangkutan awam ternyata memberi banyak kelebihan kepada masyarakat kerana pengguna jalan raya dapat mengelakkan daripada masalah kesesakan jalan raya yang menghantui warga kota sejak sekian lama. Contoh perenggan Isi Pertama: Pada pandangan saya, antara kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita ialah mengurangkan kesesakan jalan raya. Hal ini demikian kerana kesesakan jalan raya dapat dikurangkan di negara kita apabila masyarakat memilih menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian. Sebagai contoh, penggunaan pengangkutan awam seperti bas, LRT dan komuter dalam kalangan warga kota untuk ke tempat kerja sudah pasti akan berupaya mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang menjadi duri dalam daging kepada pengguna jalan raya.terutama pada waktu puncak. Tegasnya, penggunaan pengangkutan awam ternyata memberi banyak kelebihan kepada masyarakat kerana pengguna jalan raya dapat mengelakkan daripada masalah kesesakan jalan raya yang menghantui warga kota sejak sekian lama. ISI KEDUA Tugasan: kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita (Ubahsuai) manfaat yang diperoleh daripada penggunaan pengangkutan awam Isi 2: kadar kemalangan Ayat 1: (GAPO) Mengurangkan MENYATAKAN IDEA UTAMA juga merupakan

Selain itu, + (IDEA UTAMA) antara + (TUGASAN U/S)

Selain itu, mengurangkan kadar kemalangan juga merupakan antara manfaat yang diperoleh daripada penggunaan pengangkutan awam.

Ayat 4: Ayat 2: (BAKPO)

MENGESAHKAN KERELEVANAN (YO LO KO IDEA UTAMA NI) MENERANGKAN IDEA UTAMA

Saya berpendapat sedemikian kerana risiko kemalangan dapat dikurangkan disebabkan masyarakat tidak perlu berlumba-lumba mengejar masa. Malah penggunaaan pengangkutan awam lebih selamat dan terjamin daripada menggunakan kenderaan persendirian. Ayat 3: UTAMA MENYATAKAN BUKTI MENYOKONG (LAGU MANA) IDEA

Sebagai tamsilan, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Datuk Suret Singh menegaskan statistik menunjukkan kebarangkalian risiko kemalangan pengangkutan awam adalah lebih rendah berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian.

Ayat MENGESAHKAN KERELEVANAN (YO LO KO 4: IDEA UTAMA NI) Jelaslah, penggunaan pengangkutan awam amat bermanfaat sebagai suatu langkah bijak masyarakat untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita.. Contoh perenggan Isi Kedua: Selain itu, mengurangkan kadar kemalangan juga merupakan antara manfaat yang diperoleh daripada penggunaan pengangkutan awam. Saya berpendapat sedemikian kerana risiko kemalangan dapat dikurangkan disebabkan masyarakat tidak perlu berlumba-lumba mengejar masa. Malah penggunaaan pengangkutan awam lebih selamat dan terjamin daripada menggunakan kenderaan persendirian. Sebagai tamsilan, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Datuk Suret Singh menegaskan statistik menunjukkan kebarangkalian risiko kemalangan pengangkutan awam adalah lebih rendah berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian. Jelaslah, penggunaan pengangkutan awam amat bermanfaat sebagai suatu langkah bijak masyarakat untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita.. ISI KETIGA Tugasan: kelebihan-kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita (Ubahsuai) kepentingan penggunaan pengangkutan awam kepada masyarakat Isi 3: Ayat 1: Menjimatkan kos MENYATAKAN IDEA UTAMA (GAPO)

Seterusnya, + (TUGASAN U/S) yang berikutnya ialah + (IDEA UTAMA) Seterusnya, kepentingan penggunaan pengangkutan awam kepada masyarakat yang berikutnya ialah menjimatkan kos. Ayat 2: MENERANGKAN IDEA UTAMA (BAKPO)

Bertitik tolak daripada itu, kos dapat dijimatkan berikutan kenaikan harga bahan bakar yang begitu membebankan masyarakat tatkala ini..

Ayat 4: Ayat 3:

MENGESAHKAN KERELEVANAN IDEA UTAMA

(YO LO KO NI)

MENYATAKAN BUKTI MENYOKONG IDEA UTAMA (LAGU MANA)

Sebagai analoginya, apabila seseorang itu menggunakan pengangkutan awam, mereka hanya perlu membayar tambang perkhidmatan pengangkutan itu sahaja. Berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian, mereka juga perlu memikirkan kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan, pembayaran tol dan sebagainya.

Ayat 4: KO NI)

MENGESAHKAN KERELEVANAN IDEA UTAMA

(YO LO

Saya optimis, daripada bukti yang dipaparkan amat jelas menunjukkan penggunaan pengangkutan awam amat penting dan signifikan dengan kempen jimat cermat yang dilancarkan oleh kerajaan. Justeru kita sebagai pengguna, tepuk dada dan tanyalah selera. Contoh perenggan Isi Ketiga: Seterusnya, kepentingan penggunaan pengangkutan awam kepada masyarakat yang berikutnya ialah menjimatkan kos. Bertitik tolak daripada itu, kos dapat dijimatkan berikutan kenaikan harga bahan bakar yang begitu membebankan masyarakat tatkala ini.. Sebagai analoginya, apabila seseorang itu menggunakan pengangkutan awam, mereka hanya perlu membayar tambang perkhidmatan pengangkutan itu sahaja. Berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian, mereka juga perlu memikirkan kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan, pembayaran tol dan sebagainya. Saya optimis, daripada bukti yang dipaparkan amat jelas menunjukkan penggunaan pengangkutan awam amat penting dan signifikan dengan kempen jimat cermat yang dilancarkan oleh kerajaan. Justeru kita sebagai pengguna, tepuk dada dan tanyalah selera. MENULIS KESIMPULAN Ayat 1 : Contoh: Wacana + Saranan + Harapan

[Saranan] Kesimpulan nya, Konklusinya , Sebagai intiha, Sebagai natijah, Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama/berusaha untuk meningkatkan/menangani ............(tema)................ [Harapan] ...supaya + impak yang positif secara keseluruhan i. negara dapat melahirkan generasi yang cemerlang,
@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

14

gemilang, dan terbilang ii. ditingkatkan. iii. wawasan negara akan tercapai iv. kesihatan pelajar terjamin Contoh:

ekonomi negara dapat

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam supaya keselamatan dan keselesaan masyarakat sentiasa terjamin.. Ayat 2: Seruan

@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

15

Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah ditagih kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya! ATA U Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama! Contoh perenggan kesimpulan yang lengkap: Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam supaya keselamatan dan keselesaan masyarakat sentiasa terjamin. Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

Panduan Menjawab Soalan Novel :


* Ikut arahan soalan sama ada mana-mana novel yang anda kaji atau novel yang dinyatakan seperti novel tingkatan 1, 2 dan 3. * Jawapan mestilah dalam bentuk esei bukannya poin-poin isi. * Jawapan sebaik-baiknya dalam bentuk perenggan. Satu isi untuk satu perenggan. * Setiap isi mestilah ada ayat isi dan ayat huraian. (Seboleh-bolehnya dua ayat). * Ayat isi mestilah bersifat umum. Guna sebahagian soalan untuk memulakan isi. * Ayat huraian mestilah khusus iaitu mengandungi watak dan peristiwa. Nama watak salah tetapi contoh pristiwa betul. (0m) Contoh peristiwa salah tetapi nama watak betul.(0m) Wajaran markah : Isi : 6 markah : 3 isi x 2 (isi -1m dan huraian -1m) Bahasa : 4 markah ; biasanya markah ditolak jika terdapat kesalahan. Ingat markah hanyalah 10 markah : Peruntukan masa yang perlu
@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

15

diperuntukkan ialah 10 minit sahaja Huraikan tema yang anda kaji. novel

Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Tema novel ini ialah kegigihan seorang anak yatim dalam mengejar cita-citanya. Hal ini dapat dibuktikan melalui iaitu seorang anak yatim yang bernama Budiman bin Budin berusaha bersungguh-sungguh belajar dan berlatih menggesek biola untuk menjadi juara Bintang Muzik Kota Raya. Huraikan persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Persoalan novel ini ialah penyelewengan pemegang amanah. Sebagai contoh, Pak Mat Tukang Masak menjual biola Bayu Senja yang diamanahkan kepadanya.

@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

16

Selain itu, persoalan novel ini ialah semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Buktinya, Budiman, Chong dan Chandra bersahabat baik di Rumah Bonda. Seterusnya, persoalan novel ini ialah kasih sayang kepada anak yatim. Misalnya, Pak Jais menyayangi anak-anak yatim di bawah jagaannya di Rumah Bonda. Nyatakan watak utama dan huraikan tiga perwatakannya. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Watak utama novel ini ialah Budiman bin Budin. Perwatakan Budiman ialah seorang yang berdikari. Contohnya, Budiman bekerja sebagai jurupam di stesen minyak. Selain itu, Budiman juga seorang yang berani. Buktinya, Budiman menyiasat penyelewengan Pak Mat di Rumah Bonda dan tidak takut dengan ugutannya. Seterusnya, perwatakan Budiman ialah gigih. Misalnya Budiman berusaha bersungguh-sungguh berlatih menggesek biola dengan Pak Wan Busu. Huraikan binaan plot novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Binaan plot disusun mengikut urutan kronologi iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian. Permulaan novel ini ialah Budiman tinggal di Rumah Bonda selepas kematian ibu bapanya. Di sini, dia berkawan dengan Chong dan Chanda. Perkembangan novel ini ialah Budiman mencurigai kegiatan Pak Mat apabila pada suatu malam dia terserempak dengan Pak Mat membawa biola. Pada masa lain mereka juga terserempak dengan Pak Mat sedang memunggah barang dari stor Rumah Bonda ke dalam van. Perumitan cerita bermula dengan Pak Mat bimbang rahsia beliau terbongkar sering mengugut dan mengasari Budiman dan rakanrakannya. Budiman berazam untuk belajar menggesek biola.
@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

16

Puncak kepada novel ini ialah Budiman memasuki pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Dia belajar dengan Pak Wan Busu dan Datin Siti Norbayu. Dia juga berusaha membongkar kegiatan Pak Mat yang memakan harta anak yatim. Peleraan novel ini ialah Budiman berjaya dalam pertandingan itu dengan muncul sebagai juara seperti yang diingini oleh ayahnya. Pak Mat akhirnya ditangkap dan dipenjara kerana mengedar dadah. Huraikan tiga teknik plot novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud.

@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

17

Teknik plot yang digunakan ialah dialog. Contohnya, percakapan Pak Jais dengan Budiman tentang anugerah yang akan diberikan kepada ayahnya oleh Sultan. Seterusnya, teknik kedua yang digunakan ialah pemerian. Misalnya, pemerihalan watak Budiman yang berdada bidang, tinggi sederhana dan sebagainya. Selain itu, teknik imbas kembali. Buktinya, Budiman mengingatkan semula kisah silam tentang kampung halaman rumahnya. Teknik lain ialah teknik suspen. Sebagai contoh, peristiwa yang akan terjadi kepada Pak Mat dan berjaya atau tidak Budiman menyertai pertandingan Bintang Biola selepas diugut oleh Pak Mat.

Huraikan gaya bahasa novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Gaya bahasa yang gunakan dalam novel ini ialah penggunaan bahasa asing. Contohnya, bahasa Inggers iaitu homework dan complain, serta bahasa Jepun iaitu sakura no hana. Penggunaan bahasa istana juga terdapat dalam novel ini. Misalnya, patik, pacal, tuanku, anugerah, dan bintang kebesaran. Peribahasa juga digunakan dalam novel ini. Contohnya, tempat jatuh lagi dikenang, hangat-hangat tahi ayam, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga dan pasang telinga. Senaraikan latar tempat novel yang anda kaji dan peristiwa yang berlaku. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Latar tempat dalam novel ini ialah Rumah Bonda. Peristiwa yang berlaku ialah Budiman,Chong dan Chandra dibesarkan di sini. Di sini juga Pak Mat memunggah barangan untuk dimuatkan ke dalam van. Latar tempat kedua ialah stesen minyak. Di sini, Budiman bekerja sambilan sebagai jurupam manakala Chong dan Chandra membantunya.
@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

17

Dewan Srikota juga latar tempat dalam novel ini. Di dewan inilah berlangsungnya Pertandingan Bintang Biola Kota Raya yang disertai oleh Budiman. Latar tempat yang lain ialah rumah Pak Wan Busu. Di rumah inilah Budiman belajar menggesek biola. Huraikan nilai-nilai yang anda peroleh setelah membaca novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud.

@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

18

Nilai yang saya peroleh setelah membaca novel ini ialah kegigihan. Contohnya, kegigihan Budiman dalam belajar menggesek biola sehingga berjaya menjadi juara Bintang Biola Kota Raya. Saya juga dapat memperoleh nilai berdikari. Misalnya, nilai berdikari ditonjolkan melalui watak Budiman yang bekerja sebagai jurupam di stesen minyak. Nilai keberanian juga saya peroleh setelah membaca novel ini. Buktinya keberanian Budiman menyiasat kegiatan Pak Mat dan menghadapi ugutannya terdapat dalam novel ini. Seterusnya nilai bertanggungjawab/kasih sayang juga saya peroleh. Melalui watak Pak Jais dipaparkan beliau seorang yang bertanggungjawab/menyanyangi anak-anak yatim di Rumah Bonda. Huraikan pengajaran-pengajaran yang anda peroleh setelah membaca novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud. Pengajaran yang saya peroleh ialah kita mestilah bersikap berdikari. Contohnya, watak Budiman yang bekerja sebagai jurupam di stesen minyak. Pengajaran kedua ialah kita mestilah mengamalkan nilai keberanian. Misalnya, keberanian Budiman menyiasat kegiatan Pak Mat dan menghadapi ugutannya terdapat dalam novel ini. Kita sewajarnya mengamalkan nilai kasih sayang. Buktinya,melalui watak Pak Jais dipaparkan beliau seorang yang menyanyangi anakanak yatim di Rumah Bonda.

Kunjungi blog
@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

18

saya cikgusazali.blogsp ot.com

@CSL2011 Teknik Menjawab BMPMR

19

Anda mungkin juga menyukai