Anda di halaman 1dari 9

MUTU SUKAN NEGARA

ULBS BAHASA MELAYU


MULLAI MALAR DAN SANTHIYAH

Jenis- Jenis Sukan

KEADAAN SUKAN DI NEGARA KITA

Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One, LeTour De
Langkawi, Sukan Komenwell dan sebagainya. Pencapaian Malaysia sebagai penganjur tidak dapat
dinafikan kehebatannya. Walaupun begitu, pencapaian Malaysia sebagai peserta amatlah
mengecewakan. Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik di London 2012 menimbulkan pelbagai
persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara
sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan
ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan
pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar
untuk memajukan sukan tanah air supaya mencapai taraf dunia.

PUNCA-PUNCA KEMEROSOTAN

Kemerosotan mutu sukan negara disebabkan


oleh kekurangan kelengkapan dan
kemudahan
peralatan sukan. Kebanyakan stadium di
negara ini masih kekurangan peralatan dan
kemudahan. Oleh itu, agak sukar bagi atlet
kita untuk mempertingkatkan pencapaian
mereka dan bersaing dengan para atlet dari
negara-negara lain.

Di samping itu, pendedahan pada peringkat


antarabangsa masih belum mencukupi
untuk memantapkan mutu pencapaian atlet
negara. Kebanyakan atlet negara kekurangan
pengalaman dan gagal menyesuaikan diri di
negara tuan rumah. Mereka tidak boleh
bermain mengikut keupayaan yang sebenar
kerana berasa kekok dengan suasana dan
keadaaan yang asing bagi mereka manakala
ada atllet yang hanya cemerlang di tempat
sendiri.

Bukan setakat itu sahaja, program latihan yang


disediakan untuk para atlet masih belum
setanding dengan program latihan atlet luar
negara. Pihak pengurusan sukan seperti Majlis
Olimpik
Malaysia (MOM) masih gagal merumuskan
program latihan yang benar-benar berkesan dan
sesuai untuk atlet negara. Kadang kala atlet
mempunyai kerenah tersendiri seperti ponteng
latihan, tidak puas hati dengan jurulatih dan
banyak menghadapi masalah peribadi. Sikap
tidak profesional ini telah membantutkan usaha
jurulatih untuk meneruskan program latihan
yang lebih mencabar.

Selain itu, bakat sukan dalam kalangan


pelajar sekolah yang tidak dicungkil denN
sebaik-baiknya telah menyebabkan mutu
sukan negara merosot. Hal ini demikian
kerana pihak sekolah
lebih mengutamakan aspek kecemerlangan
akademik. Pendek kata, lebih banyak alasan
daripada
kesungguhan yang diberikan untuk
mengelakkan diri daripada komitmen untuk
memantapkan mutu sukan negara.

LANGKAH MENGATASI
Antara langkah untuk meningkatkan kualiti sukan
negara adalah dengan memberi insentif kepada
atlet yang memenangi sesuatu
pertandingan.Hal ini berlaku demikian kerana
ganjaran yang diberikan kepada atlet negara tidak
setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh
mereka. Dengan ini, pemain dan atlet yang
diberikan insentif tadi akan lebih bersemangat
untuk menempa kejayaan untuk negara.
Tamsilnya, Majlis Sukan Negara boleh
menganugerahkan hartanah, wang atau saham
kepada kepada mereka yang berjaya. Selagi
tiada insentif diberikan kepada mereka, sudah
pasti hasrat untuk melonjakkan mutu sukan
negara akan terbantut.

Selain itu, bilangan jurulatih yang berkaliber


hendaklah ditambah.Hal ini kerana kebanyakan
jurulatih yang sedia ada tidak menunjukkan
komitmen yang yang tinggi dan kurang
berpengalaman dalam melatih atlet. Dengan
penambahan jurulatih yang berkaliber, atlet-atlet
akan menjadi lebih mahir dalam bidang sukan
yang diceburi oleh mereka. Sebagai contoh,
Misbun Sidek merupakan seorang jurulatih yang
berkaliber kerana telah melahirkan jaguh dunia
dalam sukan badminton seperti Datuk Lee
Chong Wei. Jelaslah bahawa mutu sukan negara
akan terus merosot sekiranya bilangan jurulatih
yang berkaliber tidak ditambah.

Langkah seterusnya adalah dengan menaik


taraf prasarana sukan di seluruh negara
terutama di kawasan luar bandar. Hal ini berlaku
demikian kerana pada masa sekarang
kemudahan prasarana sukan kurang disediakan
di kawasan tersebut. Prasarana sukan yang
lengkap dapat membantu atlet berlatih dengan
selesa dan efektif serta dapat mencungkil bakat
dari kawasan tersebut. Sebagai contoh,
kemudahan sukan seperti gimnasium, kolam
renang, stadium dan sebagainya tidak
disediakan di kawasan luar bandar. Selagi
kemudahan sukan tidak disediakan secara
menyeluruh di semua kawasan, selagi itulah isu
ini akan terus berlanjutan tanpa penyelesaian
yang konkRIT.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai