Anda di halaman 1dari 3

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA (Soalan 3 : 30 markah)

3b - Soalan Menukarkan @ Mengubah Ayat: ( 6 markah) Panduan umum: 1. Baca arahan soalan dengan teliti untuk mengetahui kehendaknya/tugasannya sama ada Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif atau menukarkan ayat-ayat pasif kepada ayat aktif Menulis dialog semula ke dalam laporan biasa dengan menggunakan cakap pindah Menulis laporan biasa semula ke dalam bentuk dialog dengan menggunakan cakap ajuk. Menyambung ayat pendek atau mencerakinkan ayat majmuk 2. Baca dengan teliti ayat-ayat yang diuji untuk memahami maksud dan mengetahui binaan atau struktur ayat berkenaan. 3. Baca keseluruhan dialog dengan teliti dan fahami maksud keseluruhannya 4. Semasa menukar dialog kepada laporan biasa, pelajar mesti menghilangkan tanda baca pembuka dan penutup pengikat kata pada kata-kata bual yang terdapat dalam petikan. 5. Ketika menulis laporan biasa semula ke dalam bentuk dialog pula, penggunaan tanda baca seperti pembuka dan penutup pengikat kata, koma, tanda seru, dan sebagainya hendaklah ditentukan. 6. Terjemahkan kata seruan berdasarkan makna yang sesuai. 7. Jika hendak menulis laporan biasa ke dalam bentuk dialog, pelajar harus menggunakan kata seruan yang sesuai bagi menggantikan makna kata-kata yang menggambarkan perasaan. Contohnya: Cis - dengan marahnya, Aduh sambil mengerang kesakitan. 8. Pelajar boleh menambahkan imbuhan pada kata-kata yang sesuai. Kata-kata tertentu boleh juga ditambah supaya menjadi ayat yang lengkap. 9. Pelajar boleh menukarkan kata ganti diri, masa, tempat, dan sebagainya kepada bentuk kata ganti yang sesuai dengan petikan. 10. Kesalahan dalam struktur ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. 11. Kesalahan dalam struktur ayat pancangan pula kerana tidak ada kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, kerana, dan sebagainya yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama; kata sandang yang digunakan sebagai ganti kata hubung pancangan bahawa; unsur penerang dalam ayat pancangan itu salah strukturnya.

Pesan Bestari: 1. Tidak boleh mencampuradukkan bentuk cakap ajuk dan bentuk cakap pindah dalam jawapan. 2. Gunakan kata ganti yang sesuai 3. Gunakan kata yang menepati makna asalnya dalam petikan.

CONTOH-CONTOH SOALAN DAN PANDUAN JAWAPAN: Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa SET 1: (b) Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. (i) Corak kain langsir itu berwarna-warni dan sungguh menarik. (ii) Abang kamu pegawai polis atau pegawai bomba? (iii) Mak Jah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya tergesa-gesa hendak keluar. [6 markah] SET 2 : (b) Dialog kepada cakap pindah. Tulis petikan dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Norlin : Liza, bagaimana dengan rancangan kita pada cuti sekolah nanti? Liza : Semuanya mengikut perancangan, hanya kita perlu meminta izin daripada ibu bapa kita terlebih dahulu. Norlin : Kalau begitu, pandai-pandailah kamu memujuk ayah kamu. Begitu juga dengan saya. Liza : Akhir-akhir ini perangai ayah saya agak pelik. Pening saya sekeluarga dibuatnya. Bimbang juga saya jika dia tidak memberi persetujuan. Norlin : Saya yakin bahawa kamu dapat memujuk ayah kamu. Maklumlah, kamu anak kesayangannya. [6 markah] SET 3: (b) : Gabung ayat Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian gabungkan ayat-ayat dalam petikan tersebut menjadi tiga ayat sahaja dengan mengekalkan susunan dan maksud asalnya. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan tindakan bijak kerajaan untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat. PLKN juga melahirkan semangat patriotik. Program ini diharapkan dapat meningkatkan disiplin para remaja. Segelintir ibu bapa tidak menyokong program ini kerana bimbang berlaku penderaan kerana aktiviti ala tentera diselitkan juga. Mereka takut anak mereka tercedera. Ibu bapa remaja ini biasanya memanjakan anak. Latihan yang diberikan tidak dapat memberikan keseronokan kepada remaja. Remaja tidak berbuat apa-apa yang berfaedah selepas peperiksaan SPM. Remaja suka melepak untuk menghilangkan kebosanan. [6 markah]

JAWAPAN SET 1: (b) Ayat tunggal (i) Corak kain langsir itu berwarna-warni. Corak kain langsir itu sungguh menarik. (ii) Abang kamu pegawai polis? Abang kamu pegawai bomba? (iii) Mak Jah bertanya arah tujuan suaminya. Mak Jah melihat suaminya tergesa-gesa hendak keluar. JAWAPAN SET 2 : (b) Cakap pindah daripada dialog Norlin bertanya kepada Liza tentang rancangan mereka pada cuti sekolah nanti. Liza menjawab bahawa semuanya mengikut perancangan dan mereka hanya perlu meminta izin daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Norlin menyatakan bahawa jika begitu, pandai-pandailah Liza memujuk ayahnya dan begitulah juga dengan dirinya. Liza memberitahu Norlin bahawa akhirakhir ini perangai ayahnya agak pelik sehingga dia sekeluarga pening kepala. Liza juga bimbang sekiranya ayahnya tidak memberi persetujuan kepadanya. Norlin menyatakan bahawa dia yakin bahawa Liza dapat memujuk ayahnya kerana Liza anak kesayangan ayahnya.

JAWAPAN SET 3 : (b) Gabungkan ayat-ayat pendek: (i) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan tindakan bijak kerajaan untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat dan melahirkan semangat patriotik serta diharapkan dapat meningkatkan disiplin para remaja. (ii) Segelintir ibu bapa tidak menyokong program ini kerana bimbang berlaku penderaan kerana aktiviti ala tentera diselitkan juga, selain mereka takut anak mereka tercedera. (iii) Ibu bapa remaja ini biasanya memanjakan anak sedangkan latihan yang diberikan dapat memberikan keseronokan kepada remaja, tambahan pula remaja tidak berbuat apa-apa yang berfaedah selepas peperiksaan SPM, sebaliknya remaja suka melepak untuk menghilangkan kebosanan.

Anda mungkin juga menyukai