Anda di halaman 1dari 5

International Research Journal of Education and Sciences (IRJES) Vol.

x Issue x, xxxx
eISSN 2550-2158

TAHAP IKLIM SEKOLAH RENDAH DI SELANGOR


Nur Syaima binti Salleh, Nurulhuda Md Hassan

Abstract – Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap Nurulhuda Md. Hassan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
iklim sekolah dan tahap prestasi guru sekolah rendah di (email address: nurulhuda.mh@fpm.upsi.edu.my )
Selangor. Terdapat lima dimensi iklim sekolah yang dikaji Iklim sekolah merupakan suasana yang patut dipupuk
dalam kajian ini iaitu kolaborasi, hubungan dengan murid, dan disemai untuk membolehkan guru bermotivasi
sumber kelengkapan sekolah, membuat keputusan, dan menjalankan tugasan masa kini yang semakin mencabar.
inovasi pengajaran. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan Iklim sekolah dilihat sebagai faktor penting dan kuat
dengan melibatkan seramai 381 responden yang terdiri pengaruhnya dalam menentukan kemampuan dan
daripada guru-guru sekolah rendah sekitar Selangor.
kecekapan guru menjalankan tugas dan tanggungjawab
Instrumen School Level Environment Questionair (SLEQ) yang
telah diadaptasi digunakan dalam mengenal pasti tahap mereka (Mohamad Adnan Mohamad Kasim, Siti Noor
kelima-lima dimensi iklim sekolah. Kajian ini menggunakan Ismail, Suhaila Mohammad, & Hasliza Ibrahim, 2016).
analisis deskriptif menggunakan perisian SPSS. Tahap iklim Segala tugasan dan halangan tugas dapat diselesaikan dan
sekolah secara keseluruhnnya menunjukkan nilai tahap dipermudahkan dengan adanya iklim sekolah yang
sederhana (N=3.61). Berdasarkan dimensi pula, dimensi memberangsangkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal
kolaborasi(N=4.00), hubungan murid(N=3.73), dan inovasi pasti tahap iklim sekolah rendah di Selangor.
pengajaran(N=3.77) berada pada tahap tinggi, manakala
dimensi sumber kelengkapan sekolah(N=3.23) dan membuat
keputusan(N=3.34) berada pada tahap sederhana. Hasil II. PROBLEM STATEMENT
dapatan menunjukkan dimensi sumber kelengkapan sekolah
dan membuat keputusan perlu dipertingkatkan bagi Utusan Online bertarikh 28 Ogos 2018 melaporkan
membentuk iklim sekolah yang lebih baik. Oleh tu, dapat kajian yang dijalankan terhadap 48 258 orang guru
dirumuskan bahawa intipati penemuan ini penting kepada mendapati bahawa 4.4% guru mengalami stress tahap
pihak guru, pentadbir dan juga pihak-pihak pendidikan sederhana tinggi. Faktor-faktor yang dikenalpasti adalah
dalam menentukan aspek-aspek yang perlu ditekankan disebabkan oleh faktor kekeluargaan, kewangan, bebanan
dengan lebih serius dalam membentuk iklim sekolah yang
tugas, pentadbiran, tidak mendapat penghargaan,
positif selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). kekurangan kemahiran dalam menjalankan ugas, dan tidak
dilatih menangani stres menjadi penyebab peningkatan
Keywords – Iklim sekolah, sekolah rendah, School-Level jumlah stres tersebut. Hal ini menjelaskan lima dari tujuh
Environment Questionnaire (SLEQ) faktor yang dnyatakan merupakan faktor yang berhubungan
secara langsung dalam persekitaran kerja guru.
I. INTRODUCTION Ini bermakna, penekanan terhadap peranan faktor
iklim sekolah dalam pembentukan guru berkualiti sangat
Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan penting untuk meningkatkan sistem pendidikan Negara. Hal
kerana guru merupakan pelaksana dasar dan malamat yang ini kerana pembentukan iklim sekolah yang berkesan akan
digariskan oleh pihak kerajaan. Menurut laporan Pelan menggalakkan pembinaan guru berkualiti (Kraft, Marinell,
Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, & Darrick Yee, 2015).
asas untuk menigkatkan kualiti guru di Malaysia standing Faktor yang mempengaruhi pembentukan gerak kerja
dengan guru-guru di negara maju, ianya telah ditetapkan guru adalah dengan adanya persekitaran yang membantu
dalam pelaksanaan Gelombang 1 PPPM dan diteruskan (Fei & Han, 2017) dan sokongan daripada pihak
dalam pelaksanaan Gelombang 2. Peningkatan kualiti guru pengurusan (Hong & Aziah Ismail, 2015). Persekitaran
ini dapat diperhatikan melalui anjakan keempat dan kelima sekolah memainkan peranan penting untuk membentuk
PPPM. guru berkualiti.
Suasana kerja yang baik dapat memberikan impak
terhadap kualiti kerja guru. Menurut (Mohd Saifulkhair III. LITERATURE REVIEW
Omar, Mohd Faizul Mohd Noor, & Mohd Isha Awang,
2016), iklim sekolah yang positif akan memberikan Iklim Sekolah
keseronakan bekerja dalam kalangan guru. Justeru, penting
untuk sesebuah sekolah menyediakan iklim sekolah yang Menurut American Institute for Research (AIR) dan
positif, kondusif dan menggalakkan bagi memberi peluang The National Center for Education Statistics (NCES), iklim
guru-guru menjalankan tugas dengan lebih berkualiti dan sekolah merujuk kepada kualiti dan ciri karakter kehidupan
berkesan. sekolah termasuklah ketersediaan sokongan untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapt dilihat secara
meluas merangkumi aspek fizikal dan social dalam
persekitaran pembelajaran dan pengajaran (Jain, Cohen,
Huang, Hanson, & Austin, 2015). Tuntasnya, iklim sekolah
Nur Syaima Salleh, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
(email address: syaimasalleh@gmail.com). mempuyai skop yang sangat meluas dan ianya dapat
International Research Journal of Education and Sciences (IRJES) Vol. x Issue x, xxxx
eISSN 2550-2158

ditafsirkan berdasarkan kajian yang dijalankan pengkaji. item soalan. Terdapat lima dimensi yang diuji
Dalam kajian ini, iklim sekolah dilihat dari perseptif guru menggunakan instrumen SLEQ iaitu kolaborasi, hubungan
yang merangkumi lima dimensi; terdiri daripada dimensi murid, sumber kelengkapan sekolah, membuat keputusan,
kolaborasi, hubungan murid, sumber kelengkapan sekolah, dan inovasi pengajaran bagi menilai iklim sekolah.
membuat keputusan, dan inovasi pengajaran. Pengkaji telah menjalankan proses penterjemahan berbalik,
Dimensi-Dimensi Iklim Sekolah ujian kesahan muka dan kesahan kandungan sebelum
menjalankan kajian. Seramai empat orang pakar bahasa
Kolaborasi dalam kajian ini merujuk kepada dilantik bagi menjalankan proses penterjemahan berbalik,
kerjasama antara guru. Dimensi kedua kajian ini pula dan tiga orang pakar bagi menilai kandungan instrumen.
merujuk tentang persepsi guru terhadap murid-muridnya di Nilai kebolehpercayaan instrumen ini secara
sekolah. Dimensi sumber kelengkapan sekolah pula keseluruhannya adalah tinggi iaitu (=0.90).
merujuk kepada kepada bekalan peralatan mengajar dan
belajar yang disediakan di sekolah untuk kegunaan guru. Prosedur Analisis Data
Dimensi keempat pula adalah membuat keputusan. Dimensi
ini meneliti keterbukaan pemimpin sekolah dalam memberi Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan
peluang kepada para guru dalam membuat keputusan di Statistical Program for Social Science (SPSS). Data yang
sekolah. Dimensi terakhir adalah inovasi pengajaran. dipungut secara atas talian ini dianalisis menggunakan
Dimensi ini mengenal pasti kaedah pengajaran guru selari kaedah statistik deskriptif. Antara perkara yang diberi
dengan perkembangan semasa sistem pendidikan negara. perhatian dalam menganalisis data ini adalah kekerapan
(min) dan kecenderungan memusat (SD).
Kajian-kajian lepas

Faktor yang mempengaruhi pembentukan gerak kerja V. FINDINGS


guru adalah dengan adanya persekitaran yang membantu
(Fei & Han, 2017) dan sokongan daripada pihak Dapatan kajian menunjukkan tahap iklim sekolah berada
pengurusan (Hong & Aziah Ismail, 2015). Persekitaran pada tahap sederhana (N=3.61, SD=0.717). Secara
sekolah memainkan peranan yang penting untuk spesifiknya, tahap iklim sekolah bagi dimensi kolaborasi,
membentuk guru yang berkualiti. Indikator sebuah pasukan hubungan murid, dan inovasi pengajaran berada pada tahap
kerja yang cemerlang dibentuk melalui sikap saling tinggi, manakala dimensi sumber kelengkapan sekolah dan
membantu menyelesaikan masalah, saling berkongsi membuat keputusan berada pada tahap sederhana. Jadual di
pengetahuan dan pengalaman serta saling menghormati bawah menunjukkan tahap bagi setiap dimensi iklim
antara satu sama lain. Kajian iklim sekolah yang dikaitkan sekolah;
dengan guru banyak dijalankan, namun masih kurang
kajian tahap iklim sekolah dalam skop sekolah rendah TABLE I: TAHAP DIMENSI-DIMENSI IKLIM SEKOLAH
Dimensi Nilai min (N) Nilai standard
dijalankan deviasi (SD)
Kajian dalam melihat tahap iklim sekolah guru telah Kolaborasi 4.00 0.638
dijalankan oleh Suhaili Mohd Yusoff dan Khaliza Saidin, Hubungan Murid 3.73 0.656
Sumber Kelengkapan Sekolah 3.23 0.809
(2016) terhadap guru-guru sekolah menengah di Daerah Membuat Keputusan 3.34 0.886
Machang, Kelantan. Kajian ini melibatkan seramia 248 Inovasi Pengajaran 3.77 0.596
orang guru yang dipilih secara rawak. Hasil kajian Keseluruhan 3.61 0.717
mendapati tahap iklim sekolah secara keseluruhanya berada
pada tahap yang tinggi.
VI. DISCUSSION
IV. METHOD
Iklim sekolah rendah di Selangor secara
Reka bentuk kajian keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Ini bermakna,
wujud suasana kerja yang kurang kondusif dalam kalangan
Kajian ini menggunakan kaedah tinjuan. Soal selidik guru sekolah rendah di Selangor.
diedarkan secara atas talian kepada guru-guru sekolah Dapatan bagi dimensi kolaborasi menunjukkan
rendah sekitar Selangor. dimensi ini berada pada tahap yang tinggi kerana ianya
dipengaruhi oleh sistem pendidikan kebelakangan ini yang
Instrumen kajian sangat menekankan kepada komuniti pembelajaran
profesional atau lebih dikenali sebagai Profesional
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Learning Communities (PLC). Merujuk kepada surat
School-Level Environment Questionnaire (SLEQ) yang pekeliling keluaran KPM bertarikh 03 Disember 2014
menilai tahap iklim sekolah dari sudut persepsi guru. (KP(BPG)9094/600/3/5 Jld.5(95)), amalan PLC di sekolah-
Instrumen ini adalah hasil kajian yang dilakukan oleh sekolah di bawah penyeliaan KPM perlu melaksanakan
Johnson, Stevens, dan Zvoch pada 2007 terhadap instrumen PLC bagi meningkatkan amalan profesional guru dan
asal SLEQ. Instrumen ini telah dilakukan penambahbaikan pembelajaran abad ke-21. Justifikasi ini dapat dibuktikan
dari instrumen asal terutamanya dalam skop dimensi dan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Carpenter (2017)
International Research Journal of Education and Sciences (IRJES) Vol. x Issue x, xxxx
eISSN 2550-2158

dan Carpenter K. J (2017) yang menyatakan bahawa pengorbanan lebihan masa terhadap muridnya (Mohamad
pelaksanaan PLC dapat meningkatkan tahap iklim sekolah Adnan Mohamad Kasim et al., 2016). Tahap dimensi
ke arah yang lebih positif. inovasi pengajaran ini yang tinggi dijustifikasikan daripada
Bagi dimensi hubungan murid juga menunjukkan penekanan kepada amalan pengajaran abad ke-21.
tahap dimensi hubungan murid berada pada tahap tinggi. Pemantauan terhadap pelaksanaan pengajaran abad ke-21
Ini bermakna guru mempunyai tahap keprihatinan yang ini telah memaksa guru-guru bertindak dalam
tinggi terhadap murid-muridnya. Menurut Mohamad Adnan mengamalkan pengajaran inovatif ini. Selain itu, bantuan
Mohamad Kasim et al., (2016), guru lebih menekankan yang diterima daripada rakan guru sama ada pihak dalam
hubungannya dengan murid dalam aspek kerjayanya kerana sekolah mahupun dari pihak PPD turut membantu
murid merupakan pelanggan bagi institusi pendidikan meningkatkan tahap inovasi pengajaran guru. Bantuan dari
sekolah. Hubungan yang baik antara guru dan murid pihak Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School
membuatkan guru bermotivasi untuk berbincang dengan Improvement Specialist Coaches) atau lebih dikenali
murid tentang masalah peribadi yang mempengaruhi sebagai SISC juga turut membantu guru-guru dalam
perkembangan dan kejayaan seseorang murid. Hubungan mengamalkan pengajaran yang dikehendaki sebagaimana
baik antara guru dan murid bukan sahaja memperlihatkan pengajaran abad ke-21. Dapatan ini turut disokong oleh
hubungan positif antara komitmen guru dan komitmen (Szczesiul & Huizenga, 2015), yang menyatakan bahawa
belajar pelajar (Rohani Arbaa, Hazri Jamil, & Nordin Abd bimbingan yang diberikan secara terus menerus walaupun
Razak, 2010), malahan juga dapat mengurangkan dalam keadaan tidak formal dapat meningkatkan
permasalahan antara murid seperti kes buli dan pergaduhan kepimpinan para guru.
sesama murid (Espelage, Polanin, & Low, 2014).
Bagi dimensi sumber kelengkapan sekolah, tahap VII. CONCLUSION (OR LIMITATION OR
dimensi sumber kelengkapan sekolah berada pada tahap SUGGESTION FOR FURTHER STUDIES)
sederhana. Tahap yang sederhana ini dapat dijustifikasikan
daripada kekurangan bajet yang diturunkan ke bahagian Kajian berkaitan iklim sekolah ini telah lama
pendidikan negara. Berdasarkan belanjawan yang di dijalankan di luar negara dan di Malaysia. Pelbagai faktor
bentang secara terperinci bagi Kementerian Pendidikan yang mempengaruhi sesebuah iklim sekolah. Masih tidak
Malaysia, bajet yang diperuntukkan dalam skop bahan terdapat satu kata putus yang menggambarkan secara tepat
pengajaran dan pembelajaran bagi tahun 2019 telah tentang iklim sekolah itu sendiri. Sifat iklim sekolah yang
berkurangan sebanyak RM 36 300 iaitu dari RM 16 472 sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa ini
100 pada tahun 2018 kepada 16 435 800, pengurangan menjadikan kajian berkaitan iklim sekolah ini sentiasa
bajet turut melibatkan jenis belanjawan aset bagi tahun dijalankan bagi melihat trendnya dalam bidang pendidikan.
2019 (KPM, 2018). Hal ini telah mempengaruhi Maka, kajian ini memperlihatkan tahap iklim sekolah dari
pengurusan sumber kelengkapan di sekolah sehingga persepsi guru sekolah rendah di Selangor. Tahap dimensi
menjadikan tahap sumber kelengkapan di sekolah berada yang berada pada tahap tinggi hanyalah dimensi kolaborasi,
pada tahap sederhana sahaja. hubungan murid, dan inovasi pengajaran. Manakala
Tahap dimensi membuat keputusan turut berada pada dimensi sumber kelengkapan sekolah dan membuat
tahap sederhana. Berdasarkan Anggaran Perbelanjaan keputusan berada pada tahap sederhana. Keseluruhan tahap
Persekutuan 2019, belanjawan bagi program latihan dalam iklim sekolah yang berada pada tahap sederhana adalah
perkhidmatan dan latihan kepimpinan bagi pegawai wajar dijalankan langkah intervensi agar iklim bekerja yang
perkhidmatan pendidikan telah dikurangkan (KPM, 2018). positif dapat dicapai.
Perkara ini mempengaruhi tindakan pentadbiran dan Contohnya dalam meningkatkan sumber kelengkapan
kepimpinan guru di sekolah. Hanya pekerja yang sekolah melalui peruntukan kewangan dalam belanjawan
mempunyai pengalaman sahaja yang diberi kepercayaan Malaysia. Pengurangan peruntukan dana kepada pihak
dalam menerajui hal-hal pentadbiran sekolah. Pentadbir Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan sumber
sekolah juga bertindak selamat dengan melantik guru yang pengajaran turut terjejas. Pengajaran dan pembelajaran
telah sedia pengetahuan untuk membuat keputusan tanpa tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan mengikut
memberi peluang kepada guru lain untuk mencuba dalam spesifikasi yang diinginkan. Bagi dimensi membuat
kepimpinan sekolah. Kajian ini selari dengan Lynch, Smith, keputusan pula, dimensi ini sepatutnya dipertingkatkan
Provost, dan Madden (2016) yang menyatakan bahawa kerana kredibiliti guru banyak dipengaruhi oleh keputusan
penentuan dalam membuat keputusan memerlukan yang dilakukannya kepada sekolah.
kepakaran agar keputusan yang diambil dapat memberi Berdasarkan kajian-kajian lepas, tempat kerja yang
kesan kepada strategi peningkatan sekolah. kondusif terbukti memberi peningkatan motivasi terhadap
Tahap dimensi inovasi pengajaran berada pada tahap guru-guru (Anis Salwa & Siti Noor Ismail, 2018),
tinggi. Peranan guru sekolah rendah sebagai tenaga peningkatan efikasi guru (Yusni Zaini Yusof, Rosna
pengajar di institusi pendidikan menunjukkan berada pada Awang Hashim, & Tengku Faekah Tengku Ariffin, 2015) ,
tahap yang cemerlang. Ini membuktikan bahawa guru dan komitmen guru (Raman, Ling, & Khalid, 2015).
berperanan besar dalam memastikan belajar gembira ketika Suasana kerja yang kondusif ini turut ditekankan oleh
melalui proses pembelajaran. Pembelajaran yang kreatif Menteri Pendidikan Malaysia yang menggalakkan suasana
dan inovatif juga membentuk keperibadian guru dari aspek kerja yang kondusif dan gembira dalam menghasilkan
kesungguhan kepada pengajaran yang berkesan dan produktiviti yang memberangsangkan.
International Research Journal of Education and Sciences (IRJES) Vol. x Issue x, xxxx
eISSN 2550-2158

Tahap dimensi-dimensi iklim sekolah perlu G. (2015). Inequalities in school cliamte in


ditingkatkan agar hubungannya terhadap prestasi guru California. Journal of Educational Administration,
dilihat sebagai satu aspek penting. Iklim sekolah yang 53(2), 237–261.
positif antara isu yang dititik beratkan dalam Naratif https://doi.org/http://dx.doi.org/10.1108/JEA-07-
Baharu Amalan Pendidikan. Berdasarkan hasrat Menteri 2013-0075
Pendidikan, tiga nilai yang ingin dijadikan teras perubahan Johnson, B., Stevens, J. J., & Zvoch, K. (2007). Teachers’
dalam iklim pendidikan di sekolah-sekolah Malaysia iaitu perceptions of school climate: A validity study of
kasih-sayang, kegembiraan, dan saling hormat- scores from the revised school level environment
menghormati (Abdul Ghani Ahmad, 2019). Konklusinya, questionnaire. Educational and Psychological
tahap iklim sekolah di negeri Selangor perlu Measurement, 67(5), 833–844.
dipertingkatkan bagi memberi keselesaan kepada guru-guru https://doi.org/10.1177/0013164406299102
bekerja dalam keadaan kondusif. KPM. 2018. Anggaran perbelanjaan persekutuan 2019.
Limitasi kajian ini adalah dimensi iklim sekolah yang Putrajya.
digunakan. Iklim sekolah mempunyai skop yang sangat Kraft, M. A., Marinell, W. H., & Darrick Yee. (2015).
meluas. Oleh itu,pengkaji mencadangakan agar School Organizational Contexts, Teacher Turnover,
penambahan dimensi dalam mengukur iklim sekolah dapat and Studeny Achievement: Evidence from Panel
dilakukan bagi kajian akan datang. Selain itu, kajian ini Data. Research Article, 53(5), 1411–1449.
hanya dijalankan bagi mengenal pasti tahap iklim sekolah https://doi.org/https://doi.org/10.3102%2F000283121
dari persepsi guru-guru sekolah rendah di negeri Selangor. 6667478
Maka, pengkaji mencadangkan agar kajian akan datang Lynch, D., Smith, R., Provost, S., & Madden, J. (2016).
agar mengkaji iklim sekolah menengah kerajaan mahupun Improving teaching capacity to increase student
swasta di Malaysia. achievement. Journal of Educational Administration,
54(5), 575–592. https://doi.org/10.1108/JEA-10-
2015-0092
REFERENCES Mohamad Adnan Mohamad Kasim, Siti Noor Ismail,
Suhaila Mohammad, & Hasliza Ibrahim. (2016).
Abdul Ghani Ahmad. (2019). Pembaharuan pendidikan Iklim Sekolah Dan Komitmen Guru Di Sekolah
2019. Wardah Communication Sdn Bhd, 18–22. Agama Bantuan Kerajaan (Sabk) Negeri Kelantan. In
Anis Salwa & Siti Noor Ismail. (2018). Interaksi International Seminar on Generating Knowledge
Kepimpinan Perkongsian Dan Kepimpinan Sahih Through Research (Vol. 1, pp. 699–708).
Guru Besar Terhadap Motivasi Dan Tekanan Kerja https://doi.org/http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1
Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(1), 16–32. .543
Carpenter, D. (2017). Collaborative inquiry and the shared Mohd Saifulkhair Omar, Mohd Faizul Mohd Noor, &
workspace of professional learning communities. Mohd Isha Awang. (2016). Hubungan Di Antara
International Journal of Educational Management, Iklim Sekolah Dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah
31(7), 1069–1091. https://doi.org/10.1108/IJEM-10- Menengah di Daerah Kuala Nerus, Terengganu. In
2015-0143 International Seminar on Generating Knowledge
Carpenter, K. J. (2017). The Relationship Between School Through Research (Vol. 1, pp. 31–38).
Leadership Practices And School Climate By Kelly https://doi.org/http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1
J . Carpenter A Capstone Project Submitted in .572
Partial Fulfillment of the Requirements for the Mohd Anwar Patho Rohman, (2018, Ogos 28). Utusan
Degree of Doctor of Education in the field of Online. 4.4 peratus guru stres. Retrieved September
Educational Leadership Advisory Co. Southern 14, 2018, from
Illinois University. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08
Espelage, D. L., Polanin, J. R., & Low, S. K. (2014). /467001/44-peratus-guru-stres.
Teacher and staff perceptions of school environment Raman, A., Ling, C. C., & Khalid, R. (2015). Relationship
as predictors of student aggression, victimization, and Between School Climate and Teachers’ Commitment
willingness to intervene in bullying situations. School in an Excellent School of Kubang Pasu District,
Psychology Quarterly, 29(3), 287–305. Kedah, Malaysia. Mediterranean Journal of Social
https://doi.org/10.1037/spq0000072 Sciences, 6(3), 163–173.
Fei, E. L. E., & Han, C. G. K. (2017). Hubungan iklim https://doi.org/10.5901/mjss.2015.v6n3s1p163
sekolah dengan motivasi guru. Jurnal Pemikir Rohani Arbaa, Hazri Jamil, & Nordin Abd Razak. (2010).
Pendidikan, 8, 43–68. Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan
Hong, O. C., & Aziah Ismail. (2015). Sokongan Pihak Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti
Pengurusan Sekolah Terhadap Tekanan Kerja Guru Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina
Di Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Jenis Pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 61–69.
Kebangsaan Cina |. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Suhaili Mohd Yusoff, & Khaliza Saidin. (2016). Tahap
2(2), 42–57. Retrieved from http://e- Iklim Sekolah , Tahap Komitmen Guru Serta
journal.um.edu.my/publish/JuPiDi/ Hubungan Di Antara Iklim Sekolah Dengan
Jain, S., Cohen, A. K., Huang, K., Hanson, T. L., & Austin, Komitmen Guru Sekolah-Sekolah Menengah.
International Research Journal of Education and Sciences (IRJES) Vol. x Issue x, xxxx
eISSN 2550-2158

International Seminar on Generating Knowledge


Through Research, 1(October), 635–646.
https://doi.org/http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1
.535
Szczesiul, S. A., & Huizenga, J. L. (2015). Bridging
Structure and Agency: Exploring the Role of Teacher
Leadership in Teacher Collaboration. Journal of
School Leadership, 25(2), 368–410.
https://doi.org/10.1177/105268461502500207
Yusni Zaini Yusof, Rosna Awang Hashim, & Tengku
Faekah Tengku Ariffin. (2015). Pemodelan
Hubungan antara kesejahteraan hidup, keserakanan,
dan kesejahteraan di tempat kerja dengan efikasi guru
secara kolektif. Malaysian Journal of Learning and
Instruction, 12(1), 177–204.

Anda mungkin juga menyukai