Anda di halaman 1dari 2

Subjek dan Predikat

Nyatakan bahagian subjek dan predikat.


i.
Angkasawan Negara telah selamat sampai ke bumi.
ii.

Faktor ketiadaan pekerjaan menjadi punca warga muda terjurumus ke lembah jenayah.

iii.

Bercahaya-cahaya dan memukau sungguh cincin bertahtakan permata yang dipakai oleh ibu apabila
disinarai cahaya lampu neon.

iv.

Di hujung tanjung itu, mayat pemuda yang mati membunuh diri ditemui oleh pihak penyelamat.

v.

Keputusan Peperiksaan SPM pada tahun 2007 ini dijangka dapat melahirkan pelajar yang pandai,
berwibawa dan berkarisma.

vi.

Sungai Plentong semakin hari semakin tohor sehingga airnya sampai ke paras lutut.

vii.

Orang tua yang tinggal di hujung kampung dan dikenali sebagai Pak Hitam itu, sebenarnya ialah
seorang pejuang kemerdekaan tanah air kita.

viii.

Pada setiap hujung minggu, Isyraf dan adiknya akan menziarahi nenek mereka Wah, yang tinggal di
kampung itu.

ix.

Catur merupakan permainan minda yang diperkenalkan oleh orang Arab ke Benua Eropah selepas
Semenanjung Liberia ditakluki pada kurun kelapan.

x.

Hisham yang berjalan sambil membimbit sebuah raga yang sederhana besarnya, melaung-laungkan
suara yang tinggi menjaja nasi lemak dan kuih koci buatan ibunya.

xi.

Setelah puas merenung ke arah samudera yang luas terbentang di hadapan mereka, Hakimah
mengajak Ayu pulang ke rumahnya.

xii.

Taraf hidup yang tinggi di bandar membebankan golongan miskin.

xiii.

Ribut yang kencang malam tadi telah meranapkan beberapa buah rumah penduduk kampung itu.

xiv.

Kejadian banjir yang teruk melanda beberapa negeri di pantai timur.

xv.

Pasukan Bola Sepak Remaja Kebangsaan telah menewaskan Kelab Bola Sepak Singapura.

Nyatakan frasa bahagian predikat dan pola ayat


i.
Ali berjaya mengalahkan saingannya di saat-saat akhir.
ii.

Letupan yang mengorbankan 40 orang awam Iraq itu didalangi oleh tentera Amerika.

iii.

Semangat bersatu padu di kalangan rakyat Palestin perlu dijana bagi menjamin kemenangan umat
Islam.

iv.

Semalam, pakaian yang dibeli oleh ayah di pasar malam dijadikan hadiah untuk datuk sempena hari
lahirnya yang ke-100.

v.

Dalam bas mini yang penuh sesak itu, penyeluk saku menjalankan operasi mereka tanpa segan silu.

vi.

Wanita itu sahabat pena kakak saya.

vii.

Buku cerita yang tebal itu sangat mahal.

viii.

Bas Ekspres Nasional itu dari utara.

ix.

Perdana Menteri akan merasmikan majlis itu.

x.

Kek coklat itu sedap rasanya.

Anda mungkin juga menyukai