Anda di halaman 1dari 3

Ayat Biasa Kepada Ayat Songsang :-

i) Dia tetap menghantar anak-anaknya ke kelas tuisyen walaupun dia berpendapatan kecil.

ii) Bunga orkid itu sangat cantik.

iii) Aktiviti pembalakan secara haram masih berleluasa walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak
kerajaan.

iv) pokok itu tumbang semalam.

v) Ibu dan beberapa orang jiran sedang bneerbual-bual di halaman rumah.

Ayat Songsang Kepada Ayat Biasa :-

i) Semakin mencabar kehidupan remaja masa ini.

ii) Telah menggemparkan masyarakat dunia kejadian tsunami yang melanda Banda Acheh.

iii) Akan menerima pampasan penduduk kampung Pening Lalat.

iv) Semakin kronik fenomena pemanasan global.

v) Terkenal dengan sopan santun wanita Melayu.


Ayat Biasa Kepada Ayat Songsang :-

i) Dia tetap menghantar anak-anaknya ke kelas tuisyen walaupun dia berpendapatan kecil.

Walaupun dia berpendapatan dia tetap menghantar anak-anaknya ke kelas tuisyen.

ii) Bunga orkid itu sangat cantik.

Sangat cantik bunga orkid itu.

iii) Aktiviti pembalakan secara haram masih berleluasa walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak
kerajaan.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan aktiviti pembalakan secara haram masih
berleluasa.

iv) pokok itu tumbang semalam.

Semalam pokok itu tumbang.

v) Ibu dan beberapa orang jiran sedang berbual-bual di halaman rumah.

Di halaman rumah ibu dan beberapa orang jiran sedang berbual-bual.

Ayat Songsang Kepada Ayat Biasa :-

i) Semakin mencabar kehidupan remaja masa kini.

Kehidupan remaja masa kini semakin mencabar.

ii) Telah menggemparkan masyarakat dunia kejadian tsunami yang melanda Banda Acheh.

Kejadian tsunami yang melanda Banda Acheh telah menggemparkan masyarakat dunia

iii) Akan menerima pampasan penduduk kampung Pening Lalat.

Penduduk kampung Pening Lalat akan menerima pampasan.

iv) Semakin kronik fenomena pemanasan global.

Fenomena pemanasan global semakin kronik.

v) Terkenal dengan sikap sopan santun wanita Melayu.

Wanita Melayu terkenal dengan sikap sopan santun

Anda mungkin juga menyukai