Anda di halaman 1dari 11

SOALAN 1:Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata

tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata
yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.

(I) Ibu ke pasar malam tadi


Jawapan: Bilakah ibu ke pasar ? atau Ibu ke pasar bila ?

(ii) Tuan Hj. Bao Salleh pengetua sekolah itu.


Jawapan: Siapakah pengetua sekolah itu ?
Pengetua sekolah itu siapa ?

(iii) Pelajar itu berjaya dengan cemerlang kerana rajin belajar.


Jawapan:Mengapakah pelajar itu berjaya dengan cemerlang ?Apakah sebab pelajar itu
berjaya dengan cemerlang ?

(iv) Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan di Dewan Seri Murni.
Jawapan: Di manakah Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan ?
Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan di mana ?

(v) Pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak melalui kerjasama perpasukan.
Jawapan: Bagaimanakah pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak ?

(vi) Tiga biji telur digunakan untuk membuat kek itu.


Jawapan: Berapakah biji/ berapa bijikah telur digunakan untuk membuat kek itu ?

SOALAN 1:Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang
tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif telah diterangkan oleh pihak penganjur
sebentar tadi.

Ayat songsang: Telah diterangkan oleh pihak penganjur syarat-syarat pertandingan menulis
karya kreatif sebentar tadi.

(ii) Cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di dalam
almari perhiasan koleksi.

Ayat songsang: Tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan koleksi cenderamata
yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya.

(iii) Sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup Sihat itu Sungguh
menggalakkan

Ayat songsang: Sungguh menggalakkan sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap
Kempen Gaya Hidup Sihat itu.

SOALAN 2:Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang
tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Budak-budak itu mandi di lombong.
Ayat songsang: Mandi di lombong budak-budak itu.

(ii) Sufian Subandoro sedang sakit tenat di hospital.


Ayat songsang: Sedang sakit tenat di hospital Sufian Subandoro.

(iii) Cincin yang bertatahkan berlian itu sungguh cantik


Ayat songsang: Sungguh cantik cincin yang bertatahkan berlian itu.
(iv) Anak-anak Pak Man Toya itu berkejar-kejaran di taman.
Ayat songsang: Berkejar-kejaran di taman permainan Anak-anak Pak Man Toya itu.

(v) Keadaan suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin pada awal pagi
Ayat songsang: Pada awal pagi keadaan suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin.

(vi) Rumah Kak Limah yang besar di atas bukit itu tidak berpenghuni sejak sepuluh tahun
yang lalu

Ayat songsang: Sejak sepuluh tahun yang lalu rumah Kak Limah yang besar di atas bukit itu
tidak berpenghuni.

SOALAN 1:Tukarkan setiap ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa
tanpa mengubah maksud asalnya.

i. Akan dimulai dari sebelah timur pembinaan lebuh raya itu.


Ayat biasa: Pembinaan lebuh raya itu akan dimulai dari sebelah timur

ii. Telah dijual oleh datuk di pasar tani angsa peliharaan nenek.
Ayat biasa: Angsa peliharaan nenek telah dijual oleh datuk di pasar tani

iii. Merempuh masuk ke dalam stadium penyokong bola sepak Jerman

Ayat biasa: Penyokong bola sepak Jerman merempuh masuk ke dalam stadium.

Soalan 1:Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kamu perlu membaca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti sebelum
menandatanganinya.

(ii) Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusa indstri kecil dan
sederhana.

(iii) Kami telah menyenaraikan peralatan yang perlu dibawa untuk menyertai perkhemahan itu.
JAWAPAN:

(i) - Surat perjanjian jual beli rumah itu perlu kamu baca dengan teliti sebelum
menandatanganinya.

- Sebelum menandatanganinya, surat perjanjian jual beli rumah itu perlu kamu baca dengan
teliti.

- Perlu kamu baca dengan teliti surat perjanjian jual beli rumah itu, sebelum
menandatanganinya.

- Perlu kamu baca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti, sebelum
menandatanganinya.

(ii) - Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil dan
sederhana.

- Untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana, beberapa langkah telah diambil
oleh kerajaan.

(iii) - Peralatan yang perlu dibawa untuk menyertai perkhemahan perdana itu telah kami senaraikan.

- Telah kami senaraikan peralatan yang perlu dibawa untuk menyertai perkhemahan perdana itu.

Soalan 2: Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud
asalnya.
(1) Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam
bidang ekonomi.
(II) Kawat berduri yang berlingkaran itu memagari kawasan di sekeliling rumahnya.
(III) Pengetua telah melantik Cikgu Murani sebagai guru disiplin kerana ketegasannya
menjalankan tugas.

Jawapan:
(I) - Beliau akan beta anugerahi gelaran Datuk kerana sumbangannya dalam bidang ekonomi.
- Kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi gelaran Datuk beliau akan beta
anugerahi.
(ii) Kawasan di sekeliling rumahnya dipagari oleh kawat berduri yang berlingkaran itu.
(iii) Cikgu Murani dilantik oleh pengetua sebagal guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan
tugas.
- Kerana ketegasannya menjalankan tugas Cikgu Murani telah dilantik oleh pengetua sebagai
guru disiplin.
SOALAN 1:Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan
Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa
Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS).

(i) Kebudayaan nasional lambang identiti negara.


FN + FN

(ii) Basikal merah itu untuk abang saya.


FN + FS

(iii) Hutan sekitarnya segar-bugar bagaikan hamparan hijau.


FN + FA

(iv) Beberapa orang pakar bedah yang terkenal itu sedang melakukan pembedahan
tersebut.
FN + FK
(v) Menara yang tinggi itu memang cantik reka bentuknya.
FN + FA
(vi) Atlet-atlet yang akan ke luar negara untuk Sukan Olimpik sedang menjalani, latihan di
Komplcks Sukan Negara.
FN + FK

SOALAN 2:Baca setiap ayat di hawah dengan teliti, kemudian pastikan polo ayat sama ada
Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa
Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN+FS).

(i) Isteri saya pegawai di pejabat itu.


FN + FN
(ii) Gadis yang berbaju kurung itu sangat cantik.
FN + FA
(iii) Pemuda yang kacak itu ke pejabatnya dengan menaiki kereta.
FN + FS
(iv) Petani itu menjual hasil tanamannya di pasar.
FN + FK
(v) Tengku Sajat daripada keluarga bangsawan.
FN + FS
(vi) Faridah pelakon drama Anakku Dah Balik.
FN + FN

TUTORIAL PT3 & SPM: CAKAP PINDAH CAKAP AJUK


SOALAN 1:Tulis cakap pindah di bawah dalam bentuk cakap ajuk.

Teratai menanyakan Cemphaka sebab dia nampak murung. Cemphaka memberitahu


bahawa tiada apa-apa dan kemungkinan dia keletihan kerana bersenam sebentar tadi.
Teratai menyatakan kesudiannya untuk berkongsi masalah jika Cemphaka ada
masalah kerana baginya mereka telah lama berkawan. Dengan rasa sedih merasakan
bahawa dia tidak dapat mengikuti perkhemahan semasa aktiviti kokurikulum nanti.
Teratai dengan rasa terkejut ingin memastikan sama ada Cemphaka yang telah
dilantik sebagai ketua semasa aktiviti itu. Cemphaka menerangkan yang sebenarnya
dia perlu menjaga ibunya yang sedang sakit, tambahan dia merupakan anak tunggal.

Jawapan :Menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk

Teratai: Mengapakah kamu nampak murung , Dahlia?

Cemphaka: Tidak ada apa-apa, mungkin saya letih selepas bersenam tadi. Teratai
Kalau kamu ada masalah, kongsilah dengan saya, kita sudah lama berkawan.

Cemphaka: Em…rasanya saya tidak dapat mengikuti perkhemahan semasa aktiviti


kokurikulum nanti.

Teratai: Ha, bukankah kamu telah dilantik sebagai ketua semasa aktiviti itu nanti?

Cemphaka: Masalahnya saya perlu menjaga ibu saya yang sedang sakit, lagi pun saya
anak tunggal.
Soalan 2: Tukar cakap pindah di bawah ini kepada cakap ajuk tanpa mengubah
maksud asalnya.

Hakim bertanya kepada Xavier tentang kursus yang diambil olehnya di Akademi Seni
Kebangsaan. Xavier menjawab pertanyaan itu dengan berkata bahawa dia mengikuti
kursus diploma dalam bidang teater. Dengan perasaan kagum, Hakim berkata bahawa
kursus yang dipilih oleh Xavier itu pasti menarik minatnya. Xavier yang bersetuju
dengan pendapat Hakim berkata bahawa dia amat meminati kursus tersebut kerana
teater mampu meningkatkan perasaan yakin terhadap diri sendiri. Tambah Xavier lagi
bahawa dia juga dapat berjumpa dengan pelakon-pelakon teater yang digemari
olehnya seperti Norlia Ghani, Acapan, Ruminah Sidek dan Jaafar Onn. Hakim
mendoakan kejayaan Xavier mencapai cita-citanya dan mampu menjadi pelakon atau
pengarah teater yang berjaya pada suatu hari nanti. Xavier yang berterima kasih atas
ucapan dan doa Hakim berkata bahawa semua kejayaan memerlukan usaha yang
tinggi.

Hakim : Apakah kursus yang saudara ambil di Akademi Seni Kebangsaan?


Xavier : Saya mengikuti kursus diploma dalam bidang teater.
Hakim : Wah. bagusnya! Pastinya kursus tersebut amat menarik minat saudara.
Xavier: Betul kata awak. Saya amat meminati kursus ini kerana teater mampu
meningkatkan perasaan yakin terhadap diri sendiri. Selain itu. saya juga dapat
berjumpa dengan pelakon-pelakon teater yang saya gemari seperti Norlia Ghani,
Acapan, Ruminah Sidek dan Jaafar Onn.
Hakim : Saya doakan semoga impian saudara akan tercapai dan mampu menjadi
pelakon atau pengarah teater yang berjaya pada suatu hari nanti.

Xavier: Terima kasih. Semua ini mmerlukan usaha yang tinggi.

SOALAN 1: Tukarkan dialog di bawah ini kepada cakap pindah


tanpa mengubah maksud asalnya.
(a) Altantuya : Yati, mengapa awak tak datang ke sekolah
kemarin?
Altantuya ingin mengetahui sebab Rosmah tidak datang ke sekolah
pada hari sebelumnya.
(b) Rosmah: Maaflah. Saya ada hal di rumah.
Rosmah meminta maaf daripada Altantuya dan menjelaskan bahawa
dia ada hal di ruinalniya
(c)Altantuya: Apa halnya? Ceritakanlah kepada saya. Andainya
susah,sama-samalah kita tanggung.
Altantuya ingin tahu sebab Rosmah tidak ke sekolah dan meminta
Rosmah menceritakan kepadanya.
Altantuya menegaskan bahawa sekiranya timbul masalah. mereka
akan menyelesaikannya bersama-sama
(d) Rosmah: Sebenarnya ibu saya sakit. Dah seminggu terlantar
di hospital.
Rosmah menjelaskan bahawa ibunya sedang sakit dan sudah
seminggu terlantar di hospital.
(e)Altantuya: Oh, begitu! Semoga ibu awak cepat sembuh.
Altantuya terkejut mendengar berita tersebut lalu mendoakan ibu
Rosmah agar cepat sembuh.

Soalan 2:Tukar cakap ajuk dalam petikan di bawah kepada cakap


pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

(a) "Fazhura bercadang menyertai pertandingan nyanyian yang


dianjurkan oleh sebuah syarikat rakaman," kata Paula kepada
sahabat baiknya Fazhura.

Paula memberitahu sahabat baiknya Fazhura bahawa dia bercadang


untuk menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh sebuah
syarikat rakaman.

(b) "Eloklah tu. Fazhura. Suara awak memang merdu dan patut
diketengahkan,' sokong Julia.
Fazhura menyokong hasrat Paula itu dengan menyatakan baha dia
tahu suara Paula memang merdu dan perlu diketengahkan.

(c) "Tapi saya babang jika ibu bapa saya tidak mengizinkanya,"
ujar Paula.
Paula menyatakan kebimbangannya sekiranya ibu bapanya tidak
mengizinkannya menyertai pertandingan itu tersebut

(d) "Agaknya, macam mana saya hendak bercakap dengan


mereka," Paula meminta pandangan Fazhura.
Paula meminta pandangan Fazhura tentang cara dia hendak
mendapatkan keizinan daripada ibu bapanya.

(e) 'Mudah sahaja, awak katalah awak ada harapan dan dan
berjanji akan menjaga diri dan nama balk keluarga," cadang
Fazhura.
Fazhura memberi cadangan kepada Paula agar memberitahu ibu
bapanya bahawa dia mempunyai harapan untuk menang dalam
pertandingan itu dan berjanji akan menjaga nama baik diri dan
keluarganya.

(f) "Bagus juga cadangan awak tu. Baiklah saya akan cuba," balas
Paula.

Paula bersetuju dengan cadangan Fazhura itu dan menjelaskan


bahawa dia akan mencuba cadangan yang diberikan oleh Fazhura itu.

1.Kenal pasti ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat suruhan,


ayat larangan, ayat silaan atau ayat permintaan,
1. Harap awak bersabar menghadapi dugaan hidup ini.
Ayat permintaan
2. Hukumlah anak-anak sekiranya mereka tidak menghormati guru.
Ayat suruhan
3. PergiIah kamu berhijrah ke negeri orang untuk mencari rezeki yang
halal.
Ayat suruhan
4. Mohon kerjasama para pelajar untuk mengosongkan dewan kuliah
dengan segera.
Ayat permintaan
5. Jangan meneonteng dinding kerana akan mencacatkan pemandangan
di sini.
Ayat larangan
6. Jemputlah datang ke majlis pertunangan adik saya pada minggu
hadapan.

Ayat silaan

2. Nyatakan jenissjenis ayat berikut soma ada ayat suruhan, ayat


larangan, ayat silaan atau ayat permintaan,

(i) "Tengok barang•barang ini," kata penjual.


Ayat suruhan
(ii) Jemput datang ke majlis perpisahan pada petang ini.
Ayat silaan
(iii) Usah kau pedulikan budak itu.
Ayat larangan
(iv) Tolong hantar bungkusan itu kepada Ahmad.
Ayat permintaan
(v) "Makanlah kuih ini dahulu sebelum kamu pergi," kata ibu.
Ayat suruhan
(vi) "Ditegah berludah di kawasan ini," kata Mak Semah kepada Munah.
Ayat larangan
1. Kenai pasti jenis ayat perintah sama ada ayat perintah silaan,
ayat perintah larangan, ayat perintah suruhan atau ayat perintah
permintaan.

(i) Jangan buang sampah di sini.


Ayat larangan
(ii) Sila serahkan buku-buku latihan itu ke bilik guru.
Ayat silaan
(iii)Awak siapkan tugasan yang diberikan itu sekarang.
Ayat suruhan
(iv)"Tak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi," kata Azura kepada
Zainal.
Ayat larangan
(v) "Tolong hantarkan bekalan makanan ini kepada ayah yang sedang
berehat itu," pinta Zeety.
Ayat permintaan
(vi)"Jemputlah makan yang terhidang itu," kata Farid kepada tetamu
yang hadir itu.
Ayat Silaan
2. Kenal pasti ayat-ayat tersebut dan kenal pasti sama ada ayat-ayat
itu ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, atau ayat
permintaan.
(i) Awak siapkanlah latihan itu sekarang.
Ayat suruhan
(ii) Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
Ayat larangan
(iii) Jangan ganggu budak yang sedang menyanyi itu.
Ayat larangan
(iv) Tolong hantar jawapan sebeluin hari Sabtu.
Ayat permintaan
(v) Engkau tunggu dia di rumah.
Ayat suruhan
(vi) Makanlah sate di atas meja itu
Ayat suruhan

Anda mungkin juga menyukai