Anda di halaman 1dari 2

Latihan : Mengenal pasti pola ayat dasar

1.Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti. Kenal pasti ayat-ayat tersebut dan
nyatakan pola ayat
bagi setiap ayat tersebut
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)
(xi)
(xii)

Penjual ikan itu sentiasa tersenyum kepada pembeli


Surat itu daripada pihak polis
Ayah Ahmad menjadi anggota paying terjun Angkatan Tentera Malaysia
Pemandangan di tepi sawah pada waktu senja amat indah
Pelukis terkenal itu sedang melukis potret seorang lelaki Inggeris
Johnny seorang pereka fesyen pakaian
Budak perempuan itu ialah adik sahabatnya
Ibu ke hospital bersama-sama ayah
Mereka dari pusat snuker itu
Rumah di atas puncak bukit itu sudah usang
Suara penyanyi itu nyaring sekali ketika di pentas
Lelaki tua di seberang jalan itu seorang pengemis jalanan

Jawapan Modul Latihan Berpandu Tatabahasa - Pola Ayat


Latihan 1 :
1. Pemuda itu sedang menari. ( FN + FK )
2. Encik Zahid seorang jurutera. ( FN + FN )
3. Cikgu Latifah guru bahasa Melayu kami.( FN + FN )
4. Rumah saya di Taman Johor Jaya. ( FN + FS )
5. Kakak saya sedang membaca buku. ( FN + FK )
6. Kasut Ali sudah buruk ( FN + FA )
Latihan 2 ;
1. Penyanyi itu jiran saya. ( FN + FN )
2. Nasi lemak Mak Minah sangat sedap ( FN + FA ).
3. Emak sedang menanak nasi di dapur ( FN + FK )
4. Pokok itu pokok rambutan.( FN + FN )
5. Dewan sekolah saya sangat besar. ( FN + FA )
6. Baju saya berwarna merah hati. ( FN + FA )
Latihan 3 :

1. Tulisan Nabil sangat kemas. ( FN + FA )


2. Rumah Ahsan rumah batu. ( FN + FN )
3. Kampung datuk Afiq di Pasir Gudang.( FN + FS )
4. Bapa Naim seorang guru. ( FN + FN )
5. Syazwan dan Akmal sedang berbual-bual ( FN + FK ).

CONTOH AYAT ;
1. Ali sedang membaca buku apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat di luar
rumahnya.
POLA AYAT: FN+FK
2. Mei Ling dan Aminah akan menyertai pertandingan perbahasan sempena Hari
Patriotik .
POLA AYAT: FN+FK
3. Gopal yang sentiasa berpakaian kemas sering dipuji oleh guru-guru
sekolahnya.POLA AYAT: FN+FK
4. Saya tidak hadir ke sekolah kerana dihidapi demam kuning.
5. Membaca merupakan amalan murni.

POLA AYAT: FN+FK

POLA AYAT: FN+FN

6. Pembinaan bangunan tambahan sekolah telah disiapkan pemaju pada hujung


tahun 2009.
POLA AYAT:FN+FK
7. Para pelajar sekolah ini mesti memakai uniform kokurikulum pada setiap hari
Rabu.POLA AYAT: FN+FK
8. Buah mangga ini masam

POLA AYAT: FN+FA

9. Seorang yang tegas , pengetua sekolah ini.

POLA AYAT: FN+ FA

10. Ke rumah nenek kami pada setiap hujung bulan.

POLA AYAT: FN+FS

Anda mungkin juga menyukai