Anda di halaman 1dari 2

TATABAHASA 2021

POLA AYAT
Terbahagi kepada 4 iaitu Terdapat 4 pilihan jawapan sahaja iaitu

• Frasa nama (FN)  FN + FN


 Melibatkan kata nama am / khas  FN + FK
• Frasa kerja (FK)  FN + FA
 Melibatkan kata kerja transitif / tak transitif  FN + FS
• Frasa adjektif (FA)
 Melibatkan kata adjektif (sifat / ciri)
• Frasa sendi nama (FS / FSN)
 Melibatkan kata sendi nama. (cth : ke, di,
dari,dll)
TIPS
 Kenal pasti subjek dan predikat terlebih dahulu.
 Jawapan mesti bermula dengan FN
 Hanya gabungan dua frasa dalam jawapan contohnya
 FN + FN (/)
 FN + FN + FK (X)
CONTOH
a. Ali seorang peguam. (FN + FN)
b. Fatihah sedang menyapu sampah di halaman rumah (FN + FK)
c. Pemandangan di tepi pantai sangat cantik pada waktu pagi. (FK + FA)
d. Faisal akan ke Kuala Lumpur malam nanti. (FN + FS)

Nyatakan pola bagi setiap ayat di bawah sama ada frasa nama + frasa nama (FN + FN), frasa nama + frasa
kerja (FN + FK), frasa nama + frasa adjektif (FN + FA) atau frasa nama + frasa sendi (FN + FS).
LATIHAN 1 (Soalan aras rendah)
1. Bola itu bulat.
2. Kamal adik saya.
3. Suzy sedang makan.
4. Ibu sedang memasak di dapur.
5. Ayah ke sawah pada awal pagi.
6. Pelajar baru itu daripada Sekolah Menengah Teratai.
7. Komputer Fadli sangat besar.
8. Kulit adik putih.
9. Zulkifli sedang belajar di perpustakaan.
10. Cikgu Faisal pegawai kerajaan.
11. Permaidani itu daripada India.
12. Kereta Ferrari laju.
13. Beliau guru yang sangat rajin.
14. Kami memasak di tepi sungai.
15. Jamal ke padang untuk bermain bola.

Disediakan oleh : Cikgu Syakir TELEGRAM : @JBbMCikguSyakir


YOUTUBE : Cikgu Syakir BM FACEBOOK : Jom Belajar BM
TATABAHASA 2021

Latihan 2 (Soalan aras sederhana)


1. Baju yang berwarna merah itu sangat cantik.
2. Alvin dan rakan-rakannya sedang menyiapkan kerja kursus Pendidikan Seni.
3. Kebun di hujung kampung akan kami bersihkan pada hujung minggu.
4. Abu dan ayahnya membakar sampah di belakang rumah mereka.
5. Hadiah jam tangan ini untuk ibu saya.
6. Suresh dan rakan-rakannya akan berjoging pada setiap pagi untuk mengekalkan stamina.
7. Guru yang garang itu ayah Luqman.
8. Kelas 5 Bestari bersih dan cantik selepas dibersihkan oleh para pelajar.
9. Pasukan Lawai Jau telah memenangi pertandingan bola baling peringkat daerah.
10. Kamal dan Kamil ialah anak kembar seiras Pak Cik Jamal.
11. Kereta ayah kotor kerana jalan yang sangat becak dan berselut.
12. Pelari jarak jauh dari sekolah kami mendapat tempat kedua dalam acara tersebut.
13. Pakaian yang sedang dilipat dengan kemas oleh kakak kelihatan bersih.
14. Setiap pejar harus berusaha untuk mengharumkan nama keluarga, sekolah dan negara.
15. Buah jambu yang kami petik dari kebun Pak Cik Wahid sangat sedap.

Latihan 3 (Soalan aras tinggi)


1. Jumlah pelajar yang berjaya mendapat markah penuh dalam latihan minggu lepas sangat sedikit.
2. Penduduk kampung semakin risau kerana kemarau telah menyebabkan tanah untuk pertanian kering
kontang.
3. Dari Pulau Sipadan kakak angkat saya.
4. Lelaki yang sangat pemalu itu ialah adik Zarina yang merupakan juara pertandingan pidato.
5. Penduduk Kampung Sentosa bergotong royong membersihkan kawasan kampung agar kelihatan
cantik.
6. Pakaian unit uniform pelajar sekolah itu daripada sebuah kedai pakaian di bandar Miri.
7. Guru yang sedang mengajar subjek matematik itu ialah ayah Zulaikha.
8. Pak cik yang garang itu sedang memarahi seorang lelaki yang telah melanggar mejanya.
9. Pasukan bola sepak Harimau Muda akan ke Singapura untuk mengadakan perlawanan persahabatan.
10. Majlis perkahwinan anak Mak Minah pada minggu lepas sangat meriah kerana dihadiri ramai tetamu
dan artis terkenal.
11. Kedua-dua beradik yang sesat di dalam hutan dan belum ditemui ialah Husin dan Hasan.
12. Ellviana termenung jauh mengenangkan nasibnya yang sangat malang ibarat sudah jatuh ditimpa
tangga pada hari itu.
13. Halim sedih apabila mengetahui bahawa namanya tidak terpilih untuk mengikuti pasukan bola sepak
sekolahnya.
14. Sangat cantik pemandangan di atas Gunung Kinabalu pada waktu pagi.
15. Pemenang cabutan bertuah pada malam perkahwinan Faris ialah Pak Cik Mail dari Pulau Pinang.

Disediakan oleh : Cikgu Syakir TELEGRAM : @JBbMCikguSyakir


YOUTUBE : Cikgu Syakir BM FACEBOOK : Jom Belajar BM

Anda mungkin juga menyukai