Anda di halaman 1dari 12

Pilih jawapan yang tepat.

1. Marina mengalir air mata kerana terlalu ____________ mendengar berita tentang kemalangan
itu.

A. Sedih
B. Hairan
C. Terkejut
D. Gembira

2. “Buah duku itu manis sekali dan _____________ rasanya “, kata Murugan.
A. Lazat
B. Busuk
C. Harum
D. Mahal

3. Keadaan dan suasana di Kampung Cherok Tokun sungguh ________________ dan tenang.

A. Sibuk
B. Damai
C. Serabut
D. Gembira

4. Tiang elektrik di tebing itu ______________ selepas berlakunya gegaran.

A. Serong
B. Bengkok
C. Bongkok
D. Condong

5. Motosikal yang dipandu laju itu ______________melanggar kereta yang datang dari arah
bertentangan.

A. Jauh
B. Cepat
C. Dekat
D. Hampir
6. Pak Mail begitu _____________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah
larut malam.

A. Terkilan
B. Rungsing
C. Murung
D. Sengsara

7. Zamani berjalan dengan ____________ kerana hendak sampai ke rumahnya.

A. Tertib
B. Gopoh
C. Pantas
D. Cermat

8. Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada ______________ pemandunya.

A. Kelajuan
B. Keberanian
C. Kelalaian
D. Ketamakan

9. Emak menggunakan asam jawa untuk menghilangkan bau _____________________ ikan air
tawar.

A. Hapak
B. Tengik
C. Hancing
D. Hanyir

10. Sudin menjolok buah jambu itu dengan menggunakan sebatang galah yang ______________.

A. Tinggi
B. Besar
C. Pendek
D. Panjang
LATIHAN 1

Baca Petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya
antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Kini peranan sukan menjadi semakin penting kepada negara. Hal ini demikian kerana sukan banyak
memberikan manfaat bukan sahaja kepada atlet malah kepada semua pihak yang berkaitan dengannya.
Fungsi sukan daripada kegiatan kecergasan fizikal untuk memperoleh kesihatan tubuh badan, telah
berubah menjadi bidang yang dipertandingkan untuk mencapai kemenangan. Sukan juga dapat
membantu mengharumkan nama negara di persada dunia. Malaysia kini lebih dikenali oleh masyarakat
dunia kerana pencapaian yang cemerlang dalam sukan badminton, hoki dan skuasy.

Dari segi ekonomi pula, sukan telah menjalinkan hubungan erat antara pihak sukan, media dan syarikat
pengiklanan. Stesen-stesen penyiaran berlumba-lumba untuk membuat liputan secara langsung sesuatu
acara sukan. Begitu juga syarikat pengiklanan yang tidak putus-putus mahu menjadi penaja utama. Hal ini
menunjukkan bahawa sukan dapat menjana ekonomi menerusi pengiklanan dan penajaan. Pengeluar
sesuatu barang sanggup mengeluarkan perbelanjaaan promosi sehingga berjuta-juta ringgit kerana
meyakini pulangan yang diperoleh amat lumayan.

Seterusnya, sukan dapat dijadikan sebagai alat integrasi dalam usaha menyatupadukan segenap lapisan
masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Tambahan pula, tiada kegiatan sukan yang mengkhususkan
sesuatu kaum sahaja. Kegiatan sukan sudah pasti memberikan peluang untuk atlet pelbagai kaum
berinteraksi, bekerjasama dan menyemai konsep memerlukan antara satu sama lain. Secara tidak
langsung, sukan dapat mengurangkan prasangka yang selama ini mencacatkan perpaduan kaum. Untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, perkara asas yang perlu ditekankan ialah keamanan yang
diperoleh menerusi perpaduan kaum.

Selain itu, jalinan politik antara negara juga dapat diperkukuh dengan pelbagai temasya sukan yang
dianjurkan seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komenwel dan Sukan SEA. Bagi individu pula, sukan
membentuk keyakinan diri sendiri untuk memperoleh kejuaraan. Dengan bersukan juga, seseorang itu
dapat memanfaatkan masa yang terluang daripada menghabiskan waktu dengan aktiviti yang tidak
berfaedah atau sekadar bermalas-malasan. Malah sukan juga sebagai alat melepaskan tekanan selepas
penat mengulang kaji pelajaran
Karangan Rumusan

Petikan membincangkan faedah aktiviti bersukan. Antara faedahnya,

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… .

Seterusnya, ………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Selanjutnya, …………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Selain itu, ………………………………….……………………………………………………………………………………………………………..

Di samping itu,………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Seterusnya, …………………………………………………………………………………………………………………….……………………….

Selanjutnya, …………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Selanjutnya, ……………………………………………………………………………………………………………………………………………. .

Selain itu, …….…………………………………………………………………………………………………………………………………………. .

Akhir sekali, ….…………………………………………………………………………………………………………………………………………. .

Anda mungkin juga menyukai