Anda di halaman 1dari 11

SULIT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMPUSISON


PETI SURAT 38, 89957 NABAWAN
SABAH MALAYSIA
TEL: 087-366204 FAKS : 087-366051

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PEPERIKSAAN SEMESTER 2
2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN


TAHUN 6

NAMA MURID : ………………………………………………………………………………………….

MARKAH / GRED :

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH : DISAHKAN OLEH :

………………………………………………………... …………………….............. …………………………………………


MOHAMAD FADLI BIN ABDULLAH ALI VISTER ALBERT KAMARIAH HJ. SAIDIN
GURU SUBJEK KETUA PANITIA GURU BESAR
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN SK TAMPUSISON

© Hak Cipta Terpelihara


BAHAGIAN A : PENDIDIKAN JASMANI
Bulatkan jawapan yang betul.

1. Peralatan reaching rescue penting untuk digunakan semasa __________ .

A. air pasang B. melakukan kuak rangkak

C. menyelamatkan mangsa lemas D. melakukan senaman di dalam air

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Apakah alatan di atas?

A. Torpedo buoy B. Throwing bag

C. Rescue tube D. Ring buoy

3. Antara berikut merupakan peraturan atau larangan di kolam renang KECUALI

A. dilarang menyelam B. dilarang memakai kasut

B. jangan berlari di tepi kolam D. tidak boleh memakai baju renang

4. Semasa melakukan fasa dalam kuak rangkak tangan, badan perlu dipusing sedikit sambil kepala

menoleh ke sisi untuk _________ .

A. bernafas B. tukar aksi

C. meniarap D. menukar gaya

5. Renang gaya kuak rangkak terdiri daripada tiga bahagian iaitu gerakan kaki, gerakan tangan dan

__________ .

A. meluncur B. daya tahan

C. kepantasan D. pernafasan

© Hak Cipta Terpelihara


6. Berikut adalah perkara yang tidak dibenarkan semasa berkhemah KECUALI

A. menjaga kekemasan khemah B. berjalan seorang diri

C. menukar khemah tanpa kebenaran C. keluar dari kawasan perkhemahan

7. Pilih cara mudah mendirikan khemah.

I Regangkan tapak II Naikan rangka

III Letakkan helaian penutup IV Zipkan jaring yang dipasang

A. I dan II B. I dan IV

C. I, II dan III D. I, II, III dan IV

8. Permainan laga ayam dan ting-ting gula batu memerlukan kekuatan dan daya ________ yang kuat

untuk terus bermain.

A. berdiri B. memusing

C. tahan otot D. tolakan bahu

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Apakah fungsi kompas?

A. Mencari harta karun B. Menentukan arah utara

C. Mencari arah mata angin D. Mencari jarak sesuatu objek

10. Arah mata angin digunakan sevagai salah satu cara untuk __________ .

A. menentukan saiz sesebuah negara B. mengenal pasti bentuk arah mata angin

C. mengenali negara-negara di dunia D. menentukan kedudukan sesuatu tempat

© Hak Cipta Terpelihara


11. Setiap individu perlu minum air semasa melakukan aktiviti bersukan untuk

A. menurunkan suhu badan B. menurunkan berat badan yang normal

C. menurunkan isi padu darah dalam badan D. mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan

12. Bilakah kadar nadi rehat diambil?

A. Selepas berbual B. Selepas bersenam

C. Selepas bangun tidur D. Selepas pulang dari sekolah

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Liana melakukan senaman di atas untuk

A. menurunkan kadar denyutan jantung B. meningkatkan kadar pernafasan

C. meningkatkan suhu badan D. meningkatkan kelancaran pergerakan


bahagian sendi

14. Antara berikut merupakan aktiviti menyejukkan badan KECUALI

A. berjoging B. meregang otot-otot utama

C. berlari beritma melepasi palang D. menarik dan menghembus nafas

15. Otot jantung yang kuat dapat

A. mengepam darah ke seluruh badan B. meningkatkan kadar denyutan jantung

C. mengelakkan penyakit jantung D. meningkatkan kadar keseimbangan badan

16. Metronom ialah alat yang boleh diselaraskan untuk

A. mengukur detik nadi murid B. mencari punca rentak dalam masa seminit

C. menimbang berat dan ketinggian D. mengatur tempo dalam masa yang ditetapkan

© Hak Cipta Terpelihara


17. Apakah tujuan ujian ringkuk separa?

A. Mengukur kekuatan otot B. Mengukur kelenturan kaki

C. Mengukur kapasiti aerobik D. Mengukur daya tahan abdomen

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah

18. Aktiviti tekan tubi dapat menguji tahap ________ murid.

A. kekuatan B. ketangkasan

C. kardiovaskular D. masa tindak balas

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19. Aktiviti berlari naik dan turun kerusi adalah untuk menguatkan kecergasan fizikal dari segi

A. fleksibiliti B. imbangan

C. kardiovaskular D. komposisi badan

20. Bilakah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti regangan?

A. Sebelum melakukan aktiviti B. Selepas melakukan aktiviti

C. Semasa melakukan aktiviti D. Selepas menyejukkan badan

© Hak Cipta Terpelihara


BAHAGIAN B : PENDIDIKAN KESIHATAN
Bulatkan jawapan yang betul.

1. Pilih padanan yang betul tentang organ reproduktif lelaki dan perempuan.

2. Remaja lelaki yang akil baligh akan mengalami _________ .

A. haid B. ihtilam

C. kemurungan D. gangguan emosi

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Makan makanan _________ dan bersenam untuk kesihatan tubuh badan.

A. enak B. berminyak

C. seimbang D. basi

4. Perkara utama yang perlu dilakukan apabila berlaku kemalangan jalan raya ialah _________ .

A. menghubungi ambulans B. memandang dari jauh

C. menghubungi rakan D. menghubungi polis

© Hak Cipta Terpelihara


5. Arman telah diserang penyakit cirit-birit sejak semalam. Apakah kemungkinan yang menyebabkan

Arman sakit?

I Arman tidak basuh tangan sebelum makan

II Arman memakan makanan yang telah basi

III Arman memakan makanan yang sangat besar

IV Arman makan menggunakan tangan kiri

A. I dan II sahaja B. I dan IV sahaja

C. II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

6. Memakai pakaian yang bersih dan kering dapat mengelakkan kita dari __________ .

A. dijangkiti kuman B. dijangkiti hama

C. dijangkiti demam D. dijangkiti kulat

7. Merosakkan harta benda awam merupakan salah satu __________.

A. masalah sosial B. masalah pelajaran

C. masalah politik D. masalah harta

Soalan 8 berdasarkan gambar dibawah.

8. Ubat ialah bahan yang digunakan untuk _________ .

A. memberi penyakit B. menambah kesakitan

C. menyembuhkan sakit D. menyebabkan kematian

© Hak Cipta Terpelihara


9. Kamu diminta oleh guru menyediakan lukisan gambar pemandangan, tiba-tiba adik kamu

mengoyakkan kertas lukisan kamu hingga menjadi cebisan kecil. Nyatakan perasaan yang sesuai

berdasarkan situasi di atas.

A. Gembira B. Bangga

C. Risau D. Kecewa

10. Antara berikut yang manakah BUKAN tanda penyakit asma?

A. Kerap batuk B. Kurang selera makan

C. Nafas berbunyi D. Sakir dada

11. Hubungan antara ahli keluarga sangat penting untuk memupuk __________ dalam keluarga.

A. keburukan B. perpecahan

C. keharmonian D. kebencian

12. Antara berikut yang manakah bukan kepentingan menjaga hubungan kekeluargaan?

A. Harta dapat dikumpul dengan cepat B. Memupuk keharmonian keluarga

C. Membina jati diri ahli keluarga D. Saling menyayangi

13. Apakah yang akan berlaku sekiranya seseorang itu kurang mendapat perhatian keluarga?

A. Sentiasa bersopan santun B. Terlibat dalam masalah sosial

C. Terlibat dalam masalah politik D. Sentiasa berasa kesunyian

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. Berikut merupakan contoh gejala sosial KECUALI

A. menconteng dinding sekolah

B. ponteng sekolah

C. melawan guru

D. bersukan

© Hak Cipta Terpelihara


15. Pernyataan berikut BENAR tentang perasaan sayang terhadap ahli keluarga KECUALI

A. sentiasa mengambil berat B. menghormati orang yang lebih tua

C. mengelak daripada makan bersama D. berasa gembira apabila berjumpa

16. Apakah penyakit yang tidak berjangkit?

A. Penyakit jantung B. Demam denggi

C. Demam malaria D. Sakit mata

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. Bagaimanakah antara cara menghormati warga tua?

A. Menyekat aktiviti warga tua

B. Memandang rendah kemampuan warga tua

C. Menghantar mereka ke rumah orang-orang tua

D. Memberi mereka kasih sayang dan perhatian yang secukupnya

18. Bagaimanakah kita boleh menjaga kesihatan diri?

A. Mengambil pelbagai jenis ubat

B. Makan makanan seimbang dan bersenam

C. Makan pelbagai jenis makanan yang sedap

D. Tidak berada berhampiran orang sakit

© Hak Cipta Terpelihara


19. Rakan sebaya adalah orang yang paling rapat dengan kita. Apakah suri teladan yang positif dari rakan

sebaya?

A. Mengajak belajar bersama-sama B. Mengajak ponteng sekolah

C. Mengajak berbual di dalam kelas D. Mengajak menghabiskan masa di taman

Soalan 20 berdasarkan rajah di bawah.

20. Mengapakah kita perlu meletakkan ais yang dibalut pada kaki pesakit?

A. Untuk memberikan kesegaran B. Untuk menyejukkan kaki pesakit

C. Untuk menghentikan pendarahan D. Untuk mengurangkan bengkak pada kaki

KERTAS SOALAN TAMAT

© Hak Cipta Terpelihara


© Hak Cipta Terpelihara

Anda mungkin juga menyukai