Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SUNGAI BESI ( 1 )

BATU 3 ¾ JALAN SUNGAI BESI


57100 KUALA LUMPUR
TEL: 0379835869 FAX : 0379835863
EMAIL SEKOLAH : wbb0089@moe.edu.my

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
TAHUN LIMA
1 JAM
2022/2023

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


JAWAB SEMUA SOALAN

NAMA : ________________________________________________________________

TAHUN : ______________________________

PERKARA MARKAH

JUMLAH / 100

Disediakan: Disemak/Disahkan:
……………………………... ………………………………….
(MUHAMMAD FAIZ BIN ISAHAK) (NORUL ‘AIN BINTI MD YUSOF)
Guru PJK PK Pentadbiran
SK Jalan Sungai Besi ( 1 ) SK Jalan Sungai Besi ( 1 )

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI ( 10 ) HALAMAN BERCETAK TIDAK TERMASUK MUKA HADAPAN

A. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Yang manakah antara berikut bukan merupakan aktiviti memanaskan badan?


A. Lari ulang alik
B. Berlari perlahan dengan lutut tinggi
C. Regangan otot triseps
D. Lompat bintang

2.
Dilakukan sebelum melakukan
aktiviti
Bertujuan meningkatkan kadar
nadi
Meningkatkan suhu badan

Kenyataan di atas merujuk kepada aktiviti ..........................................


A. menyejukkan badan
B. memanaskan badan
C. meregangkan otot
D. senaman

3. Untuk mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI), maklumat ........................... dan ........................... diperlukan.
A. panjang dan pendek.
B. tinggi dan rendah.
C. berat dan ringan.
D. Berat dan tinggi.

4. Semasa melakukan aktiviti binaan hebat, murid perlu mempunyai ............................... yang baik.
1
A. kekuatan otot
B. imbangan
C. kestabilan
D. kreativiti

5. Lompat bintang dikategorikan sebagai pergerakan bukan lokomotor. Mengapa?


A. Pergerakan dari satu tempat ke tempat lain
B. Pergerakan dinamik
C. Pergerakan bertema
D. Pergerakan statik

6. Permainan bola tampar, badminton dan takraw merupakan permainan kategori .......................................
A. serangan
B. jaring
C. memukul dan memadang
D. bertahan

7. Manakah antara berikut bukan merupakan jenis ikatan dan simpulan?


A. Simpul mati
B. Simpul manuk
C. Ikatan lilit balak
D. Ikatan buku sila

8. Berikut merupakan strategi dalam permainan tating lawi ayam, kecuali ...................................
A. timang lawi ayam dengan menggunakan sepak sila.
B. timang lawi ayam tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi.
C. fokuskan mata kepada pergerakan lawi ayam.
D. rapatkan tangan ke sisi badan untuk kekalkan keseimbangan.

9. Antara bahan di bawah, yang manakah sesuai untuk dijadikan gadget?.

2
A. Buluh.
B. Besi
C. Plastik.
D. Kertas.

10. Semasa melakukan aktiviti imbangan kereta sorong berganda, kekuatan anggota manakah yang
diperlukan?
i. tangan
ii. bahu
iii. belakang badan
iv. abdomen

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. i, ii dan iii
D. semua jawapan di atas.

11. Ahmad ingin membuat hantaran jauh kepada rakannya dalam permainan bola sepak. Bahagian kaki yang
manakah paling sesuai digunakan?
A. Dalam kaki
B. Kura-kura kaki
C. Luar kaki
D. Hadapan kaki

12.

Berdarkan gambar di atas, sebagai seorang pemain pertahanan, apakah yang boleh kamu lakukan untuk
menghalang pihak lawan daripada membuat hantaran kepada rakannya atau menjaringkan gol?

3
A. Takel
B. Merampas bola
C. Mengadang
D. Menolak lawan

13. Berikut merupakan otot bahagian bawah badan kecuali ..........................


A. Gastronemius
B. Hamstring
C. Pektoralis Major
D. Kuadriseps

14. Semasa berlakunya dehidrasi keletihan dan kelesuan akan berlaku menyebabkan prestasi menurun.
Bagaimanakah ini boleh berlaku?
A. Darah menjadi lebih cair.
B. Jantung terpaksa bekerja lebih perlahan.
C. Darah menjadi pekat.
D. Oksigen terlalu banyak dalam badan

15. Mengapakah pentingnya kita melakukan senaman regangan?


i. otot dapat diregangkan sehingga maksimum
ii. meningkatkan prestasi dalam aktiviti fizikal
iii. jantung lebih kuat
iv. mengurangkan risiko kecederaan otot

A. i dan ii.
B. i, ii dan iii
C. i, ii dan iv
D. ii, iii dan iv.

16. Bilakah sistem reproduktif manusia menjadi matang?

4
A. Selepas mencapai umur 12 tahun.
B. Apabila suara menjadi garau.
C. Selepas mencapai akil baligh.
D. Selepas memasuki sekolah menengah

17. Tempoh berlakunya haid yang pertama hingga haid yang seterusnya dikenali sebagai ..............................
A. Kiraan haid.
B. Kitaran haid.
C. Putaran haid.
D. Pusaran haid

18. Kenyataan berikut merujuk kepada kepentingan menjaga kehormatan diri kecuali ...........................
A. sukar mendapat kawan.
B. meningkatkan keyakinan diri.
C. maruah diri dan keluarga terpelihara
D. menjadi contoh atau suri teladan kepada rakan sebaya

19. Manakah antara berikut merupakan kelas makanan yang terdapat dalam piramid makanan?
i. karbohidrat
ii. vitamin
iii. lemak
iv. protein

A. i dan ii.
B. i, ii dan iii
C. i, ii dan iv
D. semua di atas.

20. Berikut merupakan kumpulan makanan yang tergolong dalam kumpulan protein kecuali ..........................

5
A. ikan.
B. daging.
C. kekacang
D. bihun

21. Yang manakah antara berikut merupakan pengaruh rakan sebaya yang positif?
A. Buli
B. Ponteng
C. Menepati masa
D. Vandalisme

22. “Sebagai seorang rakan, Kamil cuba menyelami dan memahami perasaan serta emosi sahabatnya.”
Pernyataan ini merujuk kepada maksud .......................
A. simpati.
B. empati.
C. capati
D. homeopati

23. Firas mendapati terdapat kesan lebam seperti didera pada bahagian lengan rakannya. Apakah tindakan
yang boleh Firas ambil?
A. Terus laporkan kepada polis.
B. Terus hubungi talian Kasih.
C. Terus membuat siasatan sendirian.
D. Terus laporkan kepada guru.

24. Bahan inhalan merupakan bahan yang bahaya jika disalahgunakan. Apakah antara kesan penyalahgunaan
inhalan?
A. Mudah mengingat.
B. Dapat keluar daripada masalah.

6
C. Gagal berfikir secara waras.
D. Dipandang tinggi oleh rakan sebaya.

25. Yang manakah antara kecederaan berikut disebabkan oleh kecuaian?


A. Terseliuh.
B. Melecet
C. Pitam
D. Tergelincir

26. Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan membaca label pada bungkusan makanan?
i. mengetahui jenis nutrien yang terkandung dalam makanan
ii. mengetahui kualiti makanan berdasarkan bahan atau ramuan yang digunakan
iii. menjamin kualiti makanan berdasarkan tarikh luput
iv. memastikan harga makanan yang dibeli murah

A. i dan ii.
B. i, ii dan iii
C. i, ii dan iv
D. semua di atas.

27.

Berdasarkan gambar rajah di atas, apakah kepentingan nutrien yang terdapat dalam makanan di atas?

A. Membekalkan keperluan tenaga seharian.


B. Melindungi organ dalaman
C. Menyihatkan mata, rambut dan kuku
D. Pertumbuhan dan perkembangan otot

7
28. Antara kecederaan yang diakibatkan oleh kecuaian adalah melecet. Pada pandangan kamu, bagaimanakah
melecet boleh berlaku?
A. Ketukan antara bahan dengan kulit.
B. Gosokan kulit dengan kulit
C. Hentakan sesuatu objek
D. Geseran antara pakaian dengan kulit

29. Pada pandangan kamu, mengapakah konflik perlu diuruskan dengan baik?
A. Supaya kehidupan lebih tenang dan harmoni.
B. Supaya tidak ramai musuh.
C. Supaya lebih ramai kawan.
D. Supaya lebih ramai pengikut.

30. Sistem reproduktif merupakan satu sistem tubuh yang penting. Mengapa?
A. Memboleh manusia terus hidup.
B. Membolehkan manusia berkumuh.
C. Membolehkan manusia bahagia
D. Membolehkan manusia menghasilkan zuriat.

(30 markah)

8
B. Jawab semua soalan.

1. Senaraikan 5 lima aktiviti yang dapat meningkatkan kapasiti aerobik.

a) ______________________________________
b) ______________________________________
c) ______________________________________
d) ______________________________________
e) ______________________________________
(5 markah)

2. Iman telah terpilih mewakili sekolah dalam pasukan bola tampar. Apakah kemahiran yang perlu Amani
kuasai?

a) ____________________________________
b) ____________________________________
c) ____________________________________
(3 markah)

3. Semasa membina gadget, Ahmad perlu menguasai beberapa jenis ikatan dan simpulan. Nyatakan ikatan
yang diperlukan.

a) ____________________________________
b) ____________________________________
c) ____________________________________
d) ____________________________________
(4 markah)

4. Semasa Irfan melakukan servis dalam permainan bola tampar, bola yang diservis tidak berjaya melepasi
jaring. Mengapa?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
(3 markah)

9
5. Lengkapkan rajah di bawah.

a)_________________________

b)_________________________

c)_________________________

d) Rajah di atas ini merujuk kepada sistem reproduktif .................................


(4 markah)

6. Nyatakan nutrien yang diperlukan oleh tubuh


untuk tumbesaran.

a) __________________________
b) __________________________
c) __________________________
d) __________________________
(4 markah)

7. Kamu sedang menonton televisyen di ruang tamu. Tiba-tiba terdengar suara adik menjerit di dapur.
Kamu mendapati kaki adik telah terkena air panas. Terangkan langkah-langkah bantuan awal untuk
merawat kaki adik kamu.

a) _________________________________________________________________________________
b) _________________________________________________________________________________

(4 markah)

8. Arif selalu menghadapi konflik dengan abangnya sehingga menyebabkan dia stres. Bagaimanakah Arif
boleh menguruskan konflik dan stres itu dalam mengekalkan ikatan kekeluargaan?

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

(3 markah)

10
~Kertas Soalan Tamat ~

5
0.

11

Anda mungkin juga menyukai