Anda di halaman 1dari 27

27 Muka Surat Latihan Tatabahasa

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
Latihan ( 1 )

1.Mat Jenin memanjat pokok kelapa itu lalu __________ beberapa biji buahnya.

A melontarkan B menggugurkan C melemparkan D mencampakan

2.Abang masih ___________ walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi.

A bergayut B berdentum C bermenung D berdengkur

3.Mayat mangsa gempa bumi ini __________ di merata-rata tempat.

A bertaburan B berserakan C bertempiaran D bergelimpangan

4.Adik sedang __________ peta dengan menggunakan kertas yang nipis.

A mengecap B menekap C menulis D meniru

5.Abang Roslan sedang __________ corak batik pada kain putih untuk dijadikan sepasang baju

kurung.

A menulis B mencetak C mencanting D melukis

6.Puan Nasuha begitu cekap __________ kain songket sehingga mendapat pujian daripada majikannya.

A menganyam B menyulam C menenun D menjahit

7.Semenjak kematian isterinya, badannya semakin __________ kerana menghidap batuk kering.

A besar B nipis C susut D kempis

8.Kamarul dapat menyampaikan syarahannya dengan __________ semasa menyertai pertandingan.

A cekap B petah C terang

9.Kapal itu __________ dilambung ombak di tengah lautan.

A terhuyung-hayang B terumbang-ambing

C terhayun-hayun D terbuai-buai

10.Salman Khan __________ kakinya mengikut irama muzik itu.

A memetik-metik B menepuk-nepuk

C mengetuk-ngetuk D menghentak-hentak

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
LATIHAN 2

11. Orang ramai __________ ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan bola sepak

Piala Malaysia.

A bertubi-tubi B bertalu-talu

C bergegas-gegas D berduyun-duyun

12. Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam acara itu __________ untuk mendapatkan lebih

banyak gula-gula.

A bertalu-talu B bertubi-tubi

C berduyun-duyun D berebut-rebut

13. __________ orang datang ke stadium untuk menyaksikan persembahan payung terjun dan

bunga api.

A Bertalu-talu B Bertubi-tubi

C Berpusu-pusu D Berasak-asak

14. Feri Ekspres Bunga Tanjung sentiasa __________ dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi.

A simpang-siur B bolak-balik

C mundar-mandir D lalu-lalang

15. Lipas menggunakan __________ untuk mencari makanan dan mengesan musuh.

A kekisinya B lelangitnya

C sesungutnya D rerambutnya

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
16. Keadaan kampung itu menjadi __________ setelah dilanda banjir selama seminggu.

A porak-peranda B hiruk-pikuk

C hingar-bingar D kucar-kacir

17. Dia berjalan __________ kerana terlalu banyak minum minuman keras.

A tunggang-langgang B terumbang-ambing

C terhuyung-hayang D lintang-pukang

18. Suasana di pasar minggu __________ dengan suara penjual dan pembeli.

A huru-hara B kucar-kacir

C hiruk-pikuk D kelam-kabut

19. Punggung pengedar dadah itu __________ akibat dihukum sebanyak lapan sebatan.

A calar-balar B corat-carit

C koyak-rabak D coreng-moreng

20. Rosnah __________ malu apabila disapa oleh pemuda yang menghampirinya.

A teringat-ingat B terkebil-kebil

C tersedu-sedu D tersipu-sipu

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
LATIHAN (3)

1. "__________ akan berangkat bersama-sama dengan Dato' Bendahara?" tanya Hang


Setia kepada Hang Nadim.
A Patik B Hamba C Tuanku D Tuan hamba

2. Sultan Alauddin sangat adil memerintah negera menyebabkan ________ disayangi oleh
rakyat jelata.

A beta B patik C hamba D baginda

3. Walaupun kehidupan nelayan-nelayan itu dalam kemelaratan. Namun, __________ tidak


pernah mengemis.

A dia B mereka C anda D kami

4. "Sudahkah __________ semua mengambil kupon minuman masing-masing?" tanya Cikgu


Hoo kepada murid-muridnya.
A ia B dia C kamu D beliau

5. "Menjunjung titah, __________. Patik akan mencari bunga gul bakawali itu sampai

dapat." sembah panglima itu kepada baginda sultan.

A beta B patik C tuanku D baginda

6. "Aku pegang tali ini di pangkal dan __________ pegang di hujungnya," kata Jason

kepada Martin.

A engkau B kami C saya D kita

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
7. Sebagai rakyat Malaysia, __________ mesti menyokong segala usaha murni para
pemimpin untuk memajukan negara.

A kita B beta C patik D hamba

8. Max dan Darryl berkata,"Bukan __________ yang menconteng dinding itu, cikgu."

A kita B kami C kamu D beliau

9. "__________ hendaklah sentiasa menjaga harta benda sekolah dengan baik supaya
tidak rosak," kata Cikgu Lee kepada murid-muridnya.

A Saya B Kami C Kalian D Mereka

10. Kaityln dan Chrysella menangis kerana __________ diugut oleh sekumpulan budak
nakal.

A kalian B awak C dia D mereka

11. Dengan pengalaman yang ada pada dirinya, _____ telah dipilih sebagai wakil rakyat di
kawasan ______.

A dia ... saya B beliau ... kami C engkau ... aku

12. "_________ lah yang menyediakan persalinan itu kepada laksamana, __________,"
kata inang kepada sultan.

A Beta ... patik B Hamba ... baginda

C Patik ... tuanku D Tuan hamba ... kalian

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
13. Sempena Hari Kesihatan Sedunia, Datuk Dr. Balakrishnan telah diundang untuk
memberikan ceramah. Ceramah __________ berkaitan dengan penyakit jantung.

A dia B kita C beliau D baginda

14. "Masalah akan dapat diselesaikan jika __________ berdua bertolak ansur dan saling
mempercayai," kata Hakim kepada Jadil.

A kamu B kita C dia

15. Pesan May dan Jacky kepada bapanya," Ayah, tolong belikan _____ roti canai apabila

pulang dari pejabat."

A saya B aku C hamba D kami

16. "Bilakah __________ akan ke Kuala Lumpur?" tanya Ramli kepada rakan-rakannya.

A awak B kamu C mereka D kalian

17. "Biar ______ yang menyelesaikan masalah serangan lanun itu," kata Panglima Ali

kepada Sultan Melaka.

A patik B beta C saya D aku

18. Sultan Kelantan akan berangkat ke Kuala Lumpur esok. __________ akan
mempengerusikan Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu.

A Dia B Patik C Beliau D Baginda

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
19. Para peladang akan berkumpul di balai raya pada pagi esok. __________ akan diberi
penerangan tentang penanaman kelapa sawit.

A Dia B Mereka C Kamu D Kami

20. Hakim menjatuhi penjenayah itu hukuman gantung sampai mati. __________ didapati
bersalah kerana memiliki senjata api.

A Dia B Kamu C Beliau D Mereka

21. Daneil dan Brandon menyertai pertandingan nyanyian. _______ mencipta sendiri lagu
untuk pertandingan itu.

A Dia B Kami C Kalian D Mereka

22. "Sebagai pelajar, __________ hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan guru-
guru," kata Derrick kepada rakan-rakannya.

A kita B saya C kami D mereka

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
LATIHAN 4

1. Awak tidak perlu datang ke rumah saya pada petang ini __________ awak masih belum
sihat.

A sehingga B sekiranya C sementara D walaupun

2. Penoreh getah memulakan kerjanya __________ matahari terbit.

A selepas B semoga C sebelum D sementara

3. Hong Ern suka makan mi tom yam __________ tidak suka mi goreng.

A dan B tetapi C padahal D malahan

4. Esther masih tidak menjawab soalan itu, __________ sudah dibincangkan beberapa
kali.

A seraya B padahal C lantaran D sementara

5. Ayah Mutu menanam jagung __________ menanti padinya masak.

A sementara B sekiranya C semenjak D semasa

6. Chi Sheng memetik buah manggis sebiji demi sebiji __________ tidak jatuh ke tanah.

A dan B lalu C hingga D supaya

7. Zali tidak akan berputus asa __________ cita-citanya belum tercapai.

A walaupun B supaya C selagi D dan

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
8. Mereka berbuat bising __________ sudah beberapa kali dimarahi guru-guru dan guru
besar.

A setelah B tatkala C sebelum D sungguhpun

9. Perompak telah memecah pintu kedai __________ mengambil semua barang yang dijual
di kedai itu.

A dan B lalu C kerana D malahan

10. Nasi ayam adalah __________ makanan yang amat saya gemari.

A bagi B antara C seperti D umpama

11. Mereka terlalu gembira dan bersorak-sorak __________ suara mereka menjadi serak.

A sehingga B apabila C semoga D tatkala

12. Kerani wanita itu diberikan amaran oleh pegawai atasan __________ selalu datang
lewat ke pejabat.

A kalau B supaya C kerana D sekiranya

13. Kereta GEN 2 itu mahal __________ mendapat sambutan yang menggalakkan di
pasaran tempatan.

A tetapi B kerana C setelah D sungguhpun

14. Ibu mengusap-usap rambut adik __________ menasihatinya agar sentiasa berkelakuan
baik.

A agar B sejak C tetapi D seraya

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
LATIHAN 5

1. Zain dan Dali itu __________ kawan Aziz dan kedatangan mereka __________ untuk
meraikan hari jadinya.

A ialah ... ialah B ialah ... adalah

C adalah ... adalah D adalah ... ialah

2. Pencapaian Ali dalam setiap ujian __________ terlalu lemah dan untuk meningkatkan
pencapaiannya itu __________ lebih baik dia menghadiri kelas tuisyen.

A ialah ... ialah B ialah ... adalah

C adalah ... adalah D adalah ... ialah

3. Rumah baharu di atas bukit itu ______ kediaman Dato' Kamil yang bahan-bahan
binaannya ______ dari luar negara.

A ialah ... ialah B ialah ... adalah

C adalah ... adalah D adalah ... ialah

4. Kelakuan Wei Long __________ sangat baik malah dia juga __________ seorang
murid yang pintar.

A ialah ... ialah B ialah ... adalah

C adalah ... ialah D adalah ... adalah

5. Larian Jia Er _____ pantas benar dan dia _____ atlet sekolahnya yang paling banyak
memperoleh pingat emas.

A ialah ... ialah B ialah ... adalah

C adalah ... adalah D adalah ... ialah

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
6. Ikan paus _______ sejenis mamalia dan laut dalam _______ habitatnya yang paling
sesuai.

A ialah ... ialah B ialah ... adalah

C adalah ... adalah D adalah ... ialah

7. Zhi Xian __________ mengulang kaji pelajarannya walaupun hari sudah lewat malam.

A pernah B belum C masih D telah

8. Saya yakin Miu Liang __________ datang lewat hari ini.

A mesti B pernah C sedang

9. Abang Yit Shen __________ berangkat ke Australia pada minggu lepas.

A akan B telah C sedang D pernah

10. Majlis itu __________ diadakan pada jam 2.00 petang ini.

A akan B sedang C telah

11. Yeow Ean __________ diundang menyanyi oleh pihak NTV 7 pada minggu lepas.

A akan B telah C sedang

12. Kucing peliharaan Sock Wei __________ disuntik esok kerana kesihatannya tidak
memuaskan.

A akan B sudah C telah

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
LATIHAN 6

1. Yvonne dan See Yee tinggal berjiran tetapi mereka tidak __________.

A bersoal jawab B beramah mesra C bertegur sapa

2. Syarikat membuat minuman itu terpaksa __________ kerana kekurangan modal.

A kemas kini B makan hati

C gulung tikar D campur aduk

3. Lelaki yang memakai __________ hitam itu abang Tong Seng.

A cermin muka B cermin hitam

C mata hitam D kaca mata

4. Ibu sedang memakai __________ kepada adik yang berusia hampir setahun itu.

A kain lampin B kain sarung

C kain tudung D kain selimut

5. Kerajaan menggalakkan supaya hasil tanaman dan ternakan para petani dijual di
__________.

A pasar tani B pasar borong

C pasar minggu D pasar malam

6. Kejohanan Olahraga Tahunan Yang Keempat berjalan lancar mengikut __________


yang telah ditetapkan.

A atur cara B setiausaha

C reka bentuk D jawatankuasa

7. Semua mangsa kemalangan jalan raya itu telah dikejarkan ke __________.

A rumah setinggan B rumah panjang

C rumah sakit D rumah sewa

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.

8. Pesakit itu diberikan surat untuk menentukan tarikh __________ dengan doktor
pakar.

A janji manis B janji temu

C temu duga D temu ramah

9. Oleh sebab di kawasan perumahan itu sentiasa terputus bekalan elektrik, Kai Jun telah
menghantar __________ kepada pihak yang bertanggungjawab.

A surat akuan B surat aduan

C surat kiriman D surat terbang

10. Ibu selalu menasihati kami agar rajin belajar untuk menjadi orang yang __________.

A budi bahasa B cerdik pandai

C kuat semangat D gagah perkasa

11. Derrick kesejukan selepas disimbah dengan __________ oleh budak nakal itu.

A air manis B air suam

C air panas D air sejuk

12. Cikgu Hoo menandai kehadiran murid-muridnya di dalam __________.

A buku laporan B buku latihan

C buku pelawat D buku kedatangan

13. Jeremmy ingin __________ dalam perkhemahan itu.

A turut serta B ambil alih

C maklum balas D mengorak langkah

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
LATIHAN (7)

1. Sebahagian besar ______ pelabur 'Skim Cepat Kaya' ialah golongan berpendapatan
sederhana dan rendah.

A dari B pada C kepada D daripada

2. Kerusi antik itu dihasilkan __________ kayu jati.

A daripada B seperti C oleh D dari

3. Ahli gusti yang berbadan besar dan sasa itu berasal __________ Fiji.

A dari B pada C tentang

4. Tajuk buku cerita yang dibeli oleh Yit Shen sama __________ tajuk buku cerita ini.

A akan B untuk C antara D dengan

5. Keretanya telah dicat __________ warna putih __________ warna hitam.

A dari ... ke B daripada ... ke

C dari ... kepada D daripada ... kepada

6. Teksi itu bertolak __________ Shah Alam ke Banting.

A di B dari C kepada D daripada

7. Encik Kamarul sekeluarga rindu __________ anaknya yang sedang menuntut di luar
negara.

A kepada B seperti C akan D sebagai

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
8. Heng Xiang menyapu marjerin dan menabur gula __________ roti.

A di B dari C akan D pada

9. Jing Qing meminta izin __________ ibu bapanya untuk bercuti ke Pulau Langkawi
selama empat hari.

A dari B pada C kepada D daripada

10. Mei Shi berjaya menguruskan badannya __________ kelihatan kurus dan langsing.

A hingga B sejak C selain D akan

11. Jiran Brandon_____ sebelah rumahnya akan berpindah _______ Johor Bahru ______
bulan depan.

A di ... ke ... di B di ... ke ... pada

C dari ... di ...pada D daripada ... pada ... di

12. Encik Mutu sanggup berkorban __________ masa depan anak-anaknya.

A oleh B akan C demi D hingga

13. Pertandingan tarik tali yang sedang berlangsung itu ______ pasukan Rumah Biru
dengan Rumah Kuning.

A antara B hingga C kepada D terhadap

14. Su Ling menetap di kampung ini __________ dua tahun yang lalu.

A dari B pada C sejak D hingga

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
LATIHAN 8

1. Seniwati itu memakai minyak wangi yang __________ baunya ketika sesi
penggambaran filem.

A kuat B jelas C mesra D semerbak

2. Sampan kecil itu __________ dengan buah kelapa dan buah cempedak yang baru
dipetik dari kebun.

A muat B ketat C berat D sarat

3. Jari tangan Encik Ahmad __________ setelah terlalu lama menggunakan kapak untuk
memotong kayu.

A melekit B melecet C melecit D melecek

4. Zain membuang ke dalam tong sampah buah mangga yang __________ dan hampir
busuk itu.

A kembang B lembam C lebam D kusam

5. Setiap petang Ikai menyertai kelas senamrobik supaya badannya kelihatan


__________.

A langsing B gempal C kempis D buncit

6. Wei Long tidak mahu makan nasi dengan gulai kambing yang sungguh __________
baunya itu.

A tegik B hamis C hapak D hanyir

7. Dalam pertunjukan bermain senjata, kedua-dua orang pendekar itu sama __________.

A padu B padat C tegang D tangkas

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
8. Perutnya semakin __________ lantaran tidak bersenam sejak kebelakangan ini.

A bulat B besar C gendut D kempis

9. Darryl mahu menyiapkan kerja sekolahnya __________ sebelum makan malam.

A segera B lambat C dahulu D sekarang

10. Sikap pemandu kenderaan yang cuai adalah punca kadar kemalangan di negara ini
__________.

A tinggi B ringan C rendah D kuat

11. Azmir dipuji oleh rakan-rakannya kerana sentiasa __________ dan bergaya.

A kemas B kacak C cantik

12. Robert tidak dapat meneruskan larian kerana kakinya __________ .

A kaku B kejur C keras D kejang

13. Mereka memakai pakaian seragam berwarna kuning yang sudah __________ kerana
tidak pernah bertukar sejak dua tahun yang lalu.

A lusuh B usang C malap D kusam

14. Pengemis itu makan nasi dengan begitu __________ kerana tidak makan apa-apa sejak
semalam.

A kuat B lekas C lahap D cemas

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
LATIHAN 9

1. Pulau Sipadan adalah antara __________ pulau yang mempunyai alam semula jadi yang
menarik.

A selonggok B kelompok C gugusan D helai

2. Pasukan keselamatan negara telah berjaya menewaskan _____ pengganas yang


bersembunyi di Hutan Benom.

A sepasukan B segugusan C sekumpulan D segerombolan

3. Ayah pergi ke tepi hutan dengan membawa __________ parang untuk mencari
__________ kayu api.

A sebilah ... seberkas B selaras ... selonggok

C sebentuk ... setimbun D sebatang ... sepuntung

4. Penjual sate di Jalan Ong Kim Wee telah menjual beratus-ratus ____ sate dalam
tempoh beberapa jam sahaja.

A ketul B bilah C batang D cucuk

5. Kastam berjaya merampas beribu-ribu __________ mercun yang hendak diseludup


melalui pengkalan haram di Pengkalan Kubur.

A papan B keping C bidang D kajang

6. Pada hari raya tahun lalu, ayah memberi hadiah kepada nenek __________ baju
kurung dan beberapa __________ mutiara asli yang dibeli dari Sabah.

A sehelai ... biji B sehelai ... buah

C sepasang ... biji D sepasang ... butir

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
7. Nicole makan beberapa __________ cempedak goreng yang masih rangup.

A biji B ulas C pangsa D pinggan

8. Datuk mengirimkan beberapa __________ petai dan lima __________ durian dari
kampung.

A papan ... biji B butir ... gugus

C ikat ... longgok D tangkai ... buah

9. Pemuda itu didenda kerana kesalahan membuang __________ rokok di dalam kawasan
taman bunga.

A puntung B batang C keping D buah

10. Emak menyulam __________ selendang dengan beberapa __________ benang emas.

A sekayu ... urat B sehelai ... cebis

C sehelai ... lembar D sepasang ... helai

11. Perdana Menteri telah mendeklamasikan __________ sajak ciptaannya pada malam
'Sekalung Budi' di Dewan Petaling Jaya semalam.

A serangkap B sepotong C bilah D utas

12. Penyelam itu telah berjaya mendapatkan beberapa __________ mutiara daripada
tiram yang dipeliharanya.

A biji B utas C butir D bentuk

13. __________ gajah membuat persembahan yang sangat mengagumkan para penonton
semasa pertunjukan sarkas itu.

A Segugus B Sekawan C Sepasukan D Segerombolan

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
LATIHAN 10

1. "__________, kamu Darryl ! Bilakah kamu pulang dari bandar?" tanya Esther.

A Ah B Eh C Cis D Amboi

2. "__________, malang sungguh nasib aku!" kata Mak Ida.

A Eh B Wah C Aduh D Aduhai

3. "__________, aku tidak akan ke sana lagi!" bisik Fakri kepada dirinya sendiri.

A Wah B Ah C Eh

4. "__________, kamu telah memenangi Pertandingan Kuiz Sains kali ini!" kata Busu
kepada Husin.

A Hai B Wah C Syabas D Aduhai

5. "__________, terimalah tikamanku ini!" kata Laksamana Hang Tuah.

A Ah B Oh C Nah D Wah

6. "__________, rajinnya Faizal membantu bapanya di sawah padi itu!" kata Heng Wei.

A Nah B Wah C Ah D Oh

7. "__________, habis pokok padi dimusnahkannya!" kata Lebai Said.

A Hoi B Aduh C Celaka

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
8. __________, akhirnya saya berjaya dalam temu duga ini!

A Cis B Wahai C Syabas D Syukur

9. "__________ Emily, lama kita tidak berjumpa!" kata Li Hong.

A Syabas B Amboi C Wahai D Hai

10. __________, segak betul awak sekarang!

A Amboi B Kasihan C Syukur D Nah

11. "_____, aku tidak mahu masuk campur dalam urusan kamu berdua!" kata Amy kepada
Ikai dan Isheng.

A Ah B Eh C Hai D Wah

12. __________, berani kau menolak aku!

A Syabas B Nah C Cis D Eh

13. __________, mangsa perang itu diseksa begitu dahsyat!

A Ah B Wah C Syabas D Kasihan

14. __________, anak sulung awak sudah besar!

A Oh B Cis C Nah D Aduhai

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
LATIHAN 11

1. Tommy seorang pemuda yang budiman. ________, dia disenangi oleh semua penduduk
di kampungnya.

A Oleh sebab itu B Di samping itu

C Tambahan pula D Walaupun begitu

2. May merupakan seorang gadis yang bersopan-santun. __________, dia tidak banyak
mempunyai rakan.

A Setelah itu B Oleh yang demikian

C Lantaran itu D Namun demikian

3. Pertunjukan bunga api di stadium itu terpaksa ditangguhkan ______ hujan turun
dengan lebatnya.

A hingga B jikalau

C semoga D meskipun

4. ______ hari hujan, Ah Kiat tetap turun ke ladangnya.

A Walaupun B Sekiranya

C Hingga D Walhal

5. Kai Jun seorang murid yang bijak dalam pelajaran. ________, dia juga sangat aktif
dalam sukan.

A Walau bagaimanapun B Di samping itu

C Namun begitu D Oleh itu

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
6. Jia Er mewakili sekolahnya dalam pelbagai acara sukan.___________, pihak sekolah
memilihnya sebagai olahragawati pada tahun ini.

A Lantaran itu B Di samping itu

C Walau bagaimanapun D Sungguhpun demikian

7. Cheng menjual sayur-sayuran di pasar minggu. ________, dia juga menjual buah-
buahan tempatan.

A Kalau begitu B Lebih-lebih lagi

C Di samping itu D Walaupun begitu

8. Ah Beng mempunyai seorang adik yang cacat penglihatan. __________, semua ahli
keluarga sangat menyayanginya.

A Jadi B Kemudian

C Namun begitu D Oleh yang demikian

9. Mirabelle pandai bercerita. __________, dia telah terpilih mewakili sekolah dalam
pertandingan itu.

A Oleh sebab itu B Tambahan pula

C Lebih-lebih lagi D Selain itu

10. Pembinaan jambatan itu akan diteruskan sehingga selesai _______ mendapat bantahan
daripada orang ramai.

A jadi B sehingga

C sementara D sungguhpun

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
11. Saya boleh hantar awak ke Alor Star. __________, saya memang hendak ke sana.

A Kalau begitu B Tambahan pula

C Oleh yang demikian D Walau bagaimanapun

12. Xiao Yan berharap dapat memenangi dalam pertandingan boling minggu depan.
__________ dia berlatih bersungguh-sungguh.

A Oleh itu B Kemudian

C Namun begitu D Tambahan pula

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
LATIHAN 12

1. Setelah selesai menyampaikan sebuah lagu popularnya, penyanyi itu diberikan


__________ gemuruh.

A percikan B laungan C tepukan D jeritan

2. Dr. Rohani ialah bekas __________ Universiti Malaya yang aktif dalam bidang sukan.

A maharani B mahaguru C mahasiswi D mahasiswa

3. Wei Ling telah dipilih sebagai ketua pengawas berdasarkan __________nya.

A kebenaran B kemasyhuran C kemungkinan D kelayakan

4. Cik Salmah bekerja sebagai __________ di sebuah pasar raya di Kota Bharu.

A jurutaip B juruwang C jururawat D jurubahasa

5. Jururawat itu sedang menjalankan __________ rubella kepada pelajar-pelajar


perempuan di sekolah itu.

A tikaman B suntikan C sedutan D tusukan

6. __________ ular di kaki Wong Eng menyebabkan dia pengsan selama dua jam.

A Belitan B Pagutan C Pukulan D Lompatan

7. Rashid Sidek pernah memenangi anugerah __________ Negara.

A Seniwati B Seniman C Olahragawati D Olahragawan

8. Beberapa orang __________ jelita telah dipilih untuk menunjukkan pelbagai fesyen
ciptaan pereka fesyen itu.

A olahragawati B peragawati C pramugari D seniwati

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
9. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan __________ yang serba boleh.

A seniman B seniwati C budiman D usahawan

10. Anak hartawan itu telah diculik orang. Oleh itu, beliau menyediakan wang __________
sebanyak setengah juta ringgit untuk memenuhi tuntutan penculik itu.

A cagaran B tebusan C caruman D simpanan

11. Beberapa keping __________ tembikar lama ditemui oleh orang-orang kampung
semasa menggali telaga itu.

A lebihan B ketulan C serpihan

12. __________ itu sedang sibuk melayan penumpang di atas kapal terbang dengan
ramahnya.

A Pramugari B Mahasiswi C Peragawati

13. Puan Sabariah sanggup meletakkan jawatannya sebagai pegawai di sebuah bank demi
membantu menguruskan __________ suaminya.

A perniagaan B pentadbiran

C perbelanjaan D penyelewengan

14. __________ Perpustakaan Bergerak patut diperbanyak ke kawasan luar bandar.

A Pengkajian B Pengurusan

C Penggunaan D Perkhidmatan

https://www.facebook.com/ShareBM/
27 Muka Surat Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Nama : _________________________ Tarikh : ____________
Pilih jawapan yang paling tepat.
LATIHAN 13

1. Sue berasa pening dan hendak muntah ketika melalui jalan yang bengkang-bengkok
__________.

A seperti api dalam sekam B seperti wau putus tali

C seperti ular kena palu D seperti aur ditarik songsang

2. Encik Ramlan dan Puan Aimi menyayangi anak mereka __________.

A seperti isi dengan kuku B seperti cincin dengan permata

C seperti telur di hujung tanduk D seperti menatang minyak yang penuh

3. Sikap Leman yang hanya bekerja apabila disuruh oleh ketuanya itu __________.

A bagai gergaji dua mata B bagai anjing buruk kepala

C bagai pahat dengan penukul D bagai ayam disambar helang

4. Derrick melakukan kerja itu setelah berkali-kali disuruh __________.

A seperti air menitik ke batu B seperti hujan jatuh ke pasir

C seperti pahat dengan penukul D seperti ayam disambar helang

5. Ravi tercengang-cengang semasa kali pertama tiba di Tokyo __________.

A seperti kera kena belacan B seperti rusa masuk kampung

C seperti kerbau dicucuk hidung D seperti langit dengan bumi

https://www.facebook.com/ShareBM/

Anda mungkin juga menyukai