Anda di halaman 1dari 1

5.4.1 Memahami dan menggunakan frasa nama dengan betul mengikut konteks.

5.5.1 Memahami dan membina ayat berdasarkan pola ayat inti dengan betul dan tepat mengikut konteks.

NOTA POLA AYAT

Pola 1: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Nama
( FN ) sebagai predikat. Frasa nama dalam predikat boleh ditandai dengan kehadiran kata nama, kata
pemeri, kata bilangan atau penjodoh bilangan. Contah ayat bagi pola ( FN+FN ) :

1. Ahmad ialah guru.


2. Dato Seri Siti Nurhaliza penyanyi tersohor di Asia.

Pola 2: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Kerja
( FK ) sebagai predikat. Frasa kerja dalam predikat boleh ditandai dengan kehadiran kata kerja atau kata
bantu. Contah ayat bagi pola ( FN+FK ) :

1. Ahmad berlari.
2. Penguatkuasaan undang-undang terhadap pembalak haram perlu dilaksanakan.

Pola 3: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa
Adjektif ( FA ) sebagai predikat. Frasa adjekti dalam predikat boleh ditandai dengan kehadiran kata adjektif
atau kata penguat. Contah ayat bagi pola ( FN+FA ) :

1. Ahmad tinggi.
2. Pemandangan di atas bukit itu sungguh indah.

Pola 4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)

Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Sendi
Nama ( FSN ) sebagai predikat. Frasa sendi nama dalam predikat boleh ditandai dengan kehadiran kata
sendi. Contah ayat bagi pola ( FN+FSN ) :

1. Rumahnya disebelah balai Polis.


2. Marina dan ibunya ke pasar untuk membeli sayur-sayuran.

LATIHAN PENGUKUHAN.

Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah. (FN+FN) (FN+FK) (FN+FA) (FN+FS)

i. Bunga itu sungguh cantik dan berbau harum.

ii. Jam tangan itu untuk emak sempena hari lahirnya.

iii. Pelajar kelas 5 Budiman sedang mengulangkaji pelajaran di perpustakaan.

iv. Rombongan pelancong yang terlibat dalam kemalangan itu dari Kanada.

v. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel.

vi. Kami sekeluarga ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.

vii. Adik saya sangat comel dan manja.

Anda mungkin juga menyukai