Anda di halaman 1dari 5

Ayat Dasar

Disediakan oleh Cikgu Faizah Mazlan


01 Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi
pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu
bahasa.

Ayat 02 Rangka dasarnya berasal daripada beberapa


pola tertentu.

Dasar 03 Pola ayat dasar dibahagikan kepada empat


jenis dengan berpandu pada jenis-jenis unsur
yang hadir sebagai konstituen ayat-ayat itu
iaitu jenis-jenis subjek dan predikatnya.

04 Konstituen subjek, diisi oleh frasa nama,


sementara konstituen predikat diisi oleh
empat jenis unsur yang berbeza iaitu frasa
nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama.
Pola Ayat Dasar
Pola Subjek Predikat
Pola 1 Frasa Nama Frasa Nama
Encik Ahmad guru sekolah.
Ahmad guru Frasa Nama + Frasa Nama ( FN+FN)
Encik Ahmad guru sekolah menengah
Pola 2 Frasa Nama Frasa Kerja
Bapa mereka sedang berehat
Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN+FK)
Padi menguning
Padi huma sedang menguning
Pola 3 Frasa Nama Frasa Adjektif
Anak itu sihat sungguh
Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN+FA)
Murid-murid rajin
Murid-murid mereka sungguh rajin
Pola 4 Frasa Nama Frasa Sendi Nama
Pejabat saya di Kuala Lumpur
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN+FS)
Ipoh di Perak
Bandar Ipoh Di Perak Darul Ridzuan
LATIHAN SINTAKSIS 1
Nyatakan pola bagi ayat – ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa
Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA), atau
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS),
1. Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.
POLA AYAT :

2. Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.


POLA AYAT :

3. Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.


POLA AYAT :

4. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.
POLA AYAT :

5. Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah.


POLA AYAT :
6. Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda.
POLA AYAT :

7. Hari Guru peringkat negeri disambut pada bulan Mei setiap tahun.
POLA AYAT :

8. Rantai emas yang dibeli oleh ibu mahal harganya.


POLA AYAT :

9. Ibu Eliza doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur.


POLA AYAT :

10. Pendekar Majapahit itu amat dikagumi oleh Raja Melaka.


POLA AYAT :

Anda mungkin juga menyukai