Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN TATABAHASA

AYAT BIASA KEPADA AYAT SONGSANG

Tukar ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud
asalnya.

(i) Program Bjna Semangat anjuran Kelab Bimbingan dan Kaunseling itu disertai oleh ramai pelajar
tingkatan 5 sekolah ini.
(jj) Pasukan Pancaragam sekolah kami akan pergi ke Pulau Pinang untuk menyertai pertandingan
pancaragam peringkat kebangsaan.
(iii) Saudara mara Puan Anum seronok bertemu dan berbual-bual semasa sambutan hari jadinya yang
diadakan di rumahnya pada minggu yang lalu.
[6 markah ]

MENGANALISIS AYAT

Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, atau ayat
seruan.

(i) Mengapakah pelajar itu berdiri di luar kelasnya?


(ii) Rumah itu akan didermakannya kepada keluarga miskin tersebut.
iii) Kamu semua balik ke khemah sekarang juga!
v) Cis, jangan sesekali kau berani menghina ibuku!
vi) Pergi dapatkan borang permohonan daripada guru kelas kamu!
vi) Tiga orang pelajar sekolah kami akan mengikuti Program Pertukaran Pelajar pada tahun hadapan.
[6 markah ]

MENGANALISIS AYAT

Nyatakan poia bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama
+ Frasa kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
(FN + FS).

(i)Rumah rehat itu dibina untuk ibu bapanya di kampung.


(ii)Ganesh membuat batas sayur-sayuran di belakang rumahnya.
(iii) Pemain bola sepak itu menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit-minit terakhir
perlawanan.
(iv) Peserta kuiz itu sungguh cerdik dan berpengetahuan luas.
(v) Pengetua sekolah karni yang baharu itu bekas pelajar sekolah ini.
(vi) Budak perempuan itu sangat cornel dengan pakaian beragamnya.
[6 markah ]

Anda mungkin juga menyukai