Anda di halaman 1dari 5

Bina ayat Jawapan

SET 1
(i) Adik menunjukkan jari telunjuk 食指 pada lelaki yang mengambil kerusinya.
(ii) Keadaan bilik kakak yang amat selerak 凌亂 menyebabkan ibu menegurnya.
(iii) Tentera negara itu telah mendapat kemenangan yang gemilang 輝煌 dalam peperangan.
(iv) Penggunaan penanda wacana dalam penulisan adalah untuk berfungsi sebagai sinambung 連續 antara ayat dengan
ayat dan perenggan dengan perenggan.
(v) Lampu yang gemerlap 閃閃發亮 sekali di pusat bandar raya itu mendapat perhatian penduduk kota dan media.
(vi) Adik menunjukkan telapak 掌心/腳底 kakinya yang tertusuk duri kepada ibu.

SET 2
(i) Ibu saya menghadapi dilema 兩難的選擇 sama ada dia wqajar menghantar adik ke sekolah berasrama penuh atau
membiarkannya terus berkawan dengan budak jahat di sekolahnya kini.
(ii) Ayah membeli sebentuk cincin bertatahkan batu delima 紅寶石 untuk ibu bersempena ulang tahun perkahwinan
mereka.
(iii) Pesawah itu sedang menuai padi yang menguning di bendang 稻田 dengan bantuan sanak saudaranya.
(iv) Ahli pancaragam itu sedang membuat persembahan gendang 鼓 di depan tetamu kehormat.
(v) Wanita yang sarat 戴滿 mengandung itu kepenatan selepas manaiki tangga setinggi tiga tingkat.
(vi) Ayah menerima surat 信 undangan daripada pihak sekolah untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah
kecemerlangan kakak.

SET 3
(i) Suasana menjadi gamat 吵鬧 dengan gelak ketawa penonton apabila menyaksikan persembahan komedi itu.
Gamat 海參 merujuk kepada sejenis hidupan laut yang boleh dijadikan minyak urut.
(ii) Ali hanya diam 靜靜地 tidak menjawab soalan yang ditanyakan oleh gurunya.
Pak samad sekeluarga telah laman diam 居住 di kampung itu sejak bersara.
(iii) Pak Abu memiliki dada yang bidang 寬大 kerana sentiasa bersenam sejak usia muda.
Beberapa bidang 塊 tanah di kawasan itu akan dibangunkan sebagai kawasan rekreasi.

SET 4
(i) Penduduk di persisiran pantai itu membina tembok 圍牆 batu untuk menahan hakisan ombak.
(ii) Beberapa biji durian yang gugur itu sudah tembuk 有洞 kerana telah dimakan tupai.
(iii) Ibu merebus beberapa biji telur ayam sebagai makanan sarapan pagi kami.
(iv) Telor 土音 pencakapan Pak Abu seperti orang pantai timur walaupun dia berasal dari Johor.
(v) Cikgu Zainurin memberikan tempoh 期限 selama dua hari kepada murid-muridnya untuk menyiapkan karangan.
(vi) Sewaktu mendaki gunung itu, pelbagai cabaran yang terpaksa kami tempuh 挑戰.

SET 5
(i) Rumah Datin Normah dilengkapi dengan perabot yang serba 完全 mewah.
Ramona mengimpikan majlis perkahwinan serba-serbi 各種各樣 menepati tema warna biru kegemarannya.
(ii) “Kamu mesti ulang 重複 membaca surah itu beberapa kali sehinggalah kamu lancar,” kata Ustaz Zaid kepada
muridnya.
Ayah ulang-alik 來回 dari bandar ke kampung dengan menaiki bas persiaran.
(iii) Imam di masjid di Kampung Sungai Rambai masih muda 年輕 dan baru pulang dari Yaman.
Golongan muda-mudi 年輕人 digalakkan untuk menyertai aktiviti kemasyarakat di kawasan masing-masing.

Bina ayat Jawapan


Pg 21
(i) Oleh sebab terlalu penat setelah berburu selama beberapa hari, baginda terus beradu 睡覺 apabila sampai
di istana.
(ii) Raja Muha Ihsan kelihatan bersemangat sewakti pertama kali bertitah 下令 di hadapan rakayat jelata
selepas ditabalkan sebagai pengganti ayahandanya.
(iii) Tuan Puteri Kencana Dewi bergelak ketawa sambil bersiram 淋浴 bersama dengan dayang-dayang
kesayangan beginda di kolam istana pada waktu pagi.
(iv) Selepas bersantap 進 食 bersama-sama ayahanda dan bonda, anak raja Pahang itu berangkat ke
gelanggang untuk berlatih silat dengan guru silat yang terkenal di negeri itu.
(v) Pasangan diraja yang buru berkahwin itu membuat persiapan yang rapi sebelum berangkat 出發 ke luar
negara untuk bercuti di sana.
(vi) Sultan dan permaisuri di negeri itu bersemayam 就坐 di atas singgahsana di balairung seri sementara
menunggu waktu pertabahan anakanda baginda sebagai sultan yang baharu.

Pg 23
(i) Imran yang berada di hadapan kelas tersipu-sipu malu apabila salah mentafsir 分析 maksud sajak
“Sejadah Rindu” yang sedang diajarkan oleh Cikgu Kiki.
(ii) Encik Borhan sedang mentaksir 判斷/估計 jumlah kerugian yang ditanggungnya dalam kebakaran
bangunan pejabat akibat litar pintas pada minggu lepas.
(iii) Nek Jah amat bersyukur kerana ubat keluaran syarikat bumiputera itu dapat melegakan 擴大 batuk yang
dialaminya sejak sekian lama.
(iv) Sekumpulan lelaki warga asing ditangkap oleh polis semalam kerana terlibat dalam kegiatan judi dan
melagakan 格鬥 ayam.
(v) Hartini melaung-laung 大聲叫喊 nama kakaknya dengan sekuat-kuat hatinya apabila mendapati dirinya
terkunci di dalam bilik tidur.
(vi) Budak perempuan itu meraung-raung 大聲哭叫 apabila ditinggalkan oleh ibunya di rumah pengasuh
pada hari pertama.

Pg 25
(i) Nenek Tijah membeli dua sisir 梳 pisang emas di kedai runcit itu sebagai biah tangan untuk cucunya
yang sedang dirawat di hospital.
(ii) Anggota polis itu memeriksa sebuah lori yang membawa beberapa laras 支 senapang 槍 砲 yang
diseludup dari negara jiran.
(iii) Adik yang sedang berehat di pantai leka melihat beberapa kawan burung yang terbang di udara.
(iv) Datuk mengikat lima berkas 捆 kayu api 火柴 dengan menggunakan seutas tali sebelum membawanya
pulang ke rumah.
(v) See Hwa membeli beberapa tangkai 把手 bunga orkid untuk dihadiahkan kepada emaknya bersempena
dengan ulang tahunnya yang ke-50 tahun.
(vi) Puan Sarah meletakkan tiga naskhah 冊 majalah akademik di atas meja anaknya sebagai rujukan dalam
pelajaran.

Pg 27
(i) “Kamu datang ke sekolah pada setiap hari dengan apa?” Tanya Sulaiman kepada Kadir yang tinggal jauh
di pedalaman.
(ii) “Entah pergi ke mana anak kucing yang baru dipelihara oleh adik,” rungut kakak sambil mencari-cari
anak kucing yang hilang itu di belakang rumah.
(iii) Jumlah buku yang sudah dibaca oleh Kamarina untuk projek Nilam di sekolah pada tahun ini berapa?
(iv) “Sekiranya ada apa-apa pertanyaan tentang topik pada hari ini, sila angkat tangan dan saya akan cuba
menjawab semua persoalan anda,” kata Puan Hayati kepada para hadirin di dalam dewan itu.
(v) Saya tidak akan pergi ke mana-mana pada hujung minggu ini kerana perlu menyiapkan kerja sekolah
yang diberikan oleh Cikgu Kiki.
(vi) “Berilah berapa-berapa sahaja yang kamu ada asalkan pemberian kamu itu ikhlas,” kata nenek kepada
kakak yang ingin menderma kepada Persatuan Ibu Tunggal di kampung mereka.

Pg 29
(i) Lebih 500 orang ibu bapa dari seluruh negeri Perlis hadir dalam seminar keibubapaan 與父母有關 di
Hotel Brasarama Putra Kuala Perlis pada minggu lepas.
(ii) “Saham yang tidak disenaraikan ialah saham yang tidak diurusniagakan 交易 di pasaran saham secara
rasmi,” kata guru mata pelajaran Perdagangan itu kepada murid-muridnya.
(iii) Pelbagai program telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah
penyalahgunaan 濫用 dadah dalam kalangan murid sekolah yang semakin meningkat.
(iv) Datuk Makmur yang membeli kawasan inap desa di Kampung Batu Delima itu bercadang untuk
menukarkan nama inap desa itu selepas proses pengambilalihan 接管 daripada Encik Yusop selesai.
(v) Media massa sentiasa memainkan peranan yang penting dalam setiap usaha untuk menyatupadukan 團
結 rakyat yang berbilang kaum, bangsa, dan agama di negara kita.
(vi) “Usaha untuk mengantarabangsakan 國際化 bahasa Melayu akan dilakukan oleh pelbagai pihak di
negara ini dari semasa ke semasa sehingga hasrat ini tercapai,” kata pengawai perancang bahasa itu
dengan yakin.

Pg 31
(i) Encik Mukriz katawa besar apabila mendengar kata-kata lucu daripada kanak-kanak yang baru berusia
empat tahun itu.
(ii) Kereta buatan nasional keluaran terbaharu yang hitam berkilat itu milik anak saudara Puan Fatimah
yang baru pulang dari luar negara.
(iii) Segala jasa dan budi ibu bapa perlu dikenang selalu untuk menjadikan kita seorang anak yang sentiasa
menghargai dan menyayangi ibu bapa.
(iv) Air laut di Pulau Tioman yang sentiasa tenang membiru mendamaikan jiwa setiap pengunjung yang
datang ke pulau itu untuk merehatkan diri dan minda.
(v) Hatini dan Ariani betul-betul gembira apabila mendapat tahu bahawa mereka berdua berjaya untuk
melanjutkan pelajaran di universiti.
(vi) Oleh sebab bimbang kebasahan dalam perjalanan pulang ke rumah kerana tidak mempunyai paying, kami
berjalan cepat-cepat kerana keadaan langit sudah mendung.

Pg 33
(i) Azrai berkejar kea rah tempat kebakaran sambil menyandang 扛 kamera.
(ii) Pak Harun menyandar 靠著 pada tiang pondok itu untuk merehatkan diri setelah penat berkebun.
(iii) Soak Lim menyanggah 反駁 cadangan kawannya agar mereka melarikan diri.
(iv) Gulmit menyangkal 否認 dakwaan 控訴 Rosli yang menyatakan bahawa dia mencuri dompetnya.
(v) Shamihah menyangkut 掛 segugus kunci pada paku di dinding rumah.
(vi) Tembakan perompak itu menyasar 瞄準 daripada sasaran seorang anggota polis.

Pg 35
(i) Jalan 路 ke Taman Permai Utara terpaksa ditutup akibat tanah runtuh.
Kita harus mencari jalan 方法 untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.
(ii) Air Sungai Kemasin semakin cetek 淺 akibat aktiviti pembalakan di hutan yang berdekatan.
Pengetahuannya tentang isu semasa amat cetek 膚淺.
(iii) Bunga matahari yang kembang 開放 itu sangat cantik.
Hatinya kembang 心花怒放 apabila dipuji.

Pg 37
(i) Gempa bumi yang melanda daerah itu merupakan bala 災難 kepada penduduk di kawasan itu.
(ii) Herman disisihkan oleh kawan-kawannya kerana menghidap penyakit balar 白化病
(iii) Perompak yang merompak kedai Pak Halim dikatakan rakyat asing berdasarkan telor 土音 percakapan
yang digunakan oleh mereka.
(iv) Emak menggoreng telur ayam sebagai lauk tambahan bagi sarapan nasi lemak.
(v) Gadis itu memakai skirt yang cantik dan mempunyai lisu 折
(vi) Kulit buah epal itu kelihatan lisut 不平滑 setelah terbiar beberapa hari di atas meja.

Pg 39
(i) Mariam dan Kamilia membeli-belah 購買 barangan keperluan di Pasar Raya Suria.
(ii) Negara akan huru-hara 騷亂 jika rakyat sering mengadakan rusuhan.
(iii) Bot nelayan itu terumbang-ambing 飄蕩 kerana dilambung ombak.
(iv) Abang bertungkus-lumus 埋頭苦幹 menyiapkan kertas kerjanya yang perlu dihantar pada minggu
depan.
(v) Lauk-pauk 各種菜餚 yang dijual di Restoran Hazirah sangat sedap.
(vi) Pak Adam melihat Gopal meninggalkan rumahnya dengan tergopoh-gapah.匆匆忙忙

Anda mungkin juga menyukai