Anda di halaman 1dari 2

INFORMSI BAHASA

11.1.2018
UJIAN KESALAHAN EJAAN ARAS TINGGI 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

1. Ahli jawatankuasa pentadbiran pelabuhan akan menyediakan insentif kepada kuarter-master


yang akan mengemudi kapal dan memastikan kerja-kerja rutin kapal di pelabuhan dilaksanakan.
kuarter master

2. Ibu membeli dua biji nanas sarawak daripada penjaja buah-buahan yang baik hati lalu
menyedekahkannya kepada segala fakir dan miskin.
Sarawak

3. Ayah menghantar adik-adik saya ke maderasyah untuk menyaksikan acara tilawah al-Quran
oleh anak-anak muda di astaka.
madrasah

4. Ibu bapa saya akan melancong ke Ferancis pada hujung tahun ini dengan ipar-duai mereka
untuk melihat kemegahan menara Eiffel.
Perancis

5. Guru sains itu menerangkan bahawa internet membolehkan pengguna komputer di seluruh
dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh
dunia.
Internet

6. Wusyu ialah seni pertahanan diri orang Cina yang kurang masyhur pada zaman dahulu kala
berbanding dengan kungfu yang mengandungi unsur judo dan karate.
Wushu

7. Masalah kemurungan dikenal pasti sebagai perasaan sedih, masygul, dan pilu yang dialami
oleh seseorang daripada tekanan dan kenangan pahit.
masyghul

8. Mak cik saya berduka cita apabila memikirkan ikan kering yang dijemurnya masih lembap
kerana musim tengkujuh belum berlalu.
berdukacita

9. Ibu saya terlalu percaya akan ejen yang mempromosikan barangan dapur itu kerana dia yakin
bahawa agensi besar itu tidak akan menipu pelangannya.
pelanggannya
10. Ayah menasihati ibu agar berjimat-cermat dalam perbelanjaannya kerana Hari Raya Aidilfitri
pada tahun ini mungkin disambut secara sederhana lantaran kemelesetan ekonomi.
berjimat cermat

11. Seseorang guru haruslah gigih menimba ilmu agar dapat mengekalkan proffessionalisme
mereka sebagai pendidik demi menghadapi cabaran pada alaf baharu.
profesionalisme

12. Sanak-saudara saya akan berkunjung ke rumah saya pada bulan Mac ini untuk menyaksikan
pertunangan kakak dengan seorang lelaki Melayu yang memiliki stail keinggerisan.
Sanak saudara

13. Semangat antipenjajah masih dapat dirasai oleh rakyat tempatan selepas penjajahan
koloniel kerana mereka bukan sahaja menyaksikan pertumpahan darah, tetapi juga kematian
ahli keluarga.
kolonial

14. Kuih baulu, nasi impit dan serondeng ialah makanan wajib keluarga kami sewaktu
menyambut Hari Raya Puasa di kampung.
nasi himpit

15. Kakak membeli sebungkus kueytiao goreng dan lima bungkus mi goreng mamak dari gerai
yang terletak di hujung jalan besar itu.
kuetiau

16. Diktator yang gila akan kuasa muthlak itu mengehendaki semua orang menghormatinya dan
menumpahkan taat setia kepadanya.
mutlak

17. Wanita dari India itu berjaja tanpa lesen dengan menjual wade, tosei, donat, karipap, dan
kuih kaswi yang manis dan sedap.
tose

18. Rasberi, bilberi, ceri, strawberi ialah buah-buahan import yang semakin hari semakin popular
dalam kalangan penduduk Malaysia.
Raspberi

19. Pakar perubatan di hospital swasta itu sedang mengX-ray pesakit kanak-kanak yang disyaki
berpenyakit leukemia.

20. Kegiatan gengsterisme dan vandalisme acapkali dilaporkan oleh media cetak dan media
elektronik kerana kerajaan mahu rakyat bekerjasama membanterasnya.
acap kali

Anda mungkin juga menyukai