Anda di halaman 1dari 2

Bina Ayat

1. Adam rasa sangat bimbang kerana hujan sangat lebat di kampungnya.


2. Air hujan sudah memasuki rumah Adam dan paras air sangat tinggi.
3. Adam sedang membantu ibu dan bapa untuk menyelamatkan harta benda di rumahnya.
4. Selepas dua jam, mereka menaiki bumbung rumah mereka dan menunggu orang menolong
mereka.
5. Bot penyelamat datang membawa Adam dan keluarganya ke tempat yang lebih selamat.

Bina Ayat

1. Ali dan keluarganya memakai pakaian yang sangat cantik dan segak pada Hari Raya .
2. Pada pagi raya, Ali bersalaman dengan ibu dan bapanya untuk meminta maaf.
3. Ali dan bapanya pergi ke masjid untuk berdoa beramai-ramai .
4. Ali dan keluarganya telah menziarahi kubur datuk dan neneknya untuk memperingati
mereka .
5. Pada malam raya, Ali dan rakan-rakannya bermain bunga api dan mereka sangat gembira.

Bina Ayat

1. Seorang budak perempuan sedang membeli sebiji durian daripada seorang pak cik .
2. Terdapat dua budak kecil menikmati buah durian dengan ayah mereka .
3. Seorang pak cik sedang membelah buah durian untuk pelanggannya .
4. Seorang budak lelaki sedang memilih buah durian yang terbaik untuk dibeli.
5. Seorang pak cik bertopi sedang meletak buah-buah durian di atas lori untuk dibawa ke
pasar.

Bina Ayat

1. Tumbuh-tumbuhan merupakan sumber bekalan makanan.


2. Daun tumbuh-tumbuhan ialah makanan haiwan.
3. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen untuk manusia dan haiwan bernafas .
4. Batang tumbuh-tumbuhan boleh dibuat perabot dan bahan binaan .
5. Akar tumbuh-tumbuhan berguna untuk dijadikan ubat herba tradisional.

Bina Ayat

1. Penduduk Malaysia menganuti pelbagai agama.


2. Orang Islam beribadat di masjid.
3. Orang Kristian bersembahyang di gereja.
4. Orang Hindu beribadat di kuil.
5. Orang Cina beribadat di tokong .
Bina Ayat

1. Kita hendaklah bekerjasama untuk menceriahkan pusat sumber itu supaya pelajar akan
mengunjunginya.
2. Kita juga menyusun buku,majalah dan kamus dengan rapi supaya pelajar boleh mencari
buku dengan senang.
3. Cikgu-cikgu sekolah haruslah membawa pelajar-pelajar ke pusat sumber untuk membaca
buku di situ.
4. Pengawas perpustakaan patutlah melayan pelajar-pelajar yang ingin meminjam buku
dengan baik.
5. Kempen Jom Ke Pusat Sumber perlu diadakan di sekolah untuk menggalakkan pelajar-pelajar
di pusat sumber .

Bina Ayat

1. Warga sekolah mengibarkan Jalur Gemilang dengan sangat gembira semasa sambutan Hari
Kemerdekaan pada 31 Ogos.
2. Rakyat pelbagai kaum berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku.
3. Pelbagai kaum mengambil bahagian dalam acara perbarisan Hari Kemerdekaan dengan
penuh semangat .
4. Jalur Gemilang berkibar di semua tempat untuk menunjukkan rasa cinta kepada negara.
5. Beca juga mempunyai bendera Malaysia untuk menunjukkan rasa bangga tehadap negara
Malaysia.

Bina Ayat

1. Kita mestilah mengambil bahagian dalam acara perbarisan Hari Kebangsaan dengan penuh
semangat .
2. Kita mestilah mengibarkan Jalur Gemilang di atas kenderaan untuk menunjukkan rasa cinta
kepada Negara.
3. Ibu dan bapa haruslah meluangkan masa dengan anak mereka untuk menyambut Hari
Kebangsaan .
4. Warga sekolah patutlah mencantikkan kawasan sekolah dengan bendera Malaysia untuk
menunjukkan rasa bangga.
5. Pihak sekolah haruslah membuat pertandingan pada bulan Ogos untuk menyemarakkan
sambutan Hari Kerbangsaan .

Anda mungkin juga menyukai