Anda di halaman 1dari 1

TEMA NOVEL TIRANI:

Kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi
kelemahan diri.

Sinopsis:

Waheeda menguruskan Tajau Emas, sebuah inap desa pelancongan di Sarawak. Waheeda
mahukan penampilan yang lebih menarik memandangkan dia kekurangan dari segi paras rupa.
Waheeda mengambil keputusan menjalani pembedahan kecantikan di Silicon Medical Centre,
Singapura. Waheeda menumpang di rumah pangsa yang dihuni rakan baiknya Bazilah. Ibunya, Raidah
datang semasa prosedur pembedahan dijalankan. Hubungan mesra dengan Bazilah hampir tergugat
kerana tunang Bazilah, Dr. Zahari memberi perhatian istimewa kepadaWaheeda, terutama selepas
pembedahan berjaya. Waheeda kemudian bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di Flamingo
Resort supaya dia terus berada di Singapura untuk rawatan susulan. Waheeda disuruh oleh
majikannya, Halloway, untuk memasuki pertandingan ratu pelancongan. Waheeda muncul sebagai
johan kerana busana tradisi Sarawak serta kecantikannya memikat perhatian juri. Di Flamingo,
Waheeda berkenalan dengan Zahid, anak Datuk Yasser, pemilik Seri Gading yang bekerjasama
dengan Tajau Emas. Mereka akhirnya bernikah walaupun ketika acara merisik Waheeda tidak dapat
hadir kerana hidungnya runtuh semula. Pada mulanya, pasangan itu menikmati kebahagiaan, tetapi
disebabkan kecuaian Waheeda menjaga tingkah laku, seperti bersalam dengan bukan mahram,serta
melayan pelanggan lelaki dengan mesra. Zahid cemburu sehinggalah dia melafazkan talak satu, dua
tahun setelah mereka dikurniakan Izzati yang didapati tidak seiras dengan Waheeda dan juga dirinya.
Zahid menuduh Waheeda yang bukan-bukan hingga Waheeda menjalankan ujian DNA padanan Zahid
dengan Izzati, tetapi Zahid menganggap Waheeda berpakat dengan pakar forensik. Waheeda
tertekan dan terpaksa menjalani rawatan secara Islam di Kajang. Di situ dia bertemu semula Lais,
rakan sekerja di Singapura. Bapa saudara Lais, Pak cik Aziz mengalami strok setelah dia hampir
diisytihar muflis akibat pengkhianatan pekerja chaletnya di Cameron Highland. Waheeda bersetuju
mengambil alih Chalet Iwana-Iwani yang memiliki 67 buah bilik, lalu dijenamakan semula sebagai
Chalet Aya-Sajidah. Di situ, kebetulan pula Zahid yang sudah tempang, serta tidak lagi berupaya
menghasilkan benih zuriat akibat kemalangan, datang berkunjung. Waheeda masih marah, tetapi
Izzati yang sudah berusia 20 tahun nyata gembira.

Tuliskan lima persoalan yang terdapat dalam novel Tirani.

Anda mungkin juga menyukai