Anda di halaman 1dari 12

PENYEBARAN PROGRAMME FOR INTERNATIONAL

STUDENT ASSESSMENT (PISA) BAHAN SUMBER


HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU (BM)
SEKOLAH MENENGAH BAGI DAERAH
GOMBAK & HULU SELANGOR
TARIKH : 27 SEPT 2016
TEMPAT : SMK RAWANG
Bahagian Pembangunan Peneraju Pendidikan Negara
Kurikulum
•PISA mula ditadbirkan pada tahun 2000 dan dikendalikan
setiap tiga tahun.
•PISA memfokuskan tiga literasi utama, iaitu matematik,
sains dan bacaan.
•Tumpuan pentaksiran PISA berorientasikan dasar dan
bukan pada kandungan kurikulum iaitu keupayaan murid
untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan
sebenar.
OBJEKTIF PISA
Mengukur sejauh mana murid berumur sekitar 15 tahun dalam
sesuatu sistem persekolahan telah menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka
mengambil bahagian sepenuhnya dalam masyarakat moden;

Mengukur tahap kemahiran atau kompetensi bagi kehidupan


sebenar (real-life skills) yang berkaitan dengan bacaan, matematik
dan sains dalam keperluan seharian dan dalam bidang-bidang yang
berkaitan; dan

Menguji penggunaan pengetahuan dan kemahiran praktikal


berdasarkan gagasan bahawa pemerolehan literasi ialah proses
pembelajaran sepanjang hayat.
MENGAPAKAH MALAYSIA MENYERTAI PISA?
 Membantu penggubal dan pembuat dasar negara mendapatkan maklumat
tepat mengenai sistem pendidikan;

 Membuat perbandingan pada peringkat antarabangsa dan membolehkan


Malaysia belajar dan mengambil contoh daripada sistem pendidikan negara-
negara yang menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam PISA;

 Menjajarkan dapatan kajian PISA dengan Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia PPPM (2013-2025) khususnya melalui dalam transformasi kurikulum
dan pentaksiran;

 Meningkatkan kualiti pendidikan dan mencapai sasaran pendidikan untuk


memberikan peluang pendidikan saksama kepada semua murid;

 Menyediakan murid untuk kehidupan masa hadapan serta mampu


mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenar.
LITERASI
BACAAN
2018
DEFINISI LITERASI BACAAN PISA

Dengan mengambil kira teori bacaan dan konsep literasi


bacaan yang dibincangkan, OECD mentakrifkan literasi
bacaan sebagai:

.... keupayaan memahami, mengguna, menilai ,


membuat refleksi dan melibatkan diri dengan teks
untuk mencapai satu matlamat, memperkembangkan
pengetahuan dan potensi seseorang serta penglibatan
dalam masyarakat.
MODUL
HEBAT
BACAAN
BAHASA
\
MELAYU
APAKAH BAHAN SUMBER
HEBAT BACAAN?
 20 unit Modul Literasi Bacaan
 Digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran
dan pembelajaran kelas Tingkatan Dua
(2016) dan Tingkatan Tiga (2017).
 Setiap modul mengandungi panduan
pengajaran dan pembelajaran yang
menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) untuk memastikan murid dapat
menjawab soalan literasi bacaan PISA dengan
baik.
 HEBAT bermaksud HAYATI, EKSPLORASI,
BERFIKIR ARAS TINGGI.
TUJUAN MODUL HEBAT BACAAN
Modul HEBAT Bacaan ini bertujuan untuk memberi
:
kefahaman tentang literasi bacaan PISA.
pendedahan kepada teknik bacaan dan
penyerapan kompetensi bacaan PISA dalam
pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF BAHAN HEBAT BACAAN
1. Meningkatkan kecekapan dan minat membaca murid
sekolah menengah.
2. Meningkatkan pemahaman dan menggalakkan pelibatan
murid dalam mengguna dan menilai pelbagai sumber
bacaan.
3. Melatih kebolehupayaan murid dalam membaca dan
memahami teks transaksi dab teks pelbagai.
4. Meningkatkan pemahaman dan menggalakkan pelibatan
murid dalam mengguna dan menilai sesuatu sumber
bacaan.
5. Melatih keupayaan murid dalam membaca dan memahami
jenis-jenis transaksi dan teks pelbagai ke arah
menggalakkan semangat dan perasaan inkuiri di dalam
pembacaan.

Anda mungkin juga menyukai