Anda di halaman 1dari 4

BIODATA PENGARANG

BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet,


lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus
Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus
mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan
Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim, Johor Baharu.

Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999
dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera.
Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI
(Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan
Sastera Sarawak).
SINOPSIS
• Waheeda menguruskan Tajau Emas, sebuah inap desa pelancongan di Sarawak. Waheeda mahukan penampilan yang lebih menarik
memandangkan dia kekurangan dari segi paras rupa. Waheeda mengambil keputusan menjalani pembedahan kecantikan di Silicon
Medical Centre, Singapura. Waheeda menumpang di rumah pangsa yang dihuni rakan baiknya Bazilah. Ibunya, Raidah datang
semasa prosedur pembedahan dijalankan. Hubungan mesra dengan Bazilah hampir tergugat kerana tunang Bazilah, Dr. Zahari
memberi perhatian istimewa kepadaWaheeda, terutama selepas pembedahan berjaya. Waheeda kemudian bekerja sebagai
pegawai perhubungan awam di Flamingo Resort supaya dia terus berada di Singapura untuk rawatan susulan. Waheeda disuruh
oleh majikannya, Halloway, untuk memasuki pertandingan ratu pelancongan. Waheeda muncul sebagai johan kerana busana tradisi
Sarawak serta kecantikannya memikat perhatian juri. Di Flamingo, Waheeda berkenalan dengan Zahid, anak Datuk Yasser, pemilik
Seri Gading yang bekerjasama dengan Tajau Emas. Mereka akhirnya bernikah walaupun ketika acara merisik Waheeda tidak dapat
hadir kerana hidungnya runtuh semula. Pada mulanya, pasangan itumenikmati kebahagiaan, tetapi disebabkan kecuaian Waheeda
menjaga tingkah laku, seperti bersalam dengan bukan mahram,serta melayan pelanggan lelaki dengan mesra. Zahid cemburu
sehinggalah dia melafazkan talak satu, dua tahun setelah mereka dikurniakan Izzati yang didapati tidak seiras dengan Waheeda dan
juga dirinya. Zahid menuduh Waheeda yang bukan-bukan hingga Waheeda menjalankan ujian DNA padanan Zahid dengan Izzati,
tetapi Zahid menganggap Waheeda berpakat dengan pakar forensik. Waheeda tertekan dan terpaksa menjalani rawatan secara
Islam di Kajang. Di situ dia bertemu semula Lais, rakan sekerja di Singapura. Bapa saudara Lais, Pak cik Aziz mengalami strok setelah
dia hampir diisytihar muflis akibat pengkhianatan pekerja chaletnya di Cameron Highland. Waheeda bersetuju mengambil alih
Chalet Iwana-Iwani yang memiliki 67 buah bilik, lalu dijenamakan semula sebagai Chalet Aya-Sajidah. Di situ, kebetulan pula Zahid
yang sudah tempang, serta tidak lagi berupaya menghasilkan benih zuriat akibat kemalangan, datang berkunjung. Waheeda masih
marah, tetapi Izzati yang sudah berusia 20 tahun nyata gembira.
• HURAIAN & PERISTIWA PERSOALAN NILAI PENGAJARAN
Waheeda membuat pinjaman baharu Persoalan keberanian Kita hendaklah berani
Nilai Keberanian
daripada tabung usahawan siswazah, mengambil risiko untuk menghadapi risiko dalam
Bank Pembangunan utnuk membeli memajukan perniagaan. melaksanakan sesuatu
Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pekerjaan.
pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

Waheeda bertegas tidak mahu Persoalan ketegasan Kita hendaklah tegas


Nilai Ketegasan
menerima cadangan bapa mentuanya dalam membuat dalam membuat
Datuk Yasser untuk mengabungkan tindakan dan tindakan dan
perusahaan Seri Gading-Tajau Emas keputusan keputusan.

Sebagai ibu tunggal


Persoalan ketabahan Kita hendaklah tabah
Waheeda tabah mendidik Nilai Ketabahan
menghadapi keruntuhan berhadapan dengan masalah
dan membesarkan anaknya
dalam rumah tangga dalam kehidupan seharian.
Izzati sejak lahir di samping
menguruskan perniagaan
pelancongannya setelah
diceraikan oleh suaminya
Zahid.

Anda mungkin juga menyukai