Anda di halaman 1dari 14

KOLEKSI

LATIH TUBI
NOVEL TIRANI
TINGKATAN 5
Disediakan oleh;
MURID-MURID TINGKATAN
5 AL-KHAWARIZMI & 5 AT-TAIMIYYAH
2021
SMKA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL,
PEDAS, Disunting oleh;
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS CIKGU SITI KHAJAR KAMIL
SOALAN i
4 markah
Petikan
Baca petikan novel di bawah dengan telitinya, kemudian jawab
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Raiha tersenyum lebar melihat gelagat anak dan anak-


anak buahnya. Dalam hati berbunga rasa syukur yang
teramat sangat melihat perubahan yang begitu ketara. Eda
sudah tidak sugul lagi. Eda sudah melupakan segala ejekan
dan kata-kata orang tentang wajahnya, hidung peseklah,
mata kuyulah, keropoklah! Eda sekarang, Eda yang sudah
matang. Empat tahun di universiti seakan-akan telah
mengubah pendirian tentang konsep kecantikan pada diri
Eda. Raidah menebak. Dia memang sangat bersyukur dan
terharu.
(Dipetik daripada
Novel Tiram karya Beb Sabariah
Kementerian Pendidikan Malaysia)
Soalan 1 Jawapan
Perubahan-perubahan pada
diri Eda yang membuatkan
Raiha berasa bersyukur ialah
Eda sudah tidak lagi sugul
seperti biasa dengan melupakan
segala ejekan dan kata-kata
orang tentang wajahnya.
Seterusnya,sikap Eda yang
semakin matang setelah empat
tahun di universiti telah
mengubah pendirian tentang
konsep kecantikan pada
dirinya.
SOALAN ii
6 markah
Soalan 1 Jawapan
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel
Tirani karya Beb Sabariah, terdapat 2 peristiwa
yang dapat menaikkan semangat saya Ketika
membaca novel ini.

Antara peristiwa yang dapat menaikkan


semangat saya ialah peristiwa Waheeda yang
mengalami masalah kemurungan akibat kegagalan
rumahtangga dan telah mula bangkit serta
berusaha melupakan kenangan lalu dengan
memajukan Chalet Aya-Sajinah. Peristiwa ini dapat
menaikkan semangat kita kerana walaupun kita
gagal namun kita tidak boleh terlalu mengikut
perasaan sedih itu sebaliknya berusaha untuk
kehidupan yang mempunyai masa depan.

Seterusnya, peristiwa lain yang dapat


menaikkan semangat saya ialah peristiwa Waheeda
gigih mendapatkan pinjaman tabung usahawan
siswazah daripada Bank Pembangunan untuk
menubuhkan Syarikat Tajau Emas. Peristiwa ini
dapat menaikkan semangat saya kerana setiap
usaha yang dilakukan oleh Waheeda mengajar saya
agar sentiasa gigih berusaha untuk mendapatkan
sesuatu yang kita inginkan sehingga berjaya.
Soalan 2 Jawapan
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Tirani
karya Beb Sabariah,terdapat peristiwa yang menyuntik
perasaan terharu dalam kalangan pembaca.

Peristiwa tersebut ialah apabila Waheeda


mengalami masalah kemurungan akibat kegagalan
rumahtangga dan telah mula bangkit serta berusaha
melupakan kenangan lalu dengan memajukan Chalet
Aya Sajinah. Peristiwa ini menyuntik perasaan terharu
kerana Waheeda tidak berputus asa dalam hidup
walaupun diuji dengan pelbagai ujian berat.

Selain itu, peristiwa Zahid mengakui


kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana
menyesal atas perbuatan lampaunya yang telah
menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan
mempertikaikan status kelahiran anak kandungnya,
Izzati. Beliau sanggup menebalkan mukanya untuk
meminta maaf kepada Waheeda walaupun terpaksa
merendahkan sifat egonya . Peristiwa ini menyebabkan
para pembaca terharu dengan pengorbanan yang
sanggup dilakukan oleh Zahid kerana sanggup
menundukkan egonya semata-mata untuk
menjernihkan hubungan antara mereka berdua.
Soalan 3 Jawapan
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Tirani,
karya Beb Sabariah, wujud perasaan simpati semasa saya
membaca novel ini.

Peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati


kepada pembaca dalam novel ini ialah peristiwa Waheeda
mengalami kemurungan akibat kegagalan rumah tangga.
Waheeda banyak kenalan lelaki sehinggakan Zahid
menuduh Waheeda mempunyai hubungan dengan Dawood
selepas menemukan mereka di dalam bilik chalet Tajau
Emas. Sikap cemburu Zahid ini menyebabkan Waheeda
diceraikan olehnya. Peristiwa ini membuatkan saya berasa
simpati kepada Waheeda kerana Zahid menuduhnya tanpa
soal siasat.

Selain itu, peristiwa Waheeda telah dicederakan


oleh seekor monyet Belanda pada bahagian wajah dan
hidungnya. Kejadian ini menyebabkan Waheeda dikejarkan
ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya,
Raidah. Beliau menjalani pembedahan selama 12 jam yang
diketuai oleh Dr Alma Hollis Chen di Silicon Medical Centre
(SMC). Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati
kepada pembaca kerana Waheeda terpaksa mengambil
keputusan untuk menjalani pembedahan rekonstruksi
pada wajahnya di Singapura.
Soalan 4 Jawapan
Berdasarkan novel yang saya kaji, Tirani karya Beb
Sabariah terdapat peristiwa yang menjadi kekuatan novel
ini iaitu pada pengutaraan tema yang baik oleh pengarang.

Tema utama novel ini adalah berkisar tentang


kecantikan fizikal yang bersifat sementara. Waheeda yang
menganggap dirinya tidak sempurna kerana bentuk
hidungnya pesek mendapat kesempatan memperbaiki
kekurangannya itu selepas hidungnya cedera teruk akibat
serangan monyet. Dia mendapat kecantikan wajah yang
diidamkannya namun kecantikan tersebut menjadi punca
keruntuhan rumah tangganya dengan Zahid. Peristiwa ini
menjadi kekuatan novel ini kerana memberikan ibrah yang
besar kepada para pembaca.

Selain itu, novel ini juga berkisar tentang ilmu


yang dimiliki seseorang dapat menutupi kelemahan diri.
Buktinya, Waheeda yang mempunyai pendidikan tinggi
mampu keluar daripada jerat kecewa dan putus asa yang
menyebabkan dia terpaksa mendapat rawatan sebagai
pesakit jiwa, lalu melangkah terus maju ke hadapan dalam
bidang pelancongan. Peristiwa ini dikatakan sebagai
kekuatan novel kerana mengaspirasikan suatu nilai yang
unggul kepada para pembaca.
Soalan 5 Jawapan
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel
Tirani, karya Beb Sabariah, terdapat dua peristiwa
menarik dalam peleraian novel ini.

Peristiwa pertama yang menarik pada peleraian


cerita ialah kejayaan Waheeda dan Ghazi membeli dan
mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul
Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan
menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Zahid
dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah,
berehat di Café Iwani dan bersembang tentang pelbagai
perkara terutamanya perihal keinsafannya atas kesilapan
masa silam. peristiwa ini melambangkan kejayaan
Waheeda dalam bidang perniagaan.

Peristiwa kedua yang menarik pada peleraian


cerita ialah peristiwa Zahid menangis apabila diberitahu
bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda
kerana ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama
ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan
besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka,
Izzati. Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan
kesalahan bapanya, Zahid. peristiwa ini melambangkan
kejayaan Waheeda yang berjaya menegakkan kebenaran
tentang kesetiaannya terhadap Zahid.
Soalan 6 Jawapan
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Tirani karya
Beb Sabariah, terdapat peristiwa yang menimbulkan keinsafan
semasa saya membaca novel ini.

Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada saya adalah


ketika Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana
menyesal atas perbuatan lampaunya yang menceraikan isterinya akibat
curiga . Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang
tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka.Zahid juga
kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles
mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia
tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Peristiwa ini jelas memberikan
keinsafan kepada saya kerana dengan sikap tidak bertolak ansur dan
tidak selidik dahulu sebelum bertindak hanya akan mewujudkan
penyesalan yang tiada penghujungnya.

Seterusnya,peristiwa yang juga menimbulkan keinsafan kepada


saya ialah peristiwa Waheeda melakukan pembedahan rekonstruksi atau
pembinaan semula wajahnya. Waheeda telah melakukan pembedahan
pada bahagian hidungnya yang pesek kerana mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung. Akibat daripada perbuatannya itu, dia dituduh
curang kerana anak yang dilahirkannya tidak secantik dirinya.
Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada saya kerana
kecantikan itu tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga dan
akhirnya musnah.
Soalan 7 Jawapan
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Tirani , karya
Beb Sabariah ,terdapat kelemahan pengakhiran novel yang tidak
menepati kehendak saya sebagai pembaca .

Pada pendapat saya, pengakhiran novel ini agak tergantung.Ini


kerana penulis hanya menyatakan bahawa Zahid telah memohon
maaf kepada Waheeda tetapi tidak menyatakan sama ada Waheeda
memaafkan bekas suaminya ataupun tidak.

Sepatutnya,penulis perlu membuat pengakhiran cerita ini lebih


menyentuh emosi pembaca. Contohnya,setelah Zahid mendapat tahu
bahawa Waheeda merupakan pengurus chalet itu,dia bercadang untuk
memohon maaf dan menyambung hubungan mereka yang terputus
dahulu.Akan tetapi,Waheeda telah berkahwin dan bahagia bersama
lelaki lain. Maka, tinggallah Zahid menyesal dan berputih mata
disebabkan tindakannya yang melulu suatu ketika dahulu.

Selain itu,penulis juga boleh mengakhiri cerita ini dengan


pengakhiran yang menggembirakan.Contohnya,Waheeda menerima
lamaran Zahid yang sudah tempang kerana cintanya terhadap lelaki
itu masih mekar.Mereka juga bersetuju untuk membuka lembaran
baru dalam kehidupan dan melupakan perkara yang telah berlalu.
Izzati berasa sungguh gembira kerana akhirnya dia dapat merasakan
kasih sayang seorang ayah yang sudah lama dia dahagakan.
Soalan 8 Jawapan
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Tirani karya
Beb Sabariah wujud peristiwa yang dapat membuatkan
saya tertawa apabila membaca novel ini.

Peristiwa yang dapat membuatkan saya tertawa


apabila membaca novel ini ialah ketika Kamri yang
mengasah bakat bercakap bahasa orang putih. Kamri
dengan yakinnya menyebut konat-konat sehinggalah
Fatimah menegur kesalahannya dan membetulkan
sebutan coconut.

Seterusnya peristiwa yang membuatkan saya


tertawa adalah apabila Kamri dan Tim melakonkan
cara orang Melayu dan orang putih ketawa sehingga
emaknya menegurnya supaya tidak ketawa secara
berlebih-lebihan kerana bimbang Kamri akan
terkencing dan terkentut . Perlakuan mereka ini telah
menyebabkan semua yang berada di situ menahan
tawa.

Peristiwa- peristiwa ini telah menyebabkan


saya berasa geli hati .
Anda
dapat
sesuatu
pada hari
ini?

Semoga
bermanfaat
kepada semua!!

Anda mungkin juga menyukai