Anda di halaman 1dari 56

Zahiruddin Zabidi

2013
Buku CERITA KAK WAN: Citra Pesona Seorang Wanita ini
diterbitkan oleh CREATIVE ECLECTIC
//
CREATIVE ECLECTIC (Unit Penerbitan)
(No. Syarikat: SA0235918-D)
//
E-mel: mailbox@creativeclectic.com
Laman Web: www.creativeclectic.com
Pengedar Eksklusif: www.unikarya.com
//
Cetakan Pertama 2013
Penerbitan © Creative Eclectic
Teks © Zahiruddin Zabidi
//
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk
dan dengan apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis daripada
CREATIVE ECLECTIC.
//
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Zahiruddin Zabidi, 1985-


Cerita Kak Wan: Citra Pesona Seorang Wanita / diadaptasi dan diolah
oleh Zahiruddin Zabidi.
ISBN 978-967-11817-0-6
1. Wan Azizah Wan Ismail, Datin Seri, 1952-
2. Women--Malaysia--Biography. 3. Women in Politics--Malaysia.
Biography.
I. Judul.
920.7209595
//
Dicetak di www.eprintingideas.com
KANDUNGAN

Prakata // vii

Perspektif // xi

BAB 01 / Prolog // 01

BAB 02 / Zaman Kanak-kanak // 21

BAB 03 / Menemui Islam Sejati di Bumi Ireland // 37

BAB 04 / Kembali ke Tanah Air // 53

BAB 05 / Tautan Kasih Kak Wan dan Anwar Ibrahim // 71

BAB 06 / Menjadi Isteri Menteri // 89

BAB 07 / Gelombang dari Puncak // 109

BAB 08 / Perjuangan dari Penjara // 127

BAB 09 / Pesona Doktor dalam Politik // 147


PRAKATA

B
uat pembaca sekalian,
Assalamualaikum w.r.t. dan salam perjuangan.
Kadangkala kisah hidup ini lenyap daripada ingatan.
Mungkin kerana memori lama yang perit, hiba dan
menyayat hati. Mungkin jua kerana cabaran mendatang
dan dinihari begitu mendesak masa yang terluang.
Namun, itulah namanya kehidupan – ternyata yang
manis harus disertai yang pahit. Dan adunan kedua-
duanya mengingatkan kita akan keagungan Allah SWT,
dan betapa kerdilnya kita dalam menghadapi pancaroba
dunia sedia ada.
Lalu, sebagai peringatan, Cerita Kak Wan muncul
untuk menceritakan liku-liku kehidupan mama
kami yang tersayang beserta muatan memori kami
sekeluarga. Tentunya, kisah seorang ibu akan termuat
viii PRAKATA

dalam sudut hati teristimewa seorang anak. Pun begitu,


yang lebih penting, adalah bagaimana kisah mama,
Datin Seri Dr. Wan Azizah, mencerakinkan perjalanan
suatu perjuangan.
Perjuangan ini jarang sekali memperlihatkan saya
dan mama berkongsi duka, menitiskan air mata bersama.
Bukannya kami tidak suka untuk berkongsi dari hati
ke hati; sebaliknya, hari-hari setelah ayah ditangkap
memperlihatkan saya dan mama bagai belangkas yang
tidak boleh dipisahkan. Saya ekori mama ke mahkamah,
ke lokap Bukit Aman, ke program-program bersama
rakyat, hingga ke Filipina dalam mengharungi liku-liku
perjuangan Reformasi terdahulu.
Barangkali tangisan itu tidak menitis kerana ia
berkemungkinan mematahkan semangat kami yang
perlu terus mara ke depan, walau cahaya di akhir
sempadan tidak jua kelihatan. Apapun, tangisan kami
diwakili senyuman pahit yang diukir sentiasa.
Mengingatkan permulaan segala-galanya – apabila
anak-anak Anwar Ibrahim dipersembahkan watak
mama mereka yang berkepemimpinan, berani melawan
golongan zalim, dan berupaya menerajui sebuah
parti politik selama 12 tahun lamanya, saya fikir, ada
pentingnya agar kisah kami dikongsi buat semua.
Kasih, wahai pembaca sekalian, antara suami dan
isteri, ayah dan anak-anak, berdiri di atas prasyarat
kerana Allah SWT. Itulah kasih sebenar yang berkekalan.
PRAKATA ix

Semoga kisah ini merangkumkan kasih semurni itu


untuk dijadikan sekalung bunga, hadiah istimewa buat
para ibu srikandi negara.

Salam hormat,
Nurul Izzah Anwar
PERSPEKTIF

P
ADA suatu hari, pada tahun 2011, ketika saya
masih menjawat sebagai editor di sebuah syarikat
penerbitan buku bahasa Melayu tersohor tanah air, saya
telah dipanggil ke pejabat Pengarah Urusan kerana Puan
Pengerusi mahu jumpa.
Pelbagai persoalan yang bermain di minda. Biasanya,
Puan Pengerusi atau lebih mesra kami panggil “Puan”
sahaja itu lebih suka datang sendiri ke bahagian editorial
untuk berjumpa dengan sesiapa yang beliau mahu.
Namun, kali ini saya yang dipanggil ke sana. Semacam
ada perkara serius yang mahu dibincang atau saya yang
ada buat kesalahan serius!
Apabila sudah sampai di sana, selain Puan Pengerusi
dan Timbalan Pengurus Jabatan Editorial, saya dapati
ada dua orang tetamu berpakaian kemas (kami di
xii PERSPEKTIF

pejabat sana sangat bebas dalam berpakaian, asal sopan


dan patuh syariah) sedang rancak berbincang dengan
Puan Pengerusi, seorang lelaki Melayu dan seorang
lagi lelaki Cina berkaca mata. Sejurus saya sampai
dan bersalaman dengan mereka berdua, segera Puan
Pengerusi perkenalkan saya kepada mereka.
“Ini Tuan Editor kami yang juga seorang novelis.
Karya beliau sudah banyak mengalirkan air mata wanita.
Sebab itu saya pilih beliau bagi projek kali ini.”
Terpinga-pinga. Saya hanya mampu tersenyum
kerana belum tahu situasi sebenar yang berlaku dan
isi perbincangan antara mereka sebelum ini. Kedua-
dua tetamu kelihatan tekun mendengar dan
mengangguk-angguk.

Kak Wan semasa di temu ramah untuk Cerita Kak Wan. Kanan
sekali ialah ayah kandung Kak Wan, Dato’ Dr. Wan Ismail.

Kemudian Puan Pengerusi berkata, “Tuan-tuan


boleh memberi keterangan kepada beliau mengenai
PERSPEKTIF xiii

projek ini.” Lelaki Cina bernama Wong Chen itu mula


memberikan keterangan mengenai projek mereka dan
saya semakin jelas mengenai projek ini. Projeknya adalah
untuk menulis dan merakam kisah seorang wanita yang
layak diangkat menjadi simbol jati diri, kecekalan dan
penyatuan wanita Malaysia. Wanita istimewa itu ialah
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Pada peringkat awal, saya diminta menulis
berdasarkan ringkasan-ringkasan yang disediakan oleh
Datuk Seri Dr. Wan Azizah sendiri yang ditulis dalam
bahasa Inggeris dengan bentuk cerita pendek (cerpen)
dalam enam siri. Setiap bab perlu ada lebih kurang
lima halaman. Saya diberikan salinan catatan-catatan
penting yang perlu saya kembangkan menjadi seakan-
akan sebuah kumpulan cerpen enam siri dan kemudian
akan dikompilasikan dan diedarkan dalam bentuk PDF
di laman maya.
Saya terkesima, tidak percaya dengan apa yang
diberitahu. Ada debar di dada, ada banyak persoalan
di kotak minda. Apapun, sebenarnya saya sangat teruja
dan menganggap ini peluang terbaik saya untuk…
ya, bertemu dengan wanita hebat itu yang sebelum
ini hanya saya tatap dalam akhbar, majalah dan juga
televisyen (dan pastinya cerita dan laporan mengenai
beliau selepas 1998 hanyalah cerita yang negatif dan
bias), dalam masa yang sama laporan yang berlawanan
pula banyak didapati dalam media propembangkang
seperti Harakah, Suara Keadilan dan sebagainya.
xiv PERSPEKTIF

Ya, saya akui pada waktu itu saya sudah menulis


beberapa buah novel saduran tokoh dan sejarah silam
yang dikategorikan sebagai srikandi seperti tokoh sufi
wanita, Rabiatul Adawiyah (2010); bonda Rasulullah
s.a.w., Aminah (2010); puteri Rasulullah s.a.w., Fatimah
(2011) dan sebuah novel tarbiah berjudul Nian Hati
Salsabila (2011) yang diadaptasi daripada kisah benar
isteri saya sendiri yang merupakan seorang Jururawat
Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan
Universiti Malaya (PPUM), namun dalam masa yang
sama sangat aktif dalam gerakan dakwah melalui
gerakan Non-Government Organization (NGO).
Keaktifan beliau pada waktu itu menimbulkan rasa
hormat yang tinggi saya akan beliau sehingga saya
memutuskan untuk menyunting beliau menjadi isteri
saya. Kini, alhamdulillah, kami sudah dikurniakan
sepasang cahaya mata. Yang sulung bernama Wardah
Humairah dan adiknya bernama Rayyan Mustaqeem.
Malah, isteri saya ketika aktif di kawasan Lembah
Pantai pernah beberapa kali berurusan dan bertemu
dengan YB Nurul Izzah. Antaranya dalam Program
Pemeriksaan Kesihatan di Kondo Rakyat apabila YB
Nurul Izzah dijemput dan diberi penghormatan untuk
merasmi sekali gus menyampaikan ucapan, seterusnya
beliau sendiri sebagai Pengarah Program pada hari itu
pula berucap. Semua itu ada terakam dalam novel Nian
Hati Salsabila.
PERSPEKTIF xv

Selain daripada Nian Hati Salsabila ada sebuah


novel berjudul Surat Untuk Carolynn (2012) iaitu sebuah
novel format surat-menyurat antara seorang pelajar
Melayu dengan seorang pelajar Inggeris mengenai
perbandingan agama yang akhirnya membawa kepada
pengislaman gadis tersebut. Novel ini terhasil selepas
saya terinspirasi dengan novel guru penulisan saya, Dr.
Haji Faisal Tehrani berjudul Surat-surat Perempuan
Johor (2007), Surat Maryam Jameelah kepada Maududi
(terjemahan bahasa Indonesia oleh Haidar Baqir, 1983,
Pustaka Nasional Sdn. Bhd.) dan 20 Persoalan Lazim
mengenai Islam karangan Dr. Zakir Abdul Karim Naik
(terjemahan bahasa Melayu daripada 20 Most Common
Question About Islam, 2010, Saba’ Islamic Media).
Apapun, kesemua penulisan itu bersifat novel dan
saduran. Di sini terbayang cabaran baru iaitu bagaimana
untuk menulis mengenai seorang tokoh yang masih
hidup dengan sumber asal iaitu daripada mulut beliau
sendiri. Ya, sememangnya penulisan genre biografi,
autobiografi dan memoir termasuk dalam genre sastera
dan ada kategori dalam Anugerah Sastera Perdana yang
dilangsungkan secara dwitahunan. Namun, jujurnya
saya tiada pengalaman kerana pastinya ia berbeza
dengan novel yang sebenar-benar sifatnya sebagai novel.
Saya mula membuat banyak kajian dengan
memahami dahulu apakah perbezaan antara biografi,
autobiografi dan memoir. Ternyata ketiga-tiganya
sangat berbeza daripada segi perspektif ataupun sudut
pandang penulisan. Biografi ditulis oleh penulis lain,
xvi PERSPEKTIF

autobiografi ditulis oleh individu itu sendiri dan memoir


mungkin ditulis oleh diri sendiri atau orang lain dan
biasanya tokoh yang ditulis sudah meninggal dunia.
Pihak kami kemudian mengambil keputusan untuk
mengadakan satu sesi khas temu ramah dengan Datuk
Seri Dr. Wan Azizah sendiri selepas Wong Cheng
memaklumkan kami yang kami boleh melakukannya.
Kami mencapai kata sepakat tentang hari temu ramah itu
akan diadakan setelah mendapat mendapat persetujuan
Datuk Seri Dr. Wan Azizah. Kami membawa bersama
jurukamera profesional, jururakam, juruteknik, Pengurus
Besar Jabatan Editorial dan Timbalannya serta saya sendiri.
Pada awalnya kami berfikir, alang-alang mahu
merakam riwayat hidup beliau, terus buat yang lengkap
dan profesional meskipun pada asalnya, pihak mereka
yang mencadangkan agar buku tersebut dibuat dalam
bentuk pamflet sahaja. Ya, jika tidak mahu diterbitkan
sekarang pun, pada masa depan ia masih relevan.
Kebetulan pula, saya ada menulis rencana mengkritik
golongan pemimpin khususnya daripada kalangan
Islamis yang jarang-jarang menulis malah tidak
meninggalkan riwayat kehidupan dan pemikiran mereka
dalam bentuk tiga genre tadi – biografi, autobiografi dan
memoir. Itu suatu kerugian kepada generasi akan datang
kerana ia boleh menjadi bahan rujukan dan panduan
yang penting kepada penerus legasi perjuangan mereka.
Segala urusan pendokumentasian seperti mengumpul
bahan-bahan, gambar-gambar semasa, gambar-gambar
PERSPEKTIF xvii

lama, dan rakaman video temu ramah berjaya dilakukan


setelah seharian berada di rumah Datuk Seri Dr. Wan
Azizah. Kemudian, saya mesti segera mulakan enam
siri penulisan tersebut kerana itu matlamat utama
kerjasama kami dan mengapa saya ditugaskan.
Alhamdulillah, enam siri penulisan itu selesai
dan melalui proses penyuntingan dan reka letak
sehingga berjaya dicetak tidak lama kemudian. Kami
hanya berhubung dengan Wong Chen sahaja. Cetakan
naskhah ringkas tersebut kemudian dicetak dan
diluncurkan secara rasmi dan meluas sebagaimana
yang dilaporkan:

KEADILAN lancar “Cerita Kak Wan”

YB Nik Nazmi, Sdr. Rafizi Ramli, YB Zuraida, Sdr. Ann


dan Dr. Daroyah semasa melancarkan Cerita Kak Wan.
xviii PERSPEKTIF

KUALA LUMPUR: KEADILAN hari ini


melancarkan 6 siri cerita bergambar dengan tajuk
“Cerita Kak Wan” mengenai sejarah kehidupan dan
latar belakang Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail.
Ia memaparkan pengalaman Wan Azizah berdepan
keperitan dan kesusahan hidup dalam membesarkan
dan menjaga enam anak semasa suaminya, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida
Kamaruddin, cerita bergambar itu didatangkan
dalam bentuk edaran video dan risalah yang boleh
diperoleh menerusi laman web www.ceritakakwan.
com. yang turut memuatkan biografi Wan Azizah
semasa kecil.
Zuraida  menambah, terdapat maklumat istimewa
yang jarang dipertonton kepada umum pada sesi
rakaman temu bual video berkenaan.
“Kita ada contoh terbaik daripada yang kita ada
sekarang. Berbanding dengan isteri Perdana Menteri
yang nampaknya lebih berminat dengan barangan
kemas, beg  tangan dan pakaian berjenama,” kata
Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin,
merujuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri
Rosmah Mansur.
Turut hadir ketika sidang media pelancaran cerita
bergambar berkenaan ialah Pengarah Strategi
PERSPEKTIF xix

KEADILAN, Rafizi Ramli, Pengarah Komunikasi,


Nik Nazmi Nik Ahmad dan Naib Ketua Wanita
KEADILAN, Noorsham Abu Samah.
Zuraida berkata, sebanyak 35,000 risalah berkenaan
akan diedarkan bermula di Selangor sebagai
persiapan kempen menghadapi pilihan raya umum
akan datang.
“Ia akan disebarluas dalam kalangan wanita Malaysia
terutamanya di kawasan luar bandar.
“Risalah ini juga ingin memaklumkan bahawa Dr.
Wan Azizah adalah sama seperti wanita yang lain
juga,” katanya.

Sumber: http://www.keadilandaily.com/?p=19374

Cabaran Seterusnya
Selepas beberapa lama cetakan ringkas tersebut beredar,
saya masih tetap tidak memulakan penulisan penuh
berdasarkan rakaman sehari yang dibuat dan soalan-
soalan yang ditanya. Antara sebabnya ialah:

1. Setelah saya mencadangkan dan berbincang


dengan pihak pengurusan penerbitan syarikat
tempat saya berkerja pada masa itu, atas
sebab-sebab tertentu mereka mengambil
keputusan untuk membantu daripada perspektif
yang berbeza namun bukan daripada aspek
penerbitan (namun saya tetap yakin jika
manuskrip sudah siap, akan ada syarikat yang
sudi menerbitkannya).
xx PERSPEKTIF

2. Saya bergelut dengan kesibukan penulisan


beberapa karya lain dan fokus kepada
aktiviti sampingan seperti bengkel penulisan,
ceramah motivasi, forum, kuliah maghrib dan
subuh dan aktiviti keilmuan lain serta masa
bersama keluarga.
3. Saya pincang mengenai sudut pandang penulisan
sama ada mahu menggunakan sudut pandang
pertama sebagaimana yang digunakan untuk
menulis Cerita Kak Wan edisi ringkas itu atau
sudut pandang ketiga melalui perspektif saya
sendiri. Jika menggunakan daripada perspektif
saya, apakah ia akan mendapat tempat yang
sewajarnya di hati pembaca? Hal ini kerana saya
hanya seorang penulis yang ingin berdakwah
dan menyatakan sikap serta kebenaran melalui
penulisan kreatif.
4. Saya juga pincang untuk fokus daripada
perspektif apa terhadap Datuk Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail – Apakah sebagai ahli
politik, atau isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,
atau ibu kepada anak-anaknya, seorang pakar
mata yang cemerlang semasa belajar di Ireland,
atau bagaimana?
5. Perhubungan melalui e-mel juga terhenti agak
lama kerana saya tiada bahan untuk ditunjukkan
kepada mereka.
PERSPEKTIF xxi

Lama-kelamaan semuanya menjadi beku dan saya


sendiri sudah tiada momentum untuk menulisnya
meskipun ia sentiasa bermain dalam fikiran, seakan
terasa ada amanah yang berat belum saya selesaikan
dan jika saya tidak menyelesaikan ia hutang saya kepada
semua rakyat Malaysia.
Meskipun kemudian saya telah berpindah tempat
kerja, perkara ini tetap bermain-main di fikiran dan
sanubari. Justeru, saya juga sering berkongsi dengan para
senior dalam bidang ini dan Alhamdulillah, akhirnya Allah
menjawab doa saya selama ini hingga dipertemukan
dengan tidak sengaja kawan yang sanggup mendanai
proses penerbitan sekali gus menguruskannya daripada
proses prapenerbitan sehingga pascapenerbitan, malah
sehingga kepada aspek pemasarannya.
Tiada lain yang dapat saya katakan melainkan syukur
kepada Allah SWT dan ini bermaksud saya juga perlu
menyelesaikan lima persoalan yang membelenggu diri
saya sendiri sebagai penulis:

1. Alhamdulillah, sebagaimana yang dinyatakan


di atas. Semuanya akan ditanggung dan didanai
serta diuruskan dengan syarat-syarat penerbitan
yang biasa diguna pakai dalam penerbitan buku.
2. Genre ini ialah biografi jurnalisme yang
bermaksud saya menulis berdasarkan segala
maklumat yang saya terima termasuk maklumat
xxii PERSPEKTIF

primer semasa temu ramah dan maklumat


sekunder iaitu laporan-laporan akhbar dan lain-
lain. Semua maklumat itu akan digaul dan ditulis
melalui perspektif saya sendiri dengan fokus
khusus sebagaimana yang akan dinyatakan pada
poin nombor empat di bawah.
3. Fokus penulisan saya ialah mengurangkan
perbincangan tentang dunia politik Datuk Seri
Dr. Wan Azizah. Saya akan lebih menelusuri
dan menonjolkan diri dan sikap beliau sebagai
seorang tokoh wanita yang mempunyai kualiti
kewanitaan yang wajar dijadikan sebagai role-
model, idola dan ikon masyarakat. Ranjau yang
dilalui sepanjang hidup beliau, pahit manis yang
sudah ditelan akan menjadi latar kepada fokus
saya ini.

Harapan
Naskhah kecil ini tidak membawa gagasan yang besar
sebagaimana karya-karya besar dalam sejarah dunia
yang mampu mempengaruhi dan merobah dunia ini dan
mereka di dalamnya. Namun saya fikir, dalam naskhah
ini ada suatu kisah di sebalik sesosok tubuh yang yang
kita selalu lihat pada zahirnya sahaja namun jarang-
jarang kita menyelami hati dan nubari beliau apatah lagi
untuk memahami kualiti apa yang ada padanya yang
PERSPEKTIF xxiii

menyebabkan beliau masih mampu utuh tersenyum


selepas sekian mehnah dan tribulasi yang dilaluinya.
Mendengar kisah ujiannya sahaja sudah tidak
terbayangkan bagaimana wanita ini masih tegar dan
mampu bangkit dan terus berjuang melaungkan kata
keramatnya – Keadilan Untuk Rakyat!
Kadang-kadang saya bertanya kepada diri sendiri,
“Jika engkau berada di tempatnya, dapatkah engkau
menjadi seperti dirinya?”
“Jika engkau diperlakukan seperti suaminya,
apakah isteri engkau dapat mengharungi ujian tersebut
seperti dirinya?”
Bayangkan pula jika beliau ialah ibu, kakak, anak,
menantu, sepupu, jiran, kawan sekolah atau yang lebih
penting, saudara seagama dan manusia yang dianiaya
malah dizalimi …?
Itu ialah persoalan yang wajar setiap daripada kita
agak jawapannya ....

Zahiruddin Zabidi
bab 01
PROLOG

W
anita sudahpun mewarnai citra sejarah
kehidupan insan semenjak dari zaman Nabi Adam
lagi. Allah telah menjadikan Hawa untuk menemani
Adam di syurga. Sebelum adanya Hawa, penciptaan
Adam seolah-olah belum lengkap dan sempurna. Maha
Suci Allah yang menjadikan semua makhluk yang di
bumi dan langit.
Allah menurunkan satu surah khusus untuk wanita
iaitu Surah an-Nisa. Surah yang mempunyai 176 ayat
ini banyak membicarakan hukum berkaitan wanita.
Semua ini bagi menjamin dan menjaga hak-hak mereka.
Sejarah merakamkan betapa wanita begitu penting
dan menjadi tulang belakang kepada kehebatan
seseorang lelaki. Bahkan, kadang-kadang wanita mampu
4 CERITA KAK WAN

mencapai kejayaan yang sama dikecapi oleh kaum lelaki


malah lebih hebat lagi.
Tokoh yang akan dibicarakan dalam penulisan ini
ialah seorang yang sudah tidak perlu diperkenalkan
lagi kerana beradaannya sentiasa diberi perhatian.
Perhatian yang diberikan kadang-kadang sangat kejam
buat dirinya. Namun, banyak juga perhatian yang
akhirnya bertukar menjadi obor perjuangan menentang
kezaliman yang menjadi landasan perjuangan hidup
dan politiknya selama ini.

Ibu kandung Kak Wan (Mariah) bersama ibu angkat Kak Wan
(yang juga ibu saudara, Wan Asma) meriba adik bongsu, Wan
Mas Anum.

Tokoh yang dimaksudkan ini ialah Datuk Seri Dr.


Wan Azizah Wan Ismail atau lebih mesra dipanggil Kak
Wan. Beliau ialah suri hati kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia
yang kini merupakan Ketua Pembangkang mewakili
PROLOG 5

Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen. Kak Wan dalam masa


yang sama masih menjawat jawatan Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR).

Bermulanya ….
Kak Wan dilahirkan di Hospital Kandang Kerbau,
Singapura pada 3 Disember 1952. Semasa beliau
dilahirkan, Singapura masih lagi sebahagian
daripada Malaya. Tidak beberapa lama selepas
Kak Wan dilahirkan, keluarga beliau berpindah ke
Alor Star, Kedah.

Adik-beradik Kak Wan: Dari kiri, Wan Muhammad Fauzy, Wan


Arfah (kakak), Kak Wan, Wan Mas Anum (adik bongsu), dan Wan
Fairuz (adik). Duduk ialah ibu kandung mereka (Mariah).

Kak Wan merupakan anak kedua daripada lima


orang adik-beradik. Kesemua mereka mempunyai
kehidupan sendiri dan hubungan mereka sangat rapat
6 CERITA KAK WAN

hingga ke hari ini. Seorang kakak dan adik lelaki Kak


Wan menjawat sebagai profesor di Universiti Sains
Malaysia (USM), seorang adik perempuan Kak Wan
ialah bekas jurufoto profesional Bernama dan adik yang
bongsu bekerja sebagai peguam.
Sebenarnya, Kak Wan mempunyai dua orang ayah
dan dua orang ibu. Ini disebabkan apabila ayah dan ibu
kandung Kak Wan mendapat tawaran biasiswa bagi
melanjutkan pengajian di London, England maka Kak
Wan diamanahkan kepada bapa dan emak saudaranya,
Che Rus bin Tahir dan Wan Asma binti Haji Wan
Mahmood yang tinggal di Alor Setar. Pada mulanya,
hanya ayah Kak Wan yang pergi ke London. Apabila Kak
Wan berumur tiga tahun, ibu Kak Wan pula menyusul
ayahnya di London. Dalam umur tiga tahun, Kak Wan
masih belum tahu erti peritnya terpisah dengan orang
yang tersayang.
Bapa angkat
yang juga bapa
saudara Kak
Wan, Che Rus
bin Tahir.
Kak Wan dengan
pakaian hari raya
ketika berusia
enam tahun.

Kedua-dua pakcik dan makcik Kak Wan menyayangi


dirinya seperti anak sendiri. Kak Wan ditatang dengan
PROLOG 7

penuh kasih sayang yang tidak berkurang sedikitpun


sama seperti anak kandung mereka yang lain. Ini
membuatkan Kak Wan berasa selesa dan meneruskan
kehidupan kanak-kanak beliau seperti biasa.
Makcik Kak Wan seorang suri rumah sepenuh masa
manakala pakciknya bekerja sebagai merinyu kesihatan
(Chief Public Health Inspector).

Bapa angkat yang juga bapa saudara Kak Wan bersama Nurul Nuha.

Perkara yang paling Kak Wan tidak dapat lupa


mengenai pakciknya itu ialah, rupa paras dan sosok
tubuh pakciknya itu saling tidak tumpah dengan
pengasas kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu
(PEKEMBAR atau UMNO), Dato’ Onn Jaafar.
Kehidupan Kak Wan bersama-sama dengan ibu
dan bapa saudaranya itu telah membina jati diri Kak
Wan. Kak Wan menjadi lebih berdikari. Meskipun
8 CERITA KAK WAN

kasih sayang yang Kak Wan terima daripada pakcik dan


makciknya tidak pernah berkurangan, namun ia tetap
berbeza jika kasih sayang itu datangnya daripada ibu
dan bapa kandung. Kak Wan sedar yang beliau hanyalah
anak angkat sahaja. Lantaran itu, dalam sesetengah hal,
Kak Wan harus menjadi seorang yang berdikari dan
pandai membawa diri.

Pak Wan dan Mak Wan


Apabila Kak Wan ditinggalkan, dan tidak dibawa
bersama ke London oleh ayah dan ibu beliau, bukanlah
bermakna mereka tidak menyayangi Kak Wan. Ayah
Kak Wan telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran
di England kerana beliau dianggap pegawai yang
berpotensi. Pada ketika itu, negara baru merdeka. Jadi
terdapat banyak lompang dalam agensi dan jabatan
kerajaan yang perlu diisi.
Kelompangan ini terutamanya yang melibatkan
jawatan-jawatan peringkat pengurusan tertinggi.
Justeru, kerajaan memilih mereka yang berpotensi
untuk dihantar ke England bagi belajar dan berkursus
khusus juga mengenai selok-belok pemerintahan dan
pengurusan jabatan awam. Dan salah seorang yang
terpilih itu ialah ayah Kak Wan sendiri.
Ayah kandung Kak Wan bernama Datuk Dr. Wan
Ismail Wan Mahmood manakala ibu bernama Datin
PROLOG 9

Mariah binti Khamis. Kini, kedua-duanya meniti usia


emas di rumah mereka yang terletak di Ampang, Kuala
Lumpur. Sebenarnya, kedua-dua ibu dan ayah Kak
Wan berasal dari tempat yang berbeza. Ayah Kak Wan
ialah anak kampung yang berasal dari Sungai Bakap,
Seberang Prai, Pulau Pinang. Ibu Kak Wan pula berasal
dari Singapura. Mereka bertemu jodoh apabila ayah
Kak Wan ditugaskan di Singapura.

Nurul Izzah bersama datuk dan neneknya.

Pada masa yang sama sewaktu di Singapura,


ayah Kak Wan juga mengusahakan rumah anak-
anak yatim. Mungkin pengalaman susah semasa kecil
begitu meninggalkan kesan kepada ayah Kak Wan
untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik
khususnya anak yatim. Malah Islam juga meletakkan
anak yatim sebagai mereka yang perlu diberikan
keistimewaan oleh sesiapa sahaja. Mereka ialah asnaf
10 CERITA KAK WAN

yang layak menerima zakat. Rasulullah s.a.w. sendiri


pernah mengatakan sesiapa yang menyakiti anak yatim
sama seperti menyakiti dirinya.
Sikap ayahnya itu banyak mempengaruhi Kak Wan
yang kemudian memilih bidang kedoktoran, suatu
bidang berteraskan kepada prinsip mercy beyond justice.
Selain mendapat inspirasi daripada pakciknya yang
bekerja sebagai merinyu kesihatan, apa yang dibuat oleh
ayahnya semasa muda juga begitu membekas dalam diri
Kak Wan.
Antara yang sangat diingati oleh Kak Wan ialah
ayahnya sangat suka bercerita mengenai zaman mudanya.
Pelbagai pengalaman ayahnya sebagai anak kampung
sering diperdengarkan, ada gembira, lucu, sedih, perit
dan sebagainya. Meskipun kadang-kadang cerita-
cerita itu sudah Kak Wan adik-beradik ingat dan hafal
disebabkan kerana sentiasa berulang, namun mereka
tetap sudi menadah telinga dan tekun mendengar cerita
ayah mereka.
Antara cerita yang paling disukai mereka adalah
apabila ayah mereka bercerita tentang usahanya untuk
menonton pertunjukan bangsawan. Disebabkan tidak
mampu membayar tiket yang berharga 15 sen itu,
ayah Kak Wan telah membuat pelbagai usaha supaya
dapat menonton pertunjukan bangsawan itu. Ayahnya
telah memanjat pokok yang ada di sekeliling tempat
PROLOG 11

pertunjukan bangsawan itu diadakan. Walaupun tidak


selesa, menonton bangsawan dari atas pokok sudah
memadai bagi ayah Kak Wan kerana ia percuma sahaja.
Apabila sudah meningkat dewasa, antara kartun
yang disukai oleh Kak Wan ialah Kampung Boy ciptaan
Datuk Lat. Hal ini kerana ada beberapa cerita dalam
kartun ini yang mempunyai persamaan dengan apa yang
telah dilalui oleh ayah Kak Wan sewaktu kecil, khusunya
dalam peristiwa memanjat pokok untuk menonton
bangsawan itu. Kak Wan akan segera teringatkan cerita
ayahnya itu dan tergelak apabila mengenangkannya.
Ayah Kak Wan mempunyai tugas yang cukup besar
dalam memastikan keselamatan negara. Disebabkan
tugas beliau itu, beliau bekerjasama rapat dengan tiga
orang Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak,
Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kepakaran dan sumbangan beliau yang terbesar ialah
apabila diamanahkan sebagai Ahli Majlis Keselamatan
Negara. Ayah Kak Wan ditugaskan khusus dalam
menangani perang saraf bagi membendung pengaruh

Ayah kandung Kak Wan semasa muda.


12 CERITA KAK WAN

Parti Komunis Malaya yang kerap membuat onar


dalam negara pada tahun-tahun awal kemerdekaan
negara. Sebagai mengenang jasa ayah Kak Wan yang
berkhidmat berpuluh tahun dalam kerajaan, pelbagai
anugerah kebesaran yang diterima beliau.
Sebuah laman sesawang berkaitan sistem
keselamatan negara pernah mengulas panjang lebar
mengenai peranan Datuk Dr. Wan Ismail dalam siri
pembanterasan komunis. Laporan wawancara ini
asalnya diterbitkan oleh Bernama:

With The Most Experienced Pysch Warrior


behind Him ....
Wednesday, August 27th, 2008
KUALA LUMPUR: Every one else had seen it but all
went gaga and said it was … but to Malaysian Defence
it was the largest gathering of cronies and wanna-be-
cronies in history. Where? Permatang Pauh of course.
Anyway a day before the election, Bernama ran story
below, which would partially explained how the PP
fave son continue to be in the limelight, ten years
onwards. BTW, the one highlighted in the story is his
father-in-law. Malaysian Defence however disagrees
with the good Dr Conclusion why the US lost the war
in the Vietnam though. The US had no chance at all,
no matter how psych up they had try to win it.
PROLOG 13

‘Psychology’ Wins War Against The Communists

KUALA LUMPUR, Aug 25 (Bernama ) — The


communists’ uprising in post-war Malaya that flared
up in 1948 had ended with the signing of the Haadyai
Peace Accord on Dec 2, 1989.

Representatives of the Malaysian and Thailand


governments as well as the Communist Party of
Malaya (CPM) had inked their respective signatures
for this historic signing.

Meanwhile, the years of 1948-1960 was a period


of hardship for the people as the 12-year stretch
saw an armed conflict between the British Colonial
Government and the CPM terrorists.

According to the archives of the country’s history,


the British Colonial Government declared a state of
emergency in Malaya after CPM bandits murdered
three European estate managers in the tin mining
town of Sungai Siput, 29km north of Ipoh, on June
16, 1948.

One month later, the British government outlawed


the CPM.

During the insurgency, the British-led colonial forces


and the Malay regiments battled the terrorists to
prevent the CPM from spreading their subversive
communist ideology.
14 CERITA KAK WAN

COMMUNIST INSURGENCY

During the communists’ insurgency, the Government


had put in place several measures to ensure the safety
of the people.
Among these measures was the psychological warfare
to win over the masses and counter CPM’s attempts
to spread the communist ideology, as pointed out
by Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood during a
talk organised by the Malaysian Historical Society
here recently.
The Penang-born Dr Wan Ismail is the National
Security Councils expert and consultant on
psychological warfare from 1970 to 1993. He studied
psychology in London from 1952 until 1959) on the
Queen Elizabeth II Coronations scholarship.
His resume includes a stint as a lecturer at Singapore’s
Health Ministry as well as medical training and
community centres (1960-1966).
He was also the training director for the National
Youth Movement (1966-1970) and visiting lecturer
at the Royal Malaysia Police College (1966-1993).

PSYCHOLOGICAL WARFARE DEPARTMENT

Dr. Wan Ismail said he was involved in psychological


warfare operations as early as 1965.
PROLOG 15

“During a meeting with the late Tunku Abdul


Rahman, Tunku said the nation was facing threats
from the communists and others”.
After Sir Henry Gurney died in a communist
terrorists’ ambush at Fraser’s Hill, Tunku said we
should do something to transform the human mind.
Tunku lamented that despite the government
having done almost everything in terms of the
military aspect, the insurgency still continued, said
Dr Wan Ismail.
Dr Wan Ismail was later directed to prepare a
working paper for the setting up of the psychological
warfare division.
“I was only trained as a psychologist. Psychological
warfare was something new to me,” he said.
Dr Wan Ismail said what had helped him was the
words of Sir General Templer: “To win the war, we
must win the heart and mind of the people.”

SPECIAL DIVISION

Dr Wan Ismail said he was directed to set up a special


unit named the Psychology Warfare Division, which
was stationed at the Youth and Sports Ministry.
Tunku’s words were: “In terms of the military and
police, nobody can beat our intelligence including
the foreign intelligence agencies,” said Dr Wan Ismail.
16 CERITA KAK WAN

The division was staffed by senior officers from the


military and police who gave advice and opinion on
certain matters like security, he added.
“My officers comprised the Chinese, Malays and
Indians since we had to process information
obtained in various languages and prepare suitable
psychological strategies,” said Dr Wan Ismail.
The psychological warfare division needed to know
the tactics deployed by the communists, it needed
to identify their movements or strategies. That was
where the police and military came into play, apart
from getting support from people of various races
and religions, he said.
Dr Wan Ismail said the department not only received
feedback on the communists tactics and strategies
but also their movements.
“The information helped us to deploy strategies to
counter the communists. Based on the information
obtained, we worked out how to deal with the enemy,”
he said.

DIVIDE AND RULE

The British’s divide and rule strategy had created


strong racial sentiments and the communists had
capitalised on this issue, Dr Wan Ismail said, adding
that the inter-racial relations during the British rule
were not as good as nowadays.
PROLOG 17

He said the racial sentiments then were overwhelming


and he himself had frequently got into fights with
non-Malay schoolmates due to the racial sentiments.
“Among the working papers that we had prepared
then were on how to unite the three ethnic groups.
We also drew out working papers on how to approach
the Chinese in new villages. At that time, we needed
police assistance before moving into these villages,”
he said.
According to Dr Wan Ismail, people in the new
villages were full of distrust and it was difficult
to determine whether they were supporting the
government or the other side.
The department also advised the information officers
on how to approach and communicate with the local
community in the effort to win over the people.
The officers also disseminated information on the
government’s assistance and other programmes for
the community, he said.
“Our aim is to gain the trust of the people of various
races. If they accept that the government is able to
take care of their interest, then to me half of the war
is already won,” he reasoned.
He said the principle behind psychological warfare
was to know how to counter act effectively when
faced with a situation, and not merely showing
a reaction.
18 CERITA KAK WAN

“Reaction would only make you defensive, you should


counter act,” he proffered.

CAUTIOUS APPROACH

Each of the divisions moves was cautiously carried


out, to prevent any vital information from falling into
the enemy’s hands.
The division would also look through information
to be aired over the radio to ensure that it would
provide positive results, he said.
“Any information on security would have to pass
through my division first. Particularly on whether
that information would jeopardise the safety of our
police or military,” said Dr Wan Ismail.
The division also gathered intelligence information,
including analysing information in the electronic and
print media that assisted in preventing the people from
being swayed by the communists ideology, he said.
“The division had special officers of both gender and
various races, who were sent to villages nation wide.
“Their task was to obtain information including
that on problems, which the people faced. The
information would be compiled and analysed before
recommendations to be acted upon by the respective
agencies were issued,” he said.
PROLOG 19

Dr Wan Ismail said that among the moves to


demoralise the enemy was the dropping of leaflets
over their lines.
For example, the leaflets would bear pictures of the
enemy’s family suffering from hunger or the burial of
a family member.
“In psychological warfare everything is possible,”
he said.

PEOPLES SUPPORT

According to Dr Wan Ismail, in any war or conflict,


the crucial element is on winning the people’s heart
and mind.
“Without the people’s support, no matter how strong
our armies are, we will never succeed.
Look at what happened to the United States in the
Vietnam War.
“The Americans lost not because they were not
formidable militarily, but they lacked psychological
warfare. They neglected the Vietnamese people,
there were too many social troubles that emanated
from the American soldiers themselves,” Dr Wan
Ismail said.
He said in Malaysia, the psychology-based integrated
network of the military, police and civilians have
20 CERITA KAK WAN

been successful in maintaining peace and stability


among the country’s multi-racial population.

Sumber: BERNAMA
– http://www.malaysiandefence.com/?cat=47
bab 02
Zaman Kanak-kanaK

Z
AMAN kanak-kanak, remaja dan dewasa Kak
Wan berlalu dengan penuh warna-warni. Antara
yang paling diingati oleh Kak Wan ialah gelaran “anak
pungut” atau “anak Cina” yang diberikan oleh sesiapa
sahaja yang baru mengenali dirinya. Kedua-dua pakcik
dan makciknya sering ditanya oleh kenalan mereka.
“Di mana kamu dapat anak Cina ini?”
“Anak Cina mana kamu bela ini?”
“Ini anak Cina yang diambil dari Singapura, ya?”
Soalan tentang “siapa sebenarnya” Kak Wan juga
berterusan sehingga ke alam persekolahan beliau.
Akhirnya, soalan-soalan sebegitu berlalu begitu sahaja.
Kak Wan sendiri pun lama-kelamaan menjadi lali
dengan gelaran “anak pungut” dan “anak Cina”. Bagi Kak
24 CERITA KAK WAN

Wan, bukan salah mereka yang bertanya tentang siapa


diri beliau yang sebenar. Hal ini kerana rupa paras Kak
Wan sendiri yang sangat mirip kepada orang Cina.

Kak Wan ketika berusia 15 tahun.

Jika ditelesuri jurai keturunan daripada sebelah


ayah Kak Wan, keluarga ayah Kak Wan ini sebenarnya
berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Masih ramai lagi
saudara-mara ayah Kak Wan yang menetap di Kampung
Laut, Tumpat, Kelantan. Sanak-saudara di Kelantan
pula berasal daripada jurai keturunan Melayu Pattani,
Selatan Thailand.
Apabila Kak Wan terlibat secara langsung dengan
sepak terajang politik tanah air, isu tersebut pernah
dijadikan modal politik oleh musuh-musuh politik Kak
Wan untuk menyerang beliau. Namun, rakyat yang
ZAMAN KANAK-KANAK 25

semakin bijak dan matang dalam menanggapi isu politik


menyebabkan isu murahan tersebut hilang begitu
sahaja. Malah, secara tidak langsung ini memberikan
impak yang positif terhadap perjuangan Kak Wan untuk
memberikan keadilan dan hak kepada rakyat.
Antara hutang budi Kak Wan kepada pakcik dan
makciknya ialah, rumah mereka adalah antara “sekolah”
yang membentuk jati diri Kak Wan. Pakcik dan makcik
Kak Wan sendiri yang mengajar Kak Wan mengenai
selok-belok hukum-hakam agama. Selain daripada
itu, meskipun makciknya hanya seorang suri rumah
dan pembuat kuih, namun kerana pegangan makcik
Kak Wan yang begitu kejap terhadap adab sopan dan

Berdiri dari kiri: Kak Wan, ayah kandung Kak Wan, Wan Arfah dan
ayah angkat Kak Wan. Duduk dari kiri: tetamu, ibu kandung Kak
Wan, ibu angkat Kak Wan, ibu angkat Kak Wan dan tetamu.
26 CERITA KAK WAN

tatasusila Melayu, ia telah memberi pengaruh yang kuat


terhadap diri Kak Wan.
Ilmu-ilmu asas tentang fardu ain dan fardu kifayah
dipelajari dan ditekuni Kak Wan. Malah, pakcik dan
makcik Kak Wan menyuruh beliau ke rumah ustaz
untuk mendalami pengajian al-Quran dan ilmu-ilmu
agama yang lain.

Sekolah Kak Wan dan Ceritera Indahnya


Seperti kanak-kanak lain, Kak Wan juga sering ke sekolah
dengan berbasikal. Setiap detik itu masih terpahat
di memorinya. Saban hari, Kak Wan akan melewati
rumah-rumah, menyusuri kampung-kampung nan
permai, melalui padang-padang di bandar Alor Setar,
sebelum akhirnya tiba di sekolah.
Pada masa yang sama, ibu bapa kandung Kak Wan
sudah pulang ke Malaysia. Namun Kak Wan terus
menetap dengan pakcik dan makciknya. Kak Wan akan
bertemu kedua-dua ibu dan ayahnya apabila mereka
pulang ke Alor Setar. Jika mereka tidak pulang ke Alor
Setar, Kak Wan pula akan ke Singapura. Ketika itu, adik-
adik Kak Wan sudah pun dilahirkan.
Kak Wan bersekolah di Sekolah Convent St.
Nicholas, Alor Setar dari Darjah Satu hingga Tingkatan
Lima. Masih Kak Wan ingat pada hari pertama ke
sekolah itu, beliau telah dimasukkan ke Kelas B oleh
ZAMAN KANAK-KANAK 27

Kak Wan bersama-sama rakan sekelas Tingkatan 5 di Sekolah St.


Nicholas, Alor Setar pada tahun 1969.

rahib yang bertugas. Antara sebabnya ialah Kak Wan


pada masa itu tidak tahu sepatah pun perkataan Inggeris.
Kelemahan Kak Wan dalam bahasa Inggeris disebabkan
kurangnya pendedahan terhadap bahasa tersebut dari
peringkat awal prasekolah selain kekangan kemampuan
untuk masuk belajar sekolah tadika. Kak Wan tidak
mengikuti prasekolah seperti mana kebanyakan pelajar-
pelajar lain.
Semasa bersekolah, Kak Wan bukan daripada
kalangan pelajar yang terbaik. Pencapaian Kak Wan
semasa di sekolah rendah dan menengah hanyalah
sederhana sahaja. Kak Wan tidak pernah mendapat
nombor satu, dua dan tiga setiap kali diadakan
peperiksaan. Namun, Kak Wan tidak pernah pula
mendapat lebih daripada kedudukan nombor 10. Kak
Wan juga adalah antara pelajar yang aktif dalam pelbagai
aktiviti kokorikulum di sekolah. Kebetulan sekolah
28 CERITA KAK WAN

tempat Kak Wan belajar banyak mengadakan aktiviti


dan persembahan saban tahun. Antara yang disertai
oleh Kak Wan adalah sebagai ahli koir sekolah, menjadi
pelakon pentomin dan sebagainya.
Yang paling diingati apabila Kak Wan terlibat
dengan persembahan koir O… Black Joe. Guru yang
melatih mereka berbangsa Inggeris. Oleh sebab ingin
mendapat rupa black itu, ahli koir membakar arang dan
melumurkannya ke muka masing-masing sebagai make-up.
Ketika itu Kak Wan dan kawan-kawan yang lain tidak

Kak Wan (empat dari kiri) beraksi dalam koir nyanyian “Old Black Joe”.

peduli akan kotor atau rasa geli apabila muka masing


dilumurkan dengan arang. Yang penting bagi mereka
ialah, keseronokan dalam membuat persembahan serta
memberikan persembahan yang terbaik.
Sebenarnya, Kak Wan mempunyai cita-cita yang
istimewa pada waktu itu. Kak Wan bercita-cita ingin
menjadi seorang pelawak apabila sudah besar kelak
Untuk membaca cerita seterusnya,
sila dapatkan naskah ini di
unikarya.com

Anda mungkin juga menyukai