Anda di halaman 1dari 6

Ingatlah kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..


Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu


Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri


Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan


berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu…

Peranan Wanita Dalam Melahirkan GenerasiYangBerkualiti


Oleh: Hassan bin Mohamed
Kita sering mendengar slogan yang berbunyi‘Pemuda harapan
bangsa, pemuditiang negara’. Kita juga sering mendengar kata-kata
bahawa seseorang lelakiyangberjaya, sesungguhnya di belakangnya
berdiri seorang wanita yang memberikansokongan dan inspirasi. Malah
pepatah juga ada menyatakan‘Tangan yang menghayunbuaian itu,boleh
menggoncang dunia’. Demikianlah, kaum wanita itudilihat sebagaigolongan
yang bukan sahaja menggambarkan kelembutan tetapi juga
memperlihatkanwibawa dankarisma yang tersendiri. Jelasnya,wanita
berperanan dalam memupukdan melahirkan generasiyang berkualiti dan
berketerampilan.
Terlebih dahulu saya ingin menghuraikan tajuk rencana ini bagi
memudahkanperbicangan selanjutnya. Rangkai kata‘peranan
wanita’dapat didefinisikan sebagaisuatu tugas atau amanahyang dipegang
oleh kaum perempuan sama ada kitamelihatnya dari segi individu
mahupun secara keseluruhannya. Perkataan‘melahirkan’pula bermaksud
suatu usaha yang berterusan dalam memperoleh hasilan daripadasesuatu
tindakan atau pengaruh. Sementara, rangkai kata‘generasi yang
berkualiti’merujuk individu atau kumpulan yang berketerampilan dan
berkarisma dalam pelbagaiaspek seperti aspek fizikal, rohani dan emosi,
intelek dan jati diri.
Secarakeseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa tajuk ini
mengutarakantugas, perananatau tanggungjawab kaum wanita dalam
mewujudkan individu atau warganegara yangberwibawa dalam semua hal
yang menyentuh bidang kehidupan.
Dalam konteks wanita sebagai ibu, kita dapat melihat bahawa
generasi yangterbentuk menerima pengaruh yang berkesan daripada
didikan dan sentuhan kasihsayang daripada ibunya. Kita dapat melihat di
negara kita ini bagaimana kaum ibumemperlihatkan kewibawaan dalam
memupuk individu yang berkualiti. Dalam bidangakademik misalnya, rata-
rata pelajar yang ditemu ramah menyatakan peranan dantunjuk ajar ibu
menjadi alat yang ampuh dan berkesan dalam mencapai
kejayaan.NurAmalina Cik Bakri yang mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM),Tahun2004 membuktkian kenyataan ini. Malahan,kita
dapat membuktikan kemampuanwanita dalam memupuk generasi
berkualiti ini melalui anugerah‘Ibu Mithali’yangdisediakan oleh kerajaan.
Kita dapat melihat tokoh-tokoh wanita ini dengan tabah dansabar mendidik
anak-anak sehingga semua anak mereka mencapai kejayaan
yangmembanggakan. Masyarakat umum juga mengakui bahawa kesan
ketiadaan ibuberbanding denganketiadaan bapa, bagi kanak-kanak begitu
ketara. Anak yangketiadaan ibu sering terjerat dengan pelbagai masalah
kerana sentuhan kasih ibu tidakada tandingannya. Oleh sebab itulah, kita
sering mendengar kata-kata‘kasih ibumembawa ke syurga’dan ‘syurga
itu di bawah tapak kaki ibu’.
Kita juga dapat melihatlahirnya generasiyang berwibawa dan
cemerlangmenerusi peranan wanita yang berkerjaya. Dalam bidang
pendidikan misalnya, terbuktikaum wanita telah memainkan peranan
seiiring dengan kaum lelaki dalam membentukwarganegara dan
generasiyang sihat danberkebolehan dalam pelbagai aspeksebagaimana
yang dihasratkan olehFalsafah Pendidikan Kebangsaan. Kaum
wanitamampu mendidik anak-anak ini sejak di peringkat Kelas Tadika
hinggalah ke peringkat
Halaman 3
Pusat Pengajian Tinggi. Kaum wanita dikatakan begitu berjaya mendidik
anak-anak diperingkat sekolah rendah kerana sifat keibuan semula
jadi.Kaum wanita juga setandingkemampuannya dengan kaum lelaki
dalammendidik pelajar-pelajar di peringkatsekolah menengah dan di Pusat
Pengajian Tinggi. Kita juga dapat melihat perananwanita dalam
memupukgenerasiyang berkualiti dalam kerjaya yang lain sepertibidang
kejururawatan. Usaha mereka dalam memberikan rawatan dan
ketabahanmereka dalam melayani pesakitdapat melahirkan generasiyang
sihat dan ceria.
Dalam konteks wanita berkerjaya ini juga,kita boleh melihatnya
menerusikepemimpinan mereka yang berkesan sebagai ketua atau
pemimpin bagi sesebuahorganisasi. Generasi yang menjadi pekerja
dibawah pengawasan dan jagaan merekaboleh menjadi insan
yangberkualiti melalui tindakan dan amalan‘KepemimpinanMelalui
Teladan’. Kenyataan ini bersesuaian dengan dasar kerajaan yang
memastikanuntuk melantik 30% daripada jawatan yang berperanan dalam
menentukan dasarnegara terdiri daripada kaum wanita. Kita berbanggga
mempunyai seorang GabenorBank Negarayang terdiri daripadaserang
wanita. Hasil kepemimpinan Tan Sri Dr. ZetiAkhtar Aziz misalnya,telah
melahirkan pegawai-pegawai yang dedikasi hinggakannegara kita pernah
menerima anugerah pengurusan kewangan
di
peringkatantarabangsa. Dalam menyahut seruan‘Malaysia Boleh’misalnya,
kita berbanggadengan kejayaan Datuk Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir
yang berjaya menjadi wanitapertama di Asia merentasi Kutub Selatan
secara solo. Kejayaan, kegigihan danketabahan beliau akan dapat
memberikan suntikan semangat kepada generasi mudauntuk mencuba
sesuatu yang mencabar fizikal dan minda.
Apabila kita melihat peranan wanita sebagai isteri, kita dapat
membuktikanbahawa kejayaan seorang suaminya bermula daripada
peranan isterinya. Justeru, biasadisebutkan bahawa setiap kali seseorang
suami itu terserlah kejayaannya,sesungguhnya kejayaan itu bermula
daripada peranan isteri yang berada dibelakangnya. Sebagai contoh,
mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor MahathirMohamad berjaya
memimpin negara sehingga negara disegani di persadaantarabangsa
kerana di belakang beliau berdiri kukuh isteri beliau wanita
pertamaMalaysia, Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd Ali.Dorongan, kasih
sayang, kesedaran, ilmudan layanan mesra isteri memberikan ruang yang
seluas-luasnya kepada suami untukmenumpukan tugas dengan penuh
dedikasi. Golongan suami yang juga merupakansuatu kumpulan generasi
dalam negara kita,sudahpasti dapat memainkan peranandalam
memberikan impak yang positifkepada kemajuan negara.
Di samping itu, kita juga dapat melihat peranan wanita dalam
melahirkangenerasi yang cemerlang menerusi peranan merekadalam
kerja-kerja kebajikan. Kitadapat melihat imej kaum wanita yang terpuji
dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikandan berbentuk sukarela.
Menerusi penglibatan kaum wanita dalam Badan BukanKerajaan (NGO)
seperti Pasukan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) yang
sentiasameyumbangkan bakti dan tenaga dapatmemberikan inspirasi
kepada generasi mudakhususnya,agar terdidikke arah kehidupanyang
berkualiti.
Kesimpulannya, benarlah bahawa wanita memainkan peranan
dalam melahirkangenerasiyang berkualiti. Kita meyakini bahawakerjasama
yang erat antara kaum lelakidengan kaum wanita di negara kita ini, akan
dapatmelahirkan generasi yangcemerlang, gemilang dan terbilang, insya-
Allah.

KARANGAN CONTOH 2
Baru-baru ini beberapa kawasan di negara kita telah dilanda banjir kilat.
Hal ini telah
menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk di kawasan tersebut.
Berikan cadangan anda tentang usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk
mengatasi
banjir kilat.
Sejak belakangan ini, beberapa kawasan di negara kita sering
dilanda banjirkilat. Kalau dahulu banjir hanya berlaku di kawasan rendah
yang berhampiran dengansungai atau di kawasan persisiran pantaitetapi
kini banjir kilat mula menjengah bandar-bandar besar. Seperti yang
dilaporkan oleh media tempatan, antara kawasan yangsering dilanda banjir
kilat ialah kawasan sekitar Lembah Klang, dan yang terbaru dibandar raya
Shah Alam. Satu hakikat yang perlu diterima adalah banjir
kilatmengundang penderitaan dan kepayahan yang bukan sedikit kepada
penduduk yangterlibat. Justeru, usaha-usaha wajar dilakukan agar
fenomena banjir kilat ini tidakberterusan.
Proses urbanisasi berlaku dengan pantas. Hutan diteroka dan bukit
digondolkanuntuk dijadikan sebagai tapak pembangunan. Kawasan
perumahan dan kilang-kilangtumbuh bagai“cendawan tumbuh selepas
hujan”. Walau bagaimanapun, pihak pemajuseakan-akan alpa untuk
menyediakan sistem perparitan yang sempurna. Oleh itu, pihakberkuasa
wajar menyediakan peraturan yang lebih ketat dan pemantauan yang
lebihkerap apabila sesuatu kawasan itu hendak dibangunkan.Pastikan
pihak pemajumenyediakan sistem perparitan yang memenuhi piawaian
yang ditetapkan. Denganadanya sistem perparitan yang baik, air dapat
mengalir dengan lancar ke sungai-sungaidan seterusnya ke laut. Pemaju
yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yangditetapkan hendaklah
diambil tindakan undang-undang. Sesungguhnya, mencegah lebihbaik
daripada mengatasi.
Selain itu, terdapat sesetengah kilang dan ladang ternakan sengaja
dibinaberhampiran dengan sungai. Tujuannya adalah untuk memudahkan
mereka membuangsisa buangan termasuk sisa toksik ke sungai. Hasil
buangan tersebut bukan sahajamencemarkan sungai malah mendapan
sisa tersebut akan menyebabkan sungaimenjadi cetek. Akibatnya, air
sungai akan melimpah setiap kali hujan lebat yang turuntanpa henti untuk
tempoh yang lama. Oleh yang demikian, pihak pengusaha kilang
danpenternak yang terbabit perlu lebih bertanggungjawab. Sikap
mementingkankeuntungan dan kesenangan diri harus dikikis. Mereka
sepatutnya membuang sisakilang dan sampah sarap di tempat pelupusan
yang ditetapkan, bukannya disalirkan kesungai. Sekiranya sikap tidak
bertanggungjawab ini masih berterusan, tindakanmenamatkan operasi
kilang atau ladang ternakan tersebut hendaklah diambil.
Pembangunan di kawasan tanah tinggi kerap kali menjadi punca
berlakunyapemendapan di dasar sungai yang menyebabkan sungai
menjadi cetek. Pihak JabatanPengairan dan Saliran seharusnya peka
dengan kejadian seperti ini. Sebaik sahajagejala ini dikesan, tindakan
mendalamkan semula sungai wajar dilakukan, janganlahsudah terhantuk
baru mengadah. Dalam masa yang sama, sampah sarap yangmenghalang
pengaliran air juga hendaklah dibersihkan. Di samping itu, akta
yangmenghalang pembangunan di kawasan bukit yang berhampiran
dengan tempat

Anda mungkin juga menyukai