Anda di halaman 1dari 3

Wanita Penjalin Kemajuan-Karangan 1000 patah perkataan anjuran W.

I Pertubuhan Kumpulan Wanita @ Women Institution menganjurkan pertandingan sempena Hari Wanita..cam biasalah, pertandingan yg lebih menjurus kepada seni kreativiti kaum wanita..antaranya: Kraftangan : I) Table Runner - Cantuman kain perca berkualiti, berukuran siap 36 x 15. Jenis kain dan jahitan adalah bebas. II) Sarung Cermin Mata Berbutang - Dibuat daripada kain dan bersulam tangan sahaja, bahagian dalam berlapik span. Jenis kain dan sulaman adalah bebas. Ukuran siap 3 x 7 III) Karangan Dengan 1,000 Patah Perkataan - Tajuk WANITA PENJALIN KEMAJUAN (hantar ke Daerah sebelum 1 April 2012)

Pertandingan 2 : Dari Peringkat Cawangan Ke Peringkat Negeri Selangor i) Masakan Siap Dari Rumah a) Ikan Pais b) Kuih Nagasari c) Cream Puff ii) Gubahan Spontan Dalam Dewan - Menggubah buah-buahan untuk hantaran Tgk kan...semua nak yg kreatif..so aku yg jenis keras tangan ni rasa tercabar..he3..so inilah karangan aku (yg mampu aku buat..huhu) WANITA PENJALIN KEMAJUAN Wanita adalah ibu, isteri, kakak dan juga adik. Wanita seringkali dianggap kaum yang lemah dan sering dipergunakan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Namun kita tidak menyedari, di sebalik kelembutan seorang wanita tersirat satu ketabahan yang ketara yang mampu melakukan sesuatu untuk pembangunan negara. Malah telah biasa kita dengar tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia. Namun kata-kata ini biarlah berpaksikan kepada peranan dan sikap yang lebih positif demi kemajuan bersama. Ledakan teknologi maklumat, proses globalisasi, transformasi politik serta iklim ekonomi di peringkat nasional, mahupun global memberi pelbagai cabaran kepada wanita menjadikan wanita lebih berwibawa, hebat dan terus menyinar. Pendedahan di media masa mahupun elektronik telah banyak menampilkan kehebatan wanita kini. Kejayaan demi kejayaan kaum wanita juga telah banyak membuka mata semua pihak. Peranan wanita bukan setakat menjadi suri rumah tangga, mendidik anak dan menjaga makan dan pakai suami tetapi tetap turut memberi sumbangan mental dan fizikal di dalam perkembangan ekonomi, pelajaran dan sebagainya. Wanita di seluruh dunia telah diiktiraf dalam

kehebatan dan kepakaran masing-masing. Segala kemahiran dan kepakaran diaplikasikan sepenuhnya dalam kehidupan yang semakin mencabar masa kini supaya memberi impak yang lebih besar dalam kemajuan negara. Ini jelas terbukti apabila seorang surirumah juga mampu memainkan peranan dalam merealisasikan pembangunan sesebuah keluarga, institusi dan seterusnya negara. Antara tugasan wanita yang amat besar adalah bermula dengan tugas mendidik. Kelembutan dan sifat penyayang seorang wanita, mampu mendidik anak-anak untuk menjadikan mereka golongan muda yang berguna di masa hadapan. Secara automatik, wanita bertindak sebagai guru kepada anak-anak di dalam mendidik serta menerapkan nilai-nilai murni bagi membentuk keperibadian dan modal insan. Segalanya dicurahkan dengan sepenuh hati bagi memastikan anak-anak membesar sebagai seorang manusia yang berguna demi bangsa dan negara. Secara tidak langsung, kejayaan mendidik anak-anak menjamin satu kelompok masyarakat yang lebih berjaya di masa akan datang. Pendidikan awal yang bermula di rumah telah dicurahkan sepenuhnya oleh wanita yang bergelar ibu atau penjaga kepada anak-anak. Peranan besar ini jugalah yang akan mencorakkan generasi akan datang bagi membolehkan mereka menjadi insan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Wanita kini juga telah banyak menyumbang dalam sosio ekonomi negara. Segala kemahiran dan kepakaran yang ada diadaptasikan untuk sesama menjana pendapatan keluarga. Antaranya kepakaran memasak, menggubah, menjahit dan segala macam kepakaran diserapkan dalam aktiviti ekonomi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti menubuhkan persatuan untuk menjalankan perniagaan katering, andaman dan juga barangan perhiasan. Aktiviti ini banyak membantu wanita dan masyarakat setempat dalam menjana pendapatan keluarga kerana ia terbukti dapat membuahkan hasil lebih besar dengan pasaran yang lebih meluas. Hubungan sesama mereka dalam sesebuah persatuan atau organisasi telah dapat dieratkan. Secara tidak langsung telah melahirkan masyarakat yang bersatu dan membentuk perpaduan demi kebahagiaan dan kejayaan bersama. Tidak kurang juga, segelintir individu yang telah berjaya membuka perniagaan sendiri hasil daripada kemahiran yang dimiliki. Impak yang diperolehi daripada kejayaan wanita ini telah mendorong kaum lelaki untuk terus bergandingan dengan wanita bagi memacu kejayaan bersama. Tidak ketinggalan juga di dalam arus pertanian dan penternakan moden, wanita turut sama memerah keringat menabur bakti dan budi pada tanah dan juga menternak bagi tujuan komersial. Segala ilmu terus digali sebagai pemangkin keberkesanan arus pertanian & penternakan moden disamping mempelajari selok belok pemasaran yang disediakan oleh kerajaan melalui pertubuhan-pertubuhan berkaitan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Disamping itu, jabatan pertanian juga menubuhkan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) yang ternyata lebih berdaya maju, mempunyai nilai komersial serta mempunyai daya saing yang tinggi. Justeru itu, kita seharusnya merasa bangga apabila wanita terus diberi penghargaan melalui bidang ini, contohnya Anugerah Peladang Jaya Wanita, Anugerah Usahawan Wanita Jaya dan segala macam penghargaan lain yang diraih oleh kaum wanita. Wanita kini juga telah aktif bergerak dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai NGO. Hasil daripada penyertaan ini telah mendedahkan mereka kepada input-input

yang amat berguna dalam mempertingkatkan pengetahuan dalam sesuatu bidang. Disamping itu juga , bidang komunikasi dapat diperluaskan. Pihak kerajaan juga amat perihatin dengan pertubuhan-pertubuhan seperti ini dan telah memperuntukkan sejumlah wang agak besar bagi melaksanakan program-program kemasyarakatan yang berteraskan ekonomi. Antaranya ialah program pembangunan kapasiti wanita seperti seperti I-Kit di seluruh negara, program Kraf Kreatif dan Jejari Bestari yang dijalankan di kawasan parlimen dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga. Aktiviti-aktiviti seperti ini telah menarik minat wanita untuk bersama-sama melibatkan diri sekaligus menjana pendapatan. Kumpulan wanita ini juga sangat rajin dan tekun, menjadikan mereka sasaran utama dalam industri kilang di mana secara tidak langsung telah menyumbang pada perkembangan ekonomi negara. Keupayaan wanita dalam pekerjaan seumpama ini, berperanan meningkatkan proses perindustrian dan permodenan negara. Pendekata, tanpa feminisme buruh tidak mungkin sektor industri ini dapat diperkembangkan. Peningkatan teknologi juga membolehkan pengeluaran kilang menjadi lebih berkualiti dan menjamin permintaan yang tinggi di pasaran. Produk hasil tenaga wanita ini juga telah berjaya dipasarkan dengan meluas di Amerika Syarikat, negara Eropah dan juga negara-negara lain. Pendedahan kepada teknologi maklumat juga memberi manfaat kepada wanita dalam kepelbagaian ilmu. Segalanya ini membawa perubahan teknologi kepada wanita kepada kepelbagaian perniagaan di mana mereka mampu mencipta barangan yang berkualiti bagi pasaran dalam dan luar negara. Mereka juga hebat dalam perniagaan MLM atau pun Networking yang ternyata semakin hangat melanda di alam maya dan alam nyata. Wanita kini semakin berminat menambahkan ilmu pengetahuan dalam segala bidang, sekaligus menjadikan mereka wanita yang berilmu tinggi. Segala ilmu dan pengetahuan yang ada menjadikan wanita serba boleh dalam melaksanakan sesuatu misi atau tugasan yang mendorong kepada sesuatu kemajuan. Wanita kini juga telah banyak mencurahkan tenaga dalam aspek keselamatan negara di mana semakin ramai wanita menyertai pasukan tentera dan polis. Tidak terkecuali juga penyertaan wanita dalam pasukan RELA dan juga badan sukarela. Keupayaan mereka dalam pasukan ini juga standing dengan kaum lelaki dan malah sesama bergandingan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara tercinta. Ada juga tugasan yang memerlukan khidmat wanita sahaja. Secara keseluruhannya, jelas sekali penglibatan wanita amat penting dalam kemajuan sesuatu organisasi. Segala ciri-ciri yang dinyatakan begitu mencerminkan peranan hebat wanita dalam sebuah kemajuan. Cogankata pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara mengingatkan kita tentang peranan besar wanita dalam kemajuan negara. Ternyata, untuk menjadi negara maju dan hebat, khidmat dan usaha wanita tetap diperlukan. Bersesuaian benar dengan tema kita Wanita Penjalin Kemajuan

Anda mungkin juga menyukai