Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan artikel yang dikaji, dapat saya menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh kaum wanita adalah

sangat penting dalam usaha untuk membangunkan tanah air. Ini dapat dibuktikan dengan penubuhan Malayan Union di Tanah Melayu pada 1945. Penubuhan Malayan Union ini telah mendapat penentangan yang hebat daripada penduduk dan pemimpin pada masa itu. Wanita yang sebelum ini lebih tertumpu pada pertubuhan berunsurkan kebajikan telah turut terlibat buat pertama kalinya secara terbuka dalam gerakan politik tanah air. Peranan wanita Malaysia dalam bidang politik dilihat bermula dengan Halimaton Saadiah yang bertanding dalam pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955. Pelantikan Fatimah Haji Hashim sebagai Menteri Kebajikan Am pada 20 Mei 1969 semakin menyemarakkan penglibatan wanita dalam politik negara. Beliau yang memegang jawatan menteri dari tahun 1969 sehingga tahun 1973 merupakan satu-satunya menteri wanita pada masa itu. Setelah penglibatan beliau dalam bidang politik berlalu, jumlah wanita dalam parlimen semakin meningkat. Bagaimanapun, penglibatan kedua-dua tokoh wanita di atas dalam pilihan raya telah menjadi rentetan kepada pemangkin bagi para wanita untuk mengikuti jejak langkahnya dalam bidang politik. Jika kita teliti, kemajuan yang dicapai oleh kaum wanita hari ini adalah merupakan hasil daripada perjuangan kaum wanita sendiri. Pencapaian wanita adalah hasil perjuangan wanita dan kemajuan seterusnya adalah di tangan wanita sendiri. Dalam hal ini, pemimpin-pemimpin wanita bukan sahaja mesti memupuk kesedaran ke arah penyatuan tenaga di kalangan wanita, tetapi juga berusaha memupuk untuk mewujudkan barisan kepimpinan wanita yang jaguh dengan perjuangan yang tulen. Pemimpin-pemimpin wanita harus menjadi agen perubahan kepada masyarakat kaum wanita keseluruhannya bagi melahirkan individu wanita yang gigih, kreatif, berdisiplin, ingin maju, berdaya saing dan memiliki keperibadian serta nilai moral yang tinggi. Sifatsifat ini adalah asas masyarakat yang dinamis. Kaum wanita kini lebih berpendidikan dan berkaliber jika dibandingkan dengan wanita zaman terdahulu. Wanita tidak lagi hanya berperanan sebagai suri rumah tangga yang menjalankan fungsi reproduksi, mengurus anak dan suami atau pekerjaan domestik

yang lain, tetapi sudah aktif berperanan dalam pelbagai bidang kehidupan, baik sosial, ekonomi mahupun politik. Ini dapat dibuktikan dengan tokoh wanita yang sangat disegani dan disenangi oleh rakyat Malaysia iaitu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang merupakan gabenor bank Negara. Beliau merupakan wanita pertama yang menjadi gabenor bank Negara. Selain itu juga beliau sering kali mendapat pengiktirafan daripada rantau asia malahan juga dunia. Peranan wanita dalam pembangunan modal insan juga tidak kurang hebatnya, pembentukan modal insan itu adalah dalam bentuk pendidikan dan bimbingan kepada anak-anak mereka agar memiliki budi pekerti, kekuatan, kerajinan dan disiplin untuk berjaya dalam apa jua bidang kelak. Peranan wanita hari ini dalam membangunkan negara sama pentingnya dengan lelaki. Sebab itulah kerajaan tidak pernah sama sekali mendiskriminasi wanita di negara ini kerana mereka juga mempunyai peranan penting dalam memberi sumbangan terhadap pembangunan negara. Justeru, dalam apa juga program kerajaan, wanita tidak pernah dipinggirkan. Kewujudan kementerian khusus untuk wanita iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah bukti kerajaan tidak mengabaikan peranan wanita, sebaliknya mengiktiraf sumbangan mereka. Hakikatnya, negara tidak mungkin menjadi maju dan aman seperti yang dikecapi hari ini tanpa kerjasama dan usaha gigih yang dimainkan wanita. Oleh itu, adalah penting kerajaan memberi perhatian serius kepada wanita terutama yang tinggal di luar bandar bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan. Kewujudan sebuah keluarga bahagia adalah elemen asas dalam pembentukan sebuah masyarakat dan negara sejahtera yang sebahagian besar peranan itu digerakkan oleh wanita.

Anda mungkin juga menyukai