Anda di halaman 1dari 2

Karangan Peranan Wanita Dalam Pembangunan Negara ?

Peranan wanita dalam aspek pembangunan negara memang tidak mendapat


penghargaan yang sewajarnya daripada pihak masyarakat umum.

Huraikan peranan yang mampu dipikul oleh kaum wanita di negara ini.
Kaum wanita sering dilihat sebagai jantina yang lemah lalu sering dipergunakan dalam
kehidupan bermasyarakat kini. Kita masih belum menyedari bahawa dalam kelembutan
wanita itu tersirat satu ketabahan yang ketara untuk mampu menyumbangkan sesuatu
buat pembangunan negara kita. Rencana dalam media massa telah banyak memaparkan
tentang keupayaan wanita dalam aspek membangunkan negara kini ini. Oleh itu, terdapat
pelbagai peranan yang berupaya dilaksanakan oleh wanita Malaysia.

Sudah pasti peranan atau tugas yang ketara ialah golongan ini boleh menjalankan usaha
mendidik generasi muda dengan lebih baik. Kelembutan dan keprihatinan mereka
terhadap keperluan kasih sayang anak-anak menjadikan wanita paling sesuai dalam
tugas mendidik ini. Kejayaan mereka mendidik anak menjamin satu kelompok
masyarakat yang lebih berjaya dalam kehidupana mereka pada masa hadapan. Jelaslah,
wanita di negara ini berperanan untuk mendidik generasi muda agar menjadi satu
generasi yang memiliki semua cirri-ciri yang diperlukan dalam kehidupan yang mencabar
ini.

Selain itu, wanita juga berperanan untuk menyumbangkan tenaga dalam sektor ekonomi
Malaysia. Wanita memiliki kemahiran yang tertentu yang berguna untuk menjadikan diri
mereka sebagai satu sumber manusia yang lengkap. Sikap rajin bekerja dan tekun serta
memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika bekerja menjadikan golongan ini sasaran
utama industri kilang di Malaysia pula. Jadi, kaum wanita memang mempunyai peranan
besar dalam memastikan sumber manusia negara ini berupaya memenuhi keperluan
pertumbuhan ekonomi negara kita.

Pada masa yang sama wanita juga berperanan untuk menimba ilmu pengetahuan yang
sebanyak mungkin. Usaha memperoleh ilmu ini menjadikan wanita terdedah terhadap
pelbagai perubahan teknologi yang menjadikan diri wanita itu lebih baik dan
berkeyakinan pula. Sudah ada banyak wanita yang memiliki ilmu yang tinggi ini berjaya
mendirikan pelbagai perniagaan yang kemudiannya menghasilkan pelbagai produk yang
berkualiti untuk pasaran dalam dan luar negara pula. Sesungguhnya, mencari ilmu itu
menjadi tugas utama wanita kerana dunia yang penuh persaingan ini memerlukan wanita
yang berilmu tinggi pula.

Malahan, wanita juga boleh mencurahkan tenaga mereka dalam aspek keselamatan
negara yang begitu penting itu. Sudah ramai wanita yang menyertai perkhidmatan
tentera dan polis dnegan mempamerkan keupayaan yang serupa dengan kaum lelaki.
Kewujudan kaum wanita dalam perkhidmatan keselamatan ini juga memberikan peluang
kepada kaum lelaki untuk memastikan semua tugas dapat diselesaikan dengan baik
kerana ada tugas-tugas yang memerlukan tangan wanita sahaja. Justeru, wanita juga
berupaya menyumbangkan tenaga mereka dalam bidang keselamatan negara yang amat
penting itu.

Kesimpulannya, peranan atau tugas wanita terhadap negara ini begitu luas dan amat
diperlukan. Kita semua hendaklah memandang tinggi dan member peluang kepada
wanita untuk membuktikan kemampuan mereka ini. Sikap memandang enteng
keupayaan wanita bukanlah satu tindakan yang tepat dalam kehidupan dunia penuh
cabaran ini. Slogan pemuda harapan negara pemudi tiang negara harus menjadi
peringatan kepada kita betapa besarnya sumbangan wanita terhadap kemajuan negara
itu.

Anda mungkin juga menyukai