Anda di halaman 1dari 3

Seperti yang kita ketahui, bidang pendidikan sememangnya penting untuk

memastikan generasi akan datang mampu untuk terus mentadbir negara dengan baik.
Semua lapisan masyarakat berhak memdapatkan pendidikan yang secukupnya demi
menjamin masa hadapan mereka serta masa hadapan negara. Kerajaan Malaysia telah
mengambil banyak inisiatif untuk memastikan semua lapisan masyarakat mampu untuk
melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Antaranya, kerajaan telah
memberi bantuan biasiswa kepada pelajar sekolah serta telah memperkenalkan PTPTN
bagi memudahkan pelajar-pelajar institut pendidikan tinggi membuat pinjaman
kewangan untuk membiayai yuran pengajian mereka. Selain itu, kerajaan juga akan
memberi diskaun yuran pelajaran kepada pelajar yang mendapat keputusan yang
cemerlang dalam ujian yang ditetapkan. Dengan ini, pelajar yang miskin atau tidak
berupaya untuk membayar yuran pelajaran dapat berlajar dengan bantuan kerajaan jika
mereka dapat keputusan yang cemerlang. Akibatnya, banyak insan yang memperoleh
pendidikan yang intelektual dapat diperoleh oleh negara dan negara akan mendapat
banyak kebaikan. Insan yang memperoleh pendidikan yang intelektual akan bekerja keras
dalam pekerjaan mereka demi membangunkan negara. Selain bekerja keras, mencipta
sesuatu yang tidak pernah dicipta dengan menggunakan ilmu pengetahuan mereka,
dengan cara ini produk yang dihasilkan akan dibeli oleh ramai orang diseluruh dunia dan
akan memberi kesan positif kepada pembanguan negara. Hal ini berlaku kerana apabila
produk negara dibeli oleh perniaga atau pembeli di negara lain, ekonomi negara akan
naik, negara dapat menggunakan duit itu untuk menbangunkan negara atau menbina
kemudahan khas yang akan memberi kebaikan untuk rakyat.
Selain itu, kepentingan pendidikan intelektual yang lain ialah  menaikkan imej
negara. Di samping mempunyai budi bahasa yang tinggi, ilmu pengetahuan rakyat juga
dapat meningkatkan imej negara di mata dunia. Langkah kerajaan menghantar seorang
angkawan nehara ke angkasa lepas telah memberikan imej positif tentang sistem
pendidikan di negara kita di mata dunia. Kini, terdapat juga rakyat Malaysia yang
ditawarkan pekerjaan di luar negara kernama mempunya ilmu pengtahuan yang luas dan
berkemahiran tinggi. Hal ini sudah pasti dapat meaikkan nama Malaysia kerana orang lur
akan bependapat bahawa Malaysia mampu menghasilkan rakyat yang berkebolehan
dalam bidang pekerjaan serta berilmu pengetahuan yang tinggi. Dengan ini, negara dapat
mewujudkan persaingan yang sihat dengan negara maju yang lain selepas imej negara
naik. Persaingan dengan negara maju lain akan dapat meningkatkan pengalaman negara
dalam sector ekonomi atau sector lain tidak kira negara lulus atau menang. Selepas
mempunyai pengalaman, negara, rakyat atau pemimpin akan sedar akan kesalahan
mereka yang lalu dan mereka akan berlajar kemahiran yang terdapat oleh negara yang
mereka tewas kepadanya. Kesannya, ini akan menjadikan negara diiktiraf dan dihormati
oleh negara-negara lain.
Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat majmuk. Pendidikan
yang terdapat di Malaysia memainkan peranan penting dalam meningkatkan perpaduan
kaum. Sesungguhnya, sistem pendidikan yang wujud pada hari ini telah membantu
merealisasikan cita-cita negara untuk menyatupadukan kaum juga meningkatkan
integrasinasional dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perpaduan kaum yang terbina ini
seterusnya membawa kepada keberkesanan dalam sistem pentadbiran negara. Kelancaran
sistem pentadbiran inilah yang kemudiannya membawa kepada pembangunan negara.
Dengan pendidikan yang intelektual, negara yang berbilang kaum dapat berhubung
antara satu sama lain. Ini akan mewujudkan tiada salah paham antara rakyat atau
pemimpin yang tiada persamaan dalam agama .Kesannya, pemimpin dapat berbincang
dengan lebih selesa apabila menjalankan mesyuarat tentang isu-isu negara dan mereka
dapat menyelesaikan masalah yang dialami tanpa bantasan. Selain itu, negara juga dapat
berhubung dengan negara lain yang tiada persamaan dalam pertuturan antara satu sama
lain dengan memperlajari ilmu tentang bahasa internasional. Kalau tiada pendidikan,
negara tidak akan dapat menjalankan perniagaan dengan negara lain dan akan
memyebabkan ekonomi negara berhenti ditahap yang dapat dicapai, negara tidak akan
dapat mencapai hap yang lebih tinggi. Di samping itu, pendidikan turut memberi
kepentingan dalam melahirkan pemimpinyang berwibawa, berdedikasi dan
paling penting, berpengetahuan tinggi. Tidak dapat dibayangkan sekiranya seseorang
tanpa ilmu pengetahuan menerajui kepimpinan negara. Sebaliknya, jika pemimpin negara
berilmu, beliau akan mampumenyumbangkan tenaga serta idea-idea yang bernas dalam
membangunkan negara. Maka, jelaslah di sini bahawa pendidikan juga penting
bagi pucuk pimpinan sesebuah negara.

Anda mungkin juga menyukai