Anda di halaman 1dari 2

Kesan

Antara kesan keciciran pelajar adalah tidak dapat meningkatkan kualiti sumber
daya manusia. Pendidikan mempunyai fungsi yang sangat penting dalam meningkatkan
kualiti sumber daya manusia. Pendidikan mempengaruhi sepenuhnya pertumbuhan
ekonomi negara bangsa. Hal ini kerana, pendidikan akan terpengaruh terhadap
produktiviti tetapi juga berpengaruh terhadap kemudahan masyarakat. Pendidikan
menjadikan sumber daya manusia lebih berkesan untuk menghadapi cabaran atau
perubahan yang berlaku. Jika masalah keciciran pelajar terus berlaku akan menyebabkan
seseorang itu tidak mempunyai perkembangan yang selaras. Oleh itu pendidikan bukan
sahaja melahirkan individu yang berkualiti, memiliki pengetahuan dan berketerampilan
tinggi serta dapat menguasai teknologi, tetapi juga dapat membantu perkembangan iklim
pasaran yang sihat dan kondusif bagi pembangunan ekonomi negara. Pencapaian
pendidikan pada semua peringkat akan meningkatkan pendapatan dan produktiviti
masyarakat. Justeru, pendidikan merupakan jalan menuju kemajuan dan pencapaian
kesejahteraan sosial dan ekonomi negara.

Selain itu, masalah keciciran pelajar akan menyebabkan negara kekurangan


perkerja yang berpengetahuan dan berkemahiran . Hal ini demikian kerana, ramai pelajar
yang mendapat pendidikan tinggi akan memperoleh ilmu pengetahuan dan mempunyai
pelbagai kemahiran dan berpeluang mendapat peluang pekerjaan yang baik dan
memperoleh pendapatan lumayan.. Pada hari ini negara, lebih mengutamakan modal
insan atau pekerja ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Tenaga kerja yang
berpendidikan tinggi dalam sains dan teknologi perlu dibuka lebih meluas supaya setaraf
dengan negara lain. peralatan teknologi ICT. Justeru itu, pendidikan mampu melahirkan
modal insan iaitu pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam
pembangunan negara.

Disamping itu, tidak dapat melahirkan insan yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan serta memiliki nilai-nilai murni dan moral yang tinggi. Ini kerana merujuk
kepada falsafah, falsafah pendidikan negara yang bertekad untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. Hal ini sudah jelas menunjukkan peranan dan kepentingan pendidikan itu sendiri
dalam konteks yang lebih terperinci. Selain itu, falsafah pendidikan juga ada menyatakan
bahawa pendidikan juga berfungsi untuk melahirkan insan memiliki nilai-nilai murni dan
moral yang tinggi. Hal ini demikian kerana, individu yang mempunyai pendidikan yang
tinggi akan mempunyai permintaan yang tinggi daripada pelbagai sektor pekerjaan.
Individu yang berakhlak mulia dan mempunyai sifat amanah dan komitmen yang tinggi
dalam tugas adan dipandang tinggi oleh masyakat. Maka, dengan adanya pendidikan, ia
mampu mengubah nasib diri seseorang bergantung dengan tahap pendidikan yang
diterimanya. Ilmu yang diperoleh dengan secara langsung ataupun tidak mampu
memberikan satu perubahan dalam kehidupan seseorang sekali gus membawa diri jauh
daripada kelompok kemiskinan dan hidup tanpa arah tujuan.

Anda mungkin juga menyukai