Anda di halaman 1dari 5

Faktor Keciciran Pelajar

1.0 Pengenalan

Sistem pendidikan pada zaman kesultanan melayu Melaka dipengaruhi oleh


pedagang-pedagang yang datang dari Negara Arab dan India di mana penduduk tanah
melayu ketika itu mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan secara tidak langsung.
Disamping pedagang arab berdagang, mereka juga menyebarkan agama islam kepada
penduduk disekitar Melaka. Dengan bermulanya pendidikan secara tidak langsung oleh
pedagang arab, perkembangannya diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selapas
hujan dan disitulah bermulanya sistem pendidikan pondok. Pada ketika itu, ibu bapa mula
menyedari tentang pentingnya pendidikan kepada anak-anak untuk keberlangsungan
kehidupan. Sistem pondok diteruskan lagi dengan penambahan seni pertahankan diri dalam
sistem pendidikan bagi mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang patriotism dan
berani mempertahankan Negara. Sehiggalah kedatangan penjajah inggeris, sistem
pendidikan telah berubah dengan pembawaan ciri-ciri kemodenan dan pembangunan.

Sistem pendidikan sebelum merdeka terbahagi kepada dua iaitu sebelum zaman
kolonialisme British dan semasa zaman kolonialisme British. Semasa zaman kolonialisme
British pula terbahagi kepada dua iaitu sebelum perang dunia kedua pada tahun 1786
sehingga 1941 dan selepas perang dunia kedua 1941 sehingga 1956. Sebelum zaman
kolonialisme British, sistem pendidikan dalam bentuk tidak formal dimana pada peringkat
pertama pembelajaran, ia dilakukan dirumah guru dan jumlah muridnya adalah sedikit,
manakala pada peringkat kedua pembelajaran berlangsung di surau, masjid dan madrasah
di mana pendidikan ini telah berkembang sedikit demi sedikit. Pada peringkat ketiga pula,
pembelajaran semakin berkembang dimana terdapat penubuhan institusi pondok untuk
menampung pertabahan anak murid. (TAHIR).

Konsep pendidikan pada masa itu bersifat informal, dimana ianya lebih kepada
proses sosiolisasi yang bersifat tunjuk ajar daripada seorang guru untuk membentuk sikap
dan akhlak yang baik serta mengajar untuk membaca dan menulis. Pada peringkat awal
pendidikan, ianya bermula daripada kanak-kanak yang terlibat dengan proses sosiolisasi
dimana kanak-kanak tersebut akan melaluli beberapa peringkat sehinggalah mencapai umur
yang sesuai untuk mempelajari ilmu pengetahuan. (Ramli Saadon, 1985) Pembelajaran
tersebut akan menjadi mudah bagi kanak-kanak tersebut kerana pada tahap umur tersebut,
mindanya telah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima ilmu yang di ajar oleh
guru.
Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan berkembang dimana ia
merangkumi pendidikan peringkat Rendah dan Menengah. Terdapat sekolah-sekolah yang
dibina untuk menampung pertambahan anak murid dari segenap pelusuk tanah melayu.
Disamping itu, tenaga pengajar yang terlibat juga terdiri dari pada kalangan yang bijak
pandai dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan. Tambahan lagi,
terdapat jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan untuk meningkatkan mutu pendidikan
Negara seperti Penyata Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961), Laporan Hussien Onn
(1971), dan Laporan Mahathir (1979) (TAHIR). Walaupun terdapat banyak jawatan kuasa
ditubuhkan oleh kerajaan dan banyak program yang telah jalankan untuk meningkatkan
mutu sistem pendidikan di Malaysia, masih terdapat keciciran dari kalangan murid-.murid
dari sistem pendidikan tersebut.

2.0 Faktor-Faktor Keciciran Pelajar.

Keciciran pelajar dapat didefinisikan sebagai pelajar tidak dapat menamatkan


persekolahan sebelum tempoh tamatnya sekolah. Dengan erti kata lain, pelajar tersebut
ketinggalan dalam proses kemajuan berbanding pelajar-pelajar lain. Terdapat dua jenis
keciciran iaitu keciciran sengaja dan keciciran terpaksa. Keciciran sengaja disebabkan oleh
factor sosio-ekonomi, rangsangan dan sikap. Kebanyakan pelajar yang dikategorikan
keciciran sengaja boleh menghadiri sekolah dan mengikuti pembelajaran, tetapi mereka
sengaja memilih untuk tidak ke sekolah.

Keciciran terpaksa pula ialah pelajar yang mengalami kegagalan dalam peperiksaan
dan tiada peluang untuk meneruskan pelajaran tetapi, pelajar tersebut masih mahu ke
sekolah dan berupaya untuk berbuat demikian. Keciciran tersebut bukanlah berpunca
kepada kehendak pelajar tersebut untuk behenti sekolah, tetapi berpunca pada kelulusan
yang diterima untuk melayakkkan pelajar tersebut meneruskan pengajian.

Seterusnya, fakor keciciran dari segi taraf sosio-ekonomi pula ialah meliputi kawasan
tempat tinggal. Faktor ini juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keciciran
pelajar dimana pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman yang jauh dari sekolah agak
sukar untuk meneruskan persekolah disebabkan kekangan laluan. Lebih-lebih lagi bagi
pelajar yang tinggal di pedalaman sabah Sarawak yang terpaksa menggunakan sekurang-
kurangya dua jalan iaitu jalan darat dan sungai.
Faktor seterusnya taraf sosio-ekonomi dari segi ibu bapa yang berpendapatan
rendah juga memberi kesan kepada keciciran pelajar dimana ibu bapa tidak dapat
menyediakan peralatan pembelajaran seperti buku, alat tulis, pakaian. Keadaan ini akan
menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan kepada pencapaian akademik sekaligus
mendorong pelajar untuk tidak meneruskan persekolahan. (HUSIN, 2008).

Selain itu, faktor rakan sebaya yang suka ponteng juga boleh mendorong kepada
keciciran pelajar dimana pelajar boleh terpengaruh dengan perbuatan tersebut. Menurut
(HUSIN, 2008) , gelaja ponteng adalah salah satu salah laku yang mempunyai peratusan
kes yang dilaporkan tertinggi di semua peringkat sekolah. Selain pengaruh rakan sebaya,
faktor kemiskinan dan sikap pelajar itu sendiri serta faktor sekolah tersebut.
Walaubagaimanapun, penyakit ponteng tersebut sangat berbahaya kepada pelajar dan
salah laku tersebut amat mudah tersebar kepada pelajar baru. Keadaan ini memberi kesan
yang besar kepada keciciran pelajar dan juga memberi masalah kepada kementerian
pendidikan dan warga pendidik.

Faktor seterusnya ialah melibatkan kes buli dikalangan pelajar yang boleh
menyebabkan pelajar tidak mahu meneruskan persekolahan kerana terdapat gangguan di
sekolah. Pelajar- pelajar yang dibuli merasa terganggu dari segi emosi, jasmani dan
menjadikan pelajar tersebut enggan hadir kesekolah sekaligus memberi kesan kepada
pencapaian akademik. Disamping tu, pelajar tersebut merasa trauma dan malu untuk
kesekolah di sebabkan gangguan tersebut.

Faktor terakhir ialah penguasaan pelajar terhadap kemahiran (3M) iaitu membaca,
menulis dan mengira. Kebiasaan keciciran ini berlaku pada murid-murid darjah enam, di
mana untuk meneruskan persekolahan ke tingkatan satu, salah satu kekangan tersebut
ialah dengan penguasaan 3M yang terlalu lemah sehingga menyebabkan murid tersebut
tiada keyakinan diri untuk meneruskan persekolah. Tambahan lagi, dengan kelemahan
tersebut, ia memberi kesan kepada murid apabila meneruskan persekolah ke tingkatan satu
dimana murid tersebut akan ketinggalan dari segi pencapaian akademik.

3.0 Program Perlaksanaan Literasi dan Numerasi di Sekolah Rendah.

Kerajaan telah merangka Program Perlaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) di


sekolah rendah bagi mengatasi keciciran murid yang begitu ketara. Program ini bermanfaat
untuk membantu murid-murid pada tahap 1 bermula dari tahun 1 hingga tahun 3 untuk
menguasai kemahiran asas (3M) iaitu membaca, menulis dan mengira. Program LINUS ini
telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2010 dimana
ianya bermula dengan mata pelajaran bahasa melayu, diikuti dengan matematik.
Seterusnya pada tahun 2012, KPM telah menambah untuk matapelajaran bahasa inggeris
sekaligus melibatkan 3 matapelajaran dalam Program LINUS . sehubungan itu, penubuhan
program ini adalah begitu bermanfaat dan relevan dengan isu keciciran pelajar dimana
kemahiran literasi adalah amat penting di kalangan murid peringkat rendah kerana
kemahiran ini boleh meningkatkan prestasi murid-murid berbanding dengan murid-murid
yang ketinggalan dalam menguasai kemahiran literiasi akan memberi kesan yang buruk
kelak. (Ahmad)

Dalam menjayakan program LINUS, murid diwajibkan untuk menduduki ujian


saringan pada tahun 1 dan hasil diagnostic tersebut, murid akan diasingkan sama ada
terpilih untuk calon program intervensi LINUS atau pun tidak. Tujuan ujian saringan untuk
menentukan sama ada murid tersebut benar-benar layak untuk menduduki kelas intervensi
membaca dan menulis. Jesteru itu, penguasaan matapelajaran bahasa melayu dan inggeris
dilihat sesuatu yang amat penting seiring dengan penubuhan program rasmi literasi
dibawah KPM yang menjadi satu strategi kerajaan dibawah NKRA dimana Misinya adalah
untuk membentuk kemahiran literasi yang tinggi setaraf dengan Negara maju yang lain.
(Ahmad)

4.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulanya, keciciran dikalangan pelajar haruslah dipandang serius


terutamanya ibu bapa pelajar tersebut kerana ia melibatkan masa hadapan pelajar dan
penentu halatuju sesebuah Negara pada masa akan datang. Walaupun banyak faktor
keciciran disebabkan taraf sosio-ekonomi, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan
yang amat besar di kalangan remaja dewasa ini. Jesteru itu, ibu bapa hendaklah sentiasa
memantau pergaulan anak-anak supaya tidak tersalah langkah dalam memilih rakan sebaya
sehingga menyebabkan kesan keciciran kepada pelajar tersebut. Disamping itu juga, faktor
perkembangan minda anak-anak haruslah diberi penekanan oleh ibu bapa dimana anak-
anak hendaklah dihantar ke pra-sekolah sejak berumur empat tahun untuk mempelajari
membaca dan mengenal huruf. Kesanggupan serta penekanan yang dilakukan oleh ibu
bapa sejak dari kecil lagi dengan menghantar anak ke tadika atau taska menjadikan minda
anak-anak celik sekaligus boleh mengurangkan keciciran dikalangan pelajar. Jesteru itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat banyak inisiatif dengan membuat pelbagai
program untuk mengurangkan kadar keciciran dikalangan anak-anak dalam Bandar dan luar
Bandar.
5.0 Bibliografi

Ahmad, Z. (n.d.). PERLAKSANAAN LITERASI DAN NUMERASI DI SEKOLAH RENDAH. Selangor: Kolej
Universiti Islam Antarabangssa Selangor.

HUSIN, M. S. (2008). KAJIAN TENTANG FAKTOR SEKOLAH YANG MEMPENGARUHI MASALAH


PONTENG DI KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH – SEKOLAH MENENGAH DAERAH TANAH
MERAH KELANTAN . JOHOR: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

Ramli Saadon, K. A. (1985). Perkembangan Pendidikan orang Melayu di Malaya sebelum kemunculan
Western-Type-Education. Jurnal perspektif Jil. 8 Bil.2, 80.

TAHIR, N. (n.d.). FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA. PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN


MALAYSIA, 1.

Anda mungkin juga menyukai