Anda di halaman 1dari 3

Implikasi teori keperluan maslow dalan konteks pengajaran dan pembelajaran di

dalam subjek Tajwid

1.0 Pendahuluan.
Menurut (Gage R.M 1985 ) teori keperluan pembelajaran banyak membantu anak murid.
Salah seorang tokoh yang terkenal dalan teori keperluan adalah Abraham Maslow. Yang
mana ia memperkenalkan teori pembelajaran hierarki keperluan manusia iaitu lima
kompenan asas dalam teori tersebut adalah seperti berikut

PENYEMPURNAAN KENDIRI
(KEINGINAN BERTERUSAN UNTUK MAKSIMUMKAN POTENSI DIRI

HARGA DIRI
(PENGIKTIRAFAN,PENERIMAAN,PRESTEJ,STATUS)

KASIH SAYANG
(PERSAHABATAN,SOKONGAN KELUARGA,KEAHLIAN KUMPULAN DAN HUBUNGAN INTIM)

KESELAMATAN
(RUMAH YANG DIDUDUKI SELAMAT DARIPADA BAHAYA DARI PENCEROBOHAN

FISIOLOGI
(KEPERLUAN ASAS MAKAN,MINUM DAN TEMPAT TINGGAL)

Rajah 1 : teor keperluan maslow 1970

2.0 Penjelasan Teori Keperluan Abraham Maslaw dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran

Keperluan fisiologi adalah keperlua asas bagi setiap pelajar. Sekiranya pelajar tidak
memenuhi keperluan tersebu ia akan menyebabkan prestasi pelajar akan meredum.
Sebagai contoh ketika pembelajaran tajwid sedang di ajar kepada pelajar ada pelajar
berasa kurang semangat untuk belajar dan apabila di tanyakan mengapa beliau tidak
semngat jawapan yang di berikan adalah mereka tidak makan dan minum ketika waktu
tengahari. Hanya makan dan minum ketika waktu pagi sahaja. Ini menyebabkan fokus
ketika pengajaran amat terganggu. Berlainan pula dengan pelajar yang sudah makan dan
minum ketika wamtu tengahari mereka lebih fokus dan dapat menjawab setiap soalan

1
yang di berikan oleh guru dengan betul. Keperluan fisiologi sangat penting bagi murid
sekolah terutamanya murid sekoah rendah. Hal ini kerana tanpa keperluan fisiologi akan
menyebabkan sesi pengajaran akan terganggu. Oleh itu sebelum memulakan sesi
pengajaran setiap pelajar perlu memenuhi keperluan fisiologi dengan baik.

Keperluan yang ke dua adalah, keperluan keselamatan. Setiap pelajar di sekolah perlu
mempunyai keperluan keselamatan supaya mereka berasa amat senang hati untuk pergi
dan balik ke sekolah. Hal ini dapat di lihat apabila ada pelajar yang hadir ke sekolah
dengan menaiki van. Selain itu terdapat juga pelajar yang hadir dengan menaiki
kenderaan yang di hantar oleh ibu dan bapa. Tetapi terdapat permasalah yang dilihat
yang mana ada sebahgian pelajar yang hadir ke sekolah dengan menaiki basikal dan
berjalan kaki. Keperluan keselamatan yang di awasi oleh orang tua amat baik tetapi
terdapat ibi bapa yang terlalu sangat percaya kepada pelajar dengan hanya minta mereka
pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Ini menyebabkan keperluan keselamatan untuk
pelajar tersebut tidak di capai. Kesan nya terhadap pembelajaran adalah mereka yang
hadir dengan menaiki basikal dan berjalan kaki akan menyebabkakn mereka lambat hadir
ke sekolah. Mereka akan tertinggal satu pembelajaran dalam tempoh tiga puluh minit. Ini
menyebabkan mereka ketinggalan di dalam sesi pemebelajaran. Selain itu mereka akan
hilang fokus kerana hadir lewat ke sekolah. Hal ini boleh selamatkan dengan memenuhi
keperluan keselamatan yang terdapat dalam teori Abraham maslow.

Seterunya berkaitan dengan keperluan kasih sayang. Keperluan kasih sayang adalah di
tingkat yang ketiga bagi teori Abraham maslow. Apa yang boleh dilihat adalah, sekiranya
keperluan kasih sayng tidak di penuhi dalam setiap pelajar, mereka akan memberontak
untuk tidak belajar. Ada pelajar yang memerlukan perhatian yang secukupnya ketika sesi
pengajaran. Yang mana mereka perlu di beri banyak nasihat dan motivasi untuk Berjaya.
Sekiranya keperluan kasih sayang ini tidak diberi setiap pelajar akan menjadi tidak minat
dalam sesuatu subjek yang di ajar. Ini dapat dilihat di dalam subjek tajwid yang mana
hamper separuh pelajar di dalam kelas tidak berminat untuk belajar tajwid di sebabkan
guru yang mengajara terlalu garang. Selain tidak memenuhi keperluan kasih sayang
terhadap pelajar. Ini boleh menjadikan prestasi para pelajar bagi subjek tajwid akan
merudum jatuh dari segi peratusan pelajar yang lulus.

2
Keperluan yang seterusnya adalah keperluan harga diri. Yang keperluan ini meliputi
kepujian dan penghargaan kepada pelajar di dalam kelas. Setiap guru perlu memainkan
peranan untuk memberi kata-kata pujian kepada pelajar. Ini menyabakan pelajar tersebut
berasa di hargai. Selain itu ia juga dapat menarik minat seseoarang pelajar itu belajar di
dalam subjek yang di ajar oleh guru tersebut. Sebagai contoh guru memberikan hadiah
atau kata-kata pujian kepada pelajar yang dapat menjawab soalan yang di beri dengan
betul. Berlainan pula sekiranya guru kurang member penghargaan kepada pelajar yang
menjawab soalan dengan betul. Sekiranya guru kurang menggunakan keperluan harga
diri ini kepada pelajar ia akan menjadikan pelajar tersebut merasa bosan dan tidak fokus
ketika belajar. Selain prestasi di dalam sesuatu subjek juga akan menurun. Bukan sahaja
kepada sekolah tetapi kepada pelajar itu juga.

Keperluan yang terakhir di dalam teori Abraham maslow adalah penyempurnaan kendiri.
Yang mana di dalam pembelajaran seseorang itu berani untuk melakukan sesuatu.
Sebagai contoh apabila soalan di tujukan dan dia di minta untuk menjawab tanpa masalah
dia boleh menjawab soalan tersebut. Selain itu keperluan di dalam bentuk pembelajaran
juga boleh di lihat melaui minat pelajar tersebut yang ingin belajar sesuatu subjek. Ini
dapat dilihat dalam kelas yang pertama apabila di tanyakan berkaitan pelajar tajwid
hamper keseluruhan pelajar minat untuk belajar subjek tersebut tanpa ada apa-apa
paksaan oleh itu pelajar di dalam kelas tersebut telah memperolehi penyempurnaan
kendiri di dalam subjek tajwid.

Kesimpulannya teori Abraham maslom amat penting kepada setiap pelajar. Bermula
dengan keperluan fisiologi sehingga keperluan penyempurnaan kendiri. Dengan ada nya
teori ini setiap guru dapat melihat kecerdasan pelajar di dalam kelas dan dapat
mengetahui tahap pencapaian seseorang pelajar tersebut melaui teori kesempurnaan
menurut Abraham maslow.

Anda mungkin juga menyukai