Anda di halaman 1dari 3

8

PENGAPLIKASIAN MODEL KEPERLUAN HIERARKI MASLOW DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH CHIN MEI KEONG Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ilmu Khas. 1.0 Pendahuluan

Teori pembelajaran banyak membantu seorang pendidik dalam membantu anak muridnya (Gage, R.M., 1985). Salah seorang tokoh psikologi dalam mahzab humanistik iaitu Abraham Maslow telah memperkenalkan teori pembelajaran mengikut hirearki keperluan manusia. Lima komponen asas dalam teori tersebut adalah seperti berikut:

PENYEMPURNAAN KENDIRI
(KEINGINAN BERTERUSAN UNTUK MAKSIMUMKAN POTENSI DIRI

HARGA DIRI
(PENGIKTIRAFAN,PENERIMAAN,PRESTEJ,STATUS)

KASIH SAYANG
(PERSAHABATAN,SOKONGAN KELUARGA,KEAHLIAN KUMPULAN DAN HUBUNGAN INTIM)

KESELAMATAN
(RUMAH YANG DIDUDUKI SELAMAT DARIPADA BAHAYA DARI PENCEROBOHAN

FISIOLOGI
(KEPERLUAN ASAS MAKAN,MINUM DAN TEMPAT TINGGAL)

Rajah 1: Model Keperluan Hierarki Maslow,1970

2.0

Penjelasan Model Keperluan Hierarki Maslow

Keperluan fisiologi merujuk kepeda keperluan asas yang perlu dipenuhi untuk terus hidup seperti udara, makanan, minuman, tempat tinggal dan sebagainya. Keperluan keselamatan pula merujuk kepada perasaan selamat baik dari segi fizikal dan juga psikologikal. Seterusnya keperluan kasih sayang merujuk kepada rasa disayangi, dibelai dan sentiasa diambil berat. Keperluan penghargaan kendiri pula merujuk kepada rasa dihargai setelah seseorang individu telah berjaya melakukan sesuatu tugas

dengan baik atau diiktiraf usaha-usaha yang telah dicurahkan. Keperluan terakhir adalah merujuk kepada keperluan kesempurnaan kendiri iaitu merujuk kepada tahap keperluan yang paling tinggi bagi seseorang, di mana seseorang individu akan cuba sedaya upaya untuk mencapai kepuasaan hidupnya.

3.0

Pengaplikasian Model Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah

Menurut Mahmood Nazar Mohamed (1990), seorang guru perlu prihatin dengan kehendak anak muridnya. Pertama sekali, guru perlu mengambil tahu sama ada murid tersebut telah memenuhi keperluan fisiologinya sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya cuba ambil tahu sekiranya ada mana-mana murid yang belum bersarapan kerana miskin dan ibu bapa tidak dapat menyediakan makanan untuk mereka. Jika ini ada berlaku, maka guru itu perlu berusaha untuk membantu murid berkenaan. Antaranya, mungkin guru boleh mencadangkan murid tersebut untuk menerima bantuan dalam Rancangan Bantuan Pemakanan Sekolah. Selain itu, pastikan guru juga perlu pastikan murid mempunyai baju sekolah yang cukup terutamanya bagi golongan yang miskin. Guru boleh mendapatkan bantuan daripada pihak PIBG bagi membantu murid yang menghadapi masalah tersebut.

Selepas keperluan fisiologi anak murid dipenuhi, seseorang guru perlu fokus kepada aspek keselamatan murid. Aspek keselamatan merangkumi aspek fizikal dan psikologikal. Seorang guru mesti pastikan murid berasa selamat apabila berada di dalam bilik darjah. Antaranya guru perlu pastikan bangunan fizikal sekolah dalam keadaan yang selamat, peralatan di dalam bilik darjah seperti kerusi meja, kipas, dan lain-lain ada dalam keadaan yang baik dan selesa digunakan. Di samping itu, murid juga perlu rasa selamat dari segi psikologikalnya, misalnya tidak berasa terancam dan terganggu emosi dengan sikap guru yang terlalu tegas dan garang sehingga murid berasa takut untuk mengikuti kelas guru tersebut.

Setiap manusia memerlukan kasih sayang (Anita Woolfolk, 2004). Sebagai seorang guru, jangan kedekut untuk menunjukkan sifat penyayang kepada murid kita. Guru bagaikan ibu dan bapa kepada murid di sekolah, luangkanlah lebih masa untuk

10

mendengar luahan hati mereka dan cuba membantu mereka seperti mana kita membantu anak sendiri. Sekiranya ada di antara murid yang melakukan kesilapan, jangan kenakan dendaan dan hukuman sebelum kita mendengar dan menyiasat. Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan? Yang lebih penting ialah membimbing mereka dengan penuh kasih sayang supaya balik ke pangkal jalan.

Apabila murid kita menunjukkan perubahan yang positif atau melakukan sesuatu tingkah laku yang baik, cepat-cepat kita memuji mereka, biar mereka berasa seperti beroleh kejayaan dan dihargai. Setiap murid suka dipuji, pujian daripada seorang guru yang tepat masa dan tempatnya, amat besar maknanya kepada murid. Apabila anak-anak murid rasa dihargai, maka mereka akan bermotivasi untuk melakukan perkara yang lebih baik pada masa akan datang (Eggen, P. & Ksuchak, D., 2001).

4.0

Rumusan

Menurut Maslow (1970), setiap manusia berupaya untuk mencapai kesempurnaan kendiri sekiranya tahap-tahap keperluan di bawah hierarki keperluan dipenuhi. Dengan memuaskan keperluan fisiologi murid, menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk belajar, menabur kasih sayang kepada mereka, dan biar mereka rasa dihargai, maka generasi-generasi muda akan berjaya mencapai ke tahap kesempurnaan kendiri.

RUJUKAN Anita Woolfolk. (2004). Educational psychology. (9th Edition). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). Educational psychology Windows On Classroom. (5th Edition). Upper Saddle River, New Jersey: Merrill Prentice Hall. Gage, R.M. (1985). The Conditions of learning and theory of instruction. (4th Edition). New York: Holt, Rinehart & Winston. Maslow, A.H. (1970). Motivation and personality(2nd Edition). New York: Harpen and Row Publishers. Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai