Anda di halaman 1dari 5

PENDEKATAN KAEDAH PEMBELAJARAN AL-QURAN &

IBADAH TERHADAP KANAK-KANAK AUTISMA DI MALAYSIA

Pengenalan

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ke-empat, autisme
adalah satu gangguan mental yang mula muncul pada peringkat kanak-kanak yang
mengakibatkan seseorang berkelakuan tidak normal dan sukar berkomunikasi
dengan masyarakat (Baharom 2005). Biasanya, gejala autisme dapat dikenal pasti
seawal usia tiga tahun selepas kelahiran (Plimley et al. 2007). Tiga kriteria utama
individu dengan autisme adalah masalah berkomunikasi, masalah dalam bersosial
dan keterbatasan dalam aktiviti dan minat (Rowland 2005).

Di Malaysia, beberapa pertubuhan seperti The National Autism Society of


Malaysia (NASOM), Institut Masalah Pembelajaran dan Autisme (The IMPIAN
Institute) dan Autism Link Malaysia merupakan antara pusat pendidikan bagi
masalah autisme. Kebanyakan institusi ini menawarkan perkhidmatan seperti terapi
pertuturan, terapi gunaan analisis kelakuan (applied behavior analysis therapy,
ABA) dan terapi integrasi sensori (sensory integration therapy, SI) dalam usaha
meningkatkan keupayaan kognitif, afektif dan psikomotor mereka. Teknik yang
digunakan di kebanyakan pusat pendidikan dan asuhan kanak-kanak autistik lebih
menekankan kepada kemampuan membaca, mengira atau aktiviti sosial. Namun
tidak banyak kajian atau pendokumentasian yang dilakukan mengenai kedah
pembelajaran Al-Quran.

Oleh yang demikian kajian memfokuskan kepada golongan autistik dan


bertujuan menyingkap kaedah pengajaran membaca al-Quran dan ibadah.
Kerangka kerja teori dan Konsep

Menerusi kajian ini, pengkaji akan merujuk kepada teori yang telah
dikemukakan dan digunakan oleh pengkaji lepas dalam kajian berkaitan dengan
pembelajaran. Teori pembelajran ini merupkan hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli
Psikologi tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor
yang mempengaruhi proses pembelajaran. Oleh itu pengkaji akan menggunakan
teori psikologi daya dimana teori ini amat diperlukan dalam proses pembelajaran
bagi anak-anak autism. Hal ini kerana dalam teori ini menekankan konsep melatih
kekuatan yang ada pada setiap manusia. Kebanyakkan pengkaji yang melakukan
kajian berkiatan pembelajaran menggunakan teori ini kerana ia merangkupi semua
aspek yang berkaitan pembelajaran. Antara elemen yang ada dalam teori ini adalah
daya penghayatan, penelitian, penanggapan, pengkhayalan, pemikiran serta
sebagainya.

Kerangka kerja teori dalam kajian ini dibangunkan berdasarkan kepada teori
psikologi daya dimana teori dapat menbantu dalam menerapkan konsep atau
kaedah yang sesuai untuk proses pembelajaran bagi anak-anak autism. Selain itu
teori ini juga menekankan kepada suatu kaedah bahawa manusia merupakan satu
sistem tenaga yang mampu memberi tindak balas terhadap dorongan melalui
ransangan sehingga manusia tersebut mampu berinteraksi melalui organ badan.
Maka dengan adanya teori pembelajaran yang khusus untuk anak-anak autisma
mampu memberi kemudahan serta harapan kepada mereka untuk mempelajari ilmu
Al-quran serta ibadat dengan lebih berkesan.

Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan


daripada pengalaman atau latihan. (Williams & Anandam, 1973) . Teori
pembelajaran ini mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses
pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu
dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh
mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa
pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan
diramal.

Selain meningkatkan keberkesanan pembelajaran, penggunaan ganjaran dan


peneguhan dalam proses P&P dilihat sebagai satu inisiatif untuk mengawal situasi
pembelajaran kanak-kanak autisma. Ganjaran merupakan satu bentuk pendekatan
psikologi yang melibatkan emosi seseorang. Eksperimen Kotak Skinner
menunjukkan sesuatu perbuatan akan sentiasa diulangi jika wujud ganjaran yang
digemari dan terhenti apabila ganjaran tersebut hilang atau terputus (Skinner
1988). Dua jenis peneguhan yang biasa digunakan, iaitu yang pertama ialah
peneguhan positif dimana pendidik memberian hadiah, pujian dan sokongan
terhadap sesuatu perlakuan yang akan meningkatkan kebarangkalian ia diulangi
lagi. Peneguhan kedua ialah dengan peneguhan negatif iaitu dengan pemberian
rangsangan yang tidak selesa supaya kebarangkalian suatu tingkah laku diulangi
menurun (Bajuri et al. 2012).
PENDEKATAN KAEDAH PEMBELAJARAN
AL-QURAN & IBADAH TERHADAP
KANAK-KANAK AUTISMA DI MALAYSIA.

MASALAH

KURANG PENDEKATAN KHAS UNTUK ANAK-ANAK


AUTISMA UNTUK MEMPELAJARI AL-QURAN
KURANG KESEDARAN DAN KEMAHIRAN
GOLONGAN PENDIDIK DALAM MENGAJAR
PELAJARAN AL-QURAN

TEORI PEMBELAJARAN
TEORI PSIKOLOGI DAYA
- menekankan konsep melatih kekuatan yang
ada pada setiap manusia.

KAEDAH PEMBELAJARAN KESEDARAN PIHAK


DIPUSAT BIMBINGAN YANG
BERTANGGUNGJAWAB
Persoalan kajian

Adakah terdapat kaedah yang tetap terhadap pembelajaran Al-Quran untuk


anak-anak autism ?
Adakah kaedah yang digunakan mengikut jenis peringkat autism ?
Adakah para pendidik dan masyarakat mempunyai kemahiran yang betul
dalam mendidik anak-anak autism dalam pendidikan Al-Quran ?

Anda mungkin juga menyukai