Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai


kelemahan dari segi afektif, psikomotor serta emosi di samping kekuatan. Sebagai seorang
pendidik, guru seharusnya memikirkan cara untuk meningkatkan kualiti diri murid-murid
berkeperluan khas supaya mereka dapat menjalani kehidupan secara optimum. Hal ini dapat
dicapai dengan menggunakan pelbagai strategi serta guru perlu kreatif dalam pengajaran.
Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang
bersesuaian beserta penggunaan sumber yang pelbagai dengan mengambil kira kemahiran
yang ada dan perlu mereka capai. Hal ini bertujuan untuk mendidik dan membantu kanak-kanak
ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor
mereka. Kanak-kanak berkeperluan khas juga dilihat mempunyai masalah tingkah laku,
masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-
kanak ini mengatasi masalah yang ada dan mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan
keupayaan mereka, pelaksanaan terapi oleh guru sangat diperlukan kepada murid-murid
berkeperluan khas (MBK).

2.0 Maksud Terapi

Terapi sangat sinonim dengan MBK dan bermacam-macam jenis terapi boleh dijalankan
ke atas MBK. Terapi ini boleh dilaksanakan di hospital oleh pakar-pakar terapi dan guru juga
boleh mengadaptasi terapi-terapi ini di sekolah. Antara adaptasi terapi yang dilakukan di
sekolah ialah terapi cara kerja, terapi pertuturan, terapi fisio, terapi main hidro dan pasir.
Menurut Kamus Perubatan Mosley (2001), terapi merupakan rawatan pemulihan ke atas
pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan
bertujuan menyebabkan kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan, melalui
terapi, guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian
dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif lagi menyeronokkan.

3.0 Keperluan Terapi

Terapi sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan perkembangan diri MBK


terutamanya murid masalah pembelajaran. Terapi juga diperlukan bagi menyediakan murid
untuk belajar dari segi mental, fizikal, emosi dan sosialisasi. Terapi cara kerja merupakan satu
terapi yang menjadi asas dalam membantu menyediakan murid untuk belajar. Hal ini kerana,

1
terapi ini dapat melatih kemahiran motor halus murid di samping melatih fizikal dan menguatkan
psikomotor murid seterusnya membolehkan mereka bersedia untuk kemahiran yang lebih tinggi
seperti menulis. Guru perlu diberi latihan tentang kemahiran motor halus yang boleh dilakukan
melalui bengkel secara berkala atau dijadikan salah satu komponen dalam kursus pendidikan
perguruan. Selain itu, kolaborasi antara guru dan ahli terapi cara kerja juga dapat memberi
manfaat kepada murid dan guru Pendidikan Khas. Melalui latihan dan hubungan kolaborasi
yang efektif, guru menerima kemahiran untuk mengendalikan murid masalah pembelajaran
yang mempunyai masalah kemahiran motor halus. Sekaligus dapat membantu murid semasa
menjalankan aktiviti sama ada di dalam kelas atau kehidupan seharian mereka.

Seterusnya, kebanyakkan murid masalah pembelajaran juga mengalami masalah dari


segi ketahanan diri terutamanya untuk belajar apatah lagi bekerja. Kebiasaannya, daya
tumpuan mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran guru adalah singkat bahkan mereka
mempunyai daya ingatan yang lemah. Buktinya, dapat dilihat pada murid Attention Deficit
Hyperactive Disorder (ADHD) dan murid-murid slow learner. Oleh itu, terapi sangat diperlukan
untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka mempunyai ketahanan diri yang tinggi
terutamanya dari segi aspek penumpuan untuk menjalani kehidupan di sekolah dan di alam
pekerjaan. Di samping itu, murid masalah pembelajaran juga mudah tantrum. Oleh itu, terapi
muzik dapat membantu murid untuk bertenang dan mengawal emosi mereka.

Setiap individu memerlukan motivasi tidak kira motivasi intrinsik atau ekstrinsik. Begitu
juga dengan murid masalah pembelajaran, mereka memerlukan terapi sebagai satu motivasi
bagi memperbaiki kelemahan mereka dan berada setaraf dengan murid tipikal. Motivasi yang
diberikan terhadap seseorang individu dapat membantu meningkatkan pencapaian terutamanya
dalam bidang akademik. Muhammad Kamil (2001) juga menyatakan pendapat yang sama iaitu
motivasi merupakan elemen yang penting dalam menghasilkan pembelajaran yang sempurna.
Selain itu, terapi berperanan sebagai pemberi motivasi ekstrinsik kepada diri murid masalah
pembelajaran dan berupaya membangkitkan semangat mereka untuk meneruskan kehidupan
terutamanya bagi murid yang mengalami masalah pada tahap yang agak teruk. Hal ini disokong
oleh Weiner (1990), beliau menyatakan motivasi adalah keadaan dalaman seseorang yang
membangkitkan, mengarah dan tingkah laku secara berterusan.

Terapi juga diperlukan bagi membantu murid masalah pembelajaran membina konsep
kendiri mereka. Menurut Rogers (1951) dalam Azizi dan Jaafar (2006), konsep kendiri
didefinisikan sebagai definisi yang diberikan oleh individu kepada dirinya sendiri secara sedar.
Menurut Roger (1951) dalam Azlina (2002), beliau menolak pendapat bahawa manusia dikawal

2
oleh dorongan bawah sedar dan menekankan bahawa pengalaman pada masa sekarang lebih
penting daripada pengalaman lepas. Kebiasaannya, individu cenderung untuk membuat
penilaian terhadap dirinya berdasarkan kepada tanggapan dan layanan orang-orang disekeliling
terhadap dirinya. Individu akan lebih berkeyakinan pada dirinya sendiri jika tanggapan dan
layanan yang positif dan baik diberikan kepadanya. Penilaian tentang diri sendiri akan
mempengaruhi sikap, interaksi sosial dan juga personaliti seseorang. Seterusnya,
mempengaruhi matlamat dan juga cita-cita seseorang dalam memenuhi kehendaknya.
Kenyataan ini sesuai dengan teori yang dikemukakan oleh Abraham Maslow iaitu teori hierarki
keperluan. Menurut Maslow (1970) dalam Azlina (2002), beliau mengkelaskan keperluan asas
manusia kepada lima keperluan mengikut hierarki (rujuk lampiran 1). Teori hierarki keperluan
Maslow ini menekankan bahawa seseorang individu perlu memenuhi kesemua keperluan asas
iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan keperluan kasih sayang sebelum
memenuhi keperluan penghargaan kendiri dan mencapai kesempurnaan kendiri. Bagi murid
masalah pembelajaran, terapi memainkan peranan penting dalam membantu murid memenuhi
keperluan asas dan apabila keperluan ini dipenuhi, konsep kendiri yang positif akan terbina
dalam diri mereka. Mereka akan menjadi seorang individu yang lebih yakin pada diri dan
seterusnya dapat membina konsep kendiri yang positif.

Keperluan terapi kepada murid masalah pembelajaran yang seterusnya ialah dapat
merangsang pengaliran darah dalam tubuh dan pengaliran oksigen ke otak mereka.
Memandangkan murid-murid ini lemah dalam daya ingatan, terapi membantu meningkatkan
pengaliran darah dan oksigen ke otak serta dapat membantu murid-murid ini lebih cergas dan
berfikir dengan baik. Jenis terapi yang dicadangkan untuk membantu meningkatkan kefungsian
dalaman murid ini ialah terapi fisio. Contohnya melalui aktiviti melompat, berjalan, menepuk
tangan dapat menggalakkan otot-otot murid bekerja dan merangsang pengaliran darah serta
oksigen ke otak murid di samping dapat melatih menguatkan otot-otot kasar. Terapi ini boleh
dilaksanakan sewaktu Pendidikan Jasmani di padang mengikut kekreatifan guru itu sendiri.

3
4.0 Jenis-Jenis Masalah Murid Masalah Pembelajaran

Program Pendidikan Khas menurut Hallahan dan Kauffman (2005) merupakan satu
program pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan
khas. Murid berkeperluan khas menurut Mc Donnel et. al (1995) ialah murid yang
diklasifikasikan sebagai murid yang mempunyai gangguan tingkah laku, autisme, gangguan
pembelajaran, mental retarded, kecacatan deria dan fizikal. Seterusnya, murid masalah
pembelajaran pula ialah mereka yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar klinikal
mempunyai ketidakupayaan yang mengganggu proses pembelajaran. Perkembangan murid
masalah pembelajaran adalah perlahan dan berbeza dari murid tipikal dari segi fizikal, emosi,
sosial dan intelek. Menurut Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2013),
kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian
Pelajaran Malaysia adalah, sindrom down, autisme ringan, Attention Deficit Hyperactive
Disorder (ADHD), terencat akal minimum dan bermasalah pembelajaran spesifik seperti
disleksia.

4.1 Autisme Ringan

Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang mempunyai maksud diri sendiri dan
isme iaitu aliran. Dalam erti kata lain, perkataan austisme menggambarkan individu yang
berada dalam dunianya sendiri. Menurut American Psychiatric Association (1994), autisme
adalah suatu kecelaruan perkembangan yang membawa impak yang teruk terhadap
kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang-orang di
sekelilingnya serta menunjukkan respons yang ganjil terhadap objek-objek tertentu. Individu
autistik tergolong sebagai mereka yang mempunyai gangguan tingkah laku atau emosi. Kanak-
kanak yang mengalami autisme mempunyai imaginasi yang terhad, hingga menyebabkan
mereka mempunyai minat yang juga terhad dan sering melakukan tinggah laku atau pergerakan
badan yang berulang-ulang (Wing dan Gould, 1979). Contohnya, suka mengepak-ngepakkan
tangan dan suka kepada objek yang berputar. Nisbah berlakunya autisme adalah lebih kepada
kanak-kanak lelaki iaitu empat kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan.

4.2 Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)

Hiperaktif pula merupakan istilah yang digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai
tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu. Masalah utama murid ADHD ialah
kurangnya tumpuan atau tumpuan mereka singkat. Kanak-kanak ADHD sering mengganggu
rakan mereka ketika belajar dan apabila diberikan tugasan mereka sering menangguhnya.

4
4.3 Terencat Akal Minimum

Di samping itu, Persatuan Kerencatan Akal Amerika, mendefinasikan terencat akal


minimum atau mental retarded sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi
intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial
yang amat terhad. Kanak-kanak terencat akal mengalami masalah di dalam pembelajaran
kerana tahap mental yang rendah dan rendah ataupun tiada keupayaaan dalam mengurus
aktiviti harian. Kanak-kanak yang mengalami terencat akal yang teruk tidak dapat berjalan,
bercakap ataupun mengurus diri.

4.4 Disleksia

Selain itu, disleksia merupakan salah satu masalah pembelajaran spesifik. Menurut
Mercer (1997) dan Smith (1991), disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai
kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang
mencukupi. Drake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia boleh dirujuk kepada
beberapa ciri, antaranya kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan
intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar
dan tepat, kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku, mata menjadi penat setelah
beberapa minit menumpu pada tulisan dan tumpuan yang terhad dari segi pendengaran dan
pengamatan visual. Dari sudut perkembangan murid yang mengalami disleksia, mereka dilihat
tidak dapat membaca dengan baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda darinya
dan murid disleksia kerap kali ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan
khas diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira. Pada masa ini, menurut Musa (2002), kanak-kanak disleksia kerap kali
ditempatkan bersama kanak-kanak di kelas pemulihan khas dan Anuar (2001) menyatakan
bahawa kanak-kanak disleksia juga ditempatkan di kelas bermasalah pembelajaran.

4.5 Sindrom Down

Sindrom down merupakan satu kecacatan genetik. Masalah ini juga dikenali dengan
Trisomi 21 kerana terdapat kehadiran sebahagian ataupun kesemua kromosom 21 dalam diri
kanak-kanak sindrom down. Perkataan sindrom down diambil sempena nama doktor yang
mengenal pasti masalah ini iaitu Dr John Langdon Down. Beliau merupakan seorang doktor
warga British. Beliau meneliti masalah berkaitan dengan sindrom down ini dan berjaya
memberikan ciri-ciri sindrom down dengan lebih teliti hasil gabungan perbezaan besar dan kecil
pada struktur badan. Kanak-kanak sindrom down sering kali dijelaskan mempunyai masalah

5
berfikir dan perbezaan tumbesaran mereka berbanding dengan kanak-kanak normal.
Perkembangan dari segi fizikal badan serta kemahiran bertutur adalah lambat berbanding
dengan kanak-kanak normal (Kumin, 2003). Kanak-kanak ini mudah untuk dikesan seawal
mereka bayi lagi berdasarkan ciri-ciri fizikal mereka yang ketara.

5.0 Masalah Murid Sindrom Down

Apabila menyentuh aspek berkaitan dengan kemahiran kognitif murid-murid sindrom


down, kadar tumpuan mereka adalah rendah dan mereka mengalami perkembangan mental
yang lambat. Perkembangan ‘Intelligent Quotient’ (IQ) mereka adalah antara 35 dan 70, dengan
purata sebanyak 55. Hal ini menunjukkan kanak-kanak sindrom down sukar untuk berfikir
dengan baik. Maklumat yang diberikan sukar untuk diproses bagi membentuk pemahaman dan
juga sukar disimpan dalam ingatan jangka panjang (Lewis, 1987). Mereka memerlukan
bimbingan khusus sama ada daripada guru ataupun melalui persekitaran yang sesuai. Masalah
kemahiran berfikir ini telah mereka alami sejak daripada kecil lagi dan menurut Learning
Disabilities Association of America (2001), jika masalah ini tidak diatasi dan juga tidak dirawat,
kanak-kanak sindrom down akan terdedah kepada pelbagai masalah lain lagi seperti
pertuturan, tumpuan yang singkat, masalah tingkah laku dan masalah kefahaman. Bagi
mengatasi masalah ini, pelbagai inisiatif perlu diambil untuk membantu kanak-kanak sindrom
down antaranya dengan menjalankan terapi ke atas mereka.

6.0 Terapi Yang Sesuai Digunakan Bagi Menangani Masalah Murid Sindrom Down
6.1 Terapi Cara Kerja untuk Mengatasi Masalah Tahap Kemandirian Diri yang Rendah

Menurut Mahmood Nazar (1990) kanak-kanak sindrom down memiliki keupayaan


terbatas dalam mengharungi kehidupan normal. Hal ini kerana pada peringkat awal usia, kanak-
kanak sindrom down mengalami masalah fizikal yang berada pada tahap rendah iaitu ada
dalam kalangan kanak-kanak ini yang memiliki otot lembik dan masih lagi gagal menguruskan
diri dengan baik. Ada segelintir kanak-kanak ini memakai lampin pakai buang ke sekolah
kerana masih lagi tidak pandai mengurus diri ketika ke tandas. Keadaan ini yang merumitkan
tenaga pengajar kerana penumpuan awal terpaksa diberi dalam membantu pelajar untuk
menguruskan diri sebelum sesi pembelajaran bermula (Bindal dan Sharma, 2010) dan (Kuyini
dan Desai, 2007). Hal ini menjadikan kanak-kanak memerlukan bimbingan khas dalam
membentuk keperluan harian mereka. Penekanan dalam membantu menguruskan diri
seharusnya dilakukan oleh ibu bapa sejak dari kecil lagi (Darrah, Law dan Pollack, 2001). Untuk
menguruskan diri dengan baik, psikomotor seseorang perlu berada dalam keadaan baik.

6
Oleh itu, terapi cara kerja merupakan terapi yang boleh digunakan untuk membantu
murid-murid sindrom down untuk melatih kemahiran pergerakan motor, pengurusan diri dan
sebagainya. Menurut Jamilah (2014), terapi cara kerja merupakan satu rawatan pemulihan
untuk membantu pesakit mencapai, mengekalkan dan meningkatkan tahap kefungsian dan
kemandirian yang optima untuk menjalani kehidupan seharian, pekerjaan, bermain atau
rekreasi melalui aspek fizikal, mental, social dan kerohanian. Semasa menjalankan terapi ini
kepada murid, guru boleh mengajar mereka cara-cara untuk makan, minum, berlari, molompat
dan memakai pakaian. Latihan pergerakan motor kasar dilakukan dengan menggunakan alatan
yang besar seperti penggunaan bola. Kaedah yang boleh dilakuakan ialah aktiviti membaling
dan menangkap bola. Latihan pergerakan motor halus pula dilaksanakan dengan mengguanakn
alatan yang halus dan kecil bagi melatih koordinasi mata dan tangan mereka. Antara
kaedahnya ialah memasukkan benang ke dalam lubang jarum, menggunting kertas, membuat
origami dan memasukkan manik ke dalam tali. Setelah terapi dijalankan, seharusnya ibu bapa
meneruskan aktiviti ini di rumah dan bukannya mengharapkan bantuan tenaga pengajar di
sekolah semata-mata. Menurut D. Orothea (2012), jika ibu bapa dapat memberikan kerjasama
yang baik, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan menjadi lebih mudah dan lebih
berkesan.

6.2 Terapi Pertuturan

Kebanyakkan kanak-kanak sindrom down mengalami masalah dalam pertuturan (Sigman


dan Ruskin, 1999). Pendidikan awal merupakan satu bentuk pembelajaran yang baik kepada
kanak-kanak. Dalam konteks pembelajaran untuk sindrom down, murid-murid akan diajar untuk
bertutur dahulu sebagai permulaan dalam pendidikan (Zuriahwati Mat Mini, 2012). Pertuturan
yang betul merupakan asas dalam komunikasi bagi memudahkan interaksi antara pengajar
dengan murid-murid sindrom down. Oleh itu, terapi pertututran juga perlu dilaksanakan kepada
murid sindrom down.

Sebelum menjalankan terapi ini, guru perlu memastikan bahawa alat artikulasi murid
sindrom down tidak mempunyai masalah. Sebagai permulaan, kanak-kanak ini akan diajar
mengeluarkan bunyi dari peti suara mereka menggunakan huruf yang mudah untuk disebut dan
dalam suasana permainan yang santai (Kumin, 2003). Murid sindrom down memerlukan satu
suasana yang baik memandangkan mereka ini mudah berubah emosi. Bentuk komunikasi
memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran murid-murid sindrom down. Pada
peringkat ini, guru perlu banyakkan bercakap dalam nada yang tersusun dan menggunakan
ayat yang pendek supaya mudah untuk dipelajari oleh murid-murid sindrom down. Menurut

7
Littlejohn dan Foss (2008), dalam komunikasi antara guru dan murid, guru bukan sahaja
memainkan peranan dengan bertutur malahan perlu memainkan mimik muka, pergerakkan
badan dan juga pandangan mata.

7.0 Penutup

Murid pendidikan khas merupakan murid yang berbeza dengan murid yang tipikal.
Mereka mengalami ketidakupayaan sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Hal ini tidak
bermaksud mereka boleh dipinggirkan oleh masyarakat kerana pelbagai pembentukan
pendidikan telah dirangka untuk membantu mereka menjalani kehidupan biasa. Justeru itu,
pelbagai pihak perlu berkerjasama bagi membantu murid-murid ini supaya mampu
menguruskan kehidupan mereka dengan baik. Dalam konteks pembelajaran pula mereka ini
memerlukan bimbingan khusus serta bimbingan yang berterusan agar dapat membantu mereka
menjalani kehidupan normal. Guru juga perlulah memainkan peranan mereka dengan sebaik
mungkin bagi membolehkan mereka mencapai kesempurnaan diri.

Anda mungkin juga menyukai