Anda di halaman 1dari 4

Terapi Dalam Pendidikan Khas

Terapi Dalam Pendidikan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak


yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang
ada bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-guru
seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu
melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan
seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu
kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta
menjalani kehidupan secara optimum Pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan
kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta
penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran
yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah
& Yasmin 2006). Ini bertujuan mendidik dan membantu
kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan
emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka.

Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah


kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku,
masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan
masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak ini
mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan
keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh
guru-guru ialah terapi.

Objektif Terapi

Objektif terapi dalam pendidikan khas adalah supaya guru


dapat mengenal pasti keperluan terapi untuk
perkembangan diri murid yang bermasalah. Setiap pelajar
haruslah diketahui permasalahan yang mereka hadapi
agar terapi atau nama lain pemulihan ke atas diri mereka
dapat dilakukan. Selain itu, objektif terapi ini juga turut
menjadi satu penanda aras kepada guru agar penilaian
dapat dibuat bagi aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan
tahap murid.

Keperluan Terapi

Seperti yang sedia maklum, setiap perkara yang dibuat


haruslah mempunyai tujuan dan keperluannya tersendiri.
Begitu juga dengan terapi dalam pendidikan khas, salah
satu keperluan terapi ini adalah untuk melatih murid-
murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan
dengan kehidupan seharian. kedua pula, bagi
mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan
tidak kira di dalam kelas mahupun di luar kelas.

Sesuatu pengajaran itu seharusnya memberikan kesan


positif dalam diri murid pendidikan khas. Tidak dinafikan,
keperluan terapi juga turut meransang murid untuk
bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran
serta dapat meningkatkan perkembangan fungsi kognitif,
emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah
pembelajaran.

Definisi Terapi
Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi
didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit
yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau
mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan
kefungsian badan secara normal. Definisi terapi dalam
konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu
seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu
aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks
pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian
kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah
terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan
ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan
dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.

Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah


salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat
membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke
peringkat yang lebih tinggi.

Jenis-Jenis Terapi

Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam


pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran ialah:
1. Terapi fisio dan terapi cara kerja.
2. Terapi seni visual.
3. Terapi berkuda.
4. Terapi pasir.
5. Terapi muzik dan nyayian.
6. Pergerakan kreatif dan drama.
7. Terapi Hidro (Air)
8. Terapi alternatif
9. Terapi pertuturan

Anda mungkin juga menyukai