Anda di halaman 1dari 38

Konsep Cetakan dan Cetakan

Persekitaran:
Asas Literasi Kanak-kanak.
Soalan
• Apa yang anda faham tentang konsep
cetakan?
• Mengapakah ianya penting kepada kanak-
kanak?
Apa Itu Konsep Cetakan?

• Frasa konsep cetakan pertama kali digunakan


oleh Marie Clay pada tahun 1966 semasa
mengemukakan teori pemunculan literasi kanak-
kanak.

• Clay (1989) menyatakan bahawa pemunculan


literasi adalah perlakuan menulis dan membaca
kanak-kanak yang berkembang kepada
kebolehan membaca dan menulis sebenar.
Apa Itu Konsep Cetakan?

• Teale dan Sulzby (1986) menyatakan bahawa proses


perkembangan literasi kanak-kanak telah berlaku sejak
lahir sehingga kepada pengajaran pembacaan dan
penulisan yang lebih formal.

• Kanak-kanak menyedari bahawa cetakan yang terdapat


dalam buku dan persekitarannya adalah bermakna dan
juga muncul kefahaman terhadap bahasa lisan
sebenarnya boleh ditulis.

• Peramal kepada pencapaian literasi di masa akan datang.


Kemahiran Konsep Cetakan
• Sesetengah kanak-kanak mungkin telah
memperolehi konsep cetakan sebelum
mereka melangkah ke alam
persekolahan lagi (Clay, 2005).
Kemahiran Konsep Cetakan
• Pengetahuan dan penguasaan dalam
konsep cetakan ini merupakan asas
kepada pengetahuan kanak-kanak
dalam pembacaan dan penulisan
semasa di peringkat awal usia mereka
(Laura, Ryan & Lori, 2006).
Bagaimana Menerapkan
Kemahiran Konsep Cetakan?
Sebagai orang dewasa kita tidak mengendahkan
sangat tentang konsep cetakan kerana secara
automatik kita tahu apa yang perlu dibaca dan
apa yang perlu dilihat.

Bagi kanak-kanak ia adalah sesuatu yang perlu


dipelajari.
Bagaimana Menerapkan
Kemahiran Konsep Cetakan?
Sebagai orang dewasa kita tidak mengendahkan
sangat tentang konsep cetakan kerana secara
automatik kita tahu apa yang perlu dibaca dan
apa yang perlu dilihat. Bagi kanak-kanak ia
adalah sesuatu yang perlu dipelajari.

Kita dapat membantu dengan cara.....


• Melalui membaca buku cerita
• Melalui aktiviti literasi
• Melalui cetakan persekitaran
Apakah Kemahiran Konsep Cetakan?

• Tahu fungsi buku.


• Tahu memegang buku dengan betul.
• Tahu kulit/ muka depan buku.
• Tahu tajuk buku.
• Tahu membezakan gambar dengan perkataan.
• Tahu membaca dari kiri ke kanan.
• Tahu di mana permulaan dan penghujung ayat.
• Tahu tulisan teks yang mengisahkan cerita bukannya
gambar.
• Tahu bilangan ayat yang terdapat dalam muka surat
tertentu
• Tahu yang mana perkataan dan huruf
Peringkat dalam Pembacaan
Buku Cerita
1. Fokus kepada gambar tetapi tidak
bercerita.

• Kanak-kanak melabel gambar tetapi tidak


membuat cerita tentang gambar.
Peringkat dalam Pembacaan
Buku Cerita

2.Fokus kepada gambar dan bercerita secara


lisan.

• Kanak-kanak membina cerita berdasarkan


gambar.
• Intonasi bahasa lisan.
Peringkat dalam Pembacaan
Buku Cerita
3. Menggunakan gambar untuk bercerita.

• Kanak-kanak menggunakan gambar


untuk bercerita.
• Intonasi seperti membaca buku cerita
dan kadang-kadang menggunakan
bahasa penulisan.
Peringkat dalam Pembacaan
Buku Cerita
4. Menggunakan cetakan perkataan untuk
membaca.
• Kanak-kanak faham tentang tulisan yang
menyatakan cerita, bukannya gambar.
Aktiviti Membaca
• Membaca buku secara berulang.

• Menunding semasa membaca.

• Memperkenalkan gambar dan juga tulisan.

• Menunjukcara perlakuan sebagai pembaca.

• Meminjamkan buku cerita ke rumah.


Aktiviti Literasi

• Kanak-kanak boleh memotong label, logo


daripada majalah dan menampalnya di
dalam kertas atau buku skrap.

• Menyediakan tempat main drama dengan


pelbagai bahan bercetak seperti bekas
makanan, air kotak dll.
Aktiviti Literasi

• Guru boleh menulis cerita atau


penerangan lukisan kanak-kanak.
(language experience approach).

• Menulis hasil lawatan atau morning walk.


Aktiviti Literasi

• Melabel dengan kanak-kanak kawasan


penting di dalam bilik darjah dan peraturan
tempat simpan barang mereka.

• Kanak-kanak boleh menulis nama mereka


sendiri untuk kerja-kerja harian.
Aktiviti Literasi

• Sediakan bahan untuk kanak-kanak


‘menulis’ kepada rakan atau ibu bapa.

• Galakkan mereka menggunakan apa jua


bentuk tulisan awal dari contengan ke
tulisan.
Apa Itu Cetakan Persekitaran?
• Cetakan persekitaran adalah cetakan yang terdapat
dipersekitaran kita.
❑ Label pada makanan

❑ Logo restoran kegemaran

❑ Simbol trafik

❑ Nama sekolah/jalan /bangunan


Cetakan Persekitaran kepada
Kanak-kanak
• Cetakan persekitaran merupakan cetakan
pertama yang mula dikenali oleh kanak-kanak.

• Ianya dapat membantu kanak-kanak


memahami bahawa sesuatu simbol membawa
sesuatu makna.
Cetakan Persekitaran kepada
Kanak-kanak
Proses:
•Biarpun pada mulanya kanak-kanak mengenali
logo dan gambar.

•Lama kelamaan mereka boleh menghubungkan


logo dan gambar dengan perkataan.

•Akhirnya mereka boleh membaca perkataan


tersebut.
Skop Kajian Cetakan Persekitaran
• Membaca cetakan persekitaran biasa
dilakukan oleh kanak-kanak sebelum mereka
mula membaca cetakan tulisan di dalam
buku.

• Kanak-kanak meneroka cetakan


persekitaran dan juga buku dahulu sebelum
mereka membentuk kefahaman tentang huruf,
perkataan dan ayat. (Clay, 1993)
• Kanak-kanak yang dibesarkan dalam
persekitaran yang kaya dengan cetakan
akan mengetahui bahawa cetakan tulisan
berbeza daripada cetakan visual yang
terdapat di persekitaran (simbol atau
logo).
• Kanak-kanak mengecam yang cetakan
persekitaran juga berbeza-beza (tag
harga, surat khabar, tanda jalan)

• Akhirnya mereka sedar yang cetakan


boleh digunakan bagi menyampaikan
maklumat atau maksud seseorang.
Cetakan Persekitaran dan
Kemahiran Praliterasi
• Padanan yang sama ataupun memory game.
(Potong cetakan persekitaran yang serupa.)

• Mengklasifikasikan logo mengikut kategori tertentu.


(Himpunkan pembungkus makanan daripada jenis
yang berlainan)
Cetakan Persekitaran dan
Kemahiran Praliterasi
• Mencari simbol. Lekatkan pelbagai cetakan
persekitaran di sekitar bilik darjah. Berikan satu set
simbol bagi kanak-kanak mencari simbol yang
sama.

• Asingkan simbol atau logo mengikut tema atau


brand tertentu.

• Besarkan logo atau simbol. Jadikan mainan


cantuman bagi kanak-kanak.
Cetakan Persekitaran dan
Pengenalan Huruf
• Laminate potongan gambar/logo serta nama
produk terdapat di bawahnya. Kanak-kanak
boleh melorek huruf-huruf. Letakkan juga logo
yang sama dalam buku bagi kanak-kanak
mewarna dan juga menulis perkataannya.

• Abjad bermagnet untuk kanak-kanak meniru


ejaan suatu produk.
Cetakan Persekitaran dan
Pengenalan Huruf
• Abjad bermagnet untuk kanak-kanak meniru
ejaan suatu produk.
• Klasifikasikan awalan huruf produk-produk.
Kanak-kanak boleh memotong dan
menampal di dalam buku.
A-
C-

B-
D-

• Mencari huruf tertentu menggunakan


persekitaran bilik darjah.
Kelas yang Kaya dengan
Cetakan
• Kelas yang kaya dengan cetakan juga
akan dapat membina kemahiran kanak-
kanak dari segi praliterasi dan juga
fonemik serta fonetik.
Kelas yang Kaya dengan
Cetakan
• Guru boleh melekatkan poster ABC, lagu
atau bahasa berirama dan lain-lain bahan
yang telah ditulis oleh kanak-kanak di
dinding kelas.
Kelas yang Kaya dengan
Cetakan
• Pastikan guru membawa kanak-kanak ke
poster di dinding kelas tersebut dan
membincangkan atau beraktiviti dengan
kanak-kanak menggunakan poster
tersebut.
Peranan Guru dan Ibu Bapa
• Dengan bantuan dan sokongan orang
dewasa perpindahan daripada konsep
cetakan persekitaran kepada konsep
cetakan dan seterusnya kepada membaca
dan menulis yang sebenar akan berlaku
dengan lebih berkesan lagi.
Peranan Guru dan Ibu Bapa
• Guru harus memastikan kanak-kanak
menguasai kemahiran asas literasi ini
supaya kanak-kanak dapat meguasai
kemahiran membaca dan menulis
sebenarnya dengan mudah.
Peranan Guru dan Ibu Bapa
• Oleh itu guru harus mengenal pasti tahap
kemahiran kanak-kanak dan melakukan
proses scaffolding bagi memastikan
kanak-kanak memperolehi kemahiran
yang diperlukan.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai