Anda di halaman 1dari 3

ISL 7 EDU 3103

Muat turun maklumat internet mengenai pembelajaran sosial, modeling, dan pembelajaran pemerhatian serta pendekatan humanistik. Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik dengan memberi tumpuan kepada rumusan semua teori dan simpan dalam portfolio.

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Individu (Motivasi Intrinsik )

IXPXT

Tiga Unsur Utama Persekitaran (Rangsangan Luaran) Tingkah Laku (Tindak Balas)

Teori Pembelajaran Sosial : (Bandura)


Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan. Orang diperhatiakan sebagai model. Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (modeling).

ISL 7 EDU 3103

Teori Pemodelan : Bandura 4 unsur utama Pemerhatian (Attentian ) Mengingat ( retention ) Reproduksi ( reproduction ) Peneguhan / Motivasi (reinforcement / motivation )

Teori Pembelajaran Pemerhatian Albert bandura (1925 hingga kini) adalah pakar psikologi yang menghubungkanpembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan. Kajian dilakukan ke atas kanakkanak apabila mereka menonton video orang dewasa memukul, mengetuk ,menendang dan duduk di atas patung Bobo sambil menjerit sockeroo!. Kemudian,mereka pergi ke bilik permainan yang terdapat patung Bobo dan mula menunjukkanaksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton tadi. Bandura menamakansituasi ini sebagai pembelajaran pemerhatian.Proses peniruan mempunyai empat langkah tertentu iaitu pe merhatian,penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Menurut Choong (2008), manusia belajar melalui pemerhatian atas tingkahlaku orang lain dan hasil tingkahlaku tersebut

ISL 7 EDU 3103


TEORI PENDEKATAN HUMANIS Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), pendekatan ini melihat pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Menurut Choong (2008) pula, pendekatan ini menumpukan kepada perkembangan konsep kendiri, motivasi intrinsik dan kesedaran kendiri murid-murid.

Teori Pembelajaran Eksperiental Carl Rogers (1902-1987), pelopor teori ini menganggap manusia pada dasarnya baik dan bermotivasi tinggi untuk mencapai potensi diri. Beliau juga percaya bahawa setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar. Teori pembelajaran eksperiental mengutamakan pelajar terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran. Rogers mengkategorikan teori ini kepada dua bahagian iaitu pembelajaran kognitif yang mementingkan akademik semata dan pembelajaran pengalaman yang melibatkan aplikasi pengetahuan. Apabila pelajar berada pada tahap ancaman rendah, kadar pembelajaran menjadi lebih pantas kerana pembelajaran tersebut atas usaha mereka sendiri.

Teori Hirarki Keperluan Maslow Abraham Harold Maslow (1908-1970), menghasilkan peringkat keperluan manusia untuk mencapai potensi diri masing-masing. Peringkat keperluan ini pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu keperluan kekurangan dan keperluan perkembangan. Di dalam keperluan kekurangan terdapat keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan yang perlu dicapai agar pelajar terus bermotivasi ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Dalam keperluan perkembangan pula, pencapaian intelek, estetika dan penyempurnaan kendiri akan dicapai apabila keperluan kekurangan dipenuhi. Kita akan berusaha merealisasikan kebolehan kita agar menjadi manusia yang sempurna.

Implikasi Pendekatan Humanis Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru perlu memenuhi keperluan asas murid-muridnya dahulu sebelum memulakan pengajaran. Kenalpasti setiap kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran. Peruntukkanlah sedikit masa untuk melakukannya. Guru hendaklah menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), guru hendaklah melayani individu pelajar sebagai insan, membentuk individu pelajar mengikut potensi masingmasing dan menyediakan mereka untuk menghadapi zaman dewasa kelak.

http://moshimoshi.netne.net/materi/psikologi_pendidikan/bab_12.htm http://notapismpks.blogspot.com/2011/06/mdab-teori-pendekatan-humanis.html 3

Anda mungkin juga menyukai