Anda di halaman 1dari 9

TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME

2.0 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME


2.1 Pengenalan
Mengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia
dan baik. Setiap individu akan berkembang secara semulajadi sekiranya persekitaran

mereka adalah sesuai. Oleh itu, guru harus mengikut keperluan pelajar, membantu mereka
mempelajari ilmu pengetahuan yang mereka suka dan dianggap bermakna. Prinsip tersebut
dapat dikuatkan lagi dengan setiap individu bertindak atas persekitaran masing-masing

dan bebas untuk membuat pilihan dan keputusan dalam usaha membentuk dunia peribadi
dan pembelajaran.
Kajian ahli psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran manusia bergantung
kepada emosi dan perasaan masing-masing. Selain itu, pendekatan humanis terhadap
pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan menyatakan pandangan,

pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Secara
keseluruhannya, pendekatan humanis memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan
pelajar.

Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman


pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk
penglibatan individu secara mendalam. .Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana
pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini
mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan
pembangunan sosial dan emosi individu. Secara semula jadi setiap individu ingin belajar
dan menimba ilmu. Maka, murid-murid hendaklah mempunyai kawalan kendiri ke atas

apa yang hendak mereka pelajari. Keberkesanan pembelajaran akan dicapai apabila pelajar
mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuh dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia. proses
belajar dianggap berhasil jika murid memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Dalam
proses belajar setap murid harus berusaha agar lambat laun mereka mampu mencapai

aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Lima objektif asas pendidikan daripada pandangan
humanistik (Gagne dan Berliner, 1991) ialah :

i. Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain.
ii. Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang
dipelajari.

iii. Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah.


iv. Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan.
v. Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi.

2.2 Prinsip-Prinsip Pendekatan Humanisme


Gagne dan Berliner (1991) merangkumkan prinsip-prinsip pendekatan humanistik seperti
berikut:

i. Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari dan perkara yang ingin
diketahui oleh mereka.

ii. Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak pengetahuan.
iii. Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih bermakna, namun
pelajar perli mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan.
iv. Perasaan adalah sama penting dengan fakta.
v. Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat
secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman.
Menurut Choong Lean Keow, Carl Rogers menyatakan bahawa beliau percaya bahawa
setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar. Dengan kata lain setiap

individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan


dirinya.Mereka masing-masing mempunyai keinginan yang akan mendorong mereka ke

arah mencapai kesempurnaan dan kecemerlangan diri. Oleh itu, pengalaman yang dialami
dan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada persekitaran mereka akan membolehkan
individu masing-masing membentuk konsep kendiri, sama ada positif ataupun negatif
adalah bergantung kepada ciri unsur pengaruh persekitaran tersebut.

Rogers juga menyatakan bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan hanya akan berlaku

sekiranya kandungan matapelajaran adalah sesuai dan dapat menarik minat peribadi murid
untuk mempelajarinya. Oleh itu, pembelajaran yang menarik minat mereka akan lebih
mudah diterima apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum. Maka pembelajaran
yang berlaku adalah atas usaha murid itu sendiri adalah lebih kekal dan bermakna. Selain
itu, beliau telah mengkategorikan pembelajaran kepada dua jenis iaitu:
a) Pembelajaran kognitif yang tidak berguna ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh
individu tidak digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian
b) Pembelajaran eksperiential ilmu pengetahuan yang diperolehi dan diaplikasikan dalam
kehidupan seharian.
Menurut Mok Soon Sang pula, Abraham Harold Maslow telah mengemukakan Hirarki
Keperluan Maslow. Beliau berpendapat bahawa seseorang individu akan memenuhi
keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Mengikut Maslow,
kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan asas fisiologi,

keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri seterusnya keperluan


sempurna kendiri.

Maslow berpendapat motivasi dalaman akan mendorong manusia berusaha mengejar


pencapaian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau

ransangan luar. Apabila individu telah mendapat kepuasan dalam sesuatu hirarki, keprluan
hirarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semulajadi. Namun begitu, jika hirarki yang

lebih rendah masih belum mendapat kepuasan, keperluan dalam hirarki yang lebih tinggi
tidak dapt dikemdangkan dengan sewajarnya. Terdapat ramai individu sehingga akhir
hayat mereka pun tidak dapat berkembang sehingga hirarki tertinggi.
2.3 Pembelajaran Menurut Teori Humanisme

Pendidikan humanisme sangat mementingkan adanya rasa kebebasan dan tanggung jawab.
Teori ini mempunyai tujuan pendidikan iaitu memanusiakan manusia agar manusia
mampu mengaktualisasi diri sebaik-baiknya. Aliran humanistik tidak mempunyai teori
belajar khusus, tetapi hanya bersifat ekletik, yang bermaksud menggunakan teori yang

sesuai (kognitif) asalkan tujuan pembelajaran tercapai. Peranan pendidik dalam pendekatan
humanisme adalah sebagai fasilitator ataupun pembimbing, yang berperanan:
a) Menciptakan iklim belajar.
b) Memenui kebutuhan belajar peserta didik.
c) Membantu mengungkapkan emosi peserta didik.
d) Membantu belajar peserta didik.
Bentuk pembelajaran melalui pendekatan humanisme adalah bahawa murid dituntut untuk
selalu memotivasi diri. Untuk mencapai ke arah itu kegiatan belajar hendaknya mendorong
murid-murid untuk belajar cara-cara belajar dan menilai belajarnya sendiri. Program

pembelajaran yang diterapkan dalam pendekatan humanisme umumnya menggunakan


kegiatan terbuka di mana murid-murid harus mendapatkan informasi, membuat
keputusan, menyelesaikan masalah dan menghasilkan kejayaan sendiri. Dalam pendidikan
humanisme, murid-murid tidak memiliki tempat duduk yang tetap seperti pendidikan

konvensional. Murid-murid dapat belajar secara kendiri atau belajar secara berkumpulan.
2.4 Tokoh-Tokoh Pendekatan Humanisme
Terdapat beberapa tokoh terkenal yang mempelolpori teori humanisme ini.Antara tokoh-

tokon humanistik termasuklah Carl Rogers, Abraham Maslow, John Holt, Malcolm Knowles
dan lain-lain. Tetapi di antara tokoh-tokoh tersebut, dua orang tokoh utama bagi
pendekatan humanisme iaitu Carl Rogers dan Abraham Maslow. Di sini akan dibincangkan
dengan lebih lanjut berkaitan dua tokoh utama ini.
2.4.1 Carl Rogers
Nama sebenarnya ialah Carl Ransom Rogers, telah dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak
Park, Illinois. Carl Rogers dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kuat disiplin, berpegang
kuat pada agama dan bermoral tinggi. Carl Rogers adalah satu satunya pakar yang amat

mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat

manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga
mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai
entiti entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian
kesempurnaan kendiri.

Carl R. Rogers adalah seorang ahli psikologi humanistik yang gagasan-gagasannya


berpengaruh terhadap pemikiran dan amalan psikologi di semua bidang, Rogers

mengutarakan pendapat tentang prinsip-prinsip belajar yang humanistik, yang meliputi


hasrat untuk belajar, pembelajaran yang bermakna, belajar tanpa ancaman, belajar atas
inisiatif sendiri, dan belajar untuk perubahan (Rumini,dkk. 1993).
Menurut Rogers, manusia mempunyai naluri untuk belajar.Hal ini terbukti dengan
tingginya rasa ingin tahu anak apabila diberi kesempatan untuk mengeksplorasi

persekitarannya. Dorongan ingin tahu untuk belajar ini merupakan persepsi dasar

pendidikan humanistik. Di antara ciri-ciri Teori Pembelajaran Carl Rogers ialah:


Pengalaman individu adalah fenomena-logikal yg dialami oleh individu sendiri.
Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
kesempurnaan kendiri.
Setiap individu membentuk konsep kendiri yg unik melalui sistem nilai dan kepercayaan
yg berbeza dgn org lain.

Tingkah laku yg ditunjukkan adalah selaras dengan konsep kendiri dan keupayaannya.
Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi,
Prinsip-prinsip pendekatan Teori Pembelajaran Carl Rogers antara lainnya ialah

mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar dan prinsip pembelajaran berasaskan


kebebasan (freedon to learn). Di dalam kelas berasaskan teori pembelajaran Carl Rogers,
murid-murid diberi kesempatan dan kebebasan untuk memenuhi perasaan ingin tahunya,

untuk memenuhi minatnya dan untuk mencari apa yang penting dan bererti tentang dunia
di sekitarnya. Antara prinsip-prinsp pembelajarannya yang lain ialah :
i. Pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu
ii. Pembelajaran hanya boleh berlaku jika bahan pelajaran adalah bermakna serta seiras
dengan objektif pelajaran pelajar
iii. Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dicapai dibawah situasi pendidikan yang
kurang berancam

iv. Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan apabila pelajar mengambil inisiatif
sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran
v. Membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya, demi mempertingkatkan
pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya.
vi. Aktiviti P&P hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata untuk memupuk kemahiran hidup
pelajar.

2.4.2 Abraham Maslow


Abraham Maslow dilahirkan di Rusia dan kemudiannya menetap di Amerika Syarikat.

Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dengan Hirarki Keperluan yang
diperkenalkan pada tahun 1947 hingga 1954, dan telah diterbitkan dalam Motivation and
Personality pada tahun 1954. Beliau juga digelar sebagai Bapa Psikologi Humanistik.
Abraham H. Maslow merupakan tokoh yang menonjol dalam psikologi humanistik.

Teorinya iaitu Teori Keperluan Maslow dapat diterima pakai dan sebahagian dari teorinya
yang penting dijadikan asas persepsi bahawa dalam diri manusia terdapat dorongan positif

yang berkembang dan terdapat kekuatan-kekuatan yang melawan atau menghalangi


pertumbuhan (Rumini, dkk. 1993).

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan.
Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu

tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini
ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan
dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya
sebahagian daripada individu.

Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran
yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi
oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu

dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan
generasi.
Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow
sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari

keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan
dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu.
Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Menurut

beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih
dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan
di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai
tahap kesempurnaan.

Maslow memecahkan tahap keperluan manusia kepada 5 tahap iaitu keperlian fisiologi,

keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, dan kesempuurnaan kendiri. Keperluan

manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan
tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini,

keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.
Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja,
jagaan masyarakat, undang undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran
mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan
hidup.

Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan

insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih
sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud
bersendirian.

Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa,

sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan
kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati,
disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Akhir sekali usaha manusia yang teragung

adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu
dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.

2.5 Implikasi Teori Humanistik Ke Atas Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Imlplikasi Teori Pembelajaran Humanistik ialah dapat membentuk suasana bilik darjah
yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar

mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam
aktiviti tersebut. Selain daripada itu, guru dapat memupuk nilai penghargaan kendiri di

kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka
sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan
meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi
keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu

pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.
Nilai motivasi diri murid juga perlu dipupuk melalui bimbingan supaya pelajar memahami
diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya
menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut

perkembangan potensinya yang tertinggi.


Sebagai pembimbing ataupun fasilitator, guru hendaklah membantu pelajar mengambil
bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina
kemahiran sisial dan afektif. Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah menjadi role model dan menunjukkan
contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru
dalam diri pelajar. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan kasih
sayang. Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar

2.6 Implikasi Teori Humanisme Ke Atas Proses Pengajaran dan Pembelajaran Murid
Berkeperluan Khas

Bagi murid bermasalah pengihatan, berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan

sekolah. Guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah


dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah, benarkan pelajar
tersebut memegang anda. Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis
dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama. Kanak-

kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui deria sentuh, dengar

dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek / benda yang baru baginya.

Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru perlulah
mengawasinya.
Untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran, bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi
pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keprluan individu.

Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan
keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I).

Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh
meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan.Kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang
dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murud menguasai
konsep atau kemahiran langkah demi langkah
Manakala bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, guru perlulah mengajar mereka
cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan
perasaan. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa isyarat. Kanak-

kanak ini biasanya mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu

perkara dengan agak lama. Maka, guru pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru boleh menggunakan tangan, mimik


muka, gerak badan, menulis dan bercakap. Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya
mereka mudah membaca pertuturan bibir

Anda mungkin juga menyukai