Anda di halaman 1dari 2

Latihan Forum

1. Bagaimanakah Teori Hierarki Keperluan Maslow dapat membantu dalam pdp di bilik darjah?

Teori Hierarki Maslow telah diperkenalkan oleh Abraham Maslow iaitu seorang ahli psikologi melalui
bukunya; ‘A Theory of Human Motivation’ pada tahun 1943. Terdapat lima peringkat dalam Hierarki
Maslow iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan
penghargaan diri dan keperluan kesempurnaan diri.

Keperluan fisiologi merupakan aras paling bawah di mana merupakan asas dalam kehidupan.
keperluan ini melibatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Nutrien daripada makanan mampu
membantu mengembangkan sel-sel otak para pelajar. Pemakanan yang sihat dapat membantu dalam
penghasilan idea yang terbaik. Kandungan air yang mencukupi dalam badan juga membantu
seseorang itu lebih segar dan fokus semasa pdp berlangsung. Tidak hairanlah bahawa penekanan
pengambilan sarapan amat penting bagi menjamin pdp yang terbaik.

Keperluan keselamatan merupakan aras kedua selepas keperluan fisiologi. Terma Sekolah Selamat
digunakan bagi menjamin keselamatan para pelajar. Guru perlu bertindak rasional dan
bertanggungjawab bagi setiap perkara yang dilakukan. Penggunaan emosi dan kata yang baik
menjamin kemenjadian seseorang pelajar itu. Penerapan asas disiplin daripada ibu bapa perlu diasah
oleh guru kerana suasana di rumah adalah berbeza dengan suasana di dalam bilik darjah.
Keharmonian dan toleransi menjamin keselamatan semasa sesi pdp berlangsung.

Keperluan kasih sayang merupakan aras ketiga dalam Hierarki Maslow. Emosi sangat memainkan
peranan dalam sesi pdp tidak kira guru atau pelajar. Oleh hal yang demikian, guru perlu menjamin
satu keadaan yang ceria dan tenang. Jika terdapat kesalahan daripada pelajar, guru tidak perlu
menengking atau memarahinya di khalayak ramai kerana ini akan mengganggu emosi pelajar. Guru
boleh menegurnya secara persendirian dan memberikan galakkan yang lebih lagi supaya kesalahan
yang sama tidak akan diulangi. Budaya sayang-menyayangi di sekolah membantu dalam kelangsungan
pdp yang tenang.

Keperluan penghargaan diri pula adalah tahap di mana cara seseorang itu menghargai diri atau situasi.
Dalam sesi pdp, pastinya aka nada pelajar yang agak bijak dan kurang bijak. Kesamarataan layanan
yang diberikan oleh guru akan membuatkan pelajar tidak rasa terasing dengan pelajar yang lain. Guru
juga boleh menyediakan hadiah yang sama untuk pelajar yang boleh menjawab soalan yang diberikan.
Ini dapat memperlihatkan satu sikap positif dalam penerimaan semua pelajar di dalam bilik darjah.

Akhir sekali adalah keperluan kesempurnaan diri. Tahap kesempurnaan diri di dalam pendidikan dapat
dilihat melalui keseimbangan pelajarannya dengan dunia luar. Pelajar tersebut dapat memfokuskan
sesi pdp dengan sebaiknya dan mengaplikasikannya di luar bilik darjah. Tidak semua pelajar mampu
mencapai tahap kesempurnaan diri ini tanpa pimpinan teguh dari seorang guru.

Jelaslah bahawa Hierarki Maslow ini sedikit sebanyak mempengaruhi aspek-aspek di dalam
pendidikan terutamanya ketika sesi PdP berlangsung.
2. Apakah anda faham istilah Asimilasi dan Akomodasi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Asimilasi adalah satu skema yang sedia dan digunakan untuk pengaplikasian yang baharu. Asimilasi
ini merupakan satu proses penambahbaikan kepada skema yang sedia ada. Asimilasi ini bersifat
subjektif mengikut pengalaman atau informasi sedia ada kepada sesuatu yang lain. Sebagai contohnya,
pengelasan kuih donut akan dikelaskan sebagai ‘kuih’ walaupun kanak-kanak itu menunjukkan kuih
keria mengikut pengetahuan sedia ada mereka.
Akomodasi pula adalah perubahan atau proses mengubah skema yang sedia ada untuk mengambil
informasi yang baharu. Gabungan skema-skema yang sedia ada dan memecahkannya dalam penciptaan
maklumat baru membentuk akomodasi. Sebagai contohnya, kanak-kanak yang sudah ada skema ingatan
di mana apabila mereka melihat kuih yang bulat maka itu adalah kuih keria. Oleh itu, jika mereka
melihat kuih donut yang juga bulat, mereka masih memanggilnya kuih keria. Dengan perubahan
maklumat seperti kuih donut lembut, lebih gebu dan warna yang lebih terang maka kanak-kanak itu
akan mengeluarkan output baharu iaitu kuih donut berbeza dengan kuih keria.
Kita dapat lihat bahawa proses asimilasi merupakan proses awalan dalam sesuatu situasi. Proses
akomodasi ini merupakan lanjutan kepada proses asimilasi bagi membentuk output baru pada skema.

Anda mungkin juga menyukai