Anda di halaman 1dari 22

1

PART A : (15%)

Write an essay on: “My Philosophy of Education”.

Falsafah adalah corak pemikiran manusia dalam aspek-aspek kehidupan.


Manakala falsafah pendidikan pula ialah prinsip-prinsip yang berkaitan dengan
pendidikan yang menjadi pegangan dan amalan seseorang samada dalam aktiviti
pembelajaran mahupun pengajaran. Setiap individu yang pernah menjadi pelajar
mempunyai falsafah pendidikannya yang unik. Ia terhasil daripada didikan ibubapa,
pengaruh masyarakat, didikan formal di sekolah mahupun university dan pengalaman
hidup. Prinsip-prinsip yang menjadi amalan boleh jadi suatu gabungan prinsip-prinsip
yang dipelajari, dibaca mahupun diperhatikan dari buku, majalah, masyarakat ataupun
persekitaran. Bagi saya pula apabila memasuki kareer perguruan, falsafah pendidikan
yang menjadi amalan ketika belajar berkembang seiring dengan pengajian ketika
mengambil diploma pendidikan. Maka, falsafah pendidikan saya bahagikan kepada dua
fasa dalam kehidupan saya setakat ini iaitu falsafah pendidikan saya ketika menjadi
pelajar dan falsafah pendidikan yang saya amalkan sekarang ketika menjadi pendidik. Ia
sudah pasti sedikit berbeza walaupun mungkin prinsip asasnya masih sama tetapi
aplikasi yang berbeza mengikut masa dan siatuasi yang berlainan. Prinsip-prinsip ini
membantu saya mengharungi zaman persekolahan hingga ke universiti dan menjadi
pegangan sebagai seorang guru dalam mendidik anak-anak murid di sekolah.

Ketika menjadi pelajar sejak di sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti,


pendidikan bagi saya adalah gabungan antara keperluan dan kehendak dalam kehidupan.
Pendidikan adalah suatu keperluan bagi setiap manusia di dunia ini. Untuk menjalani
kehidupan yang diinginkan ataupun dikehendaki, setiap manusia memerlukan
pendidikan untuk melengkapkan dirinya mengharungi kehidupan. Apatah lagi dalam
kehidupan moden sekarang, pendidikan memainkan peranan penting dalam menentukan
status sosial, tahap pendapatan, kedudukan dalam masyarakat. Dan yang paling utama ia
juga menentukan apakan kehendak-kehendak yang mampu kita miliki. Mungkin ada
1|Page
2

juga faktor-faktor lain seperti nasib, keturunan dan rezeki, tidak dinafikan bagi
kebanyakan manusia dalam tahap pendapatan sederhana, pendidikanlah yang telah
menentukan kehidupannya. Pendidikan menjadi suatu keperluan kepada saya kerana ia
akan membuka peluang kehidupan yang lebih baik. Keperluan terhadap pendidikan ini
sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kehidupan saya ketika kecil yang mana ibubapa saya
hanyalah bekerja sebagai buruh sahaja. Ibubapa saya menyedari pendidikanlah satu-
satunya jalan untuk kami menikmati kehidupan yang lebih baik. Perkara ini diterapkan
kepada kami adik-beradik sedari kecil. Prinsip keperluan terhadap pendidikan ini yang
menjadi dorongan dan galakan tehadap saya sedari sekolah rendah sehingga di peringkat
universiti. Prinsip ini menjadikan saya mampu memastikan diri saya tidak terbabas
dalam perjuangan mengejar ilmu. Saya menanamkan dalam pemikiran bahawa saya
memerlukan pendidikan untuk meningkat ke satu tahap dalam kehidupan. Namun saya
akui pemikiran ini juga membantutkan saya untuk ke tahap seterusnya. Pada ketika itu,
saya beranggapan keperluan pendidikan saya hanyalah sehingga ke tahap ijazah sarjan
muda sahaja. Bagi saya, tahap tersebut sudah cukup untuk memenuhi keperluan dalam
kehidupan. Yang pastinya, ia telah meningkatkan tahap kehidupan saya ke tahap yang
lebih baik dari sebelumnya. Prinsip keperluan terhadap pendidikan agak sukar saya
terapkan kepada anak-anak saya memandangkan kehidupan saya yang sudah stabil
sekarang. Saya cuba menerapkan dengan mendorong anak-anak saya supaya
meningkatkan lagi tahap kehidupan sekarang ke tahap yang lebih baik. Dalam
kehidupan dewasa saya ini, pendidikan bukanlah menjadi suatu keperluan tetapi
kehendak memenuhi suatu kepuasan dalam diri. Ini memang terbukti seperti dalam
Teori Maslow yang mana kepuasan menjadi suatu matlamat kehidupan untuk melakukan
sesuatu. Dalam kerjaya seorang guru yang tidaklah memerlukan peningkatan dari segi
pendidikan untuk mendapatkan peluang untuk naik pangkat, meneruskan pendidikan
hanyalah menjadi suatu kehendak semata-mata. Saya boleh memilih untuk tidak
meneruskan pendidikan di peringkat sarjana, namun sekali lagi keputusan ini adalah
gabunagn keperluan dan kehendak bagi diri saya. Ia menjadi keperluan kerana ia
merupakan salah satu cara untuk memotivasikan anak-anak dan juga pelajar-pelajar saya
untuk berusaha lebih. Dan ia juga mampu memenuhi kehendak bagi diri saya untuk
kepuasan diri sendiri. Jadi pendidikan berfungsi untuk memenuhi keperluan dan
kehendak manusia dalam kehidupannya.

2|Page
3

Prinsip kedua yang saya amalkan dalam ketika masih bergelar pelajar ialah
keseimbangan. Bagi saya, adalah penting untuk mendapatkan kesimbangan dalam
pendidikan. Keseimbangan di sini boleh diaplikasikan untuk semua perkara berkaitan
pendidikan. Mungkin pemahaman dan aplikasi yang saya amalkan agak berlainan.
Contohnya ialah saya cuba menyeimbangkan pencapaian saya bagi semua matapelajaran
agar ia lebih setara. Ini saya buat walaupun saya terpaksa mengurangkan penumpuan
bagi beberapa matapelajaran yang mana saya kuasai dengan cukup baik. Kadang-kadang
walaupun saya terpaksa menerima penurunan gred untuk matapelajaran tersebut demi
untuk menyeimbangkan pencapaian. Di dalam bilik kelas, saya juga selalu menerapkan
prinsip ini kepada anak-anak murid saya. Bagi saya, pelajar perlu menekankan
keseimbangan dalam pembelajaran agar mereka dapat menyerap tekanan ketika belajar.
Kesimbangan antara keperluan untuk mendapat kecemerlangan dalam akademik dan
kemahuan untuk menikmati kehidupan yang gembira saya praktikkan bagi
mengurangkan tekanan ketika belajar. Ini saya amalkan ketika saya di universiti di mana
prinsip ‘ study hard, play hard’ dapat membantu saya mengharungi kehidupan di
universiti. Apatah lagi universiti saya menggunakan sistem ‘quarter’ yang mempunyai
tempoh yang singkat bagi setiap ‘quarter’. Tempoh sebelas atau dua belas minggu
adalah masa untuk belajar secara intensif dan selepas itu cuti selama dua atau tiga
minggu selalu digunakan untuk menjelajah ke tempat lain. Prinsip keseimbangan ini
juga saya selalu amalkan dalam kehidupan saya sekarang. Saya memastikan saya dan
keluarga akan bercuti pada setiap hujung tahun bagi mengimbangi masa untuk bekerja
dan belajar sepanjang tahun. Saya juga menekankan keseimbangan pembelajaran anak-
anak antara pembelajaran di aliran kebangsaan dan agama bagi memastikan mereka
terdidik secara seimbang dalam kedua-dua aliran.

Apabila saya mengikuti pengajian diploma pendidikan selepas tamat pengajian


di university, saya dapati prinsip yang saya amalkan ketika menjadi pelajar boleh saya
praktikkan di alam pendidikan sebagai seorang guru. Falsafah pendidikan kebangsaan
yang menekankan pembentukan insan yang seimbang secara jasmani, emosi, rohani dan
inteleknya sedikit sebanyak mempengaruhi prinsip keseimbangan yang saya amalkan
sekarang. Konsep keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan penglibatan aktif
dalam aktiviti bukan akademik dititikberatkan dalam system pendidikan Negara bagi
melahirkan manusia yang harmonis dan seimbang. Sebagai seorang pendidik, saya cuba
menerapkan elemen keseimbangan ini dalam setiap pelajar saya. Saya menggalakkkan
3|Page
4

seua pelajar saya terlibat dalam aktiviti-aktiviti bukan akademik kerana ia mampu
membina peribadi, memupuk semangat bermasyarakat dan membantu mengalihkan
tekanan belajar. Saya selalu bercakap soal kepentingan bagi melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum di dalam bilik kelas. Namun terdapat juga pelajar yang sangat tidak
berminat dengan aktiviti di luar bilik kelas. Ini mungkin berlaku kerana tekanan untuk
mendapatkan keputusan akademik yang baik dari ibubapa mereka sehinggakan mereka
tidak merasakan kepentingan untuk melakukan sesuatu perkara melainkan ia membantu
meningkatkan keputusan peperiksaan mereka. Pelajar yang aktif dalam aktiviti luar bilik
kelas biasanya mampu menghadapi tekanan dan menyesuaikan diri dengan sebarang
keadaan. Ini terbukti apabila saya bertemu semula dengan bekas pelajar yang aktif ini di
mana mereka lebih berjaya menjalani kehidupan selepas persekolahan dengan baik.
Mereka mungkin tidak memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang namun
kehidupan mereka lebih berjaya dan stabil.

Seorang guru juga perlu memahami dan berpegang pada falsafah bahawa setiap
pelajar mempunyai potensi diri yang berbeza dan tahap kemampuan yang berbeza. Ini
juga berkaitan dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang menyatakan tujuan
pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi diri setiap individu.
Ketika mengajar di dalam bilik kelas, saya sentiasa mengingatkan diri saya tentang
perkara ini. Setiap pelajar adalah individu yang berbeza. Mereka mempunyai tahap
kemampuan, bakat dan keupayaan yang berbeza. Seorang pelajar mungkin mempunyai
kelebihan menaakul yang lebih baik dari pelajar yang lain. Begitu dengan kemahiran-
kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir secara kritis atau kemahiran memahami
situasi. Dengan mengambilkira bahawa setiap pelajar memiliki tahap kebolehan yang
unik, saya berusaha untuk mendidik mereka berdasarkan tahap masing-masing. Namun
demikian, saya tidak boleh mengabaikan keperluan untuk mempunyai satu keseragaman
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya. Ini memerlukan saya untuk bersikap
kreatif dan impromptu dalam aktiviti pengajaran di dalam bilik kelas. Bagi saya, adalah
penting bagi setiap pelajar mencapai potensi diri mereka secara maksima yang mungkin
mengikut tahap kebolehan mereka. Ini memerlukan saya bersifat realistik dalam
penilaian terhadap pencapaian mereka. Ini bermakna tidak semestinya gred A adalah
pencapaian terbaik bagi setiap pelajar. Mungkin mencapai gred C bagi seorang pelajar
yang mempunyai tahap kebolehan yang rendah merupakan tahap pencapaian yang
maksima baginya. Perkara ini mungkin agak bertentangan dengan visi dan kehendak
4|Page
5

pentadbir tetapi realitinya perkara ini adalah satu kenyataan yang perlu diakui. Bagi
saya, gred yang diperolehi oleh pelajar hanyalah simbol pemahamannya terhadap
matapelajaran tersebut pada masa mereka mempelajarinya sedangkan pemahaman
sebenar ialah jika mereka mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar. Selain
tahap kebolehan yang berbeza, perlu juga diambilkira ialah tempoh masa bagi setiap
individu untuk memahami tentang sesuatu perkara adalah juga berbeza antara satu
individu dengan yang lain. Hal ini boleh kita lihat pada perbezaan pencapaian pelajar
yang pada mulanya tidak memahami tentang sesuatu topiK pembelajaran namun dapat
menyelesaikan soalan tentang topik tersebut dalam peperiksaan tiga bulan kemudian.
Setiap individu memerlukan tempoh masa yang berbeza untuk menerima sesuatu ilmu
yang baharu, ‘menghadam’nya, memahami konsep baharu dan seterusnya
menggunakannya dalam penyelesaian masalah. Sebagai guru, perkara ini harus sentiasa
dalam fikiran agar dapat menerima apa saja kekurangan pelajar-pelajar. Ada yang sangat
cepat menerima ilmu, ada yang sangat lambat pula untuk memahami walaupun konsep
pembelajaran yang mudah.

Seterusnya sebagai seorang pendidik, saya juga mengamalkan falsafah bahawa


tugas saya adalah untuk mendidik pelajar saya, bukan setakat mengajar mereka tentang
sesuatu matapelajaran. Dalam usaha mendidik anak-anak murid, saya perlu bersifat lebih
kebapaan. Tugas seorang guru yang paling utama dan penting ialah untuk mendidik
anak-anak muridnya untuk menjadi insan yang berguna dan menyumbang sesuatu yang
positif terhadap masyarakat. Ini selari dengan falsafah Al Farabi dan Confucius yang
mementingkan hasil pendidikan terhadap masyarakat. Walaupun pada permulaan kareer
sebagai guru, saya masih kurang faham tentang tugas mendidik ini di mana saya
hanyalah mengajar dan terlalu mementingkan pencapaian akademik anak-anak murid
semata-mata. Namun setelah tujuh belas tahun menjadi seorang guru, saya semakin
memahami tugas sebenar seorang pendidik dan mampu menyeimbangkan tugas
mengajar dan mendidik dalam masa yang sama. Sememangnya pengalaman merupakan
guru yang paling berharga dalam kehidupan kita. Malah rasanya tugas mendidik itu
sebenarnya lebih berat lagi kerana ia lebih bersifat kualitatif dan ia juga melambangkan
pencapaian seorang guru. Setiap guru akan merasa bangga jika anak-anak muridnya
berjaya dalam alam pendidikan dan pekerjaan. Tetapi seorang guru akan lebih bangga
sekiranya anak-anak muridnya berjaya menjadi insan yang mampu memberikan
sumbangan yang positif kepada masyarakat dan negara. Saya akan merasa sangat
5|Page
6

gembira dan terharu sekiranya anak-anak murid menegur dan bertanya khabar apabila
terserempak di mana-mana walaupun dia tidak bekerja jawatan yang besar-besar. Itulah
bezanya jika kita berjaya mendidik bukan setakat mengajar.

PART B : (15%)

Read the article “Locke and Rousseau on Early Childhood Education” by Jamie
Gianoutsos and summarise in 5 pages the main points.

Artikel “Locke and Rousseau on Early Childhood Education” yang ditulis oleh
Jamie Gianoutsos membincangkan pandangan dua ahli pemikir moden tentang
pendidikan awal kanak-kanak iaitu John Locke dan Jean-Jacques Rousseau. Kedua-dua
pemikir ini mempunyai pandangan yang berbeza dalam pendidikan awal kanak-kanak.

John Locke menulis idea pemikirannya tentang pendidikan awal kanak-kanak


melalui bukunya An Essay Concerning Human Understanding. Beliau merupakan
penyokong kuat bagi pendapat tabula rasa yang menyatakan bahawa manusia dilahirkan
tanpa sebarang intelektual ataupun ilmu pengetahuan semulajadi. Oleh itu, manusia
perlu mendapat ilmu pengetahuannya daripada sumber-sumber luar. Bayi yang baru
lahir diumpamakan seperti sekeping kertas yang kosong. Namun demikian, ia
mempunyai kecenderungan semulajadi seperti personaliti, minat yang unik bagi setiap
manusia. Berdasarkan pendapat ini, pendidikan awal kanak-kanak adalah penting bagi
mengembangkan pengetahuan, membina minda dan membentuk keperibadian mereka.
Peranan mendidik kanak-kanak ini sepatutnya menjadi tugas utama ibubapa bermula
mereka masih dalam buaian lagi. Locke menggalakkan kaedah pemerhatian oleh
ibubapa untuk menyelami dan memahami kecenderungan semulajadi kanak-kanak.
Ibubapa juga perlu mengetahui keunikan personaliti kanak-kanak kerana kefahaman
tentang perkara akan membantu mereka dalam mendidik anak-anak.

Bagi Locke, terdapat tiga sifat semulajadi kanak-kanak yang perlu diambilkira
dalam pendidikan awal kanak-kanak iaitu sifat ingin tahu, sifat inginkan kebebasan dan
6|Page
7

sifat inginkan pengiktirafan dan layanan secara rasional. Sifat semulajadi kanak-kanak
yang sentiasa ingin tahu merupakan faktor yang mendorong kanak-kanak untuk
bermotivasi dalam pendidikan. Ibubapa seharusnya mengganggap sifat ingin tahu kanak-
kanak ini sebagai suatu yang positif dan membantu mereka menerokai penemuan-
penemuan yang baharu. Manakala sifat inginkan kebebasan merupakan aspek terpenting
dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kanak-kanak mahu kebebasan dalam melakukan
perkara yang dia sukai. Ini dapat membantu kanak-kanak dalam sifat bangga dan
kendirinya untuk meneroka ilmu pengetahuan. Selain itu, kanak-kanak juga
menginginkan pengiktirafan dan layanan yang rasional oleh orang dewasa terhadap
mereka. Pujian, kasih sayang dan kata-kata motivasi merupakan alat penting untuk
mendapatkan perhatian dan rasa hormat kanak-kanak. Setiap ibubapa perlu memahami
ketiga-tiga sifat semulajadi ini dalam diri anak-anak dalam mendidik dam membentuk
peribadi mereka.

Tugas ibubapa juga penting dalam penerapan unsur disiplin dalam diri anak-
anak. Peranan bapa dalam mendisiplin anak-anak ditekankan oleh Locke melalui
bimbingan dan peraturan ketat. Seorang bapa harus menerapkan perasaan hormat dan
kebergantungan anak-anak kepadanya dari usia anak itu masih yang kecil lagi. Seorang
bapa juga sepatutnya menjadi teladan dan contoh yang baik kepada anak-anak dan
membimbing mereka dengan cara yang berhemah dan sabar. Namun penggunaan displin
dan peraturan yang ketat ini seharusnya berkurangan seiring dengan tempoh anak-anak
membesar.

Di samping itu, ibubapa juga harus menerapkan perkara-perkara yang baik


terhadap anak-anak dari segi adab sopan dan pergaulan sosial. Pengulangan tehadap
adab sopan akan membentuk anak-anak yang baik budi pekertinya dan dapat bergaul
dengan sopan dalam masyarakat. Oleh sebab itu, Locke mencadangkan ibubapa untuk
mengajar anak-anak kemahiran menari kerana ia membantu meningkatkan kemahiran
interaksi sosial dan adab sopan mereka. Locke juga memilih pendidikan di rumah
berbanding tempat-tempat lain dimana kanak-kanak berada dalam kalangan rakan
sebaya mereka bagi mengelakkan mereka terjebak dalam perkara-perkara yang tidak
bermanfaat. Bagi Locke, pengaruh rakan sebaya mampu memberi kesan negatif yang
sukar dikawal kepada kanak-kanak.

7|Page
8

Locke juga menekankan tentang pentingnya pujian, dorongan dan kritikan


membina terhadap anak-anak dalam pembangunan dirinya. Ibubapa tidak sepatutnya
menggunakan kekerasan dalam mendidik anak-anak. Penggunaan rotan atau hukuman
berat yang lain adalah jalan terakhir dalam mendisiplinkan anak-anak. Namun Locke
juga berpendapat tentang keperluan hukuman dalam membentuk kebiasaan dan peribadi
kanak-kanak. Anak-anak sepatutnya bebas meneroka kehidupan dan belajar dari
pengalaman dengan ibubapa sebagai pembimbingnya. Locke juga menekankan
pentingnya latihan yang berterusan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dia
berpendapat bahawa latihan dan pengulangan akan membentuk tingkahlaku dan peribadi
anak-anak dalam jangkamasa yang panjang.

Pendidikan awal kanak-kanak akan menentukan samada kanak-kanak itu akan


menjadi ahli masyarakat yang baik dan berguna. Kanak-kanak yang terdidik dengan baik
akan menjadi lelaki budiman yang menyumbang secara positif dalam masyarakat dan ini
termasuk sumbangan dalam bidang ketenteraan. Seterusnya mereka akan berkembang
menjadi ketua dan pentadbir yang berkualiti dalam masyarakat apabila mereka
membesar. Ini merupakan objektif utama dalam teori pendidikan awal kanak-kanak bagi
John Locke.

Manakala Jean-Jacques Rousseau pula adalah seorang pemikir yang berpegang


pada teori naturalisme yang meletakkan pendekatan secara alam semulajadi sebagai
kaedah utama dalam pendidikan awal kanak-kanak. Rousseau menulis idea-idea tentang
pendidikan awal kanak-kanak dalam bukunya yang bertajuk Emile. Rousseau
menyarankan ibubapa atau guru-guru menggalakkan kanak-kanak berkembang
mengikut kebolehan semula jadi mereka.

Bagi Rousseau, manusia dilahirkan dengan nilai-nilai yang baik-baik tanpa


sebarang unsur-unsur negatif. Pendidikan awal seharusnya bertujuan bukan sahaja
mengekalkan malah mengembangkan nilai-nilai positif yang ada dalam diri setiap
kanak-kanak. Menurut Rousseau ia sepatutnya berteraskan alam semulajadi iaitu
pendidikan yang bebas dari halangan dan pengaruh masyarakat. Pendidikan berteraskan
naturalisme ini tidak bertujuan membentuk kanak-kanak berdasarkan acuan masyarakat
tetapi mengembangkan potensi diri berdasarkan kecenderungan dan minat kanak-kanak
tersebut. Objektif ini sangat kontra dengan pendapat John Locke yang mahukan kanak-

8|Page
9

kanak yang mampu menjadi sebahagian ahli masyarakat yang baik berpandukan acuan
masyarakat tersebut.

Pendidikan awal kanak-kanak menurut Rousseau datang dari tiga punca utama,
iaitu keadaan semula jadi, manusia dan benda. Ketiga-tiga punca akan mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak dengan cara yang berbeza. Oleh yang demikian,
kesepaduan ketiga-tiga sumber ini perlu dalam mencapai objektif pendidikan. Sumber
dari keadaan semula jadi seharusnya menjadi teras utama pendidikan disebabkan ia
adalah satu-satunya sumber pendidikan yang tidak dapat dikawal oleh manusia.

Bagi Rousseau, pendidikan awal kanak-kanak sepatutnya mengutamakan


kecenderungan berbanding kebiasaan. Ini kerana kebiasaan tidak akan efektif dalam
tempoh yang panjang dalam mengembangkan potensi yang ada dalam diri kanak-kanak.
Kebiasaan juga akan menyekat kebebasan kanak-kanak untuk meneroka ilmu
pengetahuan. Sebaliknya kecenderungan semulajadi pula membantu mengembangkan
nilai-nilai positif yang sedia ada di dalam diri kanak-kanak. Ia membantu kanak-kanak
berfikiran lebih terbuka dan bebas dalam pembentukan dirinya tanpa perlu dikekang
oleh peraturan dan pengaruh masyarakat. Kanak-kanak seharusnya diberi peluang untuk
meneroka ilmu pengetahuan mengikut fitrah kecenderungannya.

Di dalam bukunya ‘Emile”, Rousseau menjadikan kawasan desa sebagai contoh


tempat yang paling sesuai untuk menjalankan pendidikan naturalisme. Rousseau
membayangkan kawasan desa sebagai tempat yang bebas dari pengaruh negatif,
persekitaran semulajadi yang kondusif untuk pendidikan dan tempat di mana ibu bapa
atau pendidik mempunyai kuasa penuh dalam meentukan corak pembelajaran
berteraskan keadaan semuajadi. Ini bermakna walaupun Rousseau menerangkan idea
naturalisme berlatarbelakangkan kawasan desa, ia hanyalah simbolik untuk suatu tempat
pendidikan yang bebas dari pengaruh dan penilaian masyarakat. Namun demikian
pengasingan ini bukanlah untuk selama-lamanya, ia hanyalah bersifat sementara untuk
tujuan pendidikan. Pada satu tahap, kanak-kanak ini perlu kembali kepada masyarakat
untuk menjalani aspek-aspek kehidupan yang lain. Tempoh pengasingan ini hanyalah
untuk menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan dalam masyarakat.

Perkembangan pemikiran rasional kanak-kanak sepatutnya disuburkan dengan


aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menjurus kepada kecenderungan dan minat mereka.

9|Page
1
0
Kebebasan mereka dalam meneroka keadaan semulajadi akan meningkatkan pemikiran
rasional, peribadi, sifat bangga dan sifat ingin tahu kanak-kanak. Penerokaan tentang
sesuatu yang menarik minat mereka akan membangkitkan sifat ingin tahu kanak-kanak
tanpa perlu diarah kerana ia adalah reaksi semulajadi terhadap kecenderungan
semulajadinya. Pendidikan berpandukan buku-buku akan hanya menyekat pemikiran
kanak-kanak setakat apa yang dibacanya sahaja. Sebaliknya keadaan semulajadi akan
membuka pintu kepada pelbagai perspektif pemikiran yang lebih luas. Pendidikan
naturalisme juga memberikan kepuasan kepada kanak-kanak disebabkan pengalaman
meneroka ilmu pengetahuan yang dialami secara kendiri dan bebas.

Terdapat beberapa perbezaan yang ketara apabila membandingkan di antara


pemikiran John Locke dan Jean-Jacques Rousseau tentang pendidikan awal kanak-
kanak. Aspek-aspek dalam pemikiran mereka yang boleh dibandingbeza iaitu
kecenderungan semulajadi kanak-kanak, peranan ibubapa, kaedah pendidikan yang
disyorkan dan tugas kanak-kanak itu dalam masyarakat kelak.

Walaupun Locke mengganggap kecenderungan semulajadi perlu diambilkira,


kanak-kanak harus dididik agar mampu mengawal sifat-sifat semulajadi tersebut. Ini
boleh dilakukan dengan membiasakan kanak-kanak dengan rutin dan melayan mereka
seperti orang dewasa yang mampu memberi justifikasi. Ini berbeza dengan Rousseau
yang mengganggap kecenderungan semulajadi sepatutnya menjadi asas terpenting dalam
kaedah pendidikannya. Kanak-kanak seharusnya diberi kebebasan penuh untuk
memupuk sifat-sifat semulajadinya. Kebolehan menjustifikasi sepatutnya datang sendiri
melalui penerokaan kendiri kanak-kanak.

Sementelaah mereka bersetuju tentang peranan ibubapa sebagai pelindung


kanak-kanak dari unsur-unsur negatif, perbezaan dari segi cara ibubapa memainkan
peranan tersebut jelas antara Locke dan Rousseau. Locke menuntut ibubapa
mengutamakan disiplin tegas dan kemahiran bersosial dalam pendidikan anak-anak.
Anak-anak perlu harus diajar rutin kebiasaan tertentu dan diletakkan di bawah kawalan
ibubapa. Rousseau pula mengkritik hebat kaedah mendidik menggunakan rutin
kebiasaan ini. Baginya, kanak-kanak perlu di beri kebebasan meneroka ilmu
pengetahuan secara semulajadi. Tidak perlu ada keperluan untuk kanak-kanak membesar
mengikut telunjuk kemahuan masyarakat melainkan mengikut naluri mereka semata-

10 | P a g e
1
1
mata. Baginya, kecenderungan semulajadi sepatutnya menjadi penentu bagaimana
kanak-kanak dididik dan apa yang akan mereka jadi setelah dididik.

Kesinambungan dari perbezaan kaedah pendidikan ini, tujuan dan objektif


pendidikan awal kanak-kanak juga berbeza antara Locke dan Rousseau. Malah ia
merupakan aspek yang paling jelas perbezaannya diantara kedua-dua pemikiran ini.
Locke mengimpikan kanak-kanak ini akan membesar menjadi lelaki budiman yang
memenuhi kemahuan masyarakatnya. Pendidikan akan mempersiapkan diri kanak-kanak
ini untuk memikul tanggungjawab dalam masyarakat. Kanak-kanak ini nanti akan
menjadi peneraju kemajuan masyarakatnya samada dalam bidang politik mahupun
sosial. Manakala bagi Rousseau, kanak-kanak yang melalui pendidikan naturalisme akan
menjadi seorang manusia yang mampu hidup dalam masyarakatnya. Dia tidak perlu
memenuhi kemahuan masyarakat untuk menjadi sebahagian daripadanya. Pendidikan
telah membentuk kanak-kanak ini menjadi seorang individu dalam masyarakat tanpa ada
apa-apa harapan tertentu yang perlu dipenuhinya.

PART C : (30%)

a) Discuss using your own words the meaning of each statement

Statement 1: “Education is the manifestation of the perfection already in man -


Vivekananda

Pendidikan adalah manifestasi terhadap kesempurnaan semulajadi manusia.


Berdasarkan penyataan ini, setiap insan dilahirkan ke dunia ini telah mempunyai
pelbagai bakat, kebolehan, pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada. Ini
terbukti jelas apabila setiap bayi yang lahir tanpa perlu diajar oleh sesiapa akan pandai
menangis dan menyusui ibunya. Apabila ia semakin membesar, lebih banyak lagi
kemahiran-kemahiran atau bakat-bakat semulajadi dalam dirinya yang akan muncul.
Vivekananda berpendapat bahawa setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini sebenarnya
adalah individu yang sempurna. Apa yang diperlukan oleh kanak-kanak ini ialah
11 | P a g e
1
2
pendidikan berterusan yang akan membantu dirinya untuk mengeluarkan atau
menonjolkan kebolehan-kebolehan yang terpendam dalam dirinya. Persekitaran
pembesarannya juga akan membantu kanak-kanak ini ini menonjolkan kesempurnaan
yang telah sedia ada dalam dirinya.

Maka disinilah pendidikan akan memainkan peranan yang sangat penting untuk
merealisasikan kesempurnaan individu yang ada dalam diri kanak-kanak tersebut.
Pendidikan yang bagaimana yang akan mampu menonjolkan kesempurnaan tersebut? Ini
adalah suatu perkara yang subjektif yang bergantung kepada setiap individu kerana
tahap kesempurnaan individu mungkin berbeza bagi setiap individu. Pendidikan
berfungsi seumpama sekeping kanvas untuk individu sempurna ini untuk mempamerkan
kesempurnaan yang memang sedia ada dalam dirinya, sebuah manifestasi keatas
kesempurnaan diri. Selain itu, pendidikan mampu menonjolkan lagi sifat-sifat positif
seperti keyakinan diri, self esteem, dan semangat juang yang sememangnya ada dalam
diri setiap orang. Ini dapat kita perhatikan bahawa semakin tinggi tahap pendidikan
seseorang itu semakin tinggi keyakinan dirinya.

Jadi boleh lah dikatakan jika terdapat pelajar yang gagal dalam pendidikannya
sebenarnya bukanlah pelajar yang gagal. Berdasarkan pandangan Vivekananda,
pendidikan itulah yang gagal memanifestasikan kesempurnaan yang ada dalam diri
pelajar tersebut. Tahap pencapaian pelajar yang berbeza juga boleh kita fahami dan
kaitkan dengan tahap kesempurnaan yang berbeza yang telah sedia ada bagi setiap insan.
Berdasarkan pernyataan ini, terdapat dua kemungkinan yang dapat
menerangkan’kegagalan’ pelajar ini iaitu pertama; pelajar tersebut belum lagi dapat
menonjolkan kesemua ciri-ciri kesempurnaan dirinya yang sedia ada yakni ia
memerlukan tempoh yang lebih lama dan kedua; tahap kesempurnaannya berbeza
dengan pelajar lain yakni memang itulah sahaja tahap kesempurnaan diri yang ada
dalam dirinya.

Statement 2: “The perfect human being is one who has acquired both theoretical virtues
and practical virtues” – Al Farabi

12 | P a g e
1
3
Manusia yang sempurna (al insan alkamil) ialah individu yang telah menguasai
ilmu pengetahuan dan mempraktikkan nilai-nilai baik dalam kehidupannya. Al-Farabi
merupakan seorang ahli falsafah Islam yang terkenal. Beliau telah mengkaji dengan
mendalam hasil karya ahli falsafah Plato dan Aristotle sehinggakan beliau digelar
“Guru Kedua ” manakala ahli falsafah Yunani Aristotle pula digelar “Guru Pertama”.
Beliau menekankan bahawa matlamat utama pendidikan ialah penguasaan nilai-nilai
baik, pengetahuan dan kemahiran untuk mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan.

Pernyataan di atas menerangkan secara khusus matlamat utama pendidikan pada


pendapat Al-Farabi iaitu penguasaan ilmu pengetahuan dan mempraktikkan nilai-nilai
kehidupan yang baik yang diperoleh dari penguasaan ilmu pengetahuan dalam
kehidupan seharian. Seorang guru atau pendidik berjaya mencapai matlamat pendidikan
sekiranya anak muridnya berjaya menguasai ilmu pengetahuan ataupun kemahiran dan
menjadi seorang individu yang mengamalkan peribadi dan akhlak yang terpuji. Malah
dia juga mampu menjadi teladan yang baik kepada orang lain samada dari segi
ketinggian ilmu pengetahuannya dan juga ketinggian budi pekertinya.

Matlamat pendidikan yang pertama iaitu penguasaan ilmu pengetahuan samada


secara teori mahupun praktikal. Aspek ini lebih bersifat kuantitatif. Ini dapat diukur
melalui pencapaian pelajar dalam pentaksiran pembelajaran iaitu latihan, ujian dan
peperiksaan. Pencapaian cemerlang dalam peperiksaan menunjukkan penguasaan pelajar
dalam ilmu pengetahuan. Manakala matlamat kedua iaitu ketinggian nilai-nilai murni
kehidupan adalah bersifat kualititatif. Ia tidak dapat diukur melalui pentaksiran atau
peperiksaan. Seorang insan kamil atau manusia sempurna perlu bukan sahaja seimbang
malah cemerlang dalam kedua-dua aspek ini sehinggalah dia mampu menjadi teladan
yang baik kepada orang lain dalam masyarakatnya.

Statement 3: “Education should aim to raise the level of individual morality if

the moral level of society is to be raised” – Confucius

13 | P a g e
1
4
Pendidikan seharusnya menumpukan pada peningkatan tahap nilai-nilai moral
individu untuk meningkatkan tahap moral sesebuah masyarakat. Pernyataan oleh
Confucius ini menekankan apakah matlamat yang sepatutnya bagi pendidikan.
Confucius lebih mengutamakan kesan pendidikan keatas komuniti atau masyarakat
secara keseluruhannya. Matlamat utama pendidikan adalah meningkatkan tahap nilai-
nilai moral setiap individu yang mana ini akan memberi kesan positif terhadap matlamat
yang lebih besar iaitu meningkatkan tahap moral masyarakat.

Confucius percaya pendidikan adalah platform terbaik untuk meningkatkan tahap


moral sesebuah masyarakat. Ini boleh dibuat melalui penekanan terhadap penerapan
nilai-nilai moral kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan. Ia akan menjadi kesan
domino yang berterusan keatas keseluruhan masyarakat apabila setiap individu dalam
masyarakat tersebut terdedah dengan nilai-nilai moral yang baik. Dalam ertikata yang
lain, jika kita hendak melihat kesan pendidikan secara total, hendaklah ditekankan
kesan pendidikan setiap individu yang membentuk keseluruhan masyarakat tersebut.

Pendidikan yang efektif seharusnya menumpukan kepada penerapan nilai-nilai murni


dalam diri pelajar. Pelajar yang berilmu seharusnya dilengkapi dengan ketinggian nilai
moralnya. Setiap pelajar yang bermoral tinggi akan menjadi ahli masyarakat yang baik
dan ini akan membantu membina satu masyarakat yang bermoral.

Statement 4: “Education should free people from false opinions and students

should learn the truth on their own rather than by force” – Plato

– Analogy of the cave.

Pendidikan akan membebaskan manusia dari pemikiran yang salah dan


pendidikan seharusnya diperolehi secara sukarela, tanpa paksaan. Dalam analogi sebuah
gua ini, Plato memberikan satu metafora yang menerangkan falsafah tentang pendidikan.
Analogy ini mengisahkan sekumpulan manusia yang dirantai didalam sebuah gua dan
hanya didedahkan dengan bayangan-bayangan di dinding gua sebagai sumber
pengetahuannya. Mereka hanya didedahkan dengan bayangan-bayangan ini sehingga
14 | P a g e
1
5
mereka mengganggap ia adalah sesuatu yang benar dan hakiki. Pemikiran mereka yang
hanya bergantung kepada apa yang dipaksakan ke atas minda mereka ini telah
menyebabkan mereka tidak mempercayai apa-apa selain daripada kebenaran palsu yang
dipaksakan kepada mereka. Sehinggakan apabila ada di antara mereka yang berjaya
keluar dari gua/kegelapan dan melihat keadaan di luar yang berbeza dari bayangan-
bayangan di dinding gua. Mereka yang terselamat keluar ini melihat apa yang tidak
dilihat oleh mereka yang masih terperangkap di dalam gua. Namun apabila mereka balik
semula ke dalam gua dan menceritakan kebenaran baru, mereka hanya diketawakan dan
tidak dipercayai oleh kawan-kawan mereka yang masih dalam kegelapan gua.

Keadaan manusia di dalam gua ini boleh diumpamakan seperti keadaan manusia
yang tidak terdedah dengan pendidikan. Mereka akan hanya bergantung kepada apa
yang mereka lihat di sekeliling mereka sehingga mereka menganggap tiada apa yang
perlu dipelajari. Mereka tidak merasakan kepentingan pendidikan dalam kehidupan
mereka. Manusia yang tidak terdedah dengan pendidikan akan merasa sukar untuk
menerima sebarang pembaharuan.

Pendidikan menurut Plato akan membebaskan manusia daripada pemikiran yang


palsu dan membuka minda manusia untuk menerima sesuatu pendapat yang benar.
Pendidikan akan membawa manusia ke jalan kebenaran dan keluar daripada kegelapan
minda(gua). Ini jelas kita lihat dalam keadaan masyarakat yang berpendidikan lebih
terbuka dalam menerima idea-idea baru walaupun ia mungkin berbeza daripada idea
sedia ada. Pendidikan juga sepatutnya diperoleh secara sukarela dan bebas tanpa
sebarang paksaan. Keadaan ini akan lebih merangsang keinginan pelajar untuk
memperoleh ilmu pengetahuan mengikut kehendaknya berbanding sekiranya dia dipaksa
untuk menerimanya.

b) Relate the ideas of each philosopher with the Malaysian system of education (or
any education system you are familiar with). Provide specific examples.

15 | P a g e
1
6

1. Vivekananda- Pendidikan adalah manifestasi terhadap kesempurnaan semulajadi


manusia

Menurut Vivekananda, manusia dilahirkan secara semulajadi adalah manusia


yang telah sedia sempurna. Fungsi pendidikan adalah untuk mencungkil kesempurnaan
tersebut melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini berlangsung sepanjang
tempoh pendidikan yang dijalani oleh manusia tersebut.

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pendidikan bermua seawal usia lima


tahun apabila seorang kanak-kanak memulakan langkah pertamanya ke sekolah sebagai
pelajar di pra sekolah selama dua tahun. Ini berlanjutan ke peringkat sekolah rendah
selama enam tahun dan diteruskan lagi di peringkat sekolah menengah selama lima ke
tujuh tahun. Seterusnya ia akan terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi, ke pusat
pengajian tinggi selama tiga ke tujuh tahun.

Sepanjang tempoh pembelajaran ini, kanak-kanak ini melalui suatu sistem


pendidikan yang akan memberikan ia peluang untuk menonjolkan bakat, kemahiran dan
minatnya di setiap peringkat pembelajarannya. Setiap cirri-ciri kesempurnaan yang telah
sedia ada dalam diri kanak-kanak ini akan dikeluarkan melalui proses pembelajaran
yang pelbagai peringkat.

Sistem pendidikan di Malaysia juga menawarkan pelbagai matapelajaran samada


di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Ini bertujuan untuk merangkumi
kepelbagaian kemahiran, minat dan bakat yang dalam diri setiap kanak-kanak yang
berbeza-beza antara satu sama lain. Kepelbagaian dalam matapelajaran yang ditawarkan
dapat membantu pelajar menonjolkan cirri-ciri kesempurnaan masing-masing.

Di samping itu kegiatan bukan akademik seperti sukan, persatuan, kelab dan unit
beruniform juga dirancang untuk mengambilkira kepelbagaian bakat semulajadi yang
ada dalam diri setiap pelajar. Proses pendidikan ini membantu pelajar-pelajar di
Malaysia mencari dan menegeluarkan kesmpurnaan yang telah sedia ada dalam dirinya.
Pendidikan diumpamakan seperti picu pistol yang membantu melepaskan peluru.

16 | P a g e
1
7
2. Al Farabi - Manusia yang sempurna (al insan alkamil) ialah individu yang telah
menguasai ilmu pengetahuan dan mempraktikkan nilai-nilai baik dalam kehidupannya.

Al Farabi mendefinisikan manusia yang sempurna sebagai insan yang seimbang


dari segi intelektualnya dan moralnya. Sistem pendidikan di Malaysia juga mengambil
idea Al Farabi ini dalam membentuk Falsafah Pendidikan Negara. Dalam Falsafah
Pendidikan Negara, tujuan pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan rakyat yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Objektif ini sangat
berkait rapat dengan idea al insan alkamil yang dilontarkan oleh Al Farabi. Dalam
ertikata yang lain, pendidikan di Malaysia ingin melahirkan alinsan alkamil seperti yang
diinginkan oleh Al Farabi. Ini dapat kita lihat dalam pelaksanaan penerapan nilai-nilai
moral dalam bukan sahaja matapelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral malah
dalam setiap matapelajaran yang lain. Maknanya selain dari mendapat ilmu
pengetahuan, setiap pelajar juga diterapkan dengan nilai-nilai murni yang berkaitan
dengan kehidupan harian dalam setiap bab dalam setiap matapelajaran yang dipelajari.
Didalam rancangan pengajaran harian, setiap guru diminta menyatakan nilai-nilai murni
yang berkaitan dengan bab yang akan diajar. Penerapan nilai-nilai murni kehidupan ini
dilakukan oleh guru samada secara langsung ataupun tidak langsung dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Sistem pendidikan di Malaysia juga ingin melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosinya. Funsi pendidikan ini
dapat dilakukan melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum di mana pelajar-pelajar dapat
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berpersatuan, unit beruniform dan sukan. Melalui
aktiviti kokurikulum pelajar dapat menonjolkan bakat, memupuk semangat berpasukan
dan kerjasama antara sesama mereka dan mempraktikkan nilai-nilai bermasyarakat.
Pelajar-pelajar dapat mempraktikkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dalam kelas
ketika menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum.

17 | P a g e
1
8
3. Confucius - Pendidikan seharusnya menumpukan pada peningkatan tahap nilai-nilai
moral individu untuk meningkatkan tahap moral sesebuah masyarakat.

Confucius menekankan tentang fungsi pendidikan dalam memupuk nilai-nilai


moral individu yang secara tidak langsung akan meningkatkan nilai-nilai moral
masyarakat secara keseluruhan. Bagi Confucius, pendidikan seharusnya memfokuskan
dalam menerapkan nilai-nilai murni kehidupan dalam diri pelajar sebagai objektif
utamanya. Confucius sememangnya terkenal sebagai seorang yang mengutamakan nilai-
nilai moral yang tinggi dalam kehidupannya.

Idea Confucius ini juga dipraktikkan dalam sistem pendidikan di Malaysia yang
mana penerapan nilai-nilai murni kehidupan sentiasa dititikberatkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Setiap pelajar di sekolah-sekolah di
Malaysia wajib mengambil matapelajaran Pendidikan Islam ataupun Pendidikan Moral.
Di dalam matapelajaran ini, pelajar-pelajar didedahkan dengan nilai-nilai moral dan
hidup bermasyarakat mengikut adat dan budaya Malaysia. Selain itu, penerapan nilai-
nilai moral diwajibkan di dalam setiap matapelajaran yang diajar.

Penekanan dalam aktiviti kokurikulum juga memberi peluang dan ruang kepada
pelajar-pelajar untuk mempraktikkan nilai-nilai moral dan bermasyarakat dalam setiap
aktiviti yang mereka sertai. Contohnya ketika menyertai aktiviti perkhemahan unit
beruniform, pelajar-pelajar akan belajar tentang kebersihan, tolong-menolong,
bertimbangrasa, bekerjasama dan hormat-menghormati. Nilai-nilai moral yang baik akan
dipraktikkan ketika mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan ketika
perkhemahan tersebut seperti berkawad, malam kebudayaan, sukantara dan sebagainya.
Mereka akan belajar untuk hidup dalam suatu kumpulan manusia yang kecil. Ini akan
membantu mereka untuk menjalani kehidupan bermasyarakat kelak. Nilai-nilai moral
yang dipelajari secara teori dalam kelas akan dipraktikkan melalui aktiviti-aktiviti
kokurikulum seperti perkhemahan, kawad berpasukan, acara sukan dan sebagainya.
Ketika menyertai aktiviti sukan contohnya pelajar-pelajar akan bekerjasama, bekerja
secara satu pasukan, hormat kepada lawan dan bersemangat juang yang tinggi.

18 | P a g e
1
9
4. Plato - Pendidikan akan membebaskan manusia daripada pemikiran yang palsu dan
membuka minda manusia untuk menerima sesuatu pendapat yang benar. Pendidikan
juga sepatutnya diperoleh secara sukarela dan bebas tanpa sebarang paksaan

Analogi gua oleh Plato menerangkan keadaan manusia tanpa pendidikan dan
keperluan pendidikan dalam mengubah pemikiran manusia terhadap kehidupan.
Pendidikan akan membuka minda manusia untuk menerima sesuatu perubahan.
Perubahan tanpa paksaan juga memberi implikasi yang berbeza terhadap reaksi manusia
terhadap pendidikan. Menurut Plato, pendidikan sepatutnya diperoleh secara sukarela
tanpa paksaan. Pendidikan yang dipaksakan akan memberi kesan yang berlainan
terhadap manusia berbanding jika ia diperolehi secara sukarela.

Sistem pendidikan di Malaysia agak berbeza daripada idea Plato kerana


pendidikan asas adalah sesuatu yang wajib ke atas semua kanak-kanak. Semua kanak-
kanak berusia empat tahun ke atas wajib memulakan persekolahan di peringkat pra
sekolah. Selepas dua tahun, mereka akan melangkah ke peringkat sekolah rendah selama
enam tahun. Dan mereka akan meneruskan pendidikan asas di peringkat sekolah
menengah selama lima tahun lagi. Dasar pendidikan di Malaysia mewajibkan semua
kanak-kanak berusia lima tahun untuk mendapatkan pendidikan formal.

Manakala pendidikan tertiari pula memberi kebebasan kepada pelajar-pelajar


untuk memilih laluan pendidikan masing-masing. Mana-mana individu bebas samada
ingin menyambungkan pendidikan di peringkat sijil kemahiran, diploma ataupun ijazah
sarjana muda. Tiada paksaan ditetapkan di dalam dasar pendidikan untuk mewajibkan
pendidikan tertiari ke atas individu di Malaysia.

Secara keseluruhannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah mengambilkira


idea-idea daripada keempat-empat ahli falsafah ini. “Pendidikan di Malaysia adalah satu
usaha berterusan ( Plato) ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh ( Vivikenanda ) dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis ( Al Farabi ) dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

19 | P a g e
2
0
negara. ( Confucius )”. Ternyata keempat-empat pemikir ini menyumbang idea dan
pemikiran mereka ke dalam pembentukan dasar dan sistem pendidikan di Malaysia.

c) Write a conclusion comparing the four viewpoints and do not be afraid to give your
frank own opinion.

Secara umumnya, keempat-empat ahli falsafah ini; Vivekananda, Al Farabi,


Confucius dan Plato mempunyai idea pemikiran yang sama iaitu pendidikan memainkan
peranan penting dalam pembentukan seorang manusia dan seterusnya manusia yang
sempurna ini akan membentuk pula sebuah masyarakat yang ideal.

Idea pemikiran Vivekananda sedikit berbeza kerana bagi beliau, pendidikan


merupakan satu alat kepada manusia untuk menonjolkan kesempurnaan yang memang
sedia ada dalam dirinya sejak dilahirkan. Namun, tahap kesempurnaan bagi setiap
individu tersebut pastinya tidak sama antara satu sama lain. Berdasarkan idea ini, kita
tidak boleh menyataakan seseorang itu tidak sempurna hanya kerana kegagalannya
dalam pendidikan. Ketidaksempurnaannya dalam bidang akademik hanyalah manifestasi
bagi kesempurnaan mengikut tahap individu tersebut. Mungkin juga manusia tersebut
belum lagi mencapai tahap kesempurnaan, pendidikan yang diterimanya belum cukup
lagi untuk membongkar kesemua kesempurnaan dirinya. Bagi saya, semacam ada ruang
lompong dalam idea ini yang boleh dimanipulasi oleh individu untuk membela
‘ketidaksempurnaan’nya. Contohnya jika 100 adalah markah tertinggi dalam
peperiksaan yang melanbangkan kesempurnaan dalam matapelajaran tertentu,
seandainya tahap kesempurnaan bagi seseorang individu hanyalah 70, maka bagi ia
sudah pasti sudah mencapai tahap tertinggi kesempurnaannya, mengikut idea
Vivekananda.

Al Farabi pula melontarkan idea manusia yang sempurna ialah seorang yang
‘learn and practice’. Insan kamil yang seimbang dari segi keintelektualannya dan
ketinggian peribadinya. Idea kesempurnaan ini agak sukar dicapai pada zaman sekarang
20 | P a g e
2
1
kerana gaya hidup yang kompleks masakini membuatkan manusia dalam dilema antara
ilmu dan moral. Apatah lagi bagi setiap masyarakat yang unik dengan gaya hidup dan
nilai-nilai kehidupannya, idea ini agak kurang bersifat universal. Bergantung kepada
latar belakang, tempat, sejarah dan keperluan kehidupan, setiap masyarakat memandang
kepada nilai ilmu pengetahuan dan nilai moral secara berlainan antara satu sama lain.
Maka seseorang yang dianggap insan kamil oleh masyarakatnya mungkin hanya
dianggap sebagai insan biasa oleh masyarakat lain. Namun demikian aplikasi idea dan
definisi insane kamil ini seharusnya mengikut acuan budaya dan kehendak masyarakat
yang mengamlakan idea Al Farabi ini. Sesebuah masyarakat harus menaplikasikan idea
ini dalam falsafah pendidikan mereka tanpa perlu mengikut mana-mana aplikasi oleh
masyarakat yang lain.

Objektif pendidikan ke atas sesebuah masyarakat secara keseluruhan lebih


ditekankan oleh ahli falsafah Confucius. Peningkatan nilai-nilai moral seseorang
individu sepatutnya, menurut Confucius, menjadi tujuan pendidikan diperkenalkan
kerana ia akan meningkatkan nilai-nilai moral masyarakat. Melalui pendidikan, manusia
boleh dibentuk menjadi manusia yang memiliki dan mengamalkan nilai-nilai moral yang
tinggi mengikut kehendak masyarakatnya.

Manakala Plato pula menerangkan idea-idea falsafah tentang pendidikan melalui


analogi sebuah gua. Baginya pendidikan umpama satu jalan keluar dari kegelapan.
Pendidikan membantu manusia membetulkan pemikiran yang salah. Melalui pendidikan,
manusia akan menilai kesilapan pemikirannya sebelum ini. Pendidikan akan membuka
minda manusia untuk menerima sesuatu yang baru yang mungkin bertentangan dengan
apa yang telah diketahuinya. Plato juga menekankan tentang keperluan kebebasan dalam
pendidikan. Tanpa paksaan manusia akan memperoleh ilmu pengetahuan dengan lebih
efektif lagi. Paksaan akan membantutkan kebebasan minda untuk meneroka ilmu kerana
ia menjadikan pendidikan suatu yang membebankan dan dipenuhi kekangan-kekangan.

Dengan mengambilkira pendidikan sebagai suatu ukuran dimana kehidupan kita


dinilai, elemen paksaan menjadi satu kewajipan bagi memastikan setiap individu dalam
masyarakat berpeluang untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Tanpa paksaan juga nilai
kepentingan pendidikan tidak akan dipandang tinggi. Oleh kerana itu, elemen paksaan
dalam pendidikan dirasakan perlu pada tahap-tahap yang tertentu. Dengan mewajibkan

21 | P a g e
2
2
pendidikan asas kepada semua kanak-kanak, setiap individu akan berpeluang untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan.

Mungkin kebebasan yang dimaksudkan oleh Plato ialah dari segi kaedah
pembelajaran di mana pelajar bebas meneroka ilmu pengetahuan tanpa paksaan atau
kekangan. Idea kebebasan pendidikan ini telah dikembangkan oleh pemikir-pemikir
terkemudian seperti Locke, Rousseau dan ramai lagi. Interpretasi terhadap idea Plato
menyuburkan kaedah-kaedah pemeblajaran yang berlandaskan kebebasan. Tanpa
menyatakan betul atau salah setiap kaedah yang diperkenalkan, modifikasi perlu
dilakukan bagi membentuk suatu sistem pendidikan yang sesuai dan memenuhi
kehendak masyarakat yang berbeza-beza. Hasilnya setiap sistem pendidikan di setiap
negara di dunia merupakan suatu kombinasi idea-idea pemikir-pemikir agung ini.

22 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai