Anda di halaman 1dari 3

Sebagai seorang guru yang mengajar pelajar tahun 6 Delima yang mempunyai 40 orang

murid bagi menggantikan seorang guru yang bersara, saya juga dapati tahun 6 delima
merupakan sebuah kelas yang cemerlang dari segi akademik dan dari segi sahsiah pelajar,
saya juga mengetahui terdapat beberapa pelajar memerlukan alat pendengaran khusus,
namun mereka tetap dapat mengikuti pelajaran dengan baik, saya juga mengetahui selepas
seorang guru kelas bersara, tahun 6 Delima mengalami perubahan sikap yang drastik
seperti kemerosotan prestasi akademik dan sahsiah pelajar, juga dari segi tingkah laku
pelajar yang mula memberontak dan sering ponteng sekolah, oleh itu, cara untuk
menanggani masalah ini saya akan memilih teori kognitif dan model dunn dan dunn. Hal ini
kerana, saya berpendapat teori dan model ini dapat menanggani masalah tahun 6 Delima
yang menunjukkan prestasi akademik yang rendah dan perubahan sikap yang mula
memberontak dan kadar ponteng sekolah melonjak tinggi selepas guru kelas mereka
bersara.

Dalam pada itu, seperti yang dimaklumkan tahun 6 Delima yang mempunyai 40 pelajar,
adalah antara kelas yang mempunyai pelajar cemerlang, mereka dididik dengan Berjaya
oleh guru kelas mereka sebelum guru kelas mereka bersara. Hal ini bermaksud guru kelas
mereka Berjaya mengajar dan mengawal anak didiknya termasuklah beberapa orang pelajar
yang bekeperluan khas pendengaran menjadi cemerlang dari segi akademik dan sahsiah
pelajar, selepas saya ditugaskan untuk menggantikan guru kelas mereka, saya dapati
mereka mempunyai perubahan sikap yang mendadak dan juga kemerosotan dari segi
akademik dan sahsiah pelajar, hal ini bermaksud betapa eratnya mereka dan guru mereka
sehingga ia boleh memberikan impak yang tinggi terhadap pelajar tahun 6 Delima ini.
Sebagai seorang guru yang menggantikan guru tahun 6 Delima, saya perlu melakukan
sesuatu agar dapat mengembalikan prestasi yang baik pada pelajar tahun 6 Delima ini
dengan menggunakan teori dan model yang telah saya pilih.

Seterusnya, terdapat banyak model-model dan teori pembelajaran yang sesuai dengan
situai berikut, namun saya memilih teori pembelajaran kognitif. Menurut buku yang dicatat
oleh Rosly Kayar, Kamisah Buang dan Faridah Mohd Sopah. (2023) Psikologi
Pembelajaran. Bandar Puteri Puchong: Local Publications (M) SDN BHD, Teori ini diasas
oleh Jean Piaget (1954) yang mengatakan bahawa pembelajaran adalah salah satu
daripada antara beberapa kemampuan yang berasal dari kematangan kognitif yang
dijelaskan urutan-urutan peringkatnya. Teori kognitif ini dipercayai bahawa setiap manusia
mempunyai kemampuan mental untuk mengelola, Menyusun, menyimpan dan
mengeluarkan semula segala pengalaman bagi melihat pertalian dengan masalah, Teori ini
berpegang pada cara individu itu mengetahui, memperoleh dan memproses bagi
menggunakan maklumat dalam menghadapi sesuatu perkara. Seperti yang telah dikatakan,
pelajar tahun 6 Delima ini adalah murid yang cemerlang, sebagai seorang guru saya terlebih
dahulu perlu siasat masalah mengenai mereka, seterusnya saya akan menekankan kepada
proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang diterima diproses melaui
perbandingan, peniruan dan menyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada, diubahsuai
pula dan disusun semula seterusnya saya juga akan menekankan kepada proses
pengamatan, ingatan, pemikiran dan penyelesaian masalah. Hal ini menjadikan teori ini
sangat sesuai dan berkesan, jika guru seperti saya dapat menyesuaikan segala teori-teori
yang ingin digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, model-model pembelajaran yang saya telah pilih ialah model Dunn dan Dunn.
Menurut buku yang dicatat oleh Rosly Kayar et al. (2023) Psikologi Pembelajaran. Bandar
Puteri Puchong: Local Publications (M) SDN BHD. Menurut Dunn dan Dunn (1981), gaya
pembelajaran merujuk kepada keadaan di mana pelajar belajardengan caya yang optimum.
Menurut Dunn (2000), terdapat ramai orang mempunyai kaedah unik untuk mempelajari
sesuatu. Mengikut Dunn dan Dunn,adalah penting untuk guru mengenal pasti tingkah laku
individu dan mengkaji kecenderungan seseorang ittu terhadap pembelajaran. Sebagaimana
yang dinyatakan oleh Dunn dan Dunn (1981) terdapat lima kategori gaya pembelajaran
murid, seperti, Persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan juga psikologikal. Namun
saya akan memilih antara lima faktor yang sesuai dengan keadaan yang terjadi pada tahun
6 Delima, saya akan memilih tiga daripada lima kategori, antaranya ialah persekitaran,
emosi, dan juga sosiologi. Elemen persekitaran terdapat beberapa unsur seperti unsur
bunyi, unsur cahaya, suhu dan pola, unsur-unsur ini adalah antara peranan yang besar,
seperti yang dimaklum kelas Delima menunjukkan prestasi akademik yang rendah dan
perubahan sikap, oleh itu, dengan memberi mereka belajar di Kawasan yang selesa seperti
perpustakaan ia akan dapat membawa persekitaran yang tenang dan juga selesa. Selain itu,
elemen emosi, perkara pertama yang dilihat oleh model ini dari aspek emosi ialah motivasi.
Motivasi penting untuk pembelajaran yang berkesan. Motivasi merupakan penggerakan
yang mendorong murid melakukan sesuatu, seperti, memberi ganjaran pada murid yang
mendapat prestasi yang baik, hal ini akan mendorong murid-murid lebih berminat untuk
belajar dan meningkatkan prestasi dan sahsiah pelajar menjadi baik. Seterusnya adalah,
elemen sosiologi. Elemen ini pasti memberi implikasi terhadap kesediaan murid untuk
menerima Pendidikan. Kesediaan dari sudut ini merujuk kepada keupayaan seseorang
murid untuk berinteraksi dengan individu-individu lain. Terdapat dua jenis murid-murid,
contohnya murid yang lebih selesa belajar sendiri dan juga suka belajar Bersama dengan
rakan sebaya, kumpulan atau pasukan. Oleh itu, untuk murid yang suka belajar Bersama-
sama, saya akan menggunakan strategi pedagogi bestari yang berpusatkan pelajar sebagai
salah satu cara menerima kehadiran implikasi gaya pembelajaran berkumpulan. Bagi pelajar
yang selesa melakukannya dengan sendiri tanpa bergaul dengan orang lain, saya akan
membimbing mereka dan mengenal pelajar-pelajar saya agar mereka selesa Bersama saya.

Di samping itu, implikasi terhadap murid tahun 6 Delima ini akan memberi perubahan yang
baik dari segi prestasi akademik, sahsiah pelajar dan ia juga akan memberi kesan hubungan
berinteraksi sesama guru dan pelajar. Selain itu, dengan teori dan model yang dipilih ia juga
akan memberi kesan antara hubungan guru dan murid dengan adanya hubungan yang baik,
murid-murid akan lebih senang untuk memberikan Kerjasama dengan guru dan mematuhi
peraturan sekolah atau bilik darjah yang telah ditetapkan, hal ini akan membuatkan murid-
murid tidak lagi memonteng ke sekolah dan memberontak hasilnya, guru dapat mengurus
dan mengawal murid dengan lebih efektif. Oleh itu, pelajar kelas 6 Delima akan menjadi
pelajar yang cemerlang semula.
Akhir sekali, mengajar haiwan dengan Teknik arahan tetapi mendidik manusia dengan
pendekatan kasih sayang dan sentuhan rohani. Kasih sayang yang berbentuk pujian adalah
sentuhan jiwa yang berunsurkan motivas dalaman manakala sentuhan fisikal melembutkan
pergesaran nilai dan perasaan kelak merapatkan hubungan antara pendidik dengan murid.
Dalam erti kata lain mengawal (haiwan)kerbau dengan menggunakan talinya tetapi
mengawal manusia dengan kata-kata yang lunak dan meransang kasih sayang kelak
membina motivasi dalaman. Selain itu, anak itu ibarat kain putih yang tidak bercorak maka
gurulah yang ditauliahkan atau dipertanggungjawabkan untuk membentuk warnanya sama
ada warna cerah atau pudar mahupun hitam. Selain itu, saya juga dapat mengenali teori dan
model ini dengan lebih dalam, saya juga akan lebih mengetahui cara cara yang sesuai untuk
menggunakan atau memilih teori-teori pembelajaran dan model-model pembelajaran di
masa akan datang nanti.

SAYANG AGOGO COMEY I LOP U HEHEHE


SAYA CINTAKAN AWAK TAU JGN MCM MCM
EY CUBIT SATGI KANG, AWAK TAHU KAN
SAYA NI RINDU SANGAT AWK HUWAAA BILA
LA KITA BOLEH JUMPA LGI HURMM RINDU
AWK SANGAT SANGAT, NANGIS LAAAA….
APAPUN TERIMA KASIH KERANA SENTIASA
ADA DENGAN SAYA SAYANG SAYA TATAHU
NK BALAS APA JDI SAYA BALAS DGN KASIH
HAIH BILA LA NK HARI KHAMIS NIII JGN LA
TUTUP PROFILE LAMA LAMA SEDIH SAYA
HUWAA…. SAYANG OKY BAI <3

Anda mungkin juga menyukai