Anda di halaman 1dari 3

Pada suatu hari, di sebuah bandar raya yang Bernama Putrajaya, terdapat seorang budak lelaki

yang Bernama Ikhwan, dia berumur 11 tahun dan tinggal bersama abangnya yang bekerja di
Putrajaya. Ikhwan adalah budak lelaki yang nakal, dia suka mengusik atau membuli haiwan atau
serangga tanpa rasa simpati atau bersalah.

Pada waktu petang, Ikhwan sering pulang dari sekolah dengan berjalan kaki, kadang – kadang Ikhwan
berjalan sambil memegang ranting kayu dan menebas rumput – rumput dan daun yang terjatuh dari
pokok. Ikhwan selalu menggunakan jalan yang sama untuk pulang ke rumahnya, Ikhwan sering
melihat kucing jalanan yang bewarna oren berehat di kerusi awam yang terletak di sebelah kiri
perjalan kaki. Kerapnya, setiap kali Ikhwan terserempak dengan kucing itu, Ikhwan sering menyimbah
air yang terdapat di botolnya atau membaling batu kecil ke arah kucing tersebut, kadang – kadang
Ikhwan juga melibas kucing tersebut dengan mengunakan ranting kayu sambil ketawa “hahahaha
nah ambil kau”, kucing itu terkejut dan terus berlari dengan ketakutan. Ikhwan sering melakukannya
pada setiap kali dia balik ke sekolah atau berjalan di Kawasan itu.

Suatu hari, Ikhwan mengajak rakan kelasnya untuk bermain di rumahnya, “Faizal, Tirmizi, marilah kita
bermain di rumah aku” rakannya mengangguk dan berkata “baiklah Ikhwan”. Semasa Ikhwan dan
rakan – rakannya pulang dari sekolah, Ikhwan terserempak seekor kucing yang dia sering
membulinya, Ikhwan berhenti lalu berkata “ korang, nak tengok sesuatu yang kelakar tak?”, Ikhwan
terus mengejar dan mengangkat kucing itu lalu melambung dan mencampaknya sehingga kucing itu
berteriak kesakitan. Faizal dan Tirmizi terkejut dengan Tindakan Ikhwan dan berkata “eh, tak baik
buat begitu” kata Faizal, “ ya, baik kau minta maaf pada si kucing itu” kata Tirmizi, lalu Ikhwan tidak
peduli dan berkata “kenapa aku nak minta maaf?”, Tirmizi berkata “sudah lah Faizal baik kita pulang,
jangan kawan dengan dia” lalu Faizal dan Tirmizi pun pergi meninggalkan Ikhwan. Ikhwan tidak
berasa kesal dengan perbuatan dia terhadap kucing yang malang itu, Walaubagaimanapun, Si kucing
itu, tidak pernah bertindak agresif untuk membalas semula pada Ikhwan.

Pada keesokan harinya, di sekolah, rakannya berkongsi cerita tentang kejadian yang berlaku semalam
pada rakannya yang lain terhadap perbuatan Ikhwan pada kucing yang berwarna oren itu, Ikhwan
mula naik angin dan bergaduh mulut dengan rakannya, tidak Panjang itu, guru yang bertugas di kelas
tersebut hadir dan meleraikan pertengkahan mulut sama mulut. Dari semenjak itu, ramai rakan
Ikhwan menghindari dia, namun Ikhwan tetap dengan pendiriannya dan merasakan apa yang dia
buat adalah betul. Sewaktu balik sekolah, Ikhwan mencari – cari kucing oren tersebut dan membaling
batu kepadanya dan berkata “ini semua salah kau”, setelah itu, Ikhwan mengejar kucing oren itu yang
cuba melarikan diri, kucing itu berlari hingga ke rumah usang yang besar dan dibuat dari kayu yang
lama yang hampir reput.

Oleh sebab kemarahan yang menguasai Ikhwan pada masa itu, Ikhwan tidak berfikir Panjang dan
terus mengikuri kucing itu, kucing itu menyorok di celahan kecil dinding yang sudah retak berlubang,
Ikhwan cuba mencari kucing tersebut lalu tidak jumpa, namun Ikhwan tidak mengalah dan cuba
untuk mencari lagi, setelah kian lama mencari, Ikhwan pun duduk dan bersandar sambil berehat di
atas lantai yang diperbuat dari kayu yang sudah buruk. Ikhwan memandang tingkap dan melihat
langit yang semakin gelap kerana mendung.
Ikhwan bangun dan mengalah untuk mencari kucing tersebut, tiba-tiba angin diluar menjadi kencang
dan hujan yang lebat mula membasahi bumi, kemudian kedengaran kilat yang sangat kuat sehingga
membuatkan Ikhwan terkejut, dan cuba mencari tempat untuk bersembunyi, langit semakin gelap,
hujan semakin lebat dan tiada tanda yang ia akan berhenti dan Ikhwan mula ketakutan. Ikhwan tidak
dapat keluar dari rupah kerana dia takut dengan kilat.

Selepas beberapa jam di dalam rumah itu dan hujan mula berhenti, Ikhwan terus bangun dan berlari
lintang pukang keluar daripada rumah itu, pada Ketika itu, Ikhwan berlari dalam keadaan yang kelam
kabut sehingga tidak berfikir. Setelah Ikhwan berlari, Ikhwan terus berlari ke jalan yang bukan dia
selalu guna, hal ini kerana Ikhwan merasakan yang dirinya sudah lewat untuk pulang dan takut
dimarahi oleh abangnya, “eh, aku dah lambat ni, baik aku ikut jalan ini” Ikhwan menggunakan jalan
yang tidak pernah dia lalui, namun dia merasakan yang jalan itu lebih cepat sampai ke rumahnya.

Hari semakin gelap, matahari semakin tenggelam, Ikhwan masih tidak menemukan rumahnya,
Ikhwan. Dalam sejenak masa, menyedari bahawa dia telah sesat di satu Lorong itu. Ikhwan berasa
takut dan cuba untuk mencari jalan pulang. Lalu Ikhwan menangis dengan kuat namun tiada siapa
yang mendengar, Ikhwan cuba memcari rumah yang didiami namun semua Kawasan dirumah itu
seakan sunyi dan sepi, Ikhwan terduduk, menangis dan memikirkan nasibnya “kalaulah aku tak kejar
kucing itu, mesti aku tak sesat seperti ini” kata Ikhwan.

Tiba-tiba Ikhwan terlihat seekor anjing hitam yang besar yang menakutkn berlari kearahnya sambil
menyalak, Ikhwan terasa cemas lalu dia pun berlari. Anjing yang jahat itu mengejar Ikhwan umpama
harimau mengejar mangsanya untuk dibaham. Ikhwan berlari sekuat hati, namun ia tidak bertahan
lama, Ikhwan mula menjadi penat dan Lelah, akibat mengejar seekor kucing semasa balik dari
sekolah, kemudian, tiba – tiba Ikhwan terpijak kayu dan terjatuh, akibat terjatuh itu kesannya
terdapat kecederaan di kakinya mengakibatkan Ikhwan tidak dapat berlari lagi.

Pada masa itu, anjing itu terus menuju kearah Ikhwan dengan espresi wajahnya sangat mengerikan.
Ikhwan menangis-nangis dan merayu pada anjing itu agar tidak menyerang Ikhwan, pada Ketika itu
Ikhwan mula menyedari bahawa dia pernah melakukan hal yang amapada seekor kucing dengan
tanpa rasa belas kasihan, Ikhwan teringat perbuatan lamanya dan mula kesal atas perbuatan itu,
anjing itu, membuat bunyi yang geram dan mula untuk menyerang Ikhwan, tiba-tiba seekor kucing
yang berwarna oren menepis anjing itu dengan melompat dan menendang anjing tersebut. Anjing
itu, tidak mengalah namun dia cuba untuk menyerang sekali lagi, namun kucing itu lebih tangkas
daripada anjing itu, bak kata pepatah, kecil-kecil cili padi. Ikhwan melihat aksi tersebut dan mula
menyedari bahawa kucing yang sering dia buli itulah yang menyelamatkan dia, Ikhwan terasa malu
dan bersalah.

Setelah lama pertarungan kucing dan anjing itu, anjing tersebut mula mengundurkan diri dan Kucing
itu mendekati Ikhwan dan membuat bunyi “meow” seolah mengajak Ikhwan untuk mengikurinya,
Ikhwan perlahan lahan bangun dari situ dan mengikuri kucing itu, semasa sedang berjalan Ikhwan
memberi tahu kucing itu “saya minta maaf sebab selalu buli awak”. Setelah lama berjalan akhirnya
Ikhwan jumpa jalan kerumahnya, melihat kereta polis di hadapan rumah dengan dua pegawai yang
cuba memberi tahu abangnya status kehilangan adiknya, abangnya ternampak kelibat adiknya lalu
berlari kearah Ikhwan dan memeluk ikhwan. “Ikhwan, kamu pergi mana”. Kemudian Ikhwan mula
menceritakan segalanya kepada abang dan dua anggota polis itu. Ikhwan meminta izin untuk
menjaga kucing jalanan itu, “abang, boleh kah kita menjaga kucing ini, dia membantu saya untuk
sampai kerumah”, abangnya berasa lega dan menganggung membenarkan Ikhwan menjaganya,
Ikhwan juga mula berubah perangai menjadi baik dan tidak berdendam pada sesiapa, Ikhwan juga
meminta maaf pada rakan-rakannya tentang pergaduhan tempoh hari lepas. Akhirnya, kucing jalanan
itu, dijaga oleh seorang budak lelaki dengan baik dan penuh kasih sayang

Sayang, maafkan saya ya, saya xnk cari org baru… saya harap kita dpt bersama,
ambillah masa bnyk mana awk nk.. saya disini menunggu awak sayang, saya
sayangkan awak <3

Anda mungkin juga menyukai