Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

NAMA PELAJAR : NUR HANITA BINTI ABDUL RASHID

ANGKA GILIRAN : D23250547

NOMBOR KAD PENGENALAN : 890211-02-5978

KUMPULAN/ UNIT : PDPP/RBT 1A

KOD KURSUS : EDUP 2082

NAMA KURSUS : PSIKOLOGI

NAMA PENSYARAH : NORFASHADIRAH BINTI DESA

TARIKH HANTAR : 15/11/2023


1.0 Pengenalan

Menurut (Mohd. Sharani Ahmad dan Zainal Madon, 2007). sesuatu pernyataan yang
berkaitan dengan situasi dan dapat menerangkan sesuatu situasi dengan lebih tepat. Teori
Humanistik berfokuskan kepada kehendak efektif iaitu berkaitan dengan perasaan dan
emosi yang berbeza kepada setiap individu dalam pembelajaran. Menurut Mat Jizat Abdul.al
(2006) dlm Sharani (2007), seseorang individu yang menerima dan memberi tindakbalas
serta menghayati sepenuhnya apa yang dipelajari akan membentuk perwatakan. Salah satu
daripada teori afektif adalah teori humanistic yang dipelopori oleh Carl Rogers dan Abraham
Maslow.

2.0 Teori Pembelajaran Humanistik Carl Rogers

Carl Rogers merupakan seorang Psikologi berpusatkan pelanggan dan beliau berpendapat
sekiranya seseorang itu telah belajar dan ingin berubah maka dianggap seorang pendidik.
Nariati A. Rashid et.al. (2017) menyatakan bahawa Carl Rogers mengandaikan manusia
pada azalinya adalah baik dan mempunyai motivasi yang sendiri untuk mencapai potensi
diri. Mengikut prinsip pembelajaran Carl Rogers beliau mengutamakan pelajar dalam sesi
pembelajaran dan memberi kebebasan pelajar untuk belajar mengikut perasaan ingin tahu.
Oleh itu, pelajar akan berusaha mencari bahan pembelajaran mereka sendiri.

2.1 Implikasi Teori Pembelajaran Humanistik Carl Rogers

Implikasi yang pertama adalah mementingkan konsep kendiri positif. Kendiri positif
bermaksud murid-murid menunjukkan sikap atau perbuatan yang baik dan disukai oleh guru.
Jika murid bersikap baik, guru dan rakan sekeliling lebih selesai dan memberikan kesan
positif kepada semua. Maka sesi pembelajaran berjalan tanpa sebarang masalah. Misalnya,
murid tidak bising semasa guru sedang mengajar. Oleh itu, seluruh kelas akan memdapat
penerangan yang jelas dan tepat tanpa sebarang ganguan.

Selain itu, implikasi yang ke dua adalah konsep kendiri dapat dibina daripada kasih
sayang, pujian, layanan, perhatian ibubapa atau guru. Apabila seseorang murid itu dapat
kasih sayang, pujian, layanan dan perhatian yang baik, murid tersebuat akan bersikap baik
juga sebaliknya. Contohnya, ada sebahagian pelajar saya, jika mereka tidak menyiapkan
Latihan yang diberikan, saya memarahi dan denda pasti esoknya mereka masih tidak
menyiapkan Latihan. Sebaliknya jika saya memberikan pujian kepada pelajar yang telah
menyiapkan Latihan dan keesokkan harinya pelajar yang tidak menyiapkan tugasan akan
siap. Hal ini kerana mereka inginkan pujian daripada guru untuk memberikan mereka
motivasi.
Seterusnya, implikasi yang ke tiga dimana Rogers menyifatkan konsep kendiri yang
positif dimana seseorang itu dapat menerima teguran secara terbuka dan mudah
berinteraksi. Individu yang boleh menerima teguran kebiasaan mempunyai motivasi yang
tinggi dan lebih ke hadapan dalam segala aspek. Manakala, jika individu itu tidak dapat
menerima teguran sikapnya tidak berubah. Contohnya, apabila seseorang guru memberi
teguran kepada murid tentang sikap atau tingkah laku di dalam kelas. Murid tersebut
mengambil teguran tersebut sebagai perkara yang positif maka murid itu tidak
mengulanginya.

Implikasi yang terakhir, murid yang mempunyai konsep kendiri yang rendah akan
melakukan tindakan yang kurang baik. Apabila seseorang mempunyai motivasi yang rendah
individu tersebut tidak boleh ditegur atau menerima nasihat daripada orang lain. Misalnya
murid yang tidak dapat menerima tegerusan apabila melaluikan kesalahan di sekolah akan
mengulangai perkara yang sama seperti tidak membawa buku ke sekolah. Murid masih tidak
membawa buku ke sekolah sedangkan dia mengetahui bahawa subjek tersebut ada dalam
jadual pembelajaran.

3.0 Teori pembelajaran Humanistik Abraham Maslow

Arbaham Maslow merupakan seorang ahli psikologi yang berasal dari Amerika
Syarikat dan menjadi pelopor dalam psikologi humanistic. Beliau yang terkenal dengan Teori
Humanistik iaitu teori hieraki keperluan manusia. Maslow menyatakan manusia perlu
memenuhi keperluan-keperluan asas seperti fikologi, keselamatan, kasih sayang,
penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri.

Maslow juga telah membina tiga konsep asas teori humanistik. Konsep pertama,
Maslow lebih menekankan kepada motivasi intrinsik. Motivasi intrinsic bermasud
keseronokan dan kepentingan yang wujud dalam diri sendiri apabila melakukan seseuatu
tugasan bukan bergantung kepada orang lain. Oleh itu, murid yang mempunyai motivasi
intrinsic akan lebih gembira melalukan sesuatu tugasan atau Latihan yang diberikan oleh
guru.

Konsep yang kedua adalah hubungan antara motivasi dan hieraki keperluan. Apabila
hieraki yang paling bawah iaitu fisiologidapat dipenuhi maka motivasi individu akan naik ke
keselamatan maka keperluan akan diteruskan ke peringkat paling tinggi mengikut susuan.

Konsep asas teori Maslow yang ketiga adalah jika keperluan hieraki individu rendah,
maka wujud persamaan yang sangat besar, fleksibiliti semakin kecil dan wujud perbezaan
antara individu semakin kecil. Contohnya, keperluaan makanan. Jika individu makan makan
yang berkhasiat maka individu tersebut akan memperoleh keselamatan yang lebih baik. Jika
keperluan keselamatan diri dapat dipernuhi dengan baik maka keperluan kasih sayang
terbentuk. Contoh keperluan kasih sayang adalah hubungan yang baik yang orang
sekeliling. Apabila keperluan kasih sayang dipenuhi maka akan keperingkat seterusnya iaitu
penghargaan kendiri. Penghargaan kendiri adalah menghargai diri sendiri dengan memberi
kepercayaan kepada diri sendiri dan sebagainya. Peringkat yang terakhir adalah
kesempurnaan kendiri dimana semua peringkat di bawah dapat dipenuhi. Kesempurnaan
kendiri seperti mendapat anugerah atau penghargaan daripada organisasi.

3.1 Implikasi Teori Pembelajaran Humanistik Abraham Maslow


Terdapat beberapa implikasi pembelajaran Humanistik yang diklasfikasikan oleh
Abraham Maslow. Implikasi yang pertama adalah mewujudkan ruang persekitaran
pembelajaran yang mesra dan sesuai untuk murid belajar. Contohnya, dalam kelas mestilah
mempunyai keperluan asas seperti kipas, lampu dan papan putih yang berfungsi dengan
baik. Selain itu,

Kelas perlu dalam keadaan bersih dan selamat untuk murid-murid menimba ilmu.
Seterusnya, implikasi dari teori Humanistik Abraham Maslow adalah dengan mewujudkan
pembelajaran berpusatkan murid. Hal ini dapat dilihat dimana pelaksaan Pembelajaran Abad
ke 21 (PAK21). Murid yang melakukan aktiviti pembelajaran dan pengajaran manakala guru
hanya sebagai pemudahcara. Guru hanya menjadi tempat rujukan supaya pembelajaran
tidak tersasar daripada stardard pembelajaran. Contoh aktiviti PAK 21, galery work, hot
chair dan peta i-think.

Daripada hieraki yang ke empat adalah penghargaan kendiri. Kita boleh implikasi
dalam pembelajaran dimana menghargai diri sangat penting untuk meningkatkan motivasi
diri. Misalnya, jika murid dapat melakukan sesuatu tugasan atau penyelesaian masalah,
guru boleh memberikan penghargaan kepada murid. Contoh “bagus Ali, teruskan membuat
ulang kali” dengan ini memberikan motivasi kepada Ali untuk terus berusaha kerana Ali
berasa dirinya dihargai.

Apabila seseorang murid menghargai dirinya, maka murid tersebut akan lebih
berkeyakinan untuk terus belajar. Keyakinan diri dapat dibentuk daripada dalam seseorang
murid itu sendiri. contoh keyakinan diri murid adalah seperti berani menjawab soalan di
hadapan, melakukan pembentangan, menyertai pertandiangan pentas dan sebagainya.
Pada pandangan saya, murid yang berkeyakinan tinggi boleh berdiri di hadapan orang ramai
untuk menyampaikan sesuatu. Contohnya, kami melatih pengawas untuk memjadi
pengerusi majlis semasa perhimpunan pagi. Disini kita dapat menyemai keyakinan diri murid
untuk berucapa di hadapan guru-guru dan murid yang lain.
Semasa sesi pembelajaran, hubungan yang harmoni perlu wujud antara pelajar dan
guru. Apabila hubungan yang baik antara guru dan murid akam menjadikan suasana belajar
lebih mudah dan selesai bagi kedua-dua belah pihak. Contohnya, saya sebagai guru akan
memastikan semua pelajar dalam keadaan baik, jika saya melihat sesuatu yang kurang baik
saya akan memberi teguran yang baik dan tegas. Selalunya murid lebih selesai begitu
daripada guru memarahi mereka sentiasa.

Pelajar harus bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri. Misalnya, apabila


tamat setiap sesi pembelajaran, murid perlu memastikan dirinya memdapat sesuatu
daripada apa yang guru telah mengajar dan murid perlu mencatat segala Latihan yang telah
diberikan.

Semasa pembelajaran dijalankan guru memastikan bahan-bahan pembelajaran


mudah difahami dan memberi makna kepada murid. Guru perlu memberi bahan-bahan
mengikut situasi dan keaadan kelas semasa pengajaran berlangsung. Contohnya, jika masa
terakhir saya akan memberikan Latihan tatabahasa kepada murid supaya mereka tidak
berasa letih atau bosan kerana seharian mereka belajar.

Implikasi yang terakhir, adalah pelajar perlu menilai sendiri pencapaian mereka.
Contohnya, jika peperiksaan pertengahan tahun mereka mendapat markah yang rendah,
maka mereka perlu berusaha dengan lebih lagi untuk meningkatkan percapaian mereka.
Selain itu murid-murid juga perlu membaiki kaedah belajar mereka yang lebih sistematik
supaya dapat memahami pengajaran yang disampaikan.

4.0 Kesimpulan

Secara kesimpulanya, teori humanistik menekankan keinginan untuk belajar dalam diri
murid secara semula jadi. Murid perlu diberikan kebebasan untuk membuat pilihan dan
keputusan untuk mengembangkan tahap pemikiran mereka. Manakala peranan guru pula
hanya menjadi pemudahcara kepada murid-murid.
Rujukan

Ewell, P.T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry. Draft. Dipetik Dari
http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html

Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston

Halim Ahmad (2013), Teori pembelajaran social Albert Bandura. Dipetik dari
http://http://greenlanternroom.blogspot.my/2013/05/teori-pembelajaran-sosial-albert
bandura.html

Mok Soon Sang.(2009), Psikologi Pendidikan untuk pengajaran & pembelajaran.Selangor:


Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Alam
Belajar (Edisi Kedua).Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan
Pembelajaran.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Slavin, R.E. (2011). Educational psychology.Theory and practice.(10th ed.). Boston: Allyn
and
Bacon.

Anda mungkin juga menyukai